Assalamualaikum wbt.

Pemandangan jeti pengkalan Taman Negara Kuala Tahan

Pandemic Covid-19 sesungguhnya telah mengubah fokus Ajwa Travel yang sebelum ini memberi tumpuan kepada sektor Umrah dan Pelancungan Luar Negara kepada Pelancongan Dalam Negara. Dan destinasi pertama selepas PKP ini ialah melancong ke Taman Negara Malaysia di Kuala Tahan, Pahang.

Pintu Masuk Taman Negara

Tanpa disangka hasil dari promosi Taman Negara dari 21 Ogos – 23 Ogos 2020 telah berjaya mengumpul peserta seramai 23 orang termasuk saya dan isteri. Mungkin atas faktor cuti sekolah dan ramai yang ambil peluang bercuti bersama keluarga.

Resort Penginapan

Cara ke Taman Negara

Ada 2 cara untuk ke Taman Negara iaitu menuju perhentian Jeti Kuala Tembeling yang kemudian harus menaiki bot menuju ke Taman Negara yang mengambil masa 3 jam. Kenderaan kita parking di Kuala Tembeling.

Atau cara kedua yang lebih mudah iaitu menuju ke Kuala Tahan di mana perjalanan melalui Lebuhraya Pantai Timur dan exit ke Jerantut yang mengambil masa sekitar 3 jam dari Kuala Lumpur. Kami lebih selesa memilih cara kedua.

Pendaftaran masuk ke Taman Negara

Apa Yang Menarik di Taman Negara ?

Taman Negara Pahang ialah khazanah hutan simpan semulajadi yang kaya dengan keindahan flora dan fauna yang berusia lebih 150 tahun. Pastinya di Taman Negara kita dapat menghirup udara bersih dan segar kawasan hutan. Bagi mereka yang belum pernah masuk hutan simpan, Taman Negara adalah destinasi terbaik untuk kita mengenal keindahan hutan simpan negara.

Bot yang biasa digunakan

Mengunjungi Taman Negara sememangnya memerlukan kekuatan fizikal dan sihat tubuh badan kerana kebanyakkan aktiviti di Taman Negara mengkehendaki kita berjalan kaki, turun naik bukit atau turun naik tangga di laluan pejalan kaki yang disediakan. Jika kudrat tak cukup kuat bimbang akan mendatang masalah kepada mereka yang berkenaan.

Aktivit menarik di Taman Negara

Jungle Trekking

Aktiviti ini biasanya dimulakan pada awal pagi selepas sarapan. Pengunjung akan dibawa berjalan kaki merentas hutan bermula dari Pintu Masuk Taman Negara (iaitu di Mutiara Resort) hingga ke Bukit Terasek dan kawasan Canopy Walkway. Perjalanan berjalan kaki mengambil masa 1 jam lebih bergantung kepada keadaan fizikal kita. Bagi orang muda yang cergas mungkin lebih cepat sampai berbanding dengan orang tua.

Bagi penggemar aktiviti lasak dan cintakan hutan, boleh mencuba aktiviti merentas hutan hingga ke Gunung Tahan yang pastinya perjalanan lebih lama lagi iaitu memakan masa sehingga 7 hari.

Boleh juga kita mengunjungi Gua Telinga, Lata Berkoh, Tenor atau Lubok Simpon. Itu pun jika kita punya banyak masa di Taman Negara. Untuk Pakej 3 hari 2 malam memadai jika kita merentas hutan hanya setakat sampai ke kawasan Canopy Walkway sahaja.

Sebelum “jungle trekking hujan gerimis dan kami terpaksa menunggu hujan reda bagi memulakan aktiviti. Oleh kerana telah memakan masa, kami memutuskan untuk terus menuju ke jeti Canopy Walkway dengan menaiki bot.

Canopy Walkway

Dari jeti menuju ke tempat permulaan Canopy Walkway, kita terpaksa menaiki laluan tangga yang disediakan sejauh 300 meter. Memang mencabar bagi orang yang sudah meningkat usia seperti saya. Jika ada yang jenis sakit lutut elok lupakan je. Takut mudarat lutut dan kaki.

Laluan tangga dari jeti ke Canopy Walkway

Canopy Walkway Taman Negara Pahang dikatakan jambatan gantung yang terpanjang di dunia iaitu sekitar 500 meter panjang. Ketinggian maksima sekitar 50 meter ke tanah. Tak hairan aktiviti meniti jambatan gantung ini menjadi satu tarikan menarik di Taman Negara.

Tempat Permulaan Canopy Walkway

Cuma ketika kami sampai dikabarkan sudah ada 1000 orang yang mendaftar termasuk kumpulan kami. Masa menunggu memang lama kerana ditambah dengan SOP lagi. Nasihat saya jika nak santai tak tunggu lama elok datang sini masa hari biasa dan bukan masa cuti…kasihan ramai yang “give up” dan balik terus kerana tak sanggup menunggu giliran.

Menunggu giliran naik Canopy Walkway

Lawatan Kampong Orang Asli

Jeti Kampong Orang Asli

Saya merasa amat teruja dengan lawatan ke Kampong Orang Asli yang terletak tidak jauh dari tebing sungai. Lawatan ini dilakukan dengan menaiki bot dari pengkalan menuju ke jeti Kampong Orang Asli.

Kita boleh saksikan sendiri kehidupan satu komuniti kecil Orang Asli yang masih mengekalkan ciri-ciri hidup zaman dahulu kala yang jauh dari arus pemodenan.

Tambah seronok apabila kita dapat saksikan sendiri demontrasi menghidupkan api tanpa mancis, hanya menggunakan sumber alam iaitu tali rotan. Saya sempat rekod video cara anak muda Orang Asli yang menghidupkan api tak sampai 1 minit. Memang awesome.

Suasana Kampong Orang Asli yang didatangi ramai Pengunjung

Kemudian kami diberi penerangan mengenai budaya Orang Asli yang suka memburu dengan menggunakan Sumpitan. Baru kami tahu Orang Asli tidak makan babi. Mereka suka memakan binatang yang berada di atas pokok seperti kera dan tupai kerana dianggap dagingnya lebih bersih berbanding binatang di daratan tanah.

Rapid Shooting

Aktiviti yang paling menyeronokkan bagi saya. Aktiviti ini pengunjung menaiki bot dan berlumba antara satu sama lain meredah arus deras Sungai Tembeling. Tambah seronok apabila bot ini sengaja dikelok kiri dan kanan sehingga air sungai terpercik mengenai peserta dalam boat. Memang confirm basah baju dan seluar.

Ketika memulakan aktiviti ini peralatan seperti handphone dan yang sensitif dengan air terlebih dahulu disimpan dalam bag plastik bagi mengelakkan basah terkena air.

Santuari Ikan Kelah

Aktiviti ini bermula dari jeti Kuala Tahan menuju ke Santuari Ikan Kelah dengan menaiki boat kecil menyusuri Sungai Tahan. Perjalanan dianggarkan sekitar 30 – 45 minit. Hanya 4 penumpang dibenarkan untuk 1 bot. Maka kami memerlukan 6 boat kerana bilangan kami ialah 23 orang.

Sepanjang menyusuri Sungai Tahan saya amat tertarik dengan pemandangan alam semula jadi hutan simpan yang kaya dengan flora dan fauna. Pemandangan hutan yang menghijau di sepanjang laluan sungai Tahan membuatkan hati jadi tenang dan damai.

Tiba di Santuari Ikan Kelah terasa sedikit hampa kerana tidak dapat bermain dengan Ikan Kelah. Hujan yang turun pada malam pertama kami sampai menyebabkan air sungai naik. Saya dimaklumkan jika air cetek kita boleh lihat dan pegang ikan kelah yang ada di sungai..

Apa pun kami tetap berpuas hati kerana pengalaman menaiki bot menyusuri Sungai Tahan menuju ke sini membolehkan kami menyaksikan sendiri keindahan hutan simpan Taman Negara Pahang.

InsyaAllah kami akan ke sini lagi di masa akan datang.

Pakej Taman Negara Pahang

Pakej 3 hari 2 malam ini hanya RM490/seorang. Harga Pakej termasuk penginapan sebilik berdua untuk 2 malam di resort Taman Negara, makan minum di Taman Negara (sarapan 2 kali, lunch 2 kali dan dinner 2 kali), tiket masuk Taman Negara, sewaan boat untuk aktiviti Taman Negara termasuk Tour Guide berpengalaman.

Kepada yang berhajat atau ingin maklumat lanjut, boleh terus call atau whatsapp kepada saya di 019-3505395 atau isteri saya Hjh Norhayati 019-3418822.