Assalamualaikum wbt dan bertemu kembali.

Pabila disebut Pelayaran Percutian Starcruise, ramai yang membayangkan ianya suatu percutian di atas Kapal yang serba mewah dan sudah pasti mahal harganya. Almaklum bercuti di atas kapal…terbayang cerita filem Titanic yang sememangnya nampak mewah belaka.

Baru ni atau lebih tepat pada 3 September yang lalu, Starcruise Libra memulakan operasinya di Pelabuhan Klang setelah terhenti sekian lama. Bertepatan pula masa tu Starcruise “offer” kepada beberapa Travel Agensi untuk belayar bersamanya (Fam Trip) bagi mengenali dengan lebih mendalam Pelayaran Starcruise ini.  Maka saya dan isteri mengambil peluang menyertainya kerana berhasrat untuk memasarkan Pakej Starcruise ini kepada Pengunjung Muslim. Di samping itu ada juga beberapa rakan yang turut serta belayar bersama kami.

Selama ini Penumpang Starcruise kebanyakkan terdiri dari Non Malay atau Non Muslim. Mungkin sebelum ni ramai yang ragu-ragu mengenai status Halal Menu Sajian dalam Starcruise. Setelah merasai sendiri pengalaman belayar dengan Starcruise barulah saya dapat ceritakan sendiri gambaran sebenarnya apa yang ada dalam Starcruise.

Sementelah, Ajwa Travel akan setting Pakej Percutian Starcruise pada musim cuti sekolah mengikut pilihan tarikh iaitu dari 26 Nov – 29 Nov 2017 dan dari 10 Dec – 13 Dec 2017 (boleh pilih tarikh mana yang sesuai). Harga seorang ialah RM1950 sahaja.

Pelayaran 4 Hari 3 Malam Starcruise Libra

Pelayaran ini bermula pada setiap hari Ahad, dari Pelabuhan Port Klang menuju ke Phuket, dari Phuket kembali ke Penang dan dari Penang kembali ke Port Klang semula. Masa mula “check in” dari jam 12 tengahari atau lebih awal lebih baik dan Starcruise akan memulakan pelayaran pada jam 4 petang.

Semua penumpang Starcruise Libra wajib untuk mendaftar di Bousted Cruise Pulau Indah, Pelabuhan Klang pada hari yang berkenaan. Jangan risau soal parking kereta kerana di kawasan ini Bousted menyediakan lot parking yang luas dan dikawal 24 jam oleh pengawal. Sebaik sampai di pagar Pondok Pengawal, kita hanya perlu menunjukkan Pasport dan “booking comfirmation” kepada Pengawal yang bertugas.

Sebaik mendaftar dengan menyerahkan Pasport Antarabangsa, kita akan diberi sekeping Kad Starcruise (seperti dalam gambar). Kad ini berperanan sebagai ganti Pasport kita dalam Starcruise, kunci Cabin Penginapan (ada no bilik Cabin yang tertera pada Kad selain nama pemilik) dan juga sebagai kad transaksi di dalam Kapal. Untuk makluman sebarang pembelian atau urusniaga perkhidmatan di dalam Kapal tidak menggunakan wang tunai. Kesemuanya menggunakan Kad Starcruise ini.

Apabila kita mahu “check out” nanti maka Kad ini akan diserah di Kaunter Reception dan di “scan” untuk ditentukan jumlah bayaran tunai yang perlu dijelaskan nanti.

Memasuki Starcruise

Sebaik mendapat Kad Starcruise, hati macam dah tak sabar naik Starcruise. Ketika memasuki Lobi Utama (Deck 4 Centre) pengunjung akan disambut oleh Staf Starcruise yang ramah dan kebanyakkan berbangsa asing seperti Korea, Filipina, China, Jepun dan Indonesia juga ada. Susah nak jumpa Staf orang Malaysia..ada cuma tak ramai.

Lobi Utama Starcruise kelihatan amat cantik dan menarik dengan gaya dekorasi ala Hotel bertaraf 5 bintang. Suasana ketika saya sampai agak  meriah dan “happening” kerana kedengaran nyanyian dan alunan muzik dari Pemuzik Profesional yang mengalu-alukan kedatangan tetamu yang baru masuk.

Makan dulu !

Sebaik memasuki Starcruise saya terus pergi ke Deck 9 untuk makan tengahari dahulu. Risau juga masa tu sebab takut masa makan tengahari dah tamat dan restoran ditutup. Kita ada 2 pilihan samada nak makan di Marina Buffet Restaurant atau Spices. Pengunjung tidak perlu membayar apa-apa kerana ianya sudah termasuk dalam Pakej. Makan lah sepuas hati selagi larat.

Pengunjung ada kouta 5 kali makan dalam Starcruise iaitu Sarapan Pagi, Makan Tengahari, Makan Petang, Makan Malam dan “Supper”. Jangan bimbang kerana makanan yang dihidang berstatus Halal.

Dari 5 atau 6 buah restoran yang ada dalam Starcruise, hanya satu restoran sahaja yang tidak halal kerana diperuntukkan kepada Non Muslim.

Pengingatan kepada Pengunjung Muslim

Untuk pengunjung Muslim, jangan lupa membawa Kompas bersama. Ini bagi memudahkan kita menentukan arah Kiblat ketika mahu mendirikan Solat Fardhu. Almaklum saat dalam pelayaran dan menginap dalam Cabin, mana kita nak tahu arah Kiblat jika tidak ada Kompas.

Kompas boleh diletakkan di atas meja dalam Cabin Penginapan dan kita boleh periksa sendiri arah Kiblat mengikut bacaan di Kompas. Berdasarkan pengalaman semasa di Starcruise, boleh dikatakan arah Kiblat sentiasa bertukar semasa mahu mendirikan Solat dalam Cabin.

Oleh kerana kita dalam Pelayaran, maka kita boleh lakukan Solat Jama’ samada Jama’ Takdim atau Jama’ Takhir…

Star Navigator

Sebelum memasuki Cabin Penginapan, pastikan Star Navigator sudah kita perolehi. Star Navigator ini menunjukkan Jadual Aktiviti atau program yang ditawarkan oleh Starcruise di sepanjang pelayaran sehingga sampai ke destinasi. Dan setiap hari kita akan diberi Star Navigator yang baru atau terkini kerana setiap hari program atau aktiviti dalam Starcruise sentiasa bertukar.

Ada bermacam-macam program yang ditawarkan dalam Kapal..terasa rugi jika duduk dalam bilik cabin sahaja.

Sajian Makanan dalam Starcruise

Saya berpendapat sebab utama mengapa tidak ramai Pengunjung Muslim menaiki Starcruise kerana merasa ragu mengenai status Halal makanan dalam Starcruise. Seperti saya, hasrat belayar bersama Starcruise sebenarnya sudah lama tetapi oleh kerana tidak mendapat maklumat yang tepat mengenai status Halal Makanan dalam Starcruise menyebabkan ianya tertangguh sekian lama.

Setelah mendapat penerangan mengenai status Halal Makanan dari sahabat saya Saudara Faizal dari Sheba Travel yang telah lebih 50 kali membawa rombongan Starcruise berjaya menghilangkan keraguan saya mengenainya. Starcruise mempunyai ramai barisan Chef Melayu beragama Islam. So kita tidak perlu risau mengenai status Halal lagi.

Restoran Spices (Deck 10)

Restoran ini mendapat pengiktirafan Sijil Halal oleh Jakim. Restoran ini terletak di Deck 10 Starcruise sebelah belakang. Boleh dikatakan saya dan isteri kerap makan di Restoran ini berbanding yang lain.

Restoran Mariners Buffet (Deck 9)

Satu lagi restoran makanan halal dan boleh dikatakan popular dalam Starcruise. Ini kerana di restoran ini terlalu banyak menu sajian yang dihidangkan. Pengunjung makan secara buffet dan boleh mengambil sendiri makanan yang banyak disediakan.

Ada 2 lagi Restoran iaitu Blue Lagon dan Four Season, cuma ianya berbayar. Oleh kerana ianya berbayar maka kami tidak makan di restoran ini. Saya fikir restoran yang makan free pun tak larat nak makan banyak, jadi mengapa perlu saya bazirkan wang.

Kunjungan ke Dapor Starcruise

Dalam program FAM Trip ini, kami dibawa melawat salah satu dapor di Restoran yang ada dalam Starcruise. Kami diberi penerangan yang panjang lebar mengenai operasi dalam dapor oleh salah seorang Chef yang bertugas. Katanya mereka amat menitik beratkan akan sensiviti Pengunjung Muslim mengenai makanan Halal dalam Kapal dan tidak bertolak ansur mengenainya. Lif yang membawa makanan tidak halal juga terasing dari lif yang membawa bahan makanan untuk Pengunjung Muslim.

Saya perhatikan keadaan dapor sememangnya bersih. Saya boleh beri gred A+ …iaitu amat bersih.

Kemudahan dalam Starcruise ?

Starcruise menyediakan Kolam Renang yang saya kira agak luas juga. Ada kolam renang untuk dewasa dan kanak-kanak. Ia terletak di Deck 10 iaitu paling atas sekali. Pengunjung yang datang bersama keluarga atau anak-anak boleh “enjoy” di kolam renang ini.

Bagi pengunjung Muslim boleh memakai Pakaian Mandi Muslimah yang menutup aurat jika mahu menggunakan Kolam Renang ini. Cuma penggunaan kolam renang ini bercampur antara lelaki dan wanita kerana sememangnya ia diperuntukkan untuk semua Penumpang Starcruise tanpa mengira status.

Selain kolam renang ada juga Jakuzzi dan Gym untuk kegunaan Penumpang Starcruise. Perkhidmatan spa dan Saloon juga ditawarkan, cuma ianya bukan Percuma. Bagi yang suka jogging, Starcruise juga menawarkan tempat jogging iaitu di Deck 6.

Stardust (Deck 5 Forward)

Stardust yang terletak di Deck 5 bahagian hadapan ialah suatu Panggung yang menawarkan aktiviti Pertunjukan Persembahan Hiburan, akrobatik, Silap Mata dan tayangan filem boxoffice dan banyak lagi pertunjukkan lainnya.

Pada malam pertama dalam Starcruise, kami dihiburkan dengan Persembahan dari kumpulan yang menggelarkan diri mereka One A Million. Kumpulan ini telah mengikat kontrak dengan Starcruise.

Sesuai dengan nama kumpulan, persembahan mereka sememangnya mengkagumkan dan menghiburkan. Satu bentuk persembahan yang bertaraf dunia dan jika ada di Malaysia saya rasa tiket masuk pastinya berharga mahal.

Persembahan Silap Mata

Persembahan Silap Mata oleh James Long juga diadakan di Stardust pada hari yang lain pula. Pengunjung sememangnya terhibur kerana aksi persembahan Silap Mata bertaraf dunia ini belum pernah kita dapat saksikan sebelum ini.  Saya cuba fokus melihat setiap persembahan aksi silap mata yang ditonjolkan dan kesimpulan yang saya perolehi ianya memang dilihat “magic”. Sukar diterima oleh kotak fikiran dan juga mata pabila melihat setiap aksi silap mata yang ditonjolkan..memang profesional macam ala David Copperfield pula.

Tayangan Filem Boxoffice

Stardust juga menawarkan program Tayangan Filem yang bertaraf boxoffice dan terpulang kepada kita samada mahu menonton atau tidak.  Saya tidak sempat untuk menonton kerana terlibat dalam program “briefing mengenai Starcruise” oleh Puan Nora iaitu Sales Manager Starcruise ketika itu.

Starcruise mempunyai Staf yang pada saya “well trained”. Rata-rata saya dapati mereka begitu cekap dan effisen dalam menjalankan tugas. Dan semasa sampai di Phuket di sebelah malam, ada satu Persembahan oleh Staf Starcruise yang dikira amat menghiburkan Pengunjung.

Demontrasi memasak Tomyam oleh Chef atas Kapal

Untuk makluman, sebenarnya jadual aktiviti atau program yang ditawarkan oleh Starcruise memang banyak dan tergantung kepada kita samada mahu menyertainya atau tidak.

Jadual Pelayaran Starcruise

Untuk pelayaran 4 hari dan 3 malam, Starcruise Libra memulakan pelayaran dari Port Klang menuju ke Phuket pada setiap hari Ahad pada jam 4 petang. Starcruise ini dijadualkan sampai di Phuket pada jam 2 petang keesokkan harinya (Hari ke 2 Isnin)

Penumpang dibenarkan untuk turun ke daratan Phuket selepas itu dan mesti kembali semula ke Kapal sebelum jam 9.30 malam. Kami telah diberi makluman supaya mematuhi arahan masa. Jika tidak Starcruise tidak akan menunggu kita dan  “bye-bye” la jawabnya.

Kesempatan selama lebih kurang 5 jam kami gunakan untuk melawat tempat-tempat menarik di Phuket. Jika ditanya kepada saya memang tidak cukup masa melawat Phuket yang terkenal dengan keindahan pantai dan pulau, tetapi program Starcruise ini sebenarnya lebih cenderung untuk kita “enjoy” atas Kapal dan lawatan ke destinasi dimana Starcruise berlabuh hanya “secondary” sahaja.

Dari Phuket ke Penang (Hari ke 3 Selasa)

Starcruise akan mula meninggalkan Phuket menuju ke Penang pada Hari ke 3 jam 1 pagi dan dijadualkan tiba di Penang pada jam 1 tengahari. Seperti mana Phuket, Penumpang juga dibenarkan untuk turun ke daratan Penang.

Ketika di Penang kita boleh mengambil semula Pasport dan dicop Imigresen sebagai kemasukan semula kita ke negara sendiri kerana sebelum ini kita sudah “check out” Malaysia di Port Klang. Pabila sudah berbuat demikian, maknanya kita tidak perlu cop Pasport di Imigresen Port Klang semasa balik nanti.

Ronda Penang

Dalam tempoh 5-6 jam di Penang tidak banyak tempat yang boleh kita lawati. Kekangan masa dan bimbang akan ketinggalan Kapal menyebabkan kami cukup jaga batasan waktu.

Ketika tiba di Penang, sebaik keluar dari bangunan Terminal kami disapa oleh Pengusaha Teksi dan Kereta Sewa yang menawarkan perkhidmatan membawa Penumpang Starcruise melawat Penang. Oleh kerana saya mempunyai rakan Travel di Penang maka saya tidak mengambil services yang ditawarkan mereka yang saya kira agak mahal berbanding harga yang ditawarkan oleh rakan Travel Penang saya.

Setelah puas meronda Penang maka kami kembali semula ke Kapal dengan membawa hasil barangan Penang iaitu Jeruk Pak Ali yang popular tu.

Penang ke Port Klang (hari ke4 Rabu)

Starcruise meninggalkan Penang menuju Port Klang sekitar jam 1 pagi dan sampai di Port Klang kira-kira jam 1 tengahari.

Dalam tempoh pelayaran sebelum sampai di Port Klang (sebelum meninggalkan Kapal), kita perlu menjelaskan bayaran Gratuiti dan segala urusniaga yang berlaku dalam tempoh pelayaran di Kaunter Reception Deck 4. Kita hanya perlu serahkan Kad Starcruise kepada Petugas di Kaunter dan selepas di “scan” akan keluar semua data perbelanjaan kita selama belayar 4 hari 3 malam dalam Starcruise.

Setelah menjelaskan semua bayaran baru kita dibenarkan “check out” semasa sampai di Port Klang. Jika tidak kita tidak dibenarkan turun dari Kapal. Ketika Kad Starcruise kita di “scan” di Pintu Keluar sudah menunjukkan samada kita sudah settlekan semua bil atau pun belum. Tidak ada seorang pun yang boleh terlepas jika tidak selesaikan bayaran yang sepatutnya.

Pakej Starcruise Musim Cuti Sekolah

Syukur alhamdulillah, kami akan belayar bersama Starcruise sekali lagi dari 8 Oktober hingga 11 Oktober 2017. Sebenarnya ramai rakan yang ingin turut serta tetapi masalah cuti yang sering menghalang hasrat mereka belayar.

Sempena Cuti Sekolah Hujung Tahun ini, Ajwa Travel menawarkan Pakej Starcruise mengikut pilihan tarikh iaitu dari 26 November hingga 29 November 2017 dan/atau 8 Disember hingga 11 Disember 2017. Pembaca yang berminat boleh memilih salah satu tarikh yang ditawarkan.

Harga yang ditawarkan ialah RM1950 seorang yang meliputi kos penginapan Cabin jenis Inside Stateroom (Deck 2 – 4 dan Deck 6 Non View), Caj Pelabuhan, kos lawatan di Phuket dan juga Penang. Harga tidak termasuk Bayaran Gratuiti (dibayar semasa check out nanti), perbelanjaan makan minum di Phuket dan Penang dan perbelanjaan peribadi.

Harga berbaloi ?

Tawaran harga ini saya kira amat berbaloi dan jauh lebih rendah berbanding percutian yang menggunakan Kapal Terbang. Ini kerana kita tidak perlu memikirkan kos penginapan hotel, kos makan minum sepanjang percutian yang sememangnya mahal, kos tiket masuk ke sesuatu tempat pertunjukkan dan belum dicampur dengan kos tiket kapalterbang yang biasanya bukanlah murah.

Saya bayangkan untuk melihat Pertunjukkan Silap Mata Profesional dan yang lainnya secara jarak dekat, tiket masuk pasti berharga mahal. Dalam Starcruise kita boleh menonton Pertunjukkan sebegini lebih dari sekali.

Sebenarnya kos percutian Starcruise ini lebih menjimatkan berbanding yang lain..dan yang paling penting Penumpang Starcruise benar-benar menikmati Percutian Mewah pada harga yang rendah.

Pendaftaran

Saya galakkan pendaftaran awal kerana Cabin yang paling murah terhad bilangannya. Jika Cabin Inside Stateroom dah penuh, maka pilihan yang ada ialah dengan mengambil Cabin yang lebih mahal harganya dan pastinya Harga pakej lebih dari RM1950 selepas itu.

Sebarang pertanyaan, boleh call atau whatsapp kepada saya Hj Iqbal 0193505395 atau isteri saya Hjh Norhayati 0193418822 atau Fatin Kamili 0193390156 atau call Pejabat Ajwa Travel 03-33423395.

Wassalam..dan selamat bercuti….Jumpa lagi