Assalamualaikum wbt dan bertemu kembali.

Sementara musim Umrah 1436H semakin memberi petanda bahawasanya kouta Umrah dikurangkan dari bulan Rejab, Syaaban hingga ke Ramadhan, maka saya rasa ada baiknya saya cerita mengenai Umrah untuk musim baru 1437H yang berlaku pada hujung tahun ini.

Walaupun seperti masa lama lagi, kerana musim Haji 1436H pun belum bermula, tetapi mengimbas senario yang berlaku pada musim yang lalu maka perancangan awal hendaklah dibuat dari sekarang. Adanya perancangan awal diharapkan dapat mengurangkan atau mengelakkan perkara yang sama dari berulang kembali.

Harus diingat, bulan Disember setiap tahun kini boleh dianggap ” Super Peak Season ” di mana umat Islam dari pelbagai negara di dunia ini berduyun-duyun datang ke Tanah Suci menunaikan Umrah. Keadaannya boleh dilihat seperti musim Haji. Al-maklum pada bulan Disember merupakan cuti bagi kebanyakkan negara di dunia.

Permasalahan Tiket Penerbangan

Hujung tahun ini pastinya tiket-tiket penerbangan menjadi rebutan dari banyak Travel Agency. Dan Ajwa merancang untuk mendapatkan Tiket Flight lebih awal supaya tidak kempunan nanti. Jika lewat samada tiket dah habis terjual atau tiket ada di tangan orang lain dan jika nak dapatkannya harganya sudah meningkat naik.

HZ-AIF-Saudi-Arabian-Airlines-Boeing-747SP_PlanespottersNet_252966Tiket Saudi Airrlines

Penerbangan Saudi Airlines sektor Kuala Lumpur/Madinah dan Jeddah/Kuala Lumpur sememangnya menjadi kegemaran Jemaah Umrah. Begitu juga bagi sektor Kuala Lumpur/Jeddah dan Madinah/Kuala Lumpur. Kedua-dua sektor ini amat cepat habis tiketnya kerana cepat ditempah oleh Travel Agency. Dan harga tiketnya juga lebih mahal berbanding dengan tiket Penerbangan yang lain. Walaupun harganya lebih mahal tetapi kerana ada permintaan maka cepat aje laku tiket sektor ini.

Bagi yang kerap ke Tanah Suci, mereka sedia maklum akan hal ini. Dan jemaah sanggup membayar harga yang lebih tinggi asal dapat penerbangan terus ke Madinah. Ada yang hingga jika tak dapat flight terus Madinah sanggup tak jadi pergi.

Tiket Tambang Murah

Sekarang ini ada 2 jenis syarikat Penerbangan yang menawarkanTambang Murah kepada jemaah iaitu AirAsia X (syarikat Malaysia) dan juga Flynas (syarikat Arab Saudi). Kedua-duanya menawarkan penerbangan terus Kuala Lumpur/Jeddah dan Jeddah/Kuala Lumpur.

seat ekonomi airasia

Bagi yang ber”budget” maka lebih baik ambil jenis flight sebegini kerana harga tiket sememangnya murah berbanding yang lain. Pengalaman saya menaiki kedua-dua jenis pesawat saya rasa O.K aje. Pesawat Airbus 330 pada saya jenis yang besar. Ada 9 seat dalam 1 baris dengan 2 lorong. Cuma keadaan dalam kabin ada sedikit berbeza. Dari segi sajian makanan memang agak simple. Tapi boleh la setakat nak alas perut dari lapar dalam flight.

seat ekonomi flynas

Tiket Flight Transit

Biasanya menjadi pilihan terakhir bagi saya apabila berlaku masalah mendapatkan seat flight terus ke Saudi. Pada saya flight terbaik mestilah Emirates cuma jadual mendarat di Madinah pada jam 3 pagi mengurangkan tumpuan saya untuk mendapatkan flight ini. Ini kerana saya terpaksa tempah bilik hotel awal sehari dari jemaah sampai Madinah kerana waktu mula “check in” di Madinah ini lazimnya selepas Asar, sedangkan jemaah sudah sampai pada waktu pagi.

Flight-flight lain sebenarnya O.K cuma kena lihat jadual penerbangan kerana sebolehnya saya cuba elakkan dari transit yang terlalu lama. Kecuali jika tiada pilihan di samping harga tiketnya yang sememangnya murah.

Merancang Pilihan Flight

Saya bercadang untuk Pakej Umrah Idaman akan cuba mendapatkan flight Saudi sektor Kuala Lumpur/Madinah dan Jeddah/Kuala Lumpur atau Sektor Kuala Lumpur/Jeddah dan Madinah/Kuala Lumpur.

Bagi Pakej Ekonomi pula, Ajwa akan memilih Penerbangan AirAsia X sebagai pilihan pertama.

Sebenarnya Flight Emirates juga merupakan pilihan terbaik. Flight Emirates memang canggih dan selesa. Saya akan lihat dahulu Jadual Penerbangan untuk musim akan datang. Tambahan pula flight Emirates ini selepas transit sebentar di Dubai terus menuju ke Madinah. Atau ada juga sektor Kuala Lumpur/Dubai/Jeddah dan balik dari Madinah transit sebentar di Dubai dan kemudian ke KLIA.

Sekiranya dapat harga yang murah, maka Flight Emirates juga dalam perhatian saya selain Flight Saudi dan Air Asia X.

Tempahan Perlukan Nama ?

Sekiranya Ajwa sudah mempunyai “List Nama-nama Jemaah” maka lebih mudah untuk Ajwa membuat tempahan tiket Penerbangan. Pihak Airlines lebih yakin dengan tempahan yang disertai dengan Nama-nama Jemaah berbanding tempahan tanpa Nama.

Maka kepada jemaah yang berminat untuk menyertai Umrah bersama Ajwa Travel amat digalakkan untuk mendaftar awal. Dan apabila Ajwa sudah mempunyai Senarai Nama-nama Jemaah maka bolehlah Ajwa membuat Tempahan Tiket Penerbangan lebih awal lagi. Kelebihan tempahan awal ini boleh menjamin kita boleh dapat “seat” mengikut pilihan tarikh dan sektor yang kita suka.

Sebagai contoh, jika saya mahu seat Saudi sektor Kuala Lumpur/Madinah dan sudah ada 40 Nama maka Ajwa boleh terus membuat tempahan atau belian terus Tiket mengikut pilihan tarikh yang dikehendaki. PIhak Airlines lebih “prefer” booking yang dah ada Nama dan juga bayaran.

Jadi kepada jemaah yang sememangnya merancang untuk menunaikan Umrah pada hujung tahun maka segeralah hantar Nama-nama yang nak join. Andaikata di saat akhir tak jadi pergi, jangan bimbang wang anda akan dikembalikan. Jika bertangguh dibimbangi Tiket idaman kita nanti gagal diperolehi.

Bila musim baru bermula ?

Musim 1436H  visa mula dibuka pada 26 November 2014. Maka untuk musim baru 1437H saya ramal ianya mula dibuka pada 18 November 2015 (paling awal). Maka Ajwa merancang untuk Trip yang paling awal Umrah Musim Baru 1437H ini, bermula pada 25 November 2015 ke atas.

Kumpulan Trip awal ini  terbahagi kepada Pakej Umrah Idaman 1 dan 2 yang akan menaiki Flight Saudi KULMED/JEDKUL atau KULJED/MEDKUL. Pakej Idaman 1 yang akan menginap di Hotel Safwah Orchid  (Makkah) iaitu Hotel 5 Bintang dan Ansar Golden (Madinah).

Manakala Pakej Idaman 2 pula menginap di Hotel Anjum (Makkah) juga Hotel 5 Bintang dan Ansar Golden (Madinah).

Manakala Pakej Ekonomi pula akan menaiki Pesawat AirAsia X sektor KUL/JED/KUL dan menginap di Hotel Jawad al-Taj atau Broj Jewar atau setaraf di Makkah dan Hotel Mubarak Madinah. Jarak Hotel di Makkah pada anggaran 200 meter ke Masjidil Haram.

Jadual Keberangkatan ?

Belum boleh dikeluarkan lagi kerana Ajwa belum membuat sebarang Tempahan Tiket Penerbangan. Tetapi paling awal bermula dari 25 November ke atas. Untuk bulan November ni, Ajwa merancang akan set 2 Trip Rombongan Umrah, insyaAllah.

Untuk bulan Disember pun sama. Ajwa merancang untuk set beberapa Trip untuk Pakej Idaman 1 & 2 serta Pakej Ekonomi. Setiap Trip akan diketuai oleh seorang Petugas Ajwa dari Malaysia.

Jangkaan Harga Pakej

Sebenarnya harga Hotel-hotel di Makkah (Hotel 5 Bintang dan hotel Ekonomi) biasanya akan mula dikeluarkan selepas 1 Muharam setiap tahun. Maka harga yang dikeluarkan setakat ini hanyalah anggaran sahaja. Ianya akan hanya muktamad selepas Ajwa mendapat harga bilik Hotel.

Namun begitu sebagai anggaran Harga untuk Pakej Ekonomi, Ajwa cuba untuk set pada harga RM 6500 (bilik Quad), RM 6800 (bilik Triple) dan RM 7300 (bilik Double)

Untuk Pakej Idaman 1, Ajwa cuba set harga pada RM8500 (bilik Quad), RM 9000 (bilik Triple) dan RM10,000 (bilik Double)

Manakala Pakej Idaman 2, harga pada RM7800 (bilik Quad), RM8300 (bilik Triple) dan RM9300 (bilik Double).

Kesimpulan

Sememangnya harga Umrah hujung tahun ini pastinya lebih tinggi berbanding biasa. Ada ura-ura harga Tiket Penerbangan boleh mencapai RM4000 dan lebih pada bulan Disember ini. Sedangkan jika musim biasa harga tiket hanyalah sekitar RM3000 ke RM3500 sahaja.

Begitu juga Tiket Tambang Murah, tiket mungkin dijual pada harga RM3500 untuk Disember nanti, sedangkan pada musim biasa hanya RM3000 dan ke bawah.

Jadi Harga Umrah untuk Hujung Tahun ini sememangnya akan melebihi RM6000 tergantung kepada jenis flight yang diambil dan juga jenis standard hotel dan jaraknya dengan Masjid.

Jika ada yang tawarkan harga Umrah kurang dari RM6000 maka kena bersedia untuk mendapat hotel yang jauh dari Masjid dan juga berlepas menggunakan flight Transit ke Negara Ketiga. Jika naik Biman Airways maka transitnya di Dhaka, contohnya.

Persediaan Awal

Jemaah boleh emel Nama-nama yang ingin menyertai Umrah bersama Ajwa kepada umrah@ajwatravel.net atau kakyati@ajwatravel.net dan sebaiknya sertakan No. HandPhone untuk dihubungi.

Dan sebagai tanda komitmen, selepas itu bolehlah membuat bayaran deposit RM1000/seorang ke akaun Maybank Islamic no.5624-6930-9729 atas nama Ajwa Travel & Tours Sdn Bhd. Jangan lupa hantar salinan bank in slip sebagai bukti bayaran samada melalui emel atau boleh juga “whatapps” ke no.019-3505395.

Pada musim 1436H Ajwa banyak menerima pendaftaran saat-saat akhir. Ini menyebabkan sukar untuk Ajwa mendapatkan Tiket Idaman pada harga yang murah. Akhirnya ada Group Umrah yang terpaksa menaiki Pesawat transit ke Addis Ababa sebelum mendarat di Jeddah kerana faktor harga tiket yang murah ketika itu.

Harus diingat, sekiranya Ajwa lambat untuk menempah tiket maka risikonya ialah kita gagal mendapatkan “Tiket Idaman” dan jika masih ada harganya sudah melambung tinggi dan lari dari budget asal.

Wassalam. Jumpa lagi, insyaAllah.