Assalamualaikum wbt.

Ramai yang menalipon atau sms atau emel kepada saya bertanyakan mengenai Pakej Umrah bulan Disember 2013. Saya percaya ramai di kalangan kita yang berhasrat untuk menunaikan Umrah pada bulan tersebut. Ini kerana selain dari faktor musim cuti sekolah hujung tahun, ketika bulan Disember itu juga ialah musim sejuk di Arab Saudi. Pastinya ramai yang selesa dengan cuaca sejuk berbanding musim panas.

Menanti Visa Umrah Dibuka

Segala-galanya bergantung kepada samada Visa Umrah sudah dibuka ataupun tidak. Jika dibuka alhamdulillah, jika tidak maka kena tunggu bulan Januari 2014 la gamaknya. Tetapi saya berkeyakinan Visa Umrah mungkin dibuka sekitar pertengahan Disember 2013. Dan menariknya harga Pakej Umrah bulan Disember pasti lebih murah berbanding sekarang. Ini kerana harga hotel selepas musim Haji adalah lebih murah berbanding sebelumnya.

kaabah dan tower

Pakej Umrah Idaman

Saya akan setting 2 standard Pakej bagi memenuhi permintaan jemaah samada nak yang dekat Masjidil Haram ataupun nak yang Pakej Jimat tetapi hotel di Makkah tidak terlalu jauh dengan Haram.

Pakej Idaman akan menginap di Hotel Safwah Orchid di Makkah. Saya suka hotel ini kerana selain bangunan ini yang paling hampir dengan Masjidil Haram, ianya juga mempunyai banyak restauran, ada super market dan banyak kedai-kedai jualan, money changer dan juga Hospital. Segala-galanya ada di dalam bangunan Safwah. Jemaah tidak perlu bersusah payah untuk “shopping”. Semuanya boleh dicari dalam satu bangunan yang ada “aircond”. Memang selesa.

Mengenai harga pula, bolehlah dibuat anggaran harga seperti yang lepas-lepas iaitu antara RM7000 hingga  RM7500 seorang. Harga yang dikeluarkan ialah harga untuk Full Package iaitu meliputi harga tiket penerbangan kelas ekonomi, hotel penginapan di tanah suci, pengangkutan dan lawatan, makan minum, belanja pemprosesan Visa Umrah dan perkhidmatan. Namun harga yang tepat akan diumumkan kemudian sebaik saya mendapat harga Hotel untuk musim yang baru.

safwah1Hotel Safwah Royal Orchid

Pakej Super Ekonomi

Manakala bagi Pakej Super Ekonomi pula akan ditempatkan di Hotel Broj Jewar yang terletak di kawasan Ajyad mengikuit laluan belakang Istana Raja pada jarak 150 meter dari Masjidil Haram. Saya pilih hotel ini kerana lokasinya pada laluan bas yang melalui jalan yang sama dengan Hotel Safwah. Ini memudahkan Ajwa untuk mengendalikan Program Ziarah di Makkah untuk kedua-dua standard Pakej kerana Bas Ziarah akan melalui laluan yang sama untuk mengambil jemaah.

Mengenai harganya pula saya anggarkan sekitar RM6000 hingga RM6500. Tetapi harga ini anggaran sahaja dan belum muktamad. Saya akan umumkan harga yang sebenar sebaik sahaja mendapat harga hotel untuk musim yang baru. Cuma bakal jemaah boleh buat “budget” sekiranya berhasrat untuk menyertai Ajwa berdasarkan anggaran harga di atas. Jika ada bertambah atau berkurangan pun tidaklah terlalu jauh dari harga yang diberikan.

Jika nak yang lagi jimat sekitar RM5000 saya tidak mahu buat. Saya yakin akan dapat ramai jemaah kerana faktor Harga Pakej yang Murah tetapi saya bimbang ramai jemaah yang akan memarahi saya nanti semasa di sana kerana hotel penginapan yang jauh dari Haram. Saya kena letakkan diri saya sebagai Jemaah. Jika saya sendiri yang masih muda ini tidak mampu untuk kerap berulang-alik ke masjid kerana jarak hotel yang jauh maka jemaah apa tah lagi (terutama jemaah yang sudah berusia ataupun yang ada penyakit 3 serangkai).

Pendaftaran Umrah Disember 2013

Jika berhajat mahu menunaikan Umrah dalam bulan Disember ini, saya nasihatkan hantar emel nama-nama dahulu supaya saya boleh buat anggaran berapa tiket yang perlu saya tempah. Jadi apa tunggu lagi. Hanya hantar nama-nama dahulu dan juga no. handphone dan tak perlu bayar apa-apa pun lagi. Apabila “confirm” Visa Umrah dibuka Disember ini, maka saya akan hubungi semula mereka yang berkenaan.

Sebenarnya apabila sudah ada nama jemaah, ini memudahkan saya untuk merancang berapa tiket flight yang perlu saya “booking” dan juga berapa jumlah bilik hotel yang perlu saya tempah untuk kedua-dua standard Pakej. Al-maklum untuk “booking” Hotel Safwah ini kena pastikan dahulu berapa jumlah bilik yang perlu ditempah. Bukan boleh dibuat penambahan atau pengurangan bilik-bilik ikut suka kita. Kerana itu saya mengharapkan kepada yang berminat tu, segera mendaftar dengan beri nama. “Booking” secara “last minute” ni agak merbahaya. Dibimbangi akan ada yang ketinggalan dari mendapat bilik.

Alamat email ialah hjiqbal@ajwatravel.net atau boleh juga ke kakyati@ajwatravel.net.

Jumpa lagi dan wassalam.