Assalamualaikum wbt dan bertemu kembali.

Ajwa Travel muncul dalam industri Umrah di Tanah Air dengan fokus untuk memberi Perkhidmatan Umrah yang selesa kepada Jemaah. Pengalaman menguruskan Jemaah Umrah sebelum ini memberikan pengajaran bahawasanya kepuasan hati jemaah harus diutamakan dahulu.

Menyedari hakikat ini, Ajwa lebih memberi fokus untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada Jemaah. Saya percaya sesiapa yang pernah menunaikan Umrah pastinya mendambakan keselesaan dalam beribadah untuk Trip Umrah mereka pada masa akan datang.

Pada saya, perkhidmatan yang terbaik boleh dinilai dari jenis penerbangan yang diambil, Hotel Penginapan di Tanah Suci, sajian makanan yang memenuhi citarasa, bimbingan ibadah sebelum dan semasa di Tanah Suci selain dari layanan mesra Pengendali Pakej dan petugas kepada Jemaah.

Pastinya jemaah menyedari bahawasanya untuk mendapat perkhidmatan yang terbaik seperti di atas ada harganya yang tersendiri. Maknanya jemaah menerima hakikat yang mereka harus membayar lebih untuk mendapatkan perkhidmatan yang selesa di Tanah Suci.

Ciri-ciri Pakej Umrah Idaman

Penerbangan terus ke Saudi

Pilihan utama semestinya flight Saudi Airlines yang terbang terus ke Madinah atau masuk Makkah dahulu dan balik melalui Madinah. Seperti yang dimaklum sebelumnya tiket sektor ini harganya lebih mahal berbanding penerbangan Transit. Tetapi jemaah lebih rela membayar lebih dari terpaksa menempuh perjalanan yang panjang untuk sampai ke Madinah.

Sekiranya gagal untuk mendapatkan penerbangan Saudi, pilihan lain ialah flight Emirates yang transit sebentar di Dubai dan kemudiannya menuju ke Madinah. Segalanya tergantung atas harga tiket yang diperolehi dalam lingkungan budget “costing” Pakej.

Emirates-New York-flights

Dan sekiranya tiket sektor ke Madinah ini juga gagal diperolehi (samada harganya yang terlalu mahal mengatasi budget) maka setidak-tidaknya haruslah terus ke Jeddah dan bukannya penerbangan transit.

Pakej Umrah Idaman 1

Pakej Umrah Idaman 1 menawarkan Hotel bertaraf 5 Bintang yang lokasinya berhampiran dengan Masjidil Haram. Saya lebih berminat untuk menempatkan Jemaah Ajwa di bangunan Safwah Tower. Mengapa ?

safwah orchid

Pertama, kerana Hotel Safwah lokasinya paling hampir dengan Masjid Haram berbanding hotel-hotel di bangunan Zamzam Tower. Dalam bangunan Safwah juga sudah tersedia segala kemudahan kepada jemaah. Dalam bangunan Safwah ada supermarket, kedai yang menjual pelbagai barangan seperti pakaian dan sebagainya, banyaknya kedai-kedai makan dan juga kedai tukaran wang. Malah di tingkat bawah tersedia Hospital untuk jemaah yang sakit.

safwah room

 

Untuk Trip Awal, insyaAllah pada 25 November 2015 Ajwa akan menempatkan Jemaah Pakej Umrah Idaman 1 di Hotel Safwah Orchid atau yang setaraf dengannya di bangunan Safwah Tower ini. Untuk makluman selain Safwah Orchid ada hotel Safwah Jewar, Dar Iman dan Ghufran di dalam bangunan Safwah Tower ini.

Makanan untuk Jemaah

Jemaah akan bersarapan pagi di Dewan Makan Hotel. Manakala untuk “lunch” dan “dinner” jemaah Ajwa akan makan di Restoran dsaji Felda yang terletak di tingkat 2 bangunan ini. Jemaah tidak makan di hotel kerana faktur harganya yang terlalu mahal. Di samping itu makan di Restoran Malaysia lebih menyelerakan kerana sajiannya yang ala Malaysia dan dimasak oleh Chef dari Malaysia.

Pakej Umrah Idaman 2

Sengaja Ajwa setting Pakej Idaman 2 ini untuk memberi peluang kepada jemaah yang inginkan hotel yang selesa pada harga yang lebih rendah sedikit berbanding Pakej Idaman 1. Hotel Pakej Idaman 2 ini ialah Hotel Anjum yang terletak di Jabal Kaabah.

anjum hotel

Lokasi hotel ini betul-betul bersebelahan dengan bangunan binaan baru Masjidil Haram yang kabarnya sudahpun siap. Maknanya jarak bangunan Hotel Anjum dengan Masjidil Haram hanyalah 20-30 meter sahaja. Cuma jika berjalan kaki untuk sampai ke Mataf (Dataran Kaabah) agak jauh sedikit berbanding Hotel Safwah.

anjum Location

Untuk makluman, jemaah Ajwa pada musim Disember 2014 yang lalu menginap di Hotel ini. Syukur alhamdulillah jemaah amat menyukai Hotel Anjum kerana kemudahan dan servis yang disediakan sememangnya “first class”.

anjum room

Makanan di Hotel Anjum

Ajwa hanya mengambil “Half Board” sahaja di Hotel Anjum kerana faktur harga makanan hotel yang mahal. Maknanya jemaah akan bersarapan pagi dan makan malam di Hotel Anjum dan “lunch’ secara sendiri.

20150124_170944

Hotel di Madinah

Untuk kedua-dua Pakej Idaman 1 dan 2, Ajwa menempatkan jemaah di Hotel Ansar Golden yang terletak paling hampir dengan Masjid Nabawi. Lokasi Hotel Ansar Golden ialah bersebelahan dengan Hotel Oberoi di sebelah kiri dan di sebelah kanannya Hotel Dar Taqwa.

Untuk makluman, Pakej Idaman hanya menempatkan jemaah di Hotel 5 bintang di Makkah sahaja dan tidak di Madinah. Hotel 5 bintang di Madinah terlalu mahal dan boleh meninggikan lagi Harga Pakej. Tambahan pula Hotel Ansar Madinah saya kira selesa dan yang paling penting ianya paling dekat dengan Masjid Nabawi. Untuk jemaah wanita dikira paling dekat untuk sampai ke Pintu Masjid laluan untuk ke Raudhah.

Makanan di Madinah

Jemaah akan makan 3 kali di Hotel Ansar Golden di mana sajian disediakan oleh pihak Cataering Hotel. Saya kira keadaan di tempat makan hotel lebih selesa berbanding di hotel lain yang sentiasa padat dengan jemaah.

Tempoh Perjalanan Pakej

Bagi Pakej Idaman 1 dan 2, tempoh menginap di Madinah ialah 4 hari dan 3 malam. Manakala menginap di Makkah ialah 8 hari dan 7 malam, menjadikan tempoh perjalanan Pakej ialah 12 hari dan 10 malam.

gambar note2 1277Bas Persiaran

Jenis bas yang diambil ialah jenis Mercedes 404. Bas ini amat saya suka kerana tempat duduknya yang selesa selain dari prestasinya yang OK. Bas lain ada yang lebih cantik seperti jenis buatan China King Long, tetapi saya lebih prefer enjin Mercedes lagi.

Aturcara Lawatan di Madinah

Ziarah Dalam Masjid Nabawi

Aktiviti Ziarah Dalam ialah jemaah dibawa ke dalam Masjid Nabawi dan ditunjukkan kawasan Raudhah yang terdapat Makam Nabi, Mihrab Nabi, Mimbar Nabi, Tiang Taubat, Tiang Aisyah dan Tempat Muazin.

Untuk jemaah wanita, Ajwa menyediakan Mutawif Wanita untuk memandu dan membimbing Jemaah semasa berada di Raudhah. Mutawif wanita ini samada Pengarah Ajwa sendiri Hjh Norhayati atau Petugas Wanita Ajwa di Madinah. Jemaah wanita akan ditunjukkan sempadan sebenar Raudhah yang biasanya jemaah tidak tahu.

Aktiviti Ziarah Dalam ini dilakukan samada pada waktu sebelah pagi selepas sarapan pagi atau sebelah malam selepas Solat Isyak dan makan malam.

Aktiviti Ziarah Luar Madinah

Jemaah akan dibawa menaiki bas untuk menziarahi Masjid Quba iaitu masjid yang pertama didirikan oleh Rasulullah saw dan kemudiannya dibawa ke Kebun Kurma,  Makam Syuhada Uhud, Masjid Qiblatain, Masjid Tujuh dan Pasar Kurma

Pembimbing semasa program Ziarah luar ini biasanya terdiri dari pelajar Malaysia di Universiti Madinah.

Aktiviti ini biasanya dilakukan pada waktu pagi selepas sarapan dan berakhir sebelum masuk waktu zuhur.

Aktiviti Ziarah Manasek di Makkah

Ziarah Manasek Haji ialah satu program lawatan ke tempat-tempat kerja Haji yang dimulai ke Jabal Thur terlebih dahulu. Jabal Thur terletaknya Gua Thur iaitu tempat Nabi saw bersembunyi bersama Saiyidina Abu Bakar semasa peristiwa Hijrah baginda ke Madinah.

Kemudian jemaah dibawa ke Padang Arafah iaitu tempat jemaah haji mengerjakan Wukuf di Arafah semasa musim Haji nanti. Biasanya jemaah dibawa ke kawasan yang terletaknya Jabal Rahmah iaitu tempat pertemuan Nabi Adam dan Hawa selepas diturunkan ke bumi dari Syurga.

Selepas itu jemaah dibawa ke Muzdalifah dan seterusnya ke Mina (tempat lontaran 3 Jamrah pada musim Haji, sebelum dibawa ke Masjid Jaaranah. Jemaah yang ingin mengerjakan Umrah boleh mengambil Miqat di Masjid Jaaranah.

Aktiviti Ziarah Tambahan di Makkah

Hanya ada 2 lokasi lawatan sahaja iaitu di Masjid Hudaibiyah dan juga di Muzium Haramain Makkah. Sebelum ini aktiviti Ziarah Tambahan ini termasuk lawatan ke ladang Unta dan jemaah dapat merasai keenakkan minum susu Unta. Tetapi selepas tragedi Kes Jemaah meninggal dunia disebabkan virus Maskovi yang kononnya disebarkan oleh Unta, maka aktiviti ini ditiadakan.

Bilangan tempat Miqat ?

Jemaah Ajwa akan mendapat sekurang-kurang 3 tempat Miqat iaitu di Bir Ali (semasa datang dari Madinah), di Jaaranah dan juga di Hudaibiyah. Dan jemaah juga boleh mengambil Miqat di Tanaem.

Kursus Umrah

Kebiasaannya diadakan kira-kira 1 bulan atau 3 minggu sebelum jemaah berangkat ke Tanah Suci. Kursus Umrah ini diadakan pada hari Sabtu bermula dari jam 9 pagi hingga 12 tengah hari.

masjid klang

Kursus Umrah biasanya diadakan di Masjid Bandar Di raja Klang yang terletak di sebelah Pasar Jawa Klang dan di tepi Sungai Klang.

Pendaftaran dan Pertanyaan Lanjut

Kepada jemaah yang berminat untuk Umrah bersama Ajwa Travel boleh mendaftar dengan menghantar Nama-nama ke emel umrah@ajwatravel.net atau emel kakyati@ajwatravel.net atau jika ingin lebih pencerahan boleh hubungi saya di 019-350 5395 atau isteri saya Hjh Norhayati 019-341 8822 atau talian pejabat 03-3342 3395.

tabung haji klang

Atau boleh datang sendiri ke pejabat Ajwa Travel & Tours Sdn Bhd di Lot 304, Tingkat 3, Bangunan Lembaga Tabung Haji Klang.

Wassalam.