Assalamualaikum wbt. dan bertemu kembali.

Tahun 2015 telah meninggalkan kita dan pastinya banyak pengalaman yang ditempuh memberi banyak pengajaran buat diri kita. Pada awal kewujudan Ajwa Travel banyak memberi fokus kepada Pengendalian Perkhidmatan Pengurusan Umrah tetapi bermula musim baru ini, Ajwa juga merancang untuk mempelbagaikan aktivitinya.

AL-SAFWAH-ROYALE-ORCHID-MEKAH1

Sebenarnya Ajwa Travel bercita-cita untuk dikenali sebagai Pengendali Pakej Umrah yang terbaik dengan menawarkan hotel-hotel yang selesa dan dekat dengan Masjid. Kerana itu harga Pakej Umrah yang ditawarkan sememangnya lebih tinggi dari yang ditawarkan di pasaran. Ajwa mahu memberikan yang terbaik kepada jemaah, bukan untuk mencari seberapa ramai jemaah.

Jika nak cari jumlah jemaah yang ramai, maka kita tawarkan Pakej Umrah Harga Rendah. Tetapi saya yakin kesudahannya selalu berakhir dengan kekecewaan di pihak jemaah. Pakej Harga Rendah selalunya menawarkan hotel yang amat jauh dari Masjid. Syukur alhamdulillah Ajwa mendapat penerimaan yang baik dari ramai jemaah yang suka dengan konsep Pakej Umrah Idaman. Iaitu menawarkan hotel ekonomi di Madinah manakala di Makkah ialah hotel 5 bintang yang dekat dengan Masjidil Haram.

Sungguhpun jemaah Ajwa tidak ramai berbanding Travel yang lain, tetapi saya amat berpuas hati. Jika setiap bulan dapat bawa jemaah seramai 1 bas pun dah syukur sangat. Saya dapat menjaga jemaah yang mendaftar dengan Ajwa di bawah seliaan saya sendiri.

Jemaah yang mendaftar dengan Ajwa Travel saya anggap seperti anak-anak yang perlu dijaga dengan baik. Maka saya sebagai ayah mesti menjaga  anak-anak dengan baik dan penuh kasih sayang. Kerana itu saya amat suka jika saya sendiri yang mengetuai rombongan Umrah dan juga Non Umrah. Tambahan pula sememangnya jemaah amat suka jika Tuan Punya Travel yang mengetuai rombongan.

Sememangnya saya akui apabila saya sendiri yang mengetuai rombongan akan wujud kemesraan dengan jemaah. Dan yang paling best apabila hubungan dengan jemaah terjalin erat walau selepas selesai Umrah ataupun rombongan kemana-mana yang disertai. Wujud group “whatapps” sehingga kini yang masih berjalan terus.

Menyedari hal ini, maka saya perlu merancang untuk merangka Pakej Umrah dan juga Non Umrah yang boleh disertai oleh saya sebagai Ketua Rombongan. Sungguhpun demikian, saya akui adalah mustahil untuk semua Pakej anjuran Ajwa Travel disertai oleh saya.

Pakej Umrah bulan Februari 2016

Sekembali dari Tanah Suci pada 31 Disember 2015 yang lalu, maka Pakej Umrah paling awal musim 2016 ialah pada awal Februari. Pakej Umrah ini dijadualkan berlepas pada 6 Februari 2016 dari KLIA ke Madinah dengan menaiki Penerbangan MAS Charter.  Setakat ini sudah ada 33 jemaah yang mendaftar iaitu 24 jemaah Pakej Idaman dan 9 jemaah Pakej Ekonomi.

Di Madinah, semua jemaah akan menginap di Hotel Safir bagi memudahkan saya untuk menjaganya. Tetapi di Makkah, jemaah Pakej Idaman akan menginap di Hotel Dar Eiman bertaraf 5 bintang dalam bangunan Safwah Tower, manakala jemaah Pakej Ekonomi akan bersama saya menginap di Hotel Jawad al-Taj iaitu hotel bertaraf Ekonomi pada jarak 200 meter ke Masjidil Haram.

Walaupun menginap berlainan hotel tetapi program Ziarah di Makkah akan berjalan serentak dengan menggunakan bas yang sama di mana saya bertindak sebagai Mutawif ziarah, insyaAllah.

Jemaah berada di Madinah selama 4 hari 3 malam, manakala berada di Makkah selama 8 hari dan 7 malam menjadikan tempoh Pakej ialah 12 Hari dan 10 Malam. Jemaah dijadualkan balik dari Jeddah ke KLIA pada 16 Februari jam 4.45 petang dan sampai keesokkan harinya pada jam 6 pagi, 17 Februari 2016.

Pakej Melawat Lombok (28 Januari hingga 31 Januari 2016)

Sebelum menunaikan Umrah pada 6 Februari, insyaAllah saya akan membawa rombongan melawat Lombok selama 4 hari dan 3 malam. Setakat hari ini ada 14 peserta rombongan dan ianya masih ada masa untuk sesiapa yang berminat untuk turut serta.

Harga Pakej ini ialah RM 1450 seorang. Harga ini dikira masih rendah kerana Pakej yang sama untuk musim cuti sekolah pada bulan Mac ialah RM1650 seorang disebabkan faktor harga tiket flight yang mahal.

Promosi Non Umrah (Cuti Sekolah Mac 2016)

Sempena Musim Cuti Sekolah bulan Mac 2016, Ajwa mempromosikan Percutian 4 Hari 3 Malam ke beberapa destinasi di Indonesia iaitu Banda Aceh, Lombok, Padang & Bukit Tinggi dan Medan Danau Toba.

Pakej Melawat Banda Aceh – (14 Mac – 17 Mac 2016)

Harga Pakej ini ialah RM 1450 seorang. Kebiasaannya jika bukan musim cuti sekolah, harga yang ditawarkan ialah RM 1250 seorang. Jika nak jimat boleh join Pakej ini pada tarikh bukan musim cuti sekolah. Sememangnya musim cuti sekolah, harga tiket flight akan meningkat naik.

Semamangnya melihat kesan peninggalan tragedi Tsunami boleh menginsafkan kita akan kekuasaan Allah dan kebesaran Allah. Banyak pengajaran yang boleh kita ambil dari lawatan ke tempat-tempat kesan Tsunami ini. Lawatan ke Pulau Sabang juga dapat memikat pengunjung dengan melihat keindahan pulau dan air lautnya yang jernih sehingga dapat dilihat Terumbang Karang dengan jelas melalui Bot Kaca yang dinaiki.

Maklumat mengenai Pakej ini dan keistimewaan Banda Aceh ada saya ceritakan dalam entry sebelum ini. Pada musim 2015, syukur alhamdulillah 4 kali saya ke Banda Aceh membawa rombongan. Pembaca boleh rujuk catatan pengalaman lawatan saya ke Banda Aceh melalui beberapa entry saya sebelum ini di bawah tajuk Banda Aceh – Selepas 10 tahun Tsunami , dan Banda Aceh – Tempat Yang Menarik Untuk Dilawati

Pakej Melawat Lombok – (15 Mac – 18 Mac 2016)

Harga Pakej ini ialah RM 1650 sahaja. Setakat ini sudah lebih 20 orang yang mendaftar. Syukur alhamdulillah kebanyakkan jemaah datangnya dari usaha seorang jemaah yang sebelum ini mengikut Rombongan Ajwa ke Banda Aceh. Jemaah ini berpuas hati lalu diajak rakan-rakannya yang lain untuk menyertai Pakej Lombok ini pula.

Dari segi geografi, kedudukan Lombok hampir dengan Pulau Bali. Berbeza dengan Bali yang berlatar belakang Hindu, masyarakat Lombok pula majoritinya beragama Islam. Jadi tiada masalah dari segi mencari makanan Halal di sini. Dewasa ini, Lombok amat terkenal kerana keindahan alam semula jadinya terutama di kawasan pantai dan pulau.

Pakej Padang dan Bukit Tinggi – (16 Mac – 19 Mac 2016)

Harga Pakej ini ialah RM 1550 sahaja. Pakej ini juga dikenali sebagai Pakej Minangkabau kerana masyarakat Minangkabau yang mendiami Padang dan Bukit Tinggi ini.

Catatan pengalaman saya melawat tempat ini ada dalam entry terdahulu bertajuk Catatan Perjalanan Padang Bukit Tinggi dan Catatan Perjalanan Padang Bukit Tinggi – Siri 2.

Sememangnya menarik melawat Padang dan Bukit Tinggi kerana kawasan di sini agak sejuk berbanding tempat lain di Indonesia. Pastinya menu makanan yang popular di sini tidak lain dan tidak bukan ialah Nasi Padang.

Pakej Medan dan Danau Toba – (17 Mac – 20 Mac 2016)

Harga Pakej ini ialah RM 1450 seorang. Destinasi Medan ialah yang paling dekat dengan kita. Naik flight ke Medan tak sampai pun 1 jam. Oleh kerana masa Malaysia awal 1 jam dari masa Indonesia maka ramai yang keliru apabila melihat jadual berlepas jam 7 pagi tetapi sampai jam 6.55 pagi pulak. Tetapi bila balik masa terbang dengan masa sampai KLIA2 ialah 2 jam pula.

Keistimewaan lawatan ke Medan juga ada saya muatkan dalam entry terdahulu dalam blog ini di bawah tajuk Pakej Melawat Medan dan Danau Toba.

Manakala cadangan Iternary juga ada dalam entry Cadangan Aturcara Pakej Medan dan Danau Toba – Siri 1 dan Cadangan Aturcara Pakej Medan dan Danau Toba – Siri 2

Makluman Harga Pakej Non Umrah

Bagi setiap Pakej sektor Indonesia di atas, harga yang ditawarkan ialah Harga Keseluruhan Pakej. Ianya meliputi kos tiket penerbangan pergi dan balik termasuk cukai airport di destinasi berkenaan. Jemaah juga diberi makanan dalam flight masa kerana saya yakin ramai yang tak sempat nak bersarapan pagi disebabkan Jadual Berlepas ialah pada awal pagi. Bagasi masa pergi ialah 10kg seorang dan bagasi masa balik pula 20kg seorang.

Hotel yang ditawarkan bertaraf 3 bintang dan sebilik berdua. Jemaah akan dibawa ke tempat-tempat menarik dengan bas Persiaran yang berhawa dingin dengan dipimpin oleh Tour Guide yang berpengalaman. Jemaah juga akan makan 3 kali sehari iaitu Sarapan Pagi di hotel, manakala “lunch” dan “dinner” di Restoran Tempatan.

Permintaan Pakej Non Umrah (bukan musim Cuti Sekolah)

Jika ada permintaan dari pembaca yang ingin pergi ke destinasi di atas secara berkumpulan dan sudah ada tarikh cadangan sendiri, Ajwa Travel juga bersedia untuk menguruskannya. Harga Pakej yang bukan dalam musim cuti sekolah lebih murah RM200 berbanding musim cuti sekolah.

Promosi Pakej Umrah Cuti Sekolah Mac 2016

Cadangan Pakej Umrah ini berlepas dari 8 Mac 2016 dengan Penerbangan MAS Charter sektor KLIA terus ke Jeddah dan masuk Makkah dahulu. Jemaah siap dengan berpakaian Ihram dari KLIA kerana jemaah akan berniat Umrah di dalam Kapalterbang dengan mengambil miqat di Qarnul Manazil.

Jemaah akan berada di Makkah selama 8 hari dan 7 malam, manakala 4 hari dan 3 malam terakhir berada di Madinah. Jemaah akan balik melalui airport Madinah terus ke KLIA dan dijangka sampai pada 19 Mac 2016 pada jam 6 pagi.

Harga Pakej Ekonomi ialah RM6980 untuk sebilik berempat, RM7380 untuk sebilik bertiga dan RM7980 untuk sebilik berdua. Hotel Penginapan di Makkah ialah Jawad al-Taj kira-kira 200 meter ke Masjidil Haram.

Manakala bagi Pakej Idaman, harga bermula dari RM8480 untuk sebilik berempat, RM9080 untuk sebilik bertiga dan RM9980 untuk sebilik berdua. Hotel Penginapan di Makkah ialah Safwah Orchid atau hotel bertaraf 5 bintang yang setaraf dengannya.

Untuk kedua-dua standard Pakej di atas akan menginap di Hotel yang sama di Madinah iaitu Hotel Safir atau setaraf dengannya.

Pendaftaran Pakej

Kepada yang berminat boleh hubungi terus saya atau whatapps di 0193505395 atau isteri saya Hjh Norhayati 0193418822 atau anak saya Fatin Kamili 0193390156 atau datang sendiri ke Pejabat Ajwa Travel di Lot 304 Tingkat 3, Bangunan Tabung Haji Klang, Selangor.

Bagi yang tinggal jauh sebenarnya tiada masalah. Pembayaran Pakej boleh dibuat melalui bank in ke akaun Maybank Islamic pada no. 5624-6930-9729 atas nama Ajwa Travel & Tours Sdn Bhd dan jangan lupa hantar melalui whatapps atau fax ke 03-3342 4395 salinan slip bank sebagai bukti pembayaran.

Setakat ini dulu cerita Perancangan Ajwa di musim baru ini. InsyaAllah saya akan cerita pada entry akan datang mengenai Pakej Melawat Istanbul pada April 2016 dan juga Pakej Melawat 6 Negara di Eropah pada tarikh yang akan diputuskan kemudian. Di samping cerita mengenai Pakej Umrah bulan April 2016 dan selanjutnya.

Jumpa lagi dan Wassalam.