Assalamualaikum wbt dan Selamat Hari Raya ‘Idil Fitri.

Makkah akan datang

Semenjak saya mula mempromosikan Pakej Umrah Hujung Tahun di blog dan juga website Ajwa, ianya telah mendapat sambutan yang menggalakkan dari bakal Tetamu Allah. Sungguhpun Ajwa mengambil pendekatan penjimatan kos dengan memilih Penerbangan Airasia X yang lebih murah tambangnya tetapi jemaah yang mendaftar memahami bahawa lokasi hotel yang dekat dengan Masjidil Haram lebih penting berbanding mendapatkan flight direct Madinah tetapi hotel di Makkah jauh dari Haram.

Tidak seperti tahun sebelumnya Pakej Umrah Idaman lebih mendapat sambutan berbanding Pakej Ekonomi tetapi pada tahun ini sebaliknya pula berlaku. Boleh jadi golongan yang meminati Pakej Umrah Idaman belum lagi membuat keputusan atau perancangan untuk menunaikan Umrah.

Setakat ini Pakej Umrah Ekonomi lebih ramai yang mendaftar dengan Ajwa berbanding Pakej Umrah Idaman. Melihat kepada senario yang berlaku maka Ajwa akan melakukan pengasingan Jadual Pelepasan ke Tanah Suci mengikut kategori Pakej. Ini bagi memudahkan pengurusan logistik semasa di Tanah Suci.

AirAsia_X_Airbus_A330-300

Jadual Pakej Umrah Ekonomi

Pakej Umrah Ekonomi akan berlepas mengikut Jadual seperti berikut :-

2015-06-21 07_01_20-Jadual Umrah Disember 2015 - Microsoft Word

Masih ada kekosongan ?

Kepada mereka yang berminat menyertai Pakej Ekonomi, pendaftaran masih lagi dibuka kerana setakat ini masih ada sedikit lagi kekosongan tempat untuk Jadual di atas.

Satu lagi Kumpulan Pakej Ekonomi akan berlepas mengikut Jadual seperti berikut :-

2015-06-21 07_03_00-Jadual Umrah Disember 2015 - Microsoft Word

Tetapi untuk tarikh 21 Disember 2015, ianya telah penuh. Dan jika ada permintaan maka terpaksa Ajwa membuat penambahan tempahan seat.

Ketua Rombongan ?

Mengikut perancangan, insyaAllah saya sendiri bersama isteri Hjh Norhayati akan bersama dalam Kumpulan Awal ini. Dan saya akan berada di Tanah Suci dari 9 Disember 2015 dan akan balik ke Tanah Air bersama Kumpulan Akhir Ajwa iaitu pada 31 Disember 2015.

Jadual Pakej Umrah Idaman 2

Manakala bagi Pakej Idaman 2 yang menginap di Hotel Anjum (hotel bertaraf 5 bintang di Makkah), jadual ialah seperti berikut :-

2015-07-31 09_59_27-Jadual Umrah - Microsoft Word

Untuk makluman, Ajwa telah membuat Tempahan Tiket Penerbangan untuk Kumpulan Pakej Idaman ini sebanyak 40 tiket sahaja. Dan masih ada lagi kekosongan tempat bagi yang berminat menyertainya. Maklumat mengenai Hotel Anjum ada pada entry saya sebelum ini.

 

Hotel-Anjum-terkini

Ramai yang bertanya lokasi Hotel Anjum di Makkah. Pembaca boleh rujuk gambar di atas yang menunjukkan Hotel Anjum yang berada di tengah gambar (dalam kotak). Hotel Anjum terletak di Jabal Kaabah yang bersebelahan dengan bangunan tambahan baru Masjidil Haram.

Bangunan tambahan tersebut telah siap dan dibuka kepada jemaah. Jemaah berjalan kaki tidak sampai 30 meter untuk memasuki bangunan Masjidil Haram. Untuk makluman, jemaah lebih mudah untuk menuju ke Dataran Kaabah melalui jalan di dalam bangunan tambahan ini berbanding masuk ikut laluan sebelah lain.

Ini kerana pada musim Disember nanti, kawasan Dataran Luar Masjidil Haram terlalu padat dengan jemaah yang ingin masuk dalam Masjidil Haram. Dan jika sampai lewat, Pintu-pintu Masjidil Haram akan ditutup kepada jemaah.

Tempahan Flight Terus ke Madinah ?

Saya percaya golongan yang menggemari Pakej Idaman sebenarnya lebih ‘prefer’ penerbangan yang terus ke Madinah. Tetapi untuk bulan Disember 2015, harga tiket sudah jadi tertalu mahal. Saya tidak mahu mewar-warkan Pakej yang flight terus ke Madinah sedangkan saya belum buat apa-apa tempahan penerbangan lagi untuk sektor yang berkenaan.

Saya tidak mahu mengula-gulakan bakal jemaah dengan Tawaran Pakej yang menarik yang kononnya flight terus ke Madinah demi mendapatkan jemaah yang ramai.

Tetapi jika ada bakal jemaah yang mahukan juga penerbangan yang terus ke Madinah, maka Ajwa harus memenuhi permintaan dengan syarat mereka sedia menerima Harga Pakej yang lebih mahal berbanding apa yang ditawarkan Ajwa sebelum ini.

Masalah Tukaran Wang ?

Keadaan semasa menunjukkan kadar tukaran Ringgit semakin lemah di pasaran. Jika tahun dahulu RM 100 bersama SAR 120, tetapi bulan Mei yang lepas RM100 sudah sama dengan nilai SAR 100. Dan ada masanya kurang dari SAR 100.

Pada Disember 2015 nanti, saya berdoa agar kadar Ringgit Malaysia bertambah baik. Jika semakin lemah maka ada kemungkinan Kos Umrah akan menjadi lebih mahal. Dan tidak mustahil Harga Pakej Umrah akan dinaikkan disebabkan kadar nilaian Ringgit Malaysia yang semakin rendah.

Pertanyaan dan Pendaftaran

Bagi yang inginkan lebih pencerahan mengenai Pakej Umrah musim Disember 2015, boleh hubungi saya di no 019-3505395 atau isteri saya Hjh Norhayati 019-3418822. Atau boleh datang sendiri ke Pejabat Ajwa Travel di Tingkat 3, Bangunan Tabung Haji Klang.