Assalamualaikum wbt. dan bertemu kembali

Ramai yang tidak menyedari Pulau Lombok merupakan destinasi percutian yang semakin popular sekarang ini. Semasa kunjungan saya baru-baru ini saya berjumpa dengan ramai rakyat Malaysia yang bercuti ke Lombok. Untuk makluman, tahun lepas Lombok mendapat anugerah Destinasi Percutian Halal terbaik di dunia dan juga Destinasi Berbulan Madu (Honeymoon) No.1.

20160128_135713

Kedudukan Geografi Lombok

Pulau Lombok terletak di Nusa Tenggara Barat Indonesia atau berhampiran dengan Pulau Bali. Berbeza dengan Pulau Bali yang sarat dengan imej Hindu, Pulau Lombok pula majoriti penduduknya beragama Islam. Jadi tiada masalah untuk mendapatkan makanan Halal di sini.

 

20160128_183419

Pulau Lombok juga dikenali sebagai Pulau Seribu Masjid. Ini kerana terdapat banyak Masjid di pulau ini. Kita boleh melihat begitu banyak masjid-masjid di sepanjang perjalanan dengan bas semasa program lawatan kita di Lombok. Dan yang bestnya lalulintas di sini juga tidak sibuk dan tiada masalah kesesakan lalu lintas.

Untuk ke Pulau Lombok, kita boleh menaiki Pesawat Airasia yang berlepas dari KLIA2 ke Lombok. Tempoh perjalanan pula ialah 3 jam 10 minit, menunjukkan lokasinya yang agak jauh sedikit berbanding dengan Medan atau Padang di Indonesia.

Lapangan terbangnya pula besar dan bertaraf International. Waktu di Lombok juga sama dengan waktu di Malaysia dan bukan lewat 1 jam seperti di kawasan lain Indonesia.

20160128_130226

Kampong Tradisional Masyarakat Sasak Ende

Destinasi awal yang dikunjungi ialah di Perkampungan Tradisional Masyarakat Sasak Ende iaitu masyarakat pribumi Lombok.  Kampong tradisional ini sengaja dikekalkan sebagai salah satu tarikan pelancungan oleh pihak berwajib. Apa istimewanya kampung ini?

Sebenarnya binaan rumah masyarakat kampung ini, lantainya diperbuat dari najis lembu dicampur dengan tanah liat. Pertama kali mendengarnya dari Tour Guide, bunyinya macam pelik. Saya seperti tertanya-tanya, boleh ke? Macam mana dari segi kebersihan ? Nak solat macam mana?

Dikatakan ketika simen belum ada lagi, mereka menggunakan najis lembu menggantikan simen. Ketika pertama kali meninjau keadaan dalam rumah kelihatannya lantai rumah nampak bersih dan tidak berbau. Atap rumah diperbuat dari sejenis daun seperti lalang dan boleh tahan untuk tempoh 2 tahun sebelum diganti baru.

20160128_131352

Dalam rumah yang kelihatan kecil ini tiada bilik di dalamnya. Manakala dapurnya pula terletak di luar rumah. Dapur menggunakan kayu api. Nampak memang gaya macam orang zaman dahulu.

20160128_135601

Pantai Lombok

Sememangnya saya akui permandangan kawasan pantai di Pulau Lombok amat cantik dan indah sekali. Kedudukan laluan jalan raya di sepanjang pantai kebanyakkannya di kawasan atas bukit menyebabkan ianya dilihat cukup indah dan mengasyikkan. SubhanaAllah ! Begitu indah sekali alam ciptaan Tuhan..

20160130_094153

Kunjungan pertama kali ke Lombok menyebabkan saya sudah jatuh cinta dengannya. Kawasan pantainya yang bersih dan air lautnya yang jernih menyebabkan Lombok semakin digemari oleh ramai Pengunjung asing untuk datang ke sini.

Saya kira Pihak Berwajib sememangnya sedang giat mempromosikan industri Pelancungan di Lombok sebagai salah satu sumber pendapatannya. Banyak resort yang dibangunkan di kawasan pantai Lombok dan juga pulau-pulau sekitarnya. Sememangnya Lombok sudah boleh mencabar Bali sebagai tarikan pelancungan atau disebut “pariwisata” oleh masyarakat Indonesia.

Tenunan Lombok

Kami dibawa di kawasan industri kampung iaitu tenunan kain Lombok. Nama kampung saya tak ingat. Lombok memang terkenal dengan tenunan kain dan songket. Di dalam kampung berkenaan saya lihat seperti ada banyak rumah yang menjalankan aktiviti tenunan kain, cuma kami hanya melawat satu rumah sahaja.

20160128_160936

Tahukah kita untuk menghasilkan Kain tenunan songket Lombok mengambil masa antara 2 bulan hingga 4 bulan bergantung kepada jenis tenunan. Dan apabila siap ianya dijual antara Rp100 ribu keatas (RM30+). Saya rasa tak sampai hati pula untuk meminta diskaun apabila membeli kain tenunan songket buatan Lombok ini, bila mengenangkan kesusahan dan lamanya proses menghasilkannya.

puri-senggigi-hotel

Kawasan Sengigi

Kami menginap di hotel Puri Sengigi di kawasan tepian pantai Sengigi. Kawasan ini sememangnya nampak “happening” kerana banyak deretan resort atau hotel penginapan untuk pengunjung. Bukan setakat resort dan hotel di kawasan Sengigi ini juga banyak restoran, cafe, kedai yang sedia menanti kunjungan pelanggan asing. Nampak jelas pihak berwajib fokus membangunkan industri pelancungannya.

Hari ke 2

Selepas sarapan pagi, kami di bawa ke suatu pulau kecil yang dipanggil Gili Trawungan. Gili itu bermaksud pulau kecil. Di sepanjang perjalanan kami lalui kawasan tepi pantai dari atas bukit. Memang mengkagumkan permandangan pantai Lombok dari arah atas bukit.

20160129_101449

Kami harus menaiki bot untuk ke Gili Trawungan. Perjalanan dengan bot hanya mengambil masa sekitar 30 minit sahaja. Pabila sampai di Gili Trawungan terasa macam berada di Hawaii. Ramainya pengunjung asing (Mat Saleh) kat sini.

20160129_131503

Aktiviti pertama yang kami lakukan di sini ialah menaiki bot kaca mengelilingi pulau-pulau kecil di kawasan ini untuk melihat Terumbu Karang dan hidupan laut dari atas bot. Kami lihat ramai juga pengunjung yang menjalankan aktiviti snorkeling. Saya tidak membawa baju mandi, jadi rasa ralat juga kerana tak dapat nak “snorkeling”. Saya dapat bayangkan seronoknya mereka melihat keindahan hidupan di dalam laut. Dalam hati saya kata, tak pa insyaAllah ada umur saya akan datang ke sini sekali lagi Mac nanti.

20160129_113748

Selesai aktiviti keliling pulau, sempat kami bersolat Jumaat di Masjid yang ada di Gili Trawungan. Mendengar alunan azan yang merdu dan khutbah Jumaat yang disampaikan dan melihat bilangan jemaah yang ramai di Masjid, menampakkan masyarakat di sini juga mengamalkan budaya hidup Islam. Sungguhpun kawasan sekeliling pantai seperti gaya kebaratan (ala Hawaii).

20160129_131716

Selepas Solat Jumaat dan jemaah wanita selesai Solat Jamak di masjid yang sama, kami naik Kereta Kuda keliling pulau pula dengan bayaran Rp200 ribu. Satu kereta kuda boleh naik 3-4 orang pengunjung. Terasa macam suasana dalam filem Indonesia zaman Belanda pula. Ini kerana lorong laluan kuda di kawasan tepi pantai ini amat kecil, cukup sekadar membolehkan 2 buah kereta kuda berselisih.

Saya lihat terlalu banyak Kereta Kuda atau dipanggil Cidomo oleh orang sini. Di sepanjang laluan kami mengelilingi pulau, saya dapati terlalu banyak resort dan hotel baru dibina. Ada yang siap dengan kolam renang lagi. Pasti mahal hotel atau resort di sini berbanding di pulau Lombok.

20160129_160450

Seronok dengan aktiviti di sini sehingga masuk waktu Asar baru kami kembali ke Lombok semula. Sampai di Lombok ada jemaah minta rawatan spa pula kerana mahu badannya diurut…keletihan katanya. Kemudian baru kami makan malam di Restoran Tempatan.

20160128_185520

Menu Makanan Lombok

Menu sajian makanan Lombok memenuhi selera orang kita. Makanan Lombok kebanyakkan jenis kering dan tiada kuah. Ada nasi, sayur, lauk pauk sama macam Nasi Campur di tempat kita. Ada kala mirip dengan Makanan masyarakat Sunda yang tiada kuah. Makanan yang popular di sini antaranya Ayam Taliwang.

20160130_112054

Hari ke3 di Lombok

Aktiviti kali ini ialah meredah kawasan hutan untuk menuju ke Air Terjun Sendang Gila. Ada 2 tempat air terjun di sini. Kami sampai di kawasan air terjun pertama setelah berjalan kaki turun dan baik bukit sekitar 10-15 minit sahaja.

20160130_135800

Tetapi untuk sampai ke Air Terjun kedua kami dimaklumkan harus berjalan mendaki bukit dan menuruni lembah sekitar 30 minit untuk sampai. Agak mencabar juga tetapi alang-alang dah sampai saya teruskan juga perjalanan.

 

Memang agak penat dan tercungap-cungap tetapi sesampai sahaja di kawasan ini, MasyaAllah memang cantik dan mengasyikkan. Kawasan ini menerima terjahan air terjun setinggi 30 meter rasanya dan di kawasan bawahnya pula landai. Seolah-olah disediakan untuk kita dapat mandi dengan selesa. Sayang kerana saya tidak bawa pakaian mandi.

20160130_134757

Setelah puas memberi peluang rakan2 menikmati kesejukan Air Terjun Sendang Gile, kami pun beransur pulang memandangkan cuaca seperti nak hujan. Semasa jalan pulang Tour Guide membawa menyusuri Terowong peninggalan Jepun suatu ketika dahulu. Agak adventures juga lawatan kami di kawasan ini.

20160130_204359

Makanan Kering Lombok

Bagi setiap Trip ke Indonesia ini seperti menjadi satu kemestian untuk membawa pulang ole-ole makanan kering tempatan. Dan Lombok juga tidak terkecuali. Sebelum pulang, rombongan kami dibawa ke Toko Makanan Kering di Lombok. Yang uniknya di Toko ini ada juga menjual Susu Kuda Liar bersama madu Lombok. Saya cuba juga meminumnya tetapi rasanya agak anih dan segera saya mendapatkan air minuman mineral bagi menghilangkan rasa yang lain macam di tekak saya.

20160131_122004

Hari ke4 – Keberangkatan Pulang

Merupakan hari terakhir kami di Lombok, Mujur jadual flight berlepas jam 12 tengah hari, jadi kami tidak perlu tergesa-gesa menuju ke Airport. Saya dapati sama keadaannya seperti kami berangkat, seat dalam flight hampir penuh ketika kami pulang. Ini menunjukkan destinasi Lombok sentiasa menjadi tumpuan orang ke sana.

Pakej Lombok dari 15 Mac hingga 18 Mac 2016

InsyaAllah, Ajwa merancang untuk set satu Pakej Melawat Lombok untuk musim cuti sekolah Mac ini pada harga RM1650 seorang. Harga ini meliputi tiket Airasia pergi dan balik termasuk cukai Airport, makanan dalam flight ketika pergi, bagasi pergi 10kg dan bagasi balik 20kg, hotel penginapan di Lombok untuk sebilik berdua, makanan 3 kali sehari semasa di sana, transport dan lawatan beserta Tour Guide dan juga bayaran bot pergi dan balik ke Gili Trawungan.

Sekiranya berminat untuk menyertai boleh call atau whatapps ke no.handphone isteri saya Hjh Norhayati 019-3418822 kerana InsyaAllah saya akan berangkat ke Tanah Suci dari 6 Feb hingga 17 Feb ini. Dan bayaran boleh terus bank in ke akaun Maybank Islamic no.5624-6930-9729 atas nama Ajwa Travel & Tours Sdn Bhd.

Jumpa lagi dan Wassalam.