Assalamualaikum wbt.

Sebelum ini ramai rakan-rakan menyatakan ramai pelancung Malaysia telah mengubah destinasi membeli-belah mereka dari Jakarta dan Bandung kepada Vietnam. Mereka menyatakan barangan tektil yang dijual di Vietnam lebih murah malah kualitinya juga lebih baik. Maka terdetik di hati saya, apa istimewanya bandar Ho Chi Minh di Vietnam berbanding tempat-tempat lain.

Semenjak Air Asia menawarkan Pakej Tambang Murah, banyak destinasi yang sebelum ini tidak terlintas di suatu masa dahulu nak pergi, kini tiada masalah untuk pergi.  Malah bagi yang mampu dan punyai banyak masa, mereka boleh melancung ke mana-mana destinasi yang ia ingin pergi.

Untuk merancang melawat ke sesebuah negara yang belum pernah kita lawati sebaiknya kita ambil penerbangan seawal pagi. Sebabnya sebagai pelancung kita tidak akan rugi masa kerana boleh mengadakan program lawatan bermula pada Hari Pertama lagi. Jika ambil flight sebelah petang, maka kita tidak boleh mengadakan lawatan di Hari Pertama lagi kerana sampai ke destinasi sudah menjelang petang.

gi vietnam

Kami menaiki Pesawat Air Asia yang terbang pada jam 7.05 pagi. Alhamdulillah sempat Solat Subuh di LCCT. Melancung tu melancung juga tapi kewajipan kepada Allah jangan kita lupa. Sampai di Airport Ho Chi Minh pada jam 8.05 pagi waktu tempatan. Penerbangan mengambil masa 2 jam (Malaysia awal 1 jam berbanding Ho Chi Minh). Kami terus ambil teksi dan menuju ke Hotel. Kebanyakkan pemandu teksi di sini tidak fasih berbahasa Inggeris tetapi asal mereka faham destinasi yang mahu kita pergi kira OK dah. Kami ambil hotel budget bertaraf 3 bintang aje. Lokasi hotel betul-betul di Jalan Ben Thanh Market, iaitu suatu Tempat Membeli-belah yang cukup popular bagi pelancung asing.

Ben Thanh Market

ben thanh

Tempat ini cukup popular bagi destinasi membeli belah di Ho Chi Minh. Yang mengejutkan di sini ramai pengunjung datangnya dari Malaysia. Asal masuk lorong mana pun dalam Pasar Ben Thanh pasti berselisih dengan pengunjung Malaysia. Nak jumpa rakyat tempatan membeli belah di sini pun agak payah. Jika tak jumpa orang Malaysia, kami juga Mat Saleh aje. Cuma tempat ini mencabar iman bagi orang lelaki kerana peniaga di sini kebanyakkan wanita yang suka mendedahkan sebahagian dada mereka. Barangkali cuaca di sini agak panas kot.

Gambar Noted2 115

Pelbagai barangan terdapat di sini. Dari jam tangan berjenama yang seakan original, kain-kain textile, barangan kraf, beg travel, tshirt dan macam-macam barangan. Urusan urusniaga boleh menggunakan matawang Vietnam Dong atau US Dollar dan Ringgit Malaysia juga ada yang menerimanya. Anggaran RM1 menyamai 7000 Dong Vietnam atau USD 1 menyamai 20000 Dong Vietnam. Biasanya untuk urusan bayaran hotel, tambang teksi mereka lebih suka menggunakan matawang Vietnam, cuma untuk urusan membeli belah di Ben Thanh Market tiada masalah membayar dalam US Dollar.

Suasana di Pasar Ben Thanh tidaklah terlalu sesak berbanding suasana di Pasar Baru Bandung. Jika di Pasar Baru Bandung kita boleh lihat ramai pengunjung dari Malaysia dan pengunjung tempatan yang sibuk membeli belah, tetapi di sini yang ramai ialah pengunjung asing sahaja. Ini membuatkan suasana membeli belah di sini cukup santai dan relax.  Mungkin orang tempatan tidak suka membeli belah agaknya.

muslim 2 vietnam

Menariknya bersebelahan Ben Thanh Market terdapat suatu lorong jalan yang banyak terdapat kedai-kedai yang menjual Busana Muslim seperti Jubah wanita dan Telekung. Seperti di kawasan tersebut diperuntukkan untuk pengunjung dari Malaysia membeli belah. Sudah pasti Telekung Vietnam yang menjadi pilihan ramai Pengunjung Malaysia. Ramai yang menyatakan Telekung Vietnam lebih berkualiti dan tidak panas pabila memakainya.

Jika nak cari Kedai Makan yang Halal juga terdapat di Jalan ini (lupa nak catit nama Jalan). Tapi jangan terkejut harga makanan di sini agak mahal. Saya order Nasi Goreng Seafood bersama Teh O Ais harganya ialah USD 9 bersamaan RM27..Fuyooo..Nak beli di kedai-kedai biasa yang banyak terdapat di sini, confirm tak berani kerana status non halal. Maka jika ke sini budget untuk makan memang tinggi. Sebaiknya ikut Pakej kerana kos makan sudah termasuk dan kita tidak perlu pening kepala untuk mencari tempat makan yang Halal.

sungai vietnam 4

Bandar Ho Chi Minh tambah menarik dengan adanya Sungai Saigon yang terletak di tengah-tengah bandaraya. Air sungainya yang bersih dan kawasan di tepi sungai atau benteng yang dijadikan tempat riadah bagi orang ramai menambah seri bandar ini. Sebagai pelancong saya amat suka melihat keindahan dan kebersihan di kawasan ini. Sedih mengenangkan nasib malang Sungai Kelang yang kotor. Andai Sungai Klang bersih pasti ianya juga boleh dijadikan tempat tarikan pelancong. Mana tahu satu masa nanti ada pihak yang mengusahakan Perkhidmatan sewa bot menyusuri Sungai Klang.

sungai vietnam 2

Bersiar menaiki bot menyusuri Sungai Saigon

Satu aktiviti yang menarik minat kami ialah menaiki bot menyusuri Sungai Saigon yang terletak kira-kira 800 meter dari Hotel kami. Sebaiknya sewa bot menjelang senja kerana selain redup dan tidak panas, kita boleh saksikan pemandangan Kota Ho Chi Minh pada waktu senja menjelang malam. Jika bernasib baik kita boleh saksikan pemandangan matahari terbenam. Sewa bot pun tak mahal sekitar USD 50 sahaja untuk 1 jam perjalanan. Ada juga pelancong yang minat menaiki bot pada waktu malam.

Selesai aktiviti ini kami terus pulang ke hotel dengan berjalan kaki. Nasib baik kami dah biasa berjalan kaki kerana selalu berjogging pada waktu pagi. Jika tak biasa berjalan kaki jauh pasti agak memenatkan. Cuma jika kami nak masukkan aktiviti ini dalam Iternary Pakej Melawat Vietnam, kami harus sewa kenderaan untuk bawa ahli rombongan ke jeti kerana orang kita tidak biasa berjalan kaki jauh.

sungai vietnamSekembalinya kami ke Hotel, Ben Thanh Market sudah pun ditutup. Tetapi di kawasan sekitar tumbuh pula Pasar Malam di kiri dan kanan Pasar Ben Thanh ini. Dan yang ramai datang membeli belah ialah pelancung asing juga. Kami terserempak lagi dengan ramai pengunjung dari Malaysia. Berbeza suasana di sini berbanding dengan Jakarta atau Bandung. Di sini suasana sebelah malam cukup “happening” macam di tempat kita juga. Pengunjung boleh habiskan masa untuk membeli belah di sebelah malamnya pula. Jika di Jakarta atau Bandung. sebelah malam memang suram kerana banyak kedai atau Toko Perniagaan yang ditutup.

Jumpa lagi untuk cerita seterusnya.