Assalamualaikum wbt.

Banjarmasin terletak di Kalimantan Selatan Indonesia bukanlah Kota Pelancungan atau “pariwisata” seperti Kota Jakarta, Bandung, Medan ataupun Surabaya. Banjarmasin yang kaya dengan hasil galian bumi seperti intan permata, emas, arang batu dan galian yang lain tidak mengambil berat mengenai aspek pelancungan sebagai penjana ekonominya.Dan tentunya rakyat Malaysia jarang ke sini berbanding dengan Kota-kota lain di Indonesia.

Jadi kenapa ke Banjarmasin ? Sebenarnya rombongan kami seramai 22 orang termasuk saya dan isteri ke Banjarmasin kerana ingin ingin melawat Makam Ulamak yang terkenal iaitu Allahyarham Kiyai Arsyad al-Banjari, pengarang Kitab Fiqh Kitab Sabilal Muktadin yang terkenal itu dan juga melawat Makam Armarhum Kiyai Zaini atau lebih terkenal dengan Gelaran Kiyai Ijai atau Guru Sekumpul.

lion di banjarmasin

Hari Pertama

Sungguhpun Banjarmasin bukanlah jauh mana tetapi kami terpaksa mengambil 2 kali Pernerbangan untuk ke sana. Ini kerana tiada flight terus ke Banjarmasin. Inilah pengalaman kali pertama meggunakan KLIA 2 selepas LCCT. Memang agak jauh berjalan dan memenatkan bagi orang yang berumur untuk sampai ke Pesawat. Tapi Terminal KLIA2 memang nampak canggih. Cuma kemudahan Cafeteria yang belum nampak canggih. Mungkin sebab awal pagi belum dibuka atau kami tak sempat lagi meneroko KLIA2 kerana kesuntukan waktu.

airport banjarmasinAlmaklum “Check in” seawal jam 6 pagi di KLIA 2 dan Pesawat LION ke Banjarmasin berlepas jam 7.50 pagi. Kami terpaksa transit lebih kurang 2 jam di Jakarta sebelum bertukar ke Penerbangan Domestik. Anehnya sungguhpun bagasi sudah di”tag” ke Banjarmasin dari KLIA2, kami terpaksa mengambil bagasi semula selepas pemeriksaan Imigresen semasa tiba di Jakarta. Yang lecehnya kami harus berjalan keluar dari Terminat dengan membawa bersama bagasi yang telah di”tag dan kemudian menaiki Bas di luar Terminal untuk dibawa ke Terminal Penerbangan Domestik. Jika di tempat lain, biasanya penumpang transit tidak perlu keluar dari bangunan Airport

warung bambooTiba di Banjarmasin

Airport di Banjarmasin tidaklah besar sangat. Tapi OK. Sebaik tiba, kami disambut oleh Wakil Ajwa di sana, lalu dibawa menaiki bas menuju ke Hotel Penginapan yang terletak di Kota Banjarmasin. Sebelum “check in” Hotel, kami dibawa menjamu selera Makan Tengahari merangkap Sarapan Pagi di Restoran Warung Bamboe yang terletak tidak jauh dari kawasan Airport.

lunch di warung bambuOleh kerana majoriti Peserta Rombongan tidak sempat sarapan Pagi, maka menjamu selera di Warung Bamboe ini amat menyelerakan sekali. Menu sajian mengikut citarasa masyarakat setempat tetapi kami yang sudah kelaparan memang “layan” sungguh. Tambah berselera apabila ada Ikan Bakar dan Sepat Ronggeng yang diratah-ratah. “Perh…nalla” bak kata orang Utara.

Selepas puas menjamu selera, kami meneruskan perjalanan untuk ‘Check in” di Hotel Victoria di Kota Banjarmasin. Hotel ini terletak di tepi Sungai Martapura mempunyai 3 tingkat dan setiap tingkat mempunyai 50 bilik jika tak silap saya. Permandangan Sungai Martapura di luar bilik Hotel amat mengujakan sekali.

hotel victoriaHotel Victoria di Banjarmasin

Suasana kehidupan masyarakat di Banjarmasin tidaklah sesibuk seperti di tempat kita. Jalanrayanya agak kecil kerana ada satu lorong sahaja di kanan dan kiri yang dipisahkan oleh pembahagi jalan. Kenderaan di sini juga agak sopan dan tertib semasa di jalan raya. Kesemuanya bergerak secara perlahan mengikut arus trafik. Tidak seperti di tempat kita yang segala-galanya mahu cepat dan pantas. Kami tak jumpa langsung “Mat Rempit” di sini sungguhpun motorsikal banyak terdapat di jalan raya.

Hari Pertama di Banjarmasin, kami belum memulakan aktiviti lawatan. Sebaik sudah mendapat bilik masing-masing kami terus berehat sementara menunggu waktu untuk makan malam.  Dan makan malam kami yang pertama di Banjarmasin ialah di Restoran Tempatan yang terletak di Kota Banjarmasin.

menu makanan 1Sungguhpun Harga Ground yang kami perolehi boleh dianggap rendah tetapi kualiti services yang diberikan oleh Wakil Ajwa di sini amat memuaskan hati. Boleh dikatakan selama kami di Banjarmasin sentiasa dihidangkan dengan sajian menu yang eksklusif dan menyelerakan. Makan Malam kami yang pertama dijamu dengan Udang Galah dan sajian Menu masakan masyarakat Banjarmasin.

Kembali semula ke Hotel untuk istirehat kerana keesokkan paginya akan bermula aktiviti lawatan yang sebenarnya.

Hari ke-2 Melawat Kota Martapura

Selepas bersarapan pagi di Hotel, kami dibawa menaiki bas melawat Kota Martapura yang dahulunya ialah Ibu Kota bagi Banjarmasin. Kota Martapura terkenal sebagai Pusat Pengembangan Islam di Banjarmasin. Ketika memasuki Kota Martapura, kita boleh saksikan sendiri syiar Islam yang amat jelas di sini. Dalam perjalanan ke Makam Kiyai Arsyad boleh dikatakan di setiap 1km atau 2km, tersergam indah bangunan Masjid atau Surau. Satu tanda bahawa penduduk setempat amat menitik beratkan hal keagamaan.

helmetHelmet tak perlu dikunci di Banjarmasin

Kata “Tour Guide” Pak Yusuf,  masyarakat di sini amat berpegang teguh dengan nasihat dari Tuan Guru. Jika Tuan Guru melarang dari melakukan sesuatu seperti mencuri misalnya, maka kejadian curi atau samun juga amat jarang berlaku. Ketika keluar dari bangunan Hotel, kami saksikan sendiri di kawasan Parkir Motorsikal ada diletakkan Topi Keledar di bahagian Cermin Sisi Motorsikal berkenaan tanpa dikunci. Bila ditanya “tak takut hilang Helmet ke?” lalu dijawab “InsyaAllah selamat kerana orang sini tak akan mengambil Helmet berkenaan”. SubhanaAllah..jika di Malaysia, Helmet yang dikunci pun dicuri orang apatah lagi jika diletakkan tanpa kunci di Cermin Sisi Motorsikal.

 

makam kiyai arsyad depanPintu Gerbang Makam Kiyai Arsyad alBanjari

Makam Kiyai Arsyad al-Banjari

Terletak jauh ke dalam dari jalan utama di Pelampayan. Mengikut kata “Tour Guide”, dahulunya masyarakat di sini menggunakan sampan menyusur sungai untuk melawat Makam Kiyai Arsyad sebelum adanya jalanraya. Dan jalanraya yang kami lalui sebenarnya amat kecil dan sempit sekali dan menyukarkan jika berlaku pertembungan sesama kenderaan. Salah satu harus mengalah untuk memberikan laluan.

Keadaan di sekitar Makam amat ramai dengan Pengunjung. Kami bernasib baik kerana datang awal pagi, jika datang sebelah petang atau lewat pasti jalan semakin sesak kerana dikunjungi dengan ramai pengunjung. Ketika kami sampai di sini sebaik turun dari bas kami telah diserbu oleh sekumpulan wanita yang menjual bunga. Oleh kerana meletakkan bunga di kuburan adalah bidaah maka kami tidak membeli bunga yang ditawarkan.

makam kiyai arsyad laluanSebaik melalui Pintu Masuk Utama ke Makam, di sepanjang laluan duduk ramai Peminta Sedekah yang mengharapkan sumbangan dari Pengunjung. Oleh kerana Tour Guide telah berpesan supaya jangan memberi derma kepada si Peminta Sedekah kerana perbuatan berkenaan boleh menyebabkan siPemberi ditangkap Polis dan dipenjarakan, maka kami batalkan niat kami untuk menyumbang kepada mereka. Pelik juga yang SiPemberi yang ditangkap. Bagaimana pula dengan siPeminta Sedekah ? Katanya dahulu lebih ramai lagi Peminta Sedekah tetapi kini sudah berkurangan.

makam kiyai arsyad iqbalyatiAmalan menziarahi Kubur atau Makam sememangnya satu amalan yang baik. Kami melihat sendiri amalan menziarahi Makam ini memang dipraktikkan oleh masyarakat setempat. Begitu ramai Pengunjung yang menziarahi Makam sambil duduk bersila membaca al-Fatihah dan Surah Yasin. Di samping itu memohon doa kepada Allah semoga Allah perkenankan doa mereka. Tetapi hati-hati dibimbangi terpesong akidah nanti andai berdoa memohon kepada Arwah dan bukan kepada Allah.

Masjid Agung BanjarmasinMasjid Agung al-Karomah

Selesai kunjungan ke sini, kami menuju ke Masjid Agung al-Karomah yang terletak di tengah Kota Martapura untuk Solat Jamak Takdim.Yang moleknya sebelum memasuki Masjid ada petugas yang menjaga Kasut Jemaah dan terpulang kepada Jemaah untuk memberi sumbangan dalam Tabung yang disediakan atas khidmat menjaga kasut tadi.

masjid agung banjarmasin1Ketika kami memasuki bangunan Masjid, kami dapati ada 4 jenazah sudah sedia untuk disembahyangkan. Cuma yang agak berbeza sedikit ialah Solat Jenazah didirikan dahulu sebelum Solat Fardhu. Jika di tempat kita biasanya Solat Fardhu dahulu, baru Solat Jenazah didirikan.

Ketika Solat Zohor didirikan, kami menjadi makmum mengikut Imam Masjid tetapi Solat Asar Qasar kami lakukan di kalangan kami sahaja. Kami dapati ada 8 saf jemaah semasa Solat Zuhur didirikan yang mana satu saf boleh memuatkan lebih dari 50 orang jemaah. Agak ramai juga. Boleh jadi kerana ramai waris keluarga Arwah yang turut hadir kerana ingin menyembahyangkan Jenazah ahli keluarga mereka.

banner ajwa bamjarmasinSebelum memasuki bangunan Masjid, sempat juga kami ambil gambar kenang-kenangan Rombongan kami di Banjarmasin. Yang seronoknya jalinan ukhwah sesama peserta Rombongan amat mesra seperti sebuah keluarga dan pastinya perjalanan lawatan kami amat menyeronokkan sekali.

bersambung..