Assalamualaikum wbt. dan bertemu kembali.

lunch banjarmasinSebaik selesai mendirikan Solat Jamak Takdim di Masjid Agung Karomah, kami terus dibawa Makan Tengahari di  Restoran Agro Wisata Pondok Lima yang terletak di Kota Martapura. Kawasan Restoran yang ada kolam Ikan Air Tawar ini dapat menyejukkan badan dalam  suasana terik panas matahari. Suhu tengahari agak panas sama seperti di tempat kita.

lunch 2Kami makan bersila di Pergola di mana setiap meja dikhususkan untuk 6 orang. Jadi masing-masing mengambil tempat di meja yang dikhaskan. Menu sajian Makan Tengahari di sini benar-benar menyelerakan dan terlalu banyak lauk pauk yang dihidangkan. Sehingga tak muat meja dibuatnya.. Menu nasi bersama Ikan Bakar, sayur2an, ikan sepat Ronggeng dan Sup Banjar benar-benar membuka selera kami.

Melawat Makam Kiyai Zaini atau Guru Sekumpul

Setelah selesai menjamu selera, kami dibawa pula ke Makam Kiyai Zaini.  Berbeza dengan Makam Kiyai Arsyad alBanjari yang terletak jauh di kawasan Pendalaman Kampung, Makam Kiyai Zaini pula terletak di kawasan bandar. Di kawasan ini sebelum memasuki Masjid di bahagian laluan hadapan sudah terbina Gerai-gerai yang menjual Pakaian Busana Muslim dan kelengkapan Solat seperti Kopiah dan sebagainya.

makam kiyai zainiSebelum sampai di Makam Kiyai Zaini, kami harus memasuki Masjid kerana Makam Kiyai Zaini terletak di bahagian hadapan sebelah luar kiri Masjid. Masjid ini sungguhpun tidak sebesar Masjid Agung al-Karomah tetap nampak cantik dan bersih.  

masjid kiyai zainiSebaik selesai menunaikan Solat Sunat Tahayatul Masjid, kami terus menuju ke kawasan Makam. Kami dapati pengunjung telah sedia ada di kawasan ini membaca al-Quran dan ada yang bertahlil. Kawasan Makam kelihatan cantik dan mewah kerana tersedia Carpet di dalam bangunan Makam, selain dari binaan “plaster ceiling” yang menambahkan lagi seri tempat ini.

Seperti di kawasan Makam Kiyai Arsyad, di sini juga ada tempat khas untuk meletakkan bunga hadiah dari Pengunjung. Dan sememangnya kawasan Makam berbau wangi dek wangian dari bunga-bunga yang diletakkan oleh Pengunjung. Mungkin sudah menjadi budaya Pengunjung agaknya apabila melawat Makam mesti diletakkan bunga yang berbau wangi.

makam kiyai zaini2Makam Kiyai Zaini

Kunjungan kami di sini tidak lama kerana ada lagi destinasi lain yang hendak dituju iaitu melawat Kawasan Pendulangan Intan Permata. Masyarakat Banjar mengistilah “Intan” itu ialah batu yang belum diproses atau digilap untuk menjadi Permata.

intan permata

Membeli Intan Permata

Sebelum melawat Kawasan Pendulangan Intan, kami terlebih dahulu dibawa ke rumah Tuan Tanah Tempat Pendulangan Intan. Menurut kata “Tour Guide”, Tuan Tanah hanya mengambil 20% dari Hasil Galian, manakala selebihnya dipunyai oleh Individu yang mendulang. Oleh yang demikian, Permata yang dijual oleh Tuan Tanah ini jauh lebih murah berbanding yang dijual di Pasar atau Kedai Membeli-belah.

permataAgak lama jua kami di sini kerana ramai yang meminati batu permata dan membelinya dari Tuan Rumah. Kata Peserta rombongan, batu permata yang dijual di sini sememangnya murah. Saya yang bukan ahli ni cuma tersenyum aje mengiyakan kata-katanya.

dulangKawasan Pendulangan Intan Permata

Kawasan ini terletak tidak jauh dari rumah Tuan Tanah yang kami kunjungi. Melawat kawasan di sini benar-benar mengharukan saya. Cekalnya hati Pendulang yang bekerja mendulang Intan bermula dari jam 10 pagi hingga ke petang di bawah terik matahari. Ketika ditanya, “apa penghasilan hari ini”? Jawab siPendulang, “belum jumpa apa-apa”. Kasihannya, kerja seharian tetapi belum ada hasilnya. Tetapi menurut mereka, jika berjumoa dengan Intan Pertama yang dicari, hasilnya sungguh lumayan. Boleh buat belanja Haji, katanya.

mendulangSebelum meninggalkan kawasan ini, ada juga pemuda yang cuba-cuba meraih rezeki dengan menawarkan batu permata kepada ahli Rombongan kami.  Dan ada juga yang membelinya. Samada kerana minat atau tidak sampai hati lalu niat untuk memberi rezeki kepada mereka. Cuma yang buat saya tertarik, mereka agak sopan, lemah lembut dan berbudi bahasa dan tidak memaksa seperti yang selalu kami alami semasa di Bandung ataupun Medan.

peraih permataKami pulang sebelum menjelangnya Maghrib. Oleh kerana kami dalam Musafir maka masing-masing diingatkan supaya memasang niat solat Jamak Takhir sahaja dan Solat dididirikan di Hotel sahaja. Ini kerana kami dibawa untuk Makan Malam terlebih dahulu sebelum sampai di Hotel.

Makan Malam di Restoran Noni

Berbeza dari tempat makan sebelumnya yang menu sajian telah tersedia untuk dijamu, di Restoran ini kami diberi peluang untuk memilih sendiri lauk pauk yang beraneka macam. Nak ambil banyak mana lauk pauk pun O.K. Tapi oleh kerana perut masih lagi kekenyangan makan tengahari tadi, maka saya makan ala kadar aje sekadar mengelakkan rasa lapar malam nanti.

dinner banjarmasin2Selesai makan malam, kami terus kembali semula ke Hotel dan perlu tidur awal kerana keesokkan harinya selepas Subuh kami dijadualkan akan dibawa menaiki Bot untuk melihat Pasar Terapung pula. Waktu Subuh di Banjarmasin ialah pada jam 4.30 pagi.

Bersambung…..Hari ke 3 di Banjarmasin.