Assalamualaikum dan bertemu kembali.

Lama tidak menulis dalam blog menyebabkan rasa kaku untuk melontarkan idea. Jadi sementara itu ada baiknya juga saya cerita mengenai catatan pengalaman saya mengembara ke 6 buah negara Eropah pada bulan Oktober tahun lepas. Hasrat untuk menganjurkan Pakej Jelajah Eropah telah lama ada dalam hati semenjak Ajwa Travel ditubuhkan. Cuma semenjak bermulanya operasi Ajwa, ianya lebih fokus dengan Pakej Umrah sahaja. Tetapi kini Ajwa Travel telah mempelbagaikan perkhidmatannya terutama untuk pelancungan luar negara.

20151030_113250

Jelajah ke Eropah menggunakan Pesawat Singapore Airlines transit sebentar di Changi Airport dan dari sana flight terbang terus ke Kota London. Pengalaman menaiki Pesawat Singapore Airlines semasa Umrah dahulu menyakinkan saya bahawasanya service mereka sememangnya terbaik. Buktinya mereka cukup prihatin dengan jemaah Muslim dalam kabin. Awal-awal lagi “seat” kami telah ditampal “sticker” bagi membezakan bahawasanya kami ialah penumpang Muslim dan perlu diberi keutamaan iaitu dengan memberikan makanan halal yang tidak sama dengan penumpang flight yang lain.

Tiba di London

Kami tiba di Airport Herthrow pada awal pagi dan sempat Solat Subuh di airport sementara menunggu ketibaan bas. Suasana di airport tidaklah terlalu sibuk, tetapi saya amat gembira apabila dapat berjumpa dan mengucap Salam dengan pengunjung Muslim. Satu gambaran awal bahawasanya ramai orang Muslim di Kota London. Ketika keluar dari bangunan Terminal suhu memang amat dingin sekali sekitar 12 darjah celcius. Amat sejuk bagi saya tetapi tidak bagi orang di sini.

20151030_085439

Oleh kerana ahli rombongan kami sekitar 20 orang, maka bas yang disediakan bukanlah jenis bas persiaran. Memadai bas seperti dalam gambar di atas. Bas inilah yang membawa kami sepanjang tempoh pengembaraan bermula dari Kota London, seterusnya ke Brussel, Amsterdam, Frankfrut & Cologne, Swiss dan berakhir di Paris.

20151030_102721

Lawatan di Istana Buckingham

Selepas sarapan pagi di airport, destinasi pertama yang dilawati ialah Istana Buckingham. Kami harus berjalan kaki ke kawasan ini kerana bas tidak dibenarkan parkir di kawasan ini. Suasana dingin begitu terasa pada saya..almaklum kita mana biasa dengan suhu sejuk sebegini. Pakai baju kemeja dengan blazer kulit masih tidak cukup bagi saya.

20151030_101830

Kami menghabiskan masa lebih kurang 1 jam juga di kawasan ini dan selepas itu kami dibawa pusing-pusing kota London dengan bas yang disediakan.

20151030_101110

Saya dapati Kota London tidaklah terlalu sesak seperti yang saya bayangkan. Perjalanan dengan bas agak santai sahaja dan tidak menempuh kesesakan jalanraya yang teruk. Pelik juga..bagaimana mereka boleh mengatasi masalah kesesakan jalanraya ? Kemungkinan sistem pengangkutan awam mereka begitu cekap dan effisen sehingga tidak banyak kenderaan persendirian di Kota London ini. Yang banyak ialah teksi yang berwarna hitam dan bas 2 tingkat, selain dari mereka yang menaiki basikal.

20151031_093012

Madame Tussaud

Salah satu tarikan menarik yang dilawati ialah Madam Tussaud iaitu suatu tempat di mana diadakan Pameran Patung Lilin Personaliti dunia yang terkenal dari dahulu hingga kini. Tokoh-tokoh hebat seperti ahli politik, bintang filem Hollywood dan Bollywood, ahli sukan banyak yang dijadikan patung lilin imej mereka.

20151031_091759

Terasa seronok pula bila dapat bergambar dengan patung lilin yang ada di sini. Sememangnya mengkagumkan kerana patung lilin ini persis seperti mereka yang berkenaan, cuma tidak ada nyawa sahaja.

20151031_100544Sebenarnya banyak patung lilin yang menyerupai personaliti asal yang saya ambil gambar semasa kunjungan saya di sini. InsyaAllah saya akan muat naik dalam Facebook saya nanti.

20151031_092931

Selepas selesai di Madam Tussaud kami terus menuju ke Masjid yang ada di Kota London ini untuk solat Jamak Zohor dan Asar. Dan selepas itu kami menuju ke destinasi popular untuk membeli belah sehingga lewat petang. Tak ingat pula nama jalannya.

20151031_092754

Eye London

20151031_175549

Pada sebelah malamnya, kami menuju ke Eye London. Melaluinya kami dapat melihat panorama Kota London pada sebelah malam yang bergemerlapan dengan cahaya lampu. Terlalu ramai pengunjung yang ada di sini menunjukkan ianya destinasi tarikan pelancungan utama di Kota London.

20151031_183707

Berjalan di Kota London dari awal pagi sehingga balik ke hotel pada sebelah malam sememangnya memenatkan tetapi menyeronokkan. Dan saya sudah jatuh cinta dengan Kota London. Dalam hati saya berkata yang saya akan datang ke sini lagi, tetapi destinasi lawatan mungkin berbeza.

InsyaAllah saya merancang untuk set Pakej Melawat Eropah pada pertengahan Ogos 2016 iaitu selepas habis Hari Raya Syawal. Dan saya merancang untuk melawat Muzium-muzium yang terdapat di Kota London ini pula. Saya percaya pasti menarik apabila kita dapat melihat khazanah berharga peradaban dunia yang tersimpan di dalam Muzium yang ada di Kota London.

Jika kunjungan sebelum ini saya menginap hanya 2 malam di Kota London, trip akan datang ini saya akan set menginap 3 malam pula, insyaAllah. Jika ada pembaca yang nak join saya untuk Jelajah Eropah pada Ogos ini, boleh berikan nama-nama supaya mudah untuk saya tempah tiket Penerbangan..

Harga ? Belum tentukan lagi tetapi saya akan cuba set di bawah RM 10 ribu.

Bertemu lagi untuk cerita pengalaman saya di negara yang lain pula.

20151031_122109

Wassalam.