Assalamualaikum wbt.

Baru-baru ini iaitu pada musim Cuti Persekolahan Mac 2013, saya telah mencuba menggunakan Perkhidmatan Syarikat Penerbangan Tambang Murah Air Asia X untuk destinasi Kuala Lumpur ke Jeddah dan balik Jeddah ke Kuala Lumpur. Sebenarnya saya terpaksa memilih penerbangan ini kerana sejak Disember 2012 lagi, flight untuk sektor Umrah musim Cuti Sekolah Mac telah “fully booked”. Banyak travel yang telah “blocked” seat flight untuk musim cuti sekolah Mac 2013. Al-maklum mengikut jangkaan, “seat flight” musim cuti sekolah memang menjadi rebutan. Ketika itu yang “available” ialah AirAsia X, maka hendak tak nak terpaksa ambil. Dalam hati berkata-kata lebih baik saya ambil AirAsia X, flight direct ke Saudi dan tidak transit seperti flight yang lain selain Saudi Airlines dan MAS.

Sebelum ini ramai yang memandang sepi bila disebut Air Asia terbang ke Jeddah. Pertanyaan yang selalu ditanya oleh bakal jemaah ialah “ada ke makanan yang dihidang untuk jemaah dalam flight ?”. Atau nak makanan kena beli ke? Seat dia mesti kecil dan tegak aje macam seat penerbangan Air Asia ke sektor domestik atau ke Indonesia. Sebelum membuat keputusan untuk mengambil flight AirAsia, saya bertanya dahulu dari rakan-rakan seperjuangan yang pernah menggunakan perkhidmatan AirAsia X. Dan jawapan ringkas yang diberikan ialah OK, tiada masalah.

Makanan di dalam flight ?

Pengalaman menaiki pesawat AirAsia X ke Jeddah merupakan pengalaman kali pertama bagi saya. Dan yang pasti memang ada makanan yang dihidangkan di dalam flight. Sama seperti penerbangan lain, makanan dihidangkan 2 kali iaitu kali pertama setelah kira-kira 1 jam atau 2 jam flight berada di ruang angkasa dan kali kedua kira-kira 2 jam sebelum flight mendarat. Menu yang dihidangkan samada Nasi Ayam Kurma atau Nasi Lemak Pak Naseer. Dan sebotol air mineral. Bagi saya kira OK la tu. So simple sekadar untuk mengalas perut supaya tidak lapar dalam flight.

Seat di dalam flight ?

Seat dalam flight untuk kelas Perniagaan tidaklah banyak seperti flight komersial yang lain. Hanya ada 12 seat sahaja. Manakala untuk seat Ekonomi sama macam flight yang lain. Ada 3 kerusi di bahagian tepi kanan, 3 kerusi di bahagian tengah dan 3 kerusi di bahagian tepi kiri. Cuma di sebelah belakang hanya ada 2 kerusi sahaja di bahagian kiri dan kanan, manakala di bahagian tengah kekal ada 3 kerusi. Dan yang penting kerusi dalam flight boleh diadjust untuk bersandar. Tidak seperti flight domestik atau yang ke Indonesia, kerusi duduk penumpang tegak sahaja dan tidak boleh diadjust untuk bersandar.

Check in di LCCT

Semasa check in bagasi di LCCT (bukan KLIA), setiap penumpang hanya dibenarkan membawa bagasi tidak lebih dari 20kg. Manakala semasa balik, setiap penumpang dibenarkan membawa muatan bagasi tidak lebih dari 30kg seorang. Dan tambahan air zam zam 10 liter. Semua penumpang yang mempunyai Visa Umrah akan diturunkan di Terminal Haji di Jeddah sama juga seperti penumpang Pesawat yang lain. Tidak ada bezanya. Dan semasa keberangkatan pulang pun, urusan check in bagasi dan mendapatkan boarding pas juga dilakukan di Terminal Haji. Saya difahamkan sebelum ini urusan keberangkatan pulang dilakukan di Terminal Antarabangsa.

Semasa urusan keberangkatan pulang, ditakdirkan kami mendapat Petugas AirAsia di Kaunter yang baik hati. Semua bagasi penumpang dimasukkan secara berkumpulan dan tidak ditimbang seperti yang berlaku kepada Penerbangan yang lain. Alangkah beruntungnya kami. Bimbang juga jika dikenakan caj kerana lebihan bagasi. Tetapi jika dilihat kepada jumlah bagasi jemaah, saya congak tidak akan dikenakan caj kerana masing-masing memang patuh kepada arahan bagasi tidak lebih 30kg seorang.

Khidmat Paramugari ?

Pakaian Paramugari juga agak sopan dan bertudung kepala. Tidak seperti pakaian Paramugari AirAsia sektor domestik yang memakai skirt dan agak seksi. Layanan paramugari juga mesra seperti paramugari Pesawat MAS. Dengan kata lain, tidak ada masalah jika bakal-bakal jemaah memilih Pesawat AirAsia X. Yang penting dapat cepat sampai ke Arab Saudi.

Jadual Flight ?

Pesawat Air Asia X ke Jeddah berlepas pada jam 11 pagi dan sampai di Airport Jeddah pada jam 3 petang. Selepas selesai urusan Imigresen, jemaah akan dibawa menaiki bas menuju ke Madinah dan sampai di Madinah selepas waktu Isyak atau kira-kira jam 10 malam pada hari pertama lagi. Berbeza jika mengambil Penerbangan Transit. Ada yang check in Madinah pada hari ke-3 perjalanan kerana jemaah terpaksa bermalam di Negara Ketiga. Dan yang lebih kasihan,  semasa keberangkatan pulang Penerbangan Transit ini juga terpaksa menginap sekali lagi di Negara Ketika sebelum sampai ke tanah air. Bagi flight Air Asia X, semasa keberangkatan pulang, pesawat berlepas pada jam 5 petang (waktu tempatan) dan sampai di LCCT pada jam 6.45 pagi keesokkan harinya.

Kesimpulannya, flight AirAsia X ini tidaklah seteruk seperti yang jemaah bayangkan. Jangan bandingkan flight AirAsia dengan flight AirAsia X. Ianya berbeza sama sekali. Jadi bagi yang ingin menunaikan Umrah, flight AirAsia X ini boleh dijadikan alternatif sekiranya tidak dapat flight Saudi atau MAS. Al-maklum untuk musim cuti Persekolahan Mei-Jun 2013 ini harga tiket Saudi dan MAS telah melambung tinggi. Terlalu jauh perbezaan harga tiket AirAsia X berbanding dengan flight pilihan seperti Saudi atau MAS. Jadi bagi yang berbudget, elok sangat la pilih flight AirAsia X ini. Dan yang penting sekali apabila dapat harga tiket yang murah berbanding yang lain, maka saya boleh menempatkan jemaah saya pada hotel ekonomi yang tidaklah terlalu jauh dari Masjidil Haram untuk musim Umrah cuti sekolah Mei-Jun ini nanti.

Jumpa lagi dan Wassalam.