mataf6Assalamualaikum wb.

Syukur alhamdulillah ramai pembaca dan rakan-rakan yang bertanyakan Umrah untuk musim baru 1436H ini iaitu Umrah bulan Disember 2014 dan Umrah 2015. Sungguhpun masih jauh lagi tetapi saya rasa ada baiknya juga dibuat Perancangan Awal supaya apa yang dirancang nanti berjaya mencapai matlamatnya. Kerja “last minute” ni selalu mengundang masalah. Sementara tak berapa sibuk ni, baik juga dibuat Promosi Umrah Disember 2014 dan Umrah 2015 dari sekarang. Malah sebenarnya sudah ada yang memberikan nama mereka untuk Pendaftaran Umrah Musim Baru Disember 2014 nanti.

Ramai yang berkeyakinan tinggi bahawasanya Visa Umrah selepas berakhir Musim Haji akan dibuka pada bulan Disember 2014 nanti. Malah ada teman  kabar pada saya bahawa Visa Umrah Musim Baru 1436H akan dibuka dalam bulan November 2014 lagi. Ini kerana pada musim lepas, visa Umrah bermula pada awal bulan Disember 2013. Maknanya bulan Disember nanti adalah tempoh selamat untuk menunaikan Umrah kerana tak perlu risau mengenai masalah Visa lagi.   Dan pastinya ramai yang mengambil peluang untuk menunaikan Umrah bersama keluarga lantaran Cuti Persekolahan yang panjang.

Ada yang kata Disember 2014 nanti ialah “Super Peak Season”. Dan paling dibimbangi ialah harga tiket penerbangan ke Tanah Suci akan meningkat ekoran dari permintaannya yang tinggi. Maka sebelum harga tiket meningkat, ada baiknya sekiranya Tempahan Tiket Penerbangan atau Belian Terus Tiket Penerbangan dibuat lebih awal lagi sebelum harga tiket meningkat ataupun boleh jadi kehabisan kerana ramai atau banyak Travel yang sudah membelinya.

Promosi Jimat RM 500

Saya percaya tindakan mmbeli atau menempah Tiket Penerbangan lebih awal boleh menjimatkan. Ini kerana kebiasaannya belian atau tempahan tiket pada saat-saat akhir boleh mengundang masalah. Selain mendapat harga tiket yang lebih mahal, yang paling tak suka ialah apabila gagal memperoleh sektor penerbangan yang disukai.

Membeli atau menempah tiket awal memerlukan dana dan yang lebih penting ialah nama-nama jemaah. Bila nama-nama jemaah dah ada, mudah bagi Ajwa untuk mendapatkan tiket penerbangan yang dikehendaki. Oleh kerana Disember 2014 nanti Visa Umrah diyakini memang ada, maka kita tidak perlu risau untuk membeli atau menempah tiket lebih awal seperti sekarang ini.

Tawaran Pendaftaran Awal untuk Umrah Disember 2014  dibuka kepada sesiapa yang berminat untuk mendapat Diskaun RM500 dari Ajwa Travel untuk setiap Jenis Pakej (samada Pakej Ekonomi dan/atau Pakej Super Ekonomi).

Bakal jemaah hanya perlu memberikan nama-nama jemaah dan membayar deposit RM1000 seorang ke Akaun Maybank Islamic no.5624-6930-9729 atas nama Ajwa Travel & Tours Sdn Bhd.  Kemudian emel salinan “bank in slip’ kepada Ajwa sebagai bukti pembayara-n.

Setakat ini kouta untuk setiap jenis Pakej ialah 45 seat sahaja. Jika terlewat atau dah penuh kouta, maka jemaah kena membayar mengikut Harga Pakej dan tiada penjimatan RM500. Jangan risau jika takut terpaksa membatalkan pemergian saat-saat akhir. Wang tuan/puan akan dikembalikan semula tanpa ada pengurangan pun selagi tiada kos yang terlibat.

Tawaran Jimat RM1000 (Terhad 100 yang pertama)

Tawaran ini pula dibuka kepada sesiapa yang ingin menunaikan Umrah pada tahun 2015. Kumpulan Umrah ini akan terbang bermula pada bulan Februari 2015. Syaratnya bakal jemaah harus mendaftar dengan memberi nama-nama jemaah dan perlu membayar “full payment” mengikut Harga Pakej yang dikehendaki dan selepas ditolak Diskaun RM1000 yang diberi.

Sebagai contoh, sekiranya Harga Pakej ialah RM 6000 maka jemaah harus membayar RM5000 sahaja (RM6000 tolak diskaun RM1000) kepada Ajwa Travel. Tawaran ini bermula dari sekarang dan terhad kepada 100 orang yang pertama atau akan ditutup pada 1 Ramadhan 1435H atau 29hb Jun 2014, yang mana datang dahulu.

Dan begitu juga jika Harga Pakej ialah RM6500 maka jemaah hanya perlu membayar RM5500 (iaitu RM6500 tolak diskaun RM1000)

Oleh itu sekiranya merancang untuk menunaikan Umrah pada tahun 2015 amat digalakkan segera mendaftar. Sekiranya ada yang nak menyertai selepas Tawaran Hebat ini ditutup, maka mereka harus membayar Harga Pakej Sepenuhnya dan tiada diskaun yang akan diberi.

Memperkenalkan Pakej Ekonomi (dari RM6000 sahaja)

Pakej Ekonomi bukan Pakej Super Ekonomi. Ianya lebih murah lagi. Saya cuba setting Pakej ini pada harga RM6000 seorang.   Yang mendaftar awal akan diberi diskaun RM500 hingga RM1000 seorang sehingga kouta penuh (bergantung kepada Tawaran mana yang diambil oleh jemaah). Sesiapa yang mendaftar awal akan menikmati Harga Promosi iaitu

RM5500 seorang untuk Umrah Disember 2014 (bayar deposit RM1000 sahaja) atau

– RM5000 seorang untuk Umrah bermula Februari 2015 (perlu bayar penuh)

Jenis penerbangan ialan AirAsia X sektor destinasi Kuala Lumpur  ke Jeddah dan balik Jeddah/Kuala Lumpur. Yang penting “direct flight” dan tak singgah transit di negara ketiga.

AirAsia-X-Economy-SeatsSeat AirAsia X tak jauh beza dengan seat Penerbangan lain

Hotel di Makkah untuk Pakej Ekonomi ini pada jarak 150-250 meter ke Masjidil Haram. Memang ada beberapa Nama Hotel yang menjadi pilihan tetapi oleh kerana tempahan belum dibuat lagi maka saya belum boleh umum lagi. Ianya terletak di kawasan Ajyad. Saya cuba elakkan dari ambil kawasan Misfalah kerana jalannya yang sentiasa sesak menyukarkan untuk dibuat aktiviti Ziarah nanti.

Manakala Hotel di Madinah samada Hotel Mubarak Madinah atau Bahaudin atau Durrat Fairuz atau yang setaraf. Sebenarnya di Madinah jarak Hotel ke Masjid bukan jadi satu isu seperti di Makkah. Ini kerana kebanyakkan hotel di Madinah berkeadaan baik dan jaraknya juga lebih kurang sahaja dan tidak terlalu jauh dengan Masjid.

Pakej Super Ekonomi (dari RM6500)

Untuk Pakej Super Ekonomi, mengikut perancangan Ajwa akan mengekalkan Hotel Broj Jewar di Makkah kerana lokasinya hanya 100 meter dari Masjidil Haram. Maklum balas yang diterima oleh jemaah Ajwa sebelum ini amat berpuas hati dengan Hotel ini. Selain jarak yang dekat, bilik-biliknya juga luas. Malah Hotel ini mempunyai 2 arah jalan untuk ke Masjidil Haram iaitu samada melalui sebelah bangunan Safwah Tower atau melalui Jalan sebelah Hotel Al-Massa.

jewarHotel Broj Jewar yang di tengah gambar dari sudut pandangan Pintu Masjidil Haram

Hotel di Madinah ialah Hotel Saha yang dahulunya dikenali dengan nama Hotel Safir iaitu satu bangunan dengan Hotel Bahaudin. Untuk jemaah wanita sememangnya dekat dan mudah untuk menuju ke Masjid Nabawi dan seterusnya memasuki Raudhah. Bilik di Hotel Saha juga OK dan agak luas.

bilik sahaBilik Hotel Saha di Madinah

Jenis Penerbangan pula, saya merancang untuk mengambil flight “direct ke Madinah” samada menggunakan Flight Saudi Commercial atau Saudi Charter atau MAS Charter. Atau mungkin masuk Makkah dahulu dan balik melalui Madinah.

Harga Pakej Super Ekonomi dalam anggaran RM6500 seorang untuk sebilik berempat. Tambahan RM300 untuk sebilik bertiga dan tambahan RM 800 untuk sebilik berdua.

Dan jika yang mahu merebut peluang Promosi ini, maka Harga Promosi ialah :-

– RM6000 sahaja (jika Umrah Disember 2014)Tawaran Pakej Super Ekonomi ini terhad untuk 45 pax sahaja.  dan

– RM5500 sahaja (jika Umrah bermula Februari 2015 dan perlu membayar full payment) 

Pendaftaran Awal

Kepada yang berura-ura atau memang nak pergi Umrah Disember nanti atau tahun 2015 , sebaiknya mendaftar awal. Sementara tawaran jimat RM500  hingga RM1000 ini masih lagi dibuka dan belum penuh.

Emel aje nama-nama Jemaah pada hjiqbal@ajwatravel.net atau emel isteri saya kakyati@ajwatravel.net dan kemudiannya kami akan balas emel mengenai langkah yang perlu diambil seterusnya. Atau jika perlukan lebih pencerahan, boleh hubungi saya di 019-350 5395 atau Hjh Norhayati di 019-341 8822.

Wassalam dan Selamat Beristiqomah.