Assalamualaikum wbt.

Setting Pakej Umrah Super Ekonomi sebenarnya agak sukar bagi saya demi memastikan jemaah mendapatkan services yang terbaik. Bermula dari peringkat awal lagi iaitu mencari tiket flight yang lebih murah dari biasa dan juga memilih airlines mana yang mahu dipilih. Awalnya saya mahu menggunakan flight Oman Air. Tetapi jemaah tidak suka menginap di Muscat. Lagipun setelah saya mendapat jadual penerbangan, saya congak jemaah akan sampai di Madinah pada hari ketiga atau selewatnya awal pagi hari keempat perjalanan. Rugi masa aje.

Maka saya pilih flight Royal Brunei. Transit sebentar di Bandar Sri Begawan. Tak sampai 2 jam pun. Saya pernah menaiki flight Royal Brunei sebelum ini. Selesa dan canggih. Malah perut rasa kenyang kerana selalu dihidangkan dengan makanan. Saya rasa jemaah tidak kisah jika transit sebentar asalkan tidak bermalam. Masing-masing tidak sabar untuk sampai ke Arab Saudi.

Namun begitu saya masih lagi mencari jadual flight lain yang dirasakan sesuai untuk jemaah. Yang penting, transit tidak terlalu lama. Dan harga tiket juga mestilah lebih rendah dari flight direct ke Arab Saudi. Apa pun, setakat ini perancangan awal masih menaiki flight Royal Brunei.

Seperti tahun lepas, Pakej Umrah Idaman lebih dahulu mendapat sambutan berbanding Pakej Ekonomi. Barang kali mereka yang membaca blog saya seseorang yang pernah pergi Umrah dan pernah mengalami pengalaman pahit yang saya ceritakan. Boleh jadi juga semakin ramai yang menyedari wang ringgit bukanlah segala-galanya, yang penting ialah keselesaan beribadah di tanah suci. Tetapi masih ramai yang punya kemampuan kewangan yang terhad untuk menunaikan Umrah. Justeru pakej Umrah harga rendah terpaksa menjadi pilihan. Yang penting “dapat ke sana”, walaupun menyedari terpaksa berjalan kaki jauh untuk ke masjid.

Sebenarnya semasa di sini, cakap-cakap seperti di atas biasa kita dengar. Memang logik pun. Yang penting ialah kemampuan diri. Jalan kaki jauh pun sebenarnya lebih banyak dapat pahala. Setiap langkah ke masjid dikira. Tapi benarkah ianya begitu ? Kita tanya diri kita, adakah kita selalu berjalan kaki untuk ke masjid. Jika jawapannya “Ya”, maka benarlah seperti yang dinyatakan. Tetapi hakikatnya saya lebih yakin lebih ramai lagi yang ke masjid menaiki motor walaupun jaraknya tidak begitu jauh.

Orang kita khususnya berbangsa Melayu jarang yang exercise seperti berjogging atau berjalan kaki untuk mengeluarkan peluh. Yang ramai ialah bangsa asing. Tak percaya ? Ambil masa hujung minggu saja-saja buat tinjauan di mana-mana Pusat Reakrasi. Yang ramai ialah bangsa asing yang exercise. Orang kita lebih suka duduk di kedai-kedai makan menikmati sarapan pagi. Gaya hidup kita yang kurang exercise ini menyebabkan kita merasa sukar di tanah suci. Badan cepat merasa letih. Kaki mudah sakit-sakit dan lenguh-lenguh. Malah yang lebih teruk ada yang kakinya bengkak kerana berjalan kaki jauh.

Kerana itu, saya setting Pakej Umrah Super Ekonomi ini dengan cuba meminimakan jarak jemaah berjalan kaki. Sungguhpun hotel yang dipilih agak jauh (walaupun pasarana hotel begitu memuaskan), tetapi disebabkan pihak Hotel menyediakan khidmat percuma bas yang berulang-alik ke Masjidil Haram maka saya rasa cara ini lebih baik lagi. Jemaah tidak berjalan kaki terlalu jauh. Ada juga bakal jemaah yang minta hotel lain asalkan tidak menaiki bas. Mungkin beliau belum mendapat maklumat yang secukupnya. Atau risau sekiranya bas tiada ketika mahu pulang dari masjid.

Untuk makluman, bas hotel ini akan melalui satu laluan khas terowong yang hampir dengan kawasan Maulid Nabi (bangunan perpustakaan lama tempat asal kelahiran Nabi. Biasanya terowong ini diguna oleh jemaah berjalan kaki untuk ke Mina pada musim Haji. Hanya bas hotel sahaja yang dibenarkan melalui Terowong ini untuk ke Masjidil Haram. Kenderaan awam lain tidak dibenarkan masuk. Bas dari hotel akan berhenti menurunkan jemaah di tapak kawasan Perhentian Bas Lama. Dari sini jemaah akan berjalan kaki ke masjid, dan jaraknya dianggarkan sekitar 100 meter. Jemaah memasuki Masjidil Haram melalui kawasan Saie.

Untuk kembali ke hotel, jemaah harus berjalan kaki menuju ke tapak Perhentian Bas Lama dan bas hotel telah sedia menunggu. Ditakdirkan bas hotel sudah bergerak, proses menunggu tidak lama. Perjalanan bas ke hotel hanya 5 minit sahaja. Dan untuk kembali juga mengambil masa yang sama. Dan satu lagi kelebihannya ialah jemaah melalui kawasan yang berhampiran dengan Tandas Masjid.

Tambahan pula, saya akan meletakkan beberapa orang Petugas Makkah (kelahiran Makkah dan fasih berbahasa Arab) untuk memantau pergerakan bas ini. No. handphone mereka ada tertera di Tag Nama Jemaah di bahagian belakang. Jemaah boleh menghubungi mereka untuk meminta khidmat bantuan. Petugas Makkah ini akan saya tempatkan sekali bersama-sama jemaah di hotel. Niat saya supaya jemaah mudah mendapatkan mereka apabila khidmat diperlukan. Dan bagi jemaah tua dan uzur yang mahu khidmat ditolak dengan kerusi roda juga boleh diusahakan. Dan biasanya khidmat seperti ini ada bayarannya.

Saya juga akan menyediakan seorang Ketua Rombongan bagi pakej ini. Biasanya terdiri dari ustaz yang berwibawa atau individu yang sudah biasa membawa rombongan jemaah ke tanah suci. Saya berharap perjelasan lebih lanjut mengenai Pakej Umrah Super Ekonomi ini boleh menghilangkan keraguan mengenainya. Dan jika ada sebarang pertanyaan mengenainya, boleh email ke hjiqbal.safwan@gmail atau call saya di 0190350 5395.

Wassalam dan Jumpa lagi, insyaAllah.