Assalamualaikum wbt.

Syukur alhamdulillah semakin ramai yang mengikuti perkembangan blog saya. Semakin bersemangat untuk saya terus menulis apa sahaja isu berkaitan Umrah atau yang ada hubungkait dengan Ajwa Travel. Harapan saya semoga apa yang saya tulis di ruangan blog ini dapat memberi manfaat kepada diri pembaca dan saya sendiri. Teringat kepada pesan Rasulullah s.a.w ” sebaik-baik manusia ialah yang dapat memberi manfaat kepada dirinya dan diri orang lain.”

Hotel Pakej Umrah Idaman di Makkah

Ramai rakan dan bakal Tetamu Allah yang menalipon atau email kepada saya meminta supaya saya setting Pakej Umrah Idaman secepat yang boleh. Sebaiknya di awal Februari ataupun akhir Januari 2013. Sebaiknya dalam tempoh Cuti Tahun Baru Cina. Kerana itu saya sekarang ini sedang cuba untuk mendapatkan flight yang available untuk tarikh atau tempoh yang berkenaan. Sudah pasti sektor yang saya cari ialah flight Saudi atau MAS Charter untuk sektor Kuala Lumpur terus ke Madinah dan balik Jeddah terus ke Kuala Lumpur, tanpa transit. Atau boleh juga jika saya dapat sektor Kuala Lumpur ke Jeddah (masuk Makkah dahulu) dan balik pula dari Madinah ke Kuala Lumpur.

Saya pernah menulis mengenai kebaikan masuk Makkah dahulu dan langsung terus menyelesaikan ibadah Umrah. Manakala 4 hari terakhir jemaah akan masuk ke Madinah. Ramai jemaah wanita yang suka cara ini. Tetapi jemaah lelaki pula tidak begitu suka kerana terpaksa memakai kain ihram di airport KLIA lagi. Leceh katanya.

Tahun ini siapa sangka kabarnya visa Ziarah dikeluarkan oleh Kedutaan Arab Saudi setelah 2 atau 3 tahun dibekukan kepada jemaah Malaysia. Saya sendiri ambil pendekatan tunggu dan lihat walaupun terdengar kabar mengenainya di awal tahun. Syukur alhamdulillah tahun ini Kerajaan Arab Saudi bermurah hati dengan membuka semula visa Ziarah ini. Cuma bagi pihak Ajwa Travel untuk promosi Umrah Disember atau Januari ini agak sedikit lewat dan boleh jadi kesuntukan masa. Oleh yang demikian, maka saya promosikan Pakej Umrah Idaman awal Februari 2013 bagi memenuhi kehendak ramai jemaah yang ingin ke tanah suci secepat yang boleh.

Ada kabar menyatakan Visa Umrah akan dibuka pertengahan Januari 2013. Dan saya rasa awal Febrauri 2013 adalah tempoh selamat bagi saya untuk setting Pakej Umrah. Seperti yang saya ceritakan dahulu kebiasaannya ketika visa Umrah mula dibuka selalu berlaku masalah dan saya tidak berani ambil risiko. Pembaca boleh rujuk kepada entry saya sebelum ini di bawah tajuk umrah-idaman-kenapa-mula-februari-2013/

Untuk makluman saya sedang usahakan untuk dapatkan tiket flight MAS Charter, penerbangan dari KLIA terus ke Madinah pada pada 13hb Februari 2013 dan balik pada 25hb Februari 2013. Tempoh perjalanan ialah 13 hari dan 11 malam. Kos seorang ialah RM7500 untuk penginapan sebilik berempat.

Saya nasihatkan kepada yang berminat supaya segera mendaftar dengan menghantar nama-nama jemaah beserta no telefon/hand phone untuk saya hubungi. Jika inginkan penjelasan lanjut mengenainya boleh hubungi saya di 019-350 5395 atau datang sendiri ke pejabat Ajwa Travel di Tingkat 3, bangunan Lembaga Tabung Haji Klang.

Jumpa Lagi.