Assalamualaikum wbt dan bertemu kembali.

Sebenarnya selepas berakhirnya Ramadhan dan munculnya Syawal, saya seperti kehilangan idea untuk bercerita di dalam blog ini. Seperti merasakan dah banyak input yang diberi mengenai Umrah dan jika nak cerita mungkin akan berlaku pengulangan info yang boleh membosankan pembaca. Jadi sekiranya apa yang bakal ditulis ini membosankan, saya mohon maaf banyak-banyak. Mungkin masih dalam mood Hari Raya lagi.

Syukur alhamdulillah sudah ramai yang mendaftar untuk menyertai Pakej Umrah Disember 2013 ini. Dan mungkin saya akan pecahkan kepada beberapa kumpulan supaya kebajikan jemaah dapat dipantau dengan sebaiknya. Biasa berlaku apabila jemaah terlalu ramai Indek kebajikan jemaah pula merosot. Tetapi pada Ajwa Travel, seramai manapun jemaah, saya akan tetapkan akan ada 1 orang Petugas yang menjaga jemaah bagi setiap bas. Maknanya jika diandaikan ada 120 orang jemaah dalam satu masa, maka Petugas Ajwa yang turut serta dalam rombongan ialah 3 orang. Iaitu 1 bas untuk 40 orang jemaah.

mataf5

Saya cuba ‘highlight’kan beberapa perancangan yang Ajwa cuba aturkan. Saya lebih suka ambil pendekatan untuk “telus” dan berterus-terang dan tidak ada apa-apa yang disembunyikan. Ramai jemaah yang kecewa kerana mereka tidak mendapat maklumat yang terperinci mengenai sesuatu Pakej. Akibatnya mereka merasakan seolah-olah mereka ditipu kerana pihak agensi menyembunyikan fakta. Mungkin kerana bimbang jemaah tidak jadi ikut mereka ataupun memarahi mereka kerana lain yang dimaklumkan lain pula yang diperolehi.

Namun satu hakikat yang tidak boleh dinafikan dalam menguruskan Umrah, tidak semestinya apa yang dirancang sama dengan apa yang terjadi. Segala-galanya terletak di bawah pertolongan Allah jua. Cuma sekiranya berlaku sebarang perubahan harus segera dimaklumkan kepada jemaah. InsyaAllah jemaah boleh menerimanya asalkan kita jujur dan amanah dalam melaksanakan tanggung jawab.

Petugas atau Mutawwif

Petugas yang turut bersama dalam rombongan ialah saya sendiri  dan juga Ustaz-ustaz yang berpengalaman membawa jemaah Umrah. Antaranya ialah Maulana Helmi, seorang Mudir Hafiz di Madrasah Tahfiz di Pulau Tawar Jerantut, Pahang. Beliau pernah membawa rombongan jemaah Ajwa pada bulan Februari yang lepas.

Mutawif Wanita di Madinah

Kebiasaanya jika ramai jemaah yang menyertai Ajwa, saya akan bawa bersama isteri saya Hajah Norhayati. Beliau akan berperanan sebagai Mutawif Wanita semasa membawa rombongan jemaah wanita melakukan Ziarah Dalam Masjid Nabawi. Biasa timbul rungutan dari jemaah wanita mengenai ketiadaan Mutawif Wanita semasa Program Ziarah Dalam di Masjid Nabawi. Ramai jemaah wanita yang mengadu yang mereka seperti “blurrr” aje ketika berada di Raudhah. Adanya Mutawif wanita sebenarnya banyak membantu untuk memberi penerangan mengenai ibadah di dalam Raudhah itu sendiri, sempadan Raudhah yang mungkin ramai tidak ketahui dan juga strategi apa yang perlu dilakukan sebelum dan semasa memasuki kawasan Raudhah.

ansar 5Lobi Hotel Ansar Golden

Hotel di Madinah

Ada kemungkinan saya akan pisahkan hotel Madinah untuk 2 standard Pakej Ajwa. Untuk Pakej Umrah Idaman, jemaah akan ditempatkan di Hotel Ansar Golden. Dan majoriti jemaah akan diletakkan sebilik 3 orang sahaja, kecuali jemaah yang mendaftar 4 orang sekeluarga sahaja (mereka tetap kekal berempat sebilik). Ini bagi memberi keselesaan kepada jemaah Pakej Umrah Idaman.

gambar umrah 2012 180

Di tengah ialah Hotel Dallah Taibah yang di hadapannya ialah deretan kedai. Manakal Hotel Ansar Golden di bahagian hadapan kanan gambar

Manakala bagi jemaah Pakej Super Ekonomi, akan ditempatkan di hotel bersebelahan iaitu Hotel Dallah Taibah. Hotel ini dipilih kerana ianya hampir dengan Masjid Nabawi dan sangat disukai oleh jemaah wanita kerana jaraknya yang dekat untuk memasuki Raudhah nanti, Tambahan pula di kawasan ini, banyak terdapat deretan kedai makanan, “money changer”, kedai farmasi dan juga kedai runcit.

457347_459837864028778_253041725_oJarak Hotel Ansar Golden dan Dallah Taibah ke Masjid Nabawi

Saya amat berharap semoga perancangan ini dimudahkan oleh Allah. Biasa terjadi apa yang berlaku tidak seperti yang dirancangkan. Antara masalah yang selalu timbul ialah hotel yang penuh untuk ditempah. Nak buat tempahan awal dibimbangi berlaku pertukaran tarikh penerbangan ataupun masalah Visa yang lambat keluar. Pada bulan Ramadhan yang lepas, banyak agensi yang kerugian kerana telah membuat tempahan hotel sedangkan ketika itu kouta Umrah tidak diperolehi.

Pertukaran Tarikh Penerbangan ?

Sungguhpun Ajwa merancang untuk berlepas pada 15hb Disember 2013, ada kemungkinan tarikh ini dicepatkan atau dilewatkan 1 atau 2 hari dari tarikh asal. Perubahan tarikh boleh terjadi disebabkan syarikat penerbangan menukar Jadual Penerbangan mereka. Perkara ini biasa terjadi kepada flight jenis Charter atau sewa khas. Ianya juga bergantung kepada jenis Flight yang diambil samada MAS Charter atau Saudi Airlines.

Tetapi saya berkeyakinan sekiranya tarikh 15hb Disember ditukar kepada 16hb Disember 2013, jemaah tidak kisah asalkan dapat Visa dan boleh terbang ke tanah suci. Yang penting flight mesti direct ke Saudi. Dapat terus dari KLIA ke Madinah dikira satu rahmat.

Setakat ini Ajwa merancang untuk setting 2 tarikh iaitu 15h Disember hingga 26hb Disember 2013 dan tarikh satu lagi ialah 23hb Disember 2013 hingga 3hb Januari 2013. Untuk makluman, minggu Persekolahan bermula pada 6hb Januari 2014. Maknanya jemaah akan kembali ke tanah air sebelum Jadual Persekolahan bermula.

Pembayaran Deposit

Kepada mereka yang telah memberikan nama untuk mendaftar Pakej Umrah Disember bersama Ajwa, sebagai tanda komitmen saya galakkan supaya membuat bayaran deposit RM 1000 seorang ke akaun Maybank Islamic atas nama Ajwa Travel & Tours Sdn Bhd, no akaun 5624-6930-9729. Ada juga yang bertanya mengapa RM1000? Sedangkan ada agensi lain ambil RM500 sahaja. Jawapan saya mudah, nilaian RM1000 tu mudah untuk diingat, tambahan pula jemaah tetap akan membuat bayaran juga akhirnya.

Hanya mereka yang telah membayar deposit saya anggap serius untuk menyertai Ajwa. Duit deposit itu akan digunakan untuk tujuan tempahan tiket Penerbangan dan juga pemprosesan Visa. Pernah berlaku sebelum ini akibat terlalu percayakan kawan, setelah semua urusan dilakukan tiba-tiba jemaah berkenaan membatalkan pemergian mereka sedangkan sedikit bayaran pun belum dibuat. Mudah sahaja jemaah berkenaan lepas tangan. Sabar aje la..sedangkan urusan tempahan dan belian tiket penerbangan tu gunakan RM. Nak minta gantirugi, pastinya jemaah berkenaan tidak mahu membayar. Akhirnya hubungan jadi semakin renggang kerana dia malu atau mengelak dengan kita.

Harga Pakej ?

Sehingga kini harga yang ditawarkan ialah anggaran sahaja iaitu berdasarkan track record yang lepas. Mungkin ada penambahan dan boleh jadi ada pengurangan. Harga Hotel untuk musim baru 1435H belum dikeluarkan lagi. Ramai bertanya, banyak agensi sudah mengeluarkan Harga Tawaran ? Saya percaya mereka melakukan sedemikian kerana untuk segera mendapatkan jemaah mendaftar bersama mereka. Saya percaya apabila Harga Hotel yang baru sudah dikeluarkan maka mereka akan meminta tambahan wang dari jemaah.

Pastinya jemaah akan marah dan tidak puas hati, bila berlaku sedemikian. Untuk tarikh diri ketika itu wang deposit diancam akan dilupuskan. Nak tak nak terpaksa juga membayar tambahan harga walaupun hati bengkak semacam. Seboleh-bolehnya Ajwa tidak mahu perkara ini berlaku. Yang boleh Ajwa katakan Harga Pakej tidak jauh dari harga anggaran yang diberi.

Pertanyaan lanjut

Sekiranya pembaca masih lagi kurang arif atau merasakan belum lagi mendapat maklumat secukupnya mengenai Pakej Umrah Disember ini, sila email ke hjiqbal@ajwatravel.net atau berhubung terus dengan saya di talian yang tertera di atas. Nak jumpa di Pejabat Ajwa juga dialu-alukan iaitu di Tingkat 3, Bangunan Lembaga Tabung Haji Klang.

Jumpa lagi dan Wassalam.

Selamat Menyambut Hari Raya ‘Idil Fitri dan Maaf Zahir Batin.