Assalamualaikum wb.

Industri Umrah semakin berkembang pesat di Malaysia disebabkan oleh penambahan Permintaan untuk berkunjung ke Tanah Suci. Lantaran itu tidak hairanlah kini banyak agensi yang menawarkan Pakej Harga Rendah demi bersaing mendapatkan lebih ramai Jemaah. Strategi menawarkan Pakej Harga Rendah sememangnya mendapat sambutan yang hebat dari masyarakat. Dalam perlumbaan atau persaingan ini sehinggakan wujud juga tawaran yang tidak munasabah.

Benar atau sebaliknya tawaran yang berkenaan hanya dapat diketahui apabila tiba masa atau tarikh yang dijanjikan oleh Penganjur Pakej. Ada yang berjaya menunaikan janjinya walaupun berlaku penangguhan dan banyak juga kedengaran kes jemaah yang tidak dapat terbang. Dan lebih malang lagi wang mereka tidak dikembalikan.

Sebelum menuding jari menyalahkan mana-mana pihak, ada baiknya kita sama-sama mengetahui sedikit sebanyak perkara-perkara yang perlu kita fahami sebelum membuat keputusan memilih Tawaran Harga Pakej oleh Penganjur atau Travel Agensi.

MASflightFlight MAS

Harga Tiket Penerbangan

Harga tiket penerbangan ke Tanah Suci bergantung kepada Jenis Penerbangan yang diambil samada Flight Terus ke Arab Saudi (Jeddah atau Madinah) atau flight Transit. Harga juga dipengaruhi oleh Musim seperti Musim Cuti Persekolahan atau Ramadhan misalnya.

Secara relatif harga tiket antara RM3000 hingga RM3500, dan boleh meningkat pada Musim Cuti Persekolahan atau Ramadhan sehingga ke RM4200 hingga RM4500. Jadi jika ada Agensi yang menawarkan Pakej Harga Rendah, seharusnya kita boleh buat congakan secara kasar samada Tawaran itu munasabah ataupun tidak ?

Bagaimana dengan kos-kos yang lain seperti Belanja Visa Umrah, Hotel Penginapan di Makkah dan Madinah, makan minum selama berada di sana, kos lawatan dan pengangkutan serta khidmat servis di sana ?

Katalah sebagai contoh kos tiket flight ialah RM3000 dan selepas ditolak dari Harga Pakej, maka berapa yang tinggal ? Cukupkah baki yang tinggal dapat menampung kesemua kos yang dinyatakan di atas ?Dan jika cukup, persoalan yang kita patut tahu ialah berapa jauh pula Hotel Penginapan yang ditawarkan dengan Masjidil Haram ?

Hotel bertaraf bintang di MakkahJika berkemampuan, apa salahnya mendapatkan Hotel Yang Dekat ?

Hakikat yang perlu kita ketahui ialah semakin dekat Hotel Penginapan dengan Masjid, maka semakin mahal harga sewa biliknya. Tidak ada Pakej Harga Rendah yang menawarkan Hotel yang dekat dengan Masjid. Kecuali jika ada yang sponsor sebahagian kos Pakej ! Tapi Ya ke ada orang yang sudi Sponsor Jemaah pergi Umrah ?

Jika ditanya pada saya, lebih baik wang sebanyak itu saya sedekahkan kepada Pusat Tahfiz Anak-Anak Yatim yang dah tentu ganjaran pahalanya tidak habis setakat tu sahaja tetapi mengalir hingga ke Hari Akhirat. Selagi mana hasil sumbangan itu dapat memberi kebaikan dan manfaat kepada Pelajar yang menjadi Hafiz/Hafizah dan ia pula mengajar Ilmunya kepada Generasi seterusnya, maka Pahala akan terus mengalir walaupun kita sudah tidak ada lagi di alam maya ini.

Maka perlu diingat, jika mahu Hotel yang dekat mestilah sanggup membayar lebih sedikit berbanding Pakej Biasa. Teringat kisah sayu yang diceritakan oleh Jemaah Ajwa kepada saya. Beliau berjumpa dengan jemaah agensi lain yang sama menginap di Hotel kami di Madinah (kami belum lagi masuk ke Makkah ketika itu). Mereka mengeluh kerana Hotel mereka di Makkah terlalu jauh dari Haram. Kabar mereka lebih dari 1km. Oleh kerana majoriti jemaah sudah tua, maka mereka mengupah seseorang untuk membawa mereka ke Masjidil Haram. Kos Upah Dorong (istilah orang Indonesia) untuk ulang alik ke Masjid untuk 1 waktu Solat ialah SR100 dan didarab dengan 5 waktu maka sehari mereka belanjakan SR500. Mereka hanya mampu mengambil Upah Dorong untuk 3 hari sahaja kerana sudah tidak berkemampuan lagi.  Selebihnya mereka hanya solat di bilik Hotel sahaja.

MEKAH HJ IQBAL_2MEKAH HJ IQBAL_2Makkah akan datangPada masa akan datang, berapa jauh agaknya Hotel penginapan jika masih mahu ambil Pakej Harga Rendah ?

Sedihnya saya. Saya berkata dalam hati ” alangkah baiknya jika jemaah tersebut mengambil Pakej Umrah yang mahal RM500-RM1000 dari Pakej yang mereka ambil tetapi dapat setiap waktu Ulang Alik ke Masjid tanpa tekanan kerana jaraknya yang dekat.” Dan apabila jemaah berkenaan menyedari Harga Pakej Umrah yang ditawarkan Ajwa dan lokasi Hotel kami di Makkah, maka terkilan juga mereka.

Mana patut beri keutamaan ?

Ramai mengimpikan mendapat Penerbangan yang Terus ke Madinah. Dan pada masa yang sama menginginkan Hotel Penginapan yang dekat dengan Masjid. Tetapi sekiranya mahu yang lebih jimat, maka kepentingan mana yang lebih utama ? Flight ke Madinah atau Hotel Penginapan yang dekat dengan Masjidil Haram ?

Sektor penerbangan terus ke Madinah atau balik melalui Madinah sentiasa menjadi perhatian dan rebutan Tidak hairanlah untuk musim cuti sekolah Harga Tiket Flight Terus ke Madinah boleh dijual sehingga RM4200 malah RM4500 pun ada yang sanggup membelinya. Pada anggapan saya, sekiranya harga tiket sudah begitu keadaannya, ada baiknya kita fokus pada Hotel Penginapan yang dekat sahaja. Yang penting ialah kita dapat beribadah dengan selesa di Tanah Suci kerana faktor Hotel yang dekat dengan Masjid. Sedangkan faktor sektor penerbangan hanya melibatkan masa pergi dan balik sahaja.

Visi Ajwa Travel

Kekadang tu apabila melihat ramai rakan-rakan Travel yang mendapat ramai jemaah dek promosi Hebat Harga Rendah mereka, terfikir juga untuk setting Pakej Harga Rendah. Tetapi apabila mengenangkan tujuan Ajwa masuk dalam Industri Umrah ini agar dikenal sebagai Pengendali Pakej Umrah yang menawarkan Hotel Yang Dekat dengan Masjid, maka hasrat itu dipendam sahaja.

Yang menjadi keutamaan Ajwa Travel ialah memberikan perkhidmatan yang terbaik dengan kemudahan hotel yang dekat dengan Masjid. Walaupun sedikit jemaah, yang penting jemaah berpuas hati dengan kualiti perkhidmatan yang diperolehi. Mudah-mudahan reputasi yang baik ini akan disampaikan dari mulut ke mulut. Dan saya percaya kaedah itu lebih berkesan.

Saya yakin lama kelamaan masyarakat di luar sana akan lebih mementingkan kualiti perkhidmatan di Tanah Suci berbanding Harga. Wang boleh dicari tetapi keselesaan beribadah di Tanah Suci memang tidak boleh dinilai dengan wang Ringgit.

Jumpa lagi.