Assalamualaikum wb.

Syukur alhamdulillah, ramai yang bertanyakan saya melalui emel dan sms mengenai Pakej Umrah Disember 2013. Ada yang merasa cuak samada visa Umrah dikeluarkan atau tidak pada bulan Disember ini. Berdasarkan pertanyaan saya dengan pihak yang selalu menguruskan Visa, mereka begitu yakin insyaAllah Visa Umrah akan bermula pada bulan Disember 2013 ini. Mengenai tarikh pula, ada yang kata awal Disember dan ada yang kata pertengahaan Disember 2013. Malah ada agensi yang sudah mempromosikan Pakej Umrah mereka pada awal Disember 2013. mataf5

Bagi Ajwa Travel pula, saya cuba mengambil tarikh yang saya fikir selamat iaitu bermula pada tarikh selepas pertengahan bulan Disember 2013. Alhamdulillah kouta untuk Kumpulan Pertama telahpun penuh dan ditutup pendaftarannya. Namun begitu atas permintaan supaya jemaah dapat menunaikan Umrah dan kembali ke Tanah Air sebelum musim Persekolahan 2014 bermula, maka Ajwa Travel wujudkan Pakej Umrah Kumpulan Kedua yang dijadualkan berlepas pada 19hb Disember 2013 dan kembali ke Tanah Air pada 31hb Disember 2013. Tempoh Perjalanan ialah 13 hari dan 11 malam.

Kumpulan Kedua – Flight Air Asia X (KUL/JED, JED/KUL)

Ramai yang sangsi mengenai flight AirAsia X terbang ke Jeddah ini, walaupun saya kata OK dan keterangan mengenainya ada dalam entry terdahulu. Flight AirAsia X ialah jenis Airbus A330-300 yang mempunyai 9 tempat duduk dalam satu baris (seperti gambar di bawah) iaitu 3 seat sebelah kiri, 3 seat di tengah dan 3 seat lagi di sebelah kanan.

AirAsia-X-Economy-SeatsSusunan seat flight AirAsia X

Seat flight AirAsia X boleh disandarkan. Dan menu makanan disediakan sama seperti flight AirAsia yang lain, cuma bezanya jemaah tidak perlu membelinya. Flight ini juga jenis Penerbangan terus ke Jeddah dan tidak transit. Maknanya jemaah tidak perlu risau mengenai masalah transit atau lama dalam perjalanan. Dan harga tiket juga lebih murah berbanding flight Saudi atau MAS.

menu airasiaXMenu flight AirAsiaX

Menariknya, harga Pakej Kumpulan kedua ini jimat RM300 berbanding Pakej Ajwa flight Saudi. Untuk Pakej Idaman ialah RM7200 (bilik berempat), RM7700 (bilik bertiga) dan RM8400 (bilik berdua). Penginapan di Makkah ialah di Safwah Royal Orchid (hotel 5 bintang di laman Masjidil Haram) dan di Madinah ialah Hotel Dallah Taibah.

Manakala Pakej Super Ekonomi pula ialah RM6000 (bilik berempat), RM6300 (bilik bertiga dan RM6600 (bilik berdua). Penginapan di Makkah ialah Hotel Broj Jiwar (150 meter ke Masjidil Haram) dan di Madinah sama seperti Pakej Idaman iaitu di Hotel Dallah Taibah.

Aturcara Umrah

Jemaah mesti berada di LCCT kira-kira 3 jam sebelum waktu berlepas iaitu pada malam 18hb Disember 2013, pada jam 11 malam. Ini kerana mengikut Jadual flight akan berlepas se awal jam 2.20 pagi. Dan dijangka sampai di airport Jeddah pada jam 7.20 pagi (waktu Jeddah). Selepas pemeriksaan Imigresen dan pengambilan bagasi, jemaah akan dibawa menaiki bas menuju ke Madinah. Mengikut anggaran, jemaah akan sampai pada waktu selepas zohor ataupun Asar di Madinah. Maknanya jemaah sudah boleh menunaikan solat Maghrib di Masjid Nabawi pada Hari Pertama lagi.

Aktiviti di Madinah

Aktiviti Ziarah Dalam akan dilakukan pada waktu malam iaitu selepas Solat Isyak dan makan malam pada Hari Pertama lagi (kecuali ada perubahan). Aktiviti ini akan dipimpin oleh Mutawif . Bagi jemaah wanita pula, ada disediakan Mutawif wanita untuk memimpin aktiviti Ziarah Dalam iaitu memasuki Raudhah dalam Masjid Nabawi. Jemaah akan ditunjukkan kawasan sempadan sebenar Raudhah di dalam Masjid Nabawi yang ada terdapat Makam Nabi, Mihram Nabi, Mimbar Nabi, Tiang Taubat, Tiang Aisyah dan Tempat Muazzin.

Jemaah akan menginap di Madinah selama 4 hari dan 3 malam. Dalam tempoh tersebut selain Ziarah Dalam Masjid Nabawi, jemaah juga akan melakukan Program Ziarah Luar selain dari aktiviti Solat 5 waktu di Masjid Nabawi. Jika ada peluang dan mendapat izin, Ajwa bercadang untuk membawa jemaah melawat Muzium Madinah, insyaAllah.

Pergerakan ke Madinah

Kumpulan ini akan meninggalkan Madinah pada Hari yang ke-4 bermula sebelum waktu Zohor lagi. Jemaah akan Solat Jama’ Zuhur dan Asar di Masjid Bir Ali dan berniat Umrah dan berihram dengannya di sini. Langkah ini diambil kerana mahu memastikan jemaah sampai di Makkah sebelum waktu Maghrib. Jemaah boleh meneruskan ibadah Umrah bermula selepas Maghrib dan selesai selepas Isyak atau pada jam 10 malam. Dan selepas itu jemaah boleh kembali semula ke hotel untuk berehat.

Kelazimannya pergerakan ke Makkah bermula selepas selesai Solat Zuhur dan Makan Tengahari. Langkah ini menyebabkan jemaah sampai lewat di Makkah (sekitar jam 10 malam). Dan jemaah selalunya selesai menyempurnakan Umrah menjelang waktu Subuh dan pasti memenatkan kerana jemaah tidak tidur semalaman. (kecuali dalam bas semasa dalam perjalanan)

Program di Makkah

Ada 2 jenis program Ziarah di Makkah iaitu Ziarah Manasek dan Ziarah Tambahan Hudaibiyah. Ziarah Manasek ialah program lawatan ke tempat-tempat Kerja Haji dimulai dengan melawat Jabal Thur, kemudian ke Arafah (Jabal Rahmah), Muzdalifah dan Mina seterusnya ke Masjid Jaaranah dan mengambil miqat Umrah di sana (bagi yang ingin menunaikan Umrah).

Ziarah Tambahan pula ialah program lawatan ke Masjid Hudaibiyah yang dimulai dengan lawatan ke Ladang Unta. Jemaah boleh merasai kelazatan meminum susu Unta dan boleh membeli susu Unta dengan harga SR5 sebotol. Bagi yang ingin menunaikan Umrah boleh berniat Umrah dan berihram di Hudaibiyah. Dalam perjalanan balik ke Makkah, jemaah akan dibawa melawat Muzium Haramaian di Makkah (sekiranya mendapat izin).

Lawatan ke Jeddah

Pada musim yang lepas, program Lawatan ke Jeddah dikenakan sedikit bayaran kerana sebelum ini ianya dilakukan atas permintaan jemaah. Tetapi untuk musim baru 1435H ini, Ajwa bercadang menawarkan kepada jemaah secara Percuma. Program ini bermula selepas Zohor dan Makan Tengahari. Jemaah akan menaiki bas dibawa ke Jeddah dan lokasi pertama yang dilawati ialah Masjid Qisas (tempat ini pernah dilakukan Hukuman Qisas bagi pesalah jenayah). Jemaah akan solat Asar di Masjid ini.

cornicheKompleks Membelibelah Corniche, Jeddah

Kemudian, jemaah dibawa menziarahi Makam Hawa yang terletak tidak jauh dari Masjid Qisas. Kemudian jemaah dibawa melawat Kompleks Membeli belah Corniche yang popular sebagai destinasi membelibelah masyarakat Arab di sini. Pelbagai barangan berjenama dijual pada harga murah di sini. Manakala bagi jemaah wanita, boleh dibawa ke kawasan Balad yang terkenal sebagai tempat jualan Jubah wanita yang cantik (new arrival) dan pada harga yang murah.

masjid-terapung-jeddahMasjid Terapung, Jeddah

Jemaah akan solat Maghrib di Musollah di tingkat 1, Kompleks Corniche dan kemudiannya dibawa bersiar-siar menyusuri Pantai Laut Merah sambil menikmati keindahan bandar Jeddah pada waktu malam yang bergemerlapan dengan lampu-lampu jalan. Program di akhiri dengan singgah di Masjid Terapung dan solat Isyak di sini. Selepas solat, jemaah akan diberi makan malam sambil santai makan di kawasan pesisiran Pantai di kawasan Masjid Terapung. Selesai makan, jemaah akan dibawa kembali semula ke Makkah.

Pendaftaran

Kepada yang berminat boleh menghantar nama-nama ke alamat emel saya hjiqbal@ajwatravel.net atau emel isteri saya kakyati@ajwatravel.net atau hubungi saya melalui no. handphone yang tertera di sebelah atas blog ini.

Jumpa lagi dan Wassalam.