Assalamualaikum wbt.

Sebelum ini, saya ada mempromosikan Pakej Melawat Surabaya pada entry yang lalu. Untuk makluman, saya bercadang untuk mengubah Iternary Pakej supaya ianya menjadi lebih menarik dan lebih bermakna lagi. Saya rasa agak rugi sekiranya kunjungan ke Surabaya tidak melawat Makam Para Wali Songo yang terdapat di sana.  Saya mahu program yang dianjurkan boleh memberi manfaat kepada yang mengikutinya dan ianya bukan satu program yang lagho atau melalaikan kita dari mengingati Allah.

Ilustrasi_Walisongo

Sejarah ketamadunan Islam bangsa Indonesia berkait rapat dengan Wali Songo atau 9 wali. Wali Songo dianggap sebagai Penyebar Agama Islam di Tanah Jawa. Wali Songo berperanan sebagai agen perubahan bangsa Indonesia khususnya bangsa Jawa dari kebudayaan Kerajaan Hindu Majapahit kepada Kebudayaan dan Kerajaan Islam pada abad ke 14. Atau dalam makna yang mudah, 9 wali yang berkenaan berjaya mengubah bangsa Indonesa dari beragama Hindu kepada beragama Islam.

Wali Songo atau 9 wali berkenaan terdiri dari Maulana Malik Ibrahim atau Sunan Gersik, Sunan Ampel, Sunan Giri, Sunan Bonang, Sunan Drajat, Sunang Kalijaga, Sunan Kudus, Sunan Muria dan Sunang Gunung Jati. Kesemua 9 wali ini tidak hidup dalam satu waktu yang bersamaan tetapi mereka mempunyai kaitan yang amat rapat samada melalui ikatan persamaan darah keturunan dan juga hubungan antara guru dan murid.

Maulana Malik Ibrahim ialah yang tertua dari 9 wali. Sunan Ampel adalah anak kepada Maulana Malik Ibrahim. Sunan Giri pula anak saudara Maulana Malik Ibrahim yang membawa maksud ia juga sepupu kepada Sunan Ampel. Sunang Bonang dan Sunan Drajat ialah anak kepada Sunan Ampel. Sunan Kalijaga pula ialah sahabat merangkap murid kepada Sunan Bonang. Sunan Muria ialah anak Sunan Kalijaga. Sunan Kudus pula anak murid Sunan Kalijaga. Sunan Gunung Jati ialah sahabat kepada para Sunan yang lain kecuali Maulana Malik Ibrahim yang telah terlebih dahulu meninggal dunia.

Untuk makluman, daripada 9 Wali berkenaan, Ajwa cuba untuk membawa ahli rombongan melakukan Ziarah di 5 tempat Makam Sunan iaitu antaranya Makam Sunan Gersik, Makam Sunan Ampel, Makam Sunan Giri, Makam Sunan Drajat dan Makam Sunan Bonang.

Sebelum ke sana, ada baiknya juga kita mengenali secara ringkas Tokoh Wali Songo yang ingin dilawati nanti

Sunan Gresik

Maulana Malik Ibrahim juga dikenali sebagai Sunan Gresik atau Syeikh Maghribi, berketurunan ke 22 dari Nabi Muhammad s.a.w. Beliau yang tertua atau Wali yang pertama antara 9 wali berkenaan. Beliaulah yang mula-mula menyebarkan agama Islam di Tanah Jawa. Sungguhpun beliau bukan asli orang Jawa, tetapi sumbangan atau jasa beliau mengislamkan penduduk Pulau Jawa yang sebelumnya beragama Hindu dan Buddha begitu bermakna sekali.

sunan gresik2Makam Sunan Gersik

Mana-mana penduduk Pulau Jawa yang tidak mahu menerima Islam telah lari ke Pulau Bali dan menetap di sana. Dan sehingga kini mereka mempertahankan agama awal mereka sehingga dikenal dengan sebutan agama Hindu Bali.

Kepintaran beliau bergaul dengan penduduk tempatan secara lemah lembut dan menunjukkan akhlak yang mulia amat menambat hati penduduk setempat sehingga dengan rela hati memeluk agama Islam.

Sunan Ampel

Raden Rahmat atau lebih dikenali dengan gelaran Sunan Ampel ialah anak sulung kepada Sunan Gersik. Sunan ialah gelaran seseorang yang dianggap sudah mencapai tahap Wali. Manakala Ampel pula diambil sempena daerah yang bernama Ampel di Surabaya. Beliau boleh dianggap Ketua atau Bapa Wali Songo kerana telah melahirkan ramai ulamak dan ilmu Islam di Tanah Jawa.

Sunan Ampel atas kebijaksanaannya telah berjaya menjalankan misi dakwah Islam di Tanah Jawa. Falsafah beliau yang masyhur iaitu “Moh Limo” atau 5 Larangan telah berjaya menambak hati penduduk setempat mengenai ajaran ketinggian akhlak dan budi yang akhirnya diketahui sebagai ajaran Islam. “Moh Limo” yang dimaksudkan ialah ” Moh Main (Jangan berjudi), Moh Ngombe (Jangan Minum Arak), Moh Maling (Jangan Mencuri), Moh Madat (Jangan menghisap candu atau dadah)  dan Moh Madon (Jangan berzina)”

Masjid-Ampel

Sunan Ampel telah mendirikan sebuah Masjid sebagai Pusat Penyebaran dan Pendidikan Islam kepada penduduk setempat. Beliau telah meninggal dunia pada tahun 1481 di Demak dan jenazaahnya telah dikebumikan berhampiran dengan Masjid Sunan Ampel.

Sunan Giri

Sunan Giri atau dikenali juga dengan panggilan Raden Paku atau Joko Samudera ialah anak kepada Maulana Ishak iaitu adik kepada Maulana Malik Ibrahim. Ibunya berasal dari golongan bangsawan atau Puteri Raja Kerajaan Majapahit.

Sejak awal kelahiran, Sunan Giri telah menunjukkan karamah di mana wajahnya bersinar-sinar diliputi cahaya. Atas fitnah oleh bapa saudaranya sebelah ibu, Sunan Giri telah dihanyutkan ke tengah laut ketika beliau masih bayi lagi. Kisah Sunan Giri mirip dengan kisah Nabi Musa dibuang dan dihanyutkan ke Sungai Nil.

Semasa kecil, Sunan Giri telah berguru dengan Sunan Ampel dan bersahabar dengan anak Sunan Ampel iaitu Raden Makdum Ibrahim.

sunan giri

Sunan Drajat

Sunan Drajat atau Raden Qasem ialah anak Sunan Ampel dan saudara kandung dengan Sunan Bonang. Beliau terkenal sebagai seorang Ulamak yang mempunyai ketinggian ilmu dan bersifat dermawan. Sebagai meneruskan usaha dakwahnya beliau telah mendapat izin Sultan Demak untuk mendirikan sebuah surau yang akhirnya dijadikan Pesantren atau Pusat Dakwah di Desa Drajat.

Pembukaan Pesantren di Desa Drajat telah mengundang kemarahan banyak makhluk halus yang ada di situ. Tetapi berkat ketinggian ilmu yang dimiliki oleh Sunan drajat, segala gangguan Makhlus Halus berjaya ditentangi dengan jayanya.

sunan drajat2

Sunan Bonang

Sunan Bonang atau nama sebenarnya Syeikh Maulana Makdum Ibrahim ialah anak Sunan Ampel. Sunan Bonang amat bijak berdakwah kepada masyarakat setempat dengan menggunakan medium kesenian rakyat iaitu alat mainan musik yang dipanggil Bonang. Alat musik Bonang yang dimainkan sendiri oleh Raden Makdum Ibrahim mengeluarkan bunyi yang amat merdu dan berjaya memikat hati pendengar.

Apabila hati penduduk sudah tertambat dengan alat musik Bonang yang dimainkan oleh Sunan Bonang maka amat mudah untuk beliau menyelitkan ceramah dakwah Islam kepada masyarakat setempat. Beliau amat gigih menjalankan usaha dakwah Islam sehingga lanjut usia.

Beliau telah meninggal dunia semasa menjalankan dakwah di Pulau Bawea.

sunan bonang

Demikian secara ringkas info mengenai 5 Wali Songo yang bakal dilawati Disember nanti.

Masa lawatan ke Surabaya ialah pada Musim Cuti Sekolah pada 1 hb Disember hingga 4 hb Disember 2014. Tempoh Perjalanan ialah 4 hari dan 3 malam. Penerbangan AirAsia QZ 329 yang akan berlepas pada jam 9.35 pagi di KLIA 2.

Harga Pakej ?

Harga Pakej untuk dewasa ialah RM1700 seorang dan kanak-kanak bawah 12 tahun RM1400 seorang. Harga ini merangkumi kos tiket Airasia KUL/SURABAYA/KUL, makanan dalam flight (semasa pergi), bagasi 10kg semasa pergi dan 20kg semasa balik, hotel penginapan di Surabaya bertaraf 3 bintang, makan minum mengikut Iternary, lawatan dan Yuran Masuk,pengangkutan Bas berhawa dingin dan belanja pengurusan.

Harga Pakej tidak termasuk Cukai Airport di Surabaya Rp 200,000, Tip untuk Tour Guide, perbelanjaan peribadi dan lebihan bagasi dari 20kg yang dibenarkan.

Penyertaan

Kepada pembaca yang ingin menyertai saya, bolehlah emel nama-nama kepada emel isteri saya kakyati@ajwatravel.net atau hubungi saya Hj Iqbal di talian 019-3505395 atau isteri Hajah Norhayati 019-3418822. Tempat adalah Terhad.

Bayaran Pakej boleh di bank in ke akaun Maybank Islamic no.5624-6930-9724 atas nama Ajwa Travel & Toursa Sdn Bhd.