Assalamualaikum wbt.

Selain Jakarta dan Bandung, salah satu destinasi yang menarik untuk dikunjungi ialah Medan dan Danau Toba di Sumatera. Malah tambang tiket AirAsia ke Medan juga agak murah, bergantung kepada tawaran Promosi oleh AirAsia. Tempoh perjalanan dari LCCT ke Medan hanyalah sekitar 1 jam sahaja. Tak lama mana pun.

Apa istimewanya Kota Medan ?

Medan adalah satu destinasi membelibelah yang murah bagi rakyat Malaysia. Tempat membelibelah yang terkenal ialah Pasar Ikan. Bukan ikan yang dijual di sana, tetapi barangan pakaian, tekstil dan segala macam barangan. Keistimewaan di Pasar Ikan yang mungkin sukar dicari di tempat lain ialah sipeniaga boleh menyiapkan tempahan seperti langsir rumah mahupun pakaian sut kot atau blazer dalam tempoh sehari tempahan. Tak percaya ? Memang sukar dipercayai tetapi saya sudah mengalaminya sendiri.

Tempah langsir rumah pada waktu pagi dan sebelah malamnya jam 8 malam mereka sudah menghantarnya ke bilik hotel penginapan saya. Kita cuma perlu bawa ukuran atau saiz langsir seisi rumah, pilih corak design langsir yang kita inginkan (banyak contoh langsir yang diperagakan dan tidak cukup dengan itu banyak juga buku-buku gambar langsir untuk kita pilih) dan akhir sekali pilih kain yang kita mahu. Selepas kita bersetuju dengan harga yang ditawarkan, kita buat bayaran dan boleh meneruskan agenda program ziarah kita seterusnya.

kedai langsir di medanKedai Langsir di Pasar Ikan

Bagi lelaki berkerjaya yang ingin buat tempahan sepasang kot atau blazer  (termasuk seluar) pun begitu juga. Kita pergi ke kedai kain, pilih mana-mana kain yang berkenan (sudah pasti yang berkualiti kerana harganya murah di sini).  Selepas itu tuan punya kedai akan call Tukang Jahit. Dan apabila Tukang Jahit datang, ia akan mengukur saiz badan dan seluar kita. Selepas bersetuju dengan upah jahit dan juga dengan tuan kedai, maka kita buat bayaran di situ. Sebelah petangnya, si Tukang Jahit akan menghantar “blazer” yang telah disiapkan. Mengkagumkan. Dah la murah kosnya, cepat pulak tu. Malah jahitan pada blazer amat cantik dan berkualiti. Saya pernah mengeluarkan kos hanya Rp 1 juta sahaja iaitu sekitar RM320 sahaja untuk kain dan upah jahit bagi sepasang blazer . Cuba kita tempah blazer di kedai jahit di tempat kita. Paling murah RM1000 ke atas.

samosir2Pulau Samosir

Kunjungan ke Medan tidak lengkap jika tidak melawat Tasik Danau Toba di Parapat iaitu tasik yang terbesar di Indonesia dan juga Asia Tenggara. Ikut cerita ianya terjadi dari kawah Gunung Berapi dan mungkin ada cerita lagendanya tetapi saya tidak ketahui. Pemandangan di Danau Toba amat cantik dan menarik sekali. Kita lihat Tasik Danau Toba itu seperti laut yang terbentang luas. Malah di tengah-tengah Danau Toba itu ada sebuah pulau yang dipanggil Samosir. Katanya keluasan pulau Samosir itu lebih besar dan luas dari Singapura. Jika begitu keadaannya, berapa luas pula keluasan Tasik Danau Toba? Tasik Danau Toba mempunyai panjang sejauh 100 kilometer dan lebar seluas 30 kilometer.

Soal Makan ?

garuda-nasi-padang

Soal makanan semasa lawatan kena berhati-hati sedikit. Tidak seperti Jakarta dan Bandung, di Medan ini ramai juga yang bukan Islam atau mereka beragama Kristian (muka aje nampak macam muka kita). Malah di sepanjang perjalanan ke Danau Toba jika melalui Berastagi, pemandangan masyarakat di sana yang membela anjing amat biasa. Rasa janggal sikit bila lihat mereka yang muka lebih kurang kita macam orang Melayu tetapi membela anjing. Jangan kalut pula. Kebanyakkan mereka ini Suku Batak yang beragama Kristian. Jangan tersilap pergi ke kedai makan mereka. Jika nak makan kena pergi ke kedai Makanan Nasi Padang, yang ini dijamin halal. Orang Minang beragama Islam yang mengusahakannya. Apa pun jika mengikut rombongan ke Medan/Danau Toba bersama saya, soal makanan tidak perlu risau. Pastinya saya akan mengusahakan mencari Restoran Makanan Halal dan biasanya Makanan Minang iaitu Nasi Padang.

Harga Pakej ?

Biasanya lawatan ke Medan dan Danau Toba ini 4 hari dan 3 malam. Di Medan 2 malam dan di Danau Toba menginap 1 malam. Tetapi yang 3 hari 2 malam pun ada, ikut kemahuan kita. Harga Pakej di Medan untuk berkumpulan antara RM 530 hingga RM 700 untuk pakej  4 hari dan 3 malam. Pakej  3 hari 2 malam lebih murah lagi.  Harga ini meliputi kos hotel penginapan 3 bintang di Medan dan Danau Toba, kos pengangkutan dan lawatan, makan minum di Medan dan Danau Toba, Tour Guide dan yang berkaitan. Harga tidak termasuk kos tiket penerbangan.

Jika mahu ke sana, sebaiknya ambil flight seawal pagi. Sampai sahaja di Medan, boleh terus ke Pasar Ikan untuk aktiviti membeli-belah dan membuat tempahan langsir ataupun baju. Selepas itu, barulah kita menuju ke Parapat dan bermalam di Danau Toba. Keesukkannya, selepas sarapan pagi bolehlah menaiki feri untuk melawat pulau Samosir yang terdapat di tengah Tasik Danau Toba. Selesai lawatan ke pulau Samosir, kita boleh kembali semula ke Medan dengan melalui kawasan tanah tinggi di Brastagi sambil melihat keindahan Air Terjun Sipiso-piso. Tiba di Medan kita terus check in hotel dan bermalam di sana. Hari ketiga bolehlah kita melawat kawasan Medan sambil membeli belah dan mengambil semula tempahan jika ada. Hari ke4 kita boleh berangkat balik dengan meninggalkan kenangan manis di Medan dan Danau Toba.

Jika ada yang berminat atau ingin bertanya lebih lanjut, bolehlah hubungi saya di talian 019-350 5395 atau isteri saya Hjh Norhayati di talian 019-341 8822 atau datang sendiri ke pejabat Ajwa Travel di Lot 304 Tingkat 3, Bangunan Lembaga Tabung Haji Klang.

Jumpa lagi.