Assalamualaikum wbt.

Kali ini saya mahu promote Pakej Melawat Jakarta dan Bandung untuk musim 2013 ini. Seperti yang saya maklumkan dalam entry sebelum ini, kos atau belanja melawat Indonesia khususnya Jakarta dan Bandung sebenarnya lebih murah berbanding lawatan ke Sabah dan Sarawak. Dan boleh jadi lebih murah berbanding pelancungan dalam negara. Ini kerana kita mendapat manfaat akibat dari pertukaran wang dan juga kos sara hidup yang rendah di Indonesia berbanding dengan negara kita.

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Rancang dahulu percutian

Jika mahu jimat belanja, kita kena rancang dahulu percutian kita. Sebaiknya pergi secara berkumpulan dan jangan pergi secara individu atau kecil-kecilan. Ini kerana kos Ground Handling di sana amat murah jika bilangan peserta 20 orang ke atas berbanding jika pergi suami isteri sahaja. Maknanya bermula dari sekarang kita kena ajak rakan-rakan atau saudara mara untuk turut sama dalam Kumpulan supaya belanja Ground Handling di sana boleh dijimatkan.

Di samping itu, kita kena set Percutiaan ini untuk tujuan shopping semata-mata atau makan angin dan shopping bukanlah agenda utama. Jika mahu shopping, mungkin kita boleh fokus untuk shopping di Bandung sahaja dan menginap 2 atau 3 malam supaya puas berbelanja. Atau jika mahu shopping di Jakarta sahaja dan menginap di sana 2 atau 3 amalam juga.  Maknanya kita hanya pergi samada Jakarta sahaja atau Bandung sahaja. Bergantung kepada barangan apa yang mahu dibeli ? Keterangan mengenai Tip atau Panduan Melawat Jakarta dan Bandung ada dalam entry saya terdahulu di bawah tajuk : Tip Melawat Jakarta dan Bandung

Tetapi jika mahu makan angin dan shopping hanyalah sambilan sahaja, ada beberapa pilihan yang boleh kita buat. Samada kita boleh ambil Pakej Jakarta dan Bandung atau Pakej Jakarta, Puncak dan Bandung. Kita boleh melawat 3 tempat sekali gus dalam tempoh 5 hari dan 4 malam. Alang-alang ke sana biarlah ambil masa lama sikit. Cuti sekolah November dan Disember juga panjang. Lagipun jarak Jakarta dan Bandung bukanlah jauh sangat. Perjalanan dengan kenderaan melalui highway mengambil masa 3 hingga 4 jam sahaja (jika lebuhraya tidak sesak).

Keterangan mengenai tempat-tempat menarik di Jakarta dan Bandung ada saya post dalam entry terdahulu di bawah tajuk Tempat-tempat Menarik di Jakarta  dan Tempat-tempat Menarik di Bandung

Sebaiknya kita ambil flight yang landing di Jakarta Airport. Selain dari harga tiket yang lebih murah berbanding ke Bandung, kita sebenarnya ada banyak pilihan Jenis Penerbangan dan juga kekerapan flight berlepas. Kita boleh pilih samada MAS, Air Asia, Garuda atau KLM. Jika nak selesa dan mungkin balik dengan barang yang banyak boleh pilih MAS. Walaupun tambangnya mungkin mahal sedikit berbanding AirAsia tetapi kita dapat manfaat dari segi bagasi. Tiket AirAsia memang murah tetapi bagasinya kena caj dan silap perhitungan mungkin kosnya lebih mahal berbanding jika ambil ambil flight yang lain. Flight KLM biasanya tambangnya agak murah juga, tetapi saya tidak suka jadual berlepas yang agak lewat pada sebelah petang. Sampai Jakarta dah menjelang Maghrib dan rugi masa kerana tidak dapat adakan lawatan pada hari pertama lagi.

Berapakah Kos Ground Handling di Jakarta dan Bandung ?

Kos Ground Handling ini meliputi kos sewa bilik hotel penginapan di Jakarta dan Bandung ( hotel 3 bintang), sajian makanan seperti dalam Itinerary (biasanya breakfast di Hotel, manakala lunch dan dinner di Restoran Tempatan), pengangkutan dan lawatan, Tour Guide, Yuran Masuk Tempat Lawatan dan yang berkaitan dengannya. Kos ini tidak termasuk belanja peribadi atau lawatan yang tidak ada dalam aturcara, cukai aiport di sana, tip untuk Tour Guide dan juga surcaj (jika Peak Season)

Berikut ialah Harga Ground Handling untuk Kumpulan seramai 20 orang ke atas, bagi Pakej 3 hari dan 2 malam.

  • Pakej Jakarta sahaja (2 malam) ialah RM 450/seorang.
  • Pakej Jakarta (1 malam ) dan Bandung (1 malam) harganya ialah RM 465/seorang.
  • Pakej Bandung sahaja (2 malam ) ialah RM 470/pax.

 

Harga Ground Handling untuk Kumpulan seramai 20 orang ke atas, bagi Pakej 4 hari dan 3 malam.

  • Pakej Jakarta sahaja (3 malam ) ialah RM 550/seorang.
  • Pakej Jakarta (1 malam), Puncak (1 malam), Bandung (1 malam) ialah RM 600/seorang.
  • Pakej Jakarta (1 malam) dan Bandung (2 malam) ialah RM590/seorang.
  • Pakej Bandung sahaja (3 malam) ialah RM 590/seorang.
  • Pakej Bandung (3 malam) termasuk Trans Studio harganya ialah RM 670/seorang.

 

Harga Ground Handling bagi Kumpulan seramai 20 orang ke atas, bagi Pakej 5 hari dan 4 malam ialah seperti berikut:-

  • Pakej Jakarta (2 malam), Puncak (1 malam) dan Bandung (1 malam) ialah RM740/seorang.
  • Pakej Jakarta ( 2 malam), dan Bandung (2 malam) ialah RM 710/seorang.

 

Sebenarnya harga yang ditawarkan adalah termurah di pasaran. Jika berhajat segera hubungi saya atau isteri Hajah Norhayati di 019-341 8822 atau boleh emel ke alamat hjiqbal@ajwatravel.net atau datang sendiri ke Pejabat Ajwa Travel & Tours Sdn Bhd yang terletak di Lot 304, Tingkat 3, Bangunan Lembaga Tabung Haji, Klang.

Jumpa lagi.