Assalamualaikum wbt…

Pandemik Covid19 menyebabkan industri pelancungan terhenti sementara. Airasia juga telah mengambil langkah menghentikan sementara sektor penerbangan luar negara. Yang ada ialah penerbangan dalam negara dan pematuhan kepada SOP sememangnya diwajibkan.

Saya ada menerima permintaan dari beberapa rakan yang meminta supaya saya setting Pakej Pelancongan Dalam Negara iaitu ke Sabah atau Kundasang khususnya. Maka kini saya buka tempahan bagi sesiapa yang mahu join Pakej Melancong ke Sabah dalam waktu terdekat ini.

Pakej Kundasang Sabah ini dari 29 Ogos hingga 1 September 2020, iaitu selama 4 hari 3 malam dengan menaiki penerbangan Airasia. Harga Pakej ialah RM1550/seorang.

Harga termasuk tiket flight Airasia pergi dan balik, meals on board masa pergi dan balik, bagasi pergi 10kg dan bagasi balik 20kg, hotel penginapan sebilik berdua iaitu 2 malam di Kundasang dan 1 malam di Kota Kinabalu, makan minum mengikut Iternary, transport dan lawatan tempat menarik di Sabah termasuk Tour Guide.

Mengapa Sabah menjadi pilihan ?

Mukabumi Sabah terutama di kawasan pergunungan Kinabalu (Kundasang) sememangnya berbeza dengan Semenanjung. Kawasan sejuk pergunungan yang indah menawan dengan udara bersih segar membuatkan kita rasa nyaman ketika berada di sini. Jolokan “Negeri di bawah bayu” bertepatan dengan apa yang kita rasakan ketika berkunjung ke sini.

Jadual Iternary Pakej

Trip ke Sabah ini bermula awal pagi lagi dengan menaiki Penerbangan paling awal ke Kota Kinabalu bersama Airasia iaitu berlepas pada jam 6.50 pagi dan dijangka tiba pada jam 9.25 pagi, insyaAllah. Maknanya kita harus berada di KLIA2 seawal jam 3 pagi sebaiknya.

Berat bagasi yang ditawarkan ialah semasa pergi 10kg seorang ditambah dengan hand carry 7kg. Oleh kerana flight berlepas awal pagi, maka dalam flight akan ditempah “meal on board” (biasanya Nasi Lemak Pak Naseer).

Berat bagasi semasa balik ialah 20kg seorang dan hand carry 7kg.

Tiba di Kota Kinabalu

Sebaik sampai di airport Kota Kinabalu, peserta rombongan akan terus dibawa ke Kundasang dan perjalanan mengambil masa 2-3 jam (mengikut keadaan traffic).

Pasar Nabalu

InsyaAllah ketika sampai di Kundasang, peserta akan singgah dahulu di Pasar Nabalu. Kita berpeluang untuk membeli barangan cenderamata atau hasil bumi Kundasang yang berupa buah-buahan dan sayur-sayuran.

Makan Tengahari

Selesai membeli-belah di Pasar Nabalu, kita akan menikmati Makan Tengahari di Restoran Tempatan. Untuk makluman, Pakej ini termasuk makan minum (lunch & dinner) di Restoran Tempatan, manakala Sarapan Pagi di hotel penginapan.

Lawatan ke Desa Farm

Desa Farm yang terletak di kaki Pergunungan Kinabalu di lembah Kundasang ialah kawasan ternakan lembu susu yang terbesar di sini. Kawasan ini sememangnya cantik dan pemandangan ala ladang ternakan lembu New Zealand.

Check in di The Cottage Hotel, Kundasang

Setelah puas menerokai Desa Farm, maka kita akan terus menuju ke Hotel The Cottage bertaraf 3 bintang (kira-kira 3km) untuk check in. Semua peserta akan diberi penginapan sebilik berdua di sini.

Makan Malam di Restoran Tempatan di Kundasang

Hari ke-2

Sarapan Pagi di Hotel bermula jam 7 pagi. Selepas Sarapan Pagi kita akan dibawa melawat Rumah Anak Yatim Lohan di Ranau. Rumah anak-anak yatim ini merupakan sebuah rumah perlindungan anak-anak yatim dan terbiar.

Kunjungan kita ke sini bertujuan untuk melihat sendiri corak kehidupan anak-anak yatim di sini dan memberi peluang untuk kita beramal dengan menghulurkan sedikit bantuan bagi meringankan beban kehidupan mereka.

Lawatan ke Luanti

Luanti yang terletak di daerah Ranau menyediakan ikan-ikan yang dibiarkan hidup bebas di sungai dan kita akan merasai pengalaman “urutan dan spa” oleh ikan di sini. Sebaik sahaja kita memasuki sungai, ikan-ikan ini akan datang di sekeliling kita dan menggigit lapisan luar kulit yang mati pada kaki. Jangan bimbang, ikan-ikan ini tidak bertaring dan tidak menyakitkan.

Ladang Teh Sabah

Lawatan menjadi tidak lengkap jika tidak berkunjung ke Ladang Teh Sabah. Pengunjung dapat merasai keenakkan rasa teh Sabah yang sebenar sambil menikmati pemandangan kawasan sekitar Ladang Teh yang cantik menawan.

Poring Hot Spring

Kemudian kita dibawa melawat kawasan air panas iaitu Poring Hot Spring. Pengunjung boleh mandi manda kolam air panas yang tersedia di sini. Tetapi yang paling mengujakan ialah aktiviti “Canopy walk way” di mana pengunjung akan menaiki bukit dan melintasi jambatan gantung yang terletak di atas pokok balak yang ada di sini. Sememangnya menyeronokkan berada di kawasan atas dalam Hutan segar pergunungan Kinabalu.

Setelah puas menerokai kawasan Poring, maka aktiviti selepas ini ialah Makan Tengahari di Restoran Tempatan di sini. Kita boleh solat Jamak & Qasar di tempat makan.

Kundasang Selfie Garden

Aktiviti seterusnya menuju ke Kundasang Selfie Garden untuk mengambil gambar kenang-kenangan. Kawasan ini sememangnya disediakan untuk pengunjung mengambil gambar-gambar pemandangan yang cantik di sini.

Kinabalu National Park

Kawasan ini boleh dikatakan nadi pelancongan Sabah dan rugi jika tidak berkunjung ke sini. Jika nasib kita baik iaitu ketika tiada awan yang menutupi banjaran Gunung Kinabalu, kita boleh mengambil gambar berlatarbelakang Gunung Kinabalu yang memukau pandangan.

Aktiviti hari ke-2 berakhir dengan Makan Malam di Restoran Tempatan dan selepas itu kembali ke hotel The Cottege untuk istirehat dan akan check out keeesokkan harinya selepas ke bersarapan pagi.

Hari ke-3

Selepas sarapan pagi kita akan terus check out menuju kembali ke Kota Kinabalu. InsyaAllah singgah sebentar di Jambatan Tamparuli yang begitu terkenal di Sabah.

Tiba di Kota Kinabalu

Sebaik tiba di Kota Kinabalu kita akan terus makan tengahari terlebih dahulu di restoran Tempatan dan kemudiannya kita akan menuju ke Masjid Bandaraya Kota Kinabalu yang juga dikenali sebagai Masjid Terapong.

Masjid Terapong Kota Kinabalu

Muzium Sabah

Kunjungan seterusnya ialah melawat Muzium Sabah di mana pengunjung berpeluang mengenali lebih dekat budaya masyarakat Sabah yang unik.

Check in Hotel Gaya Center

Hotel Gaya Center

InsyaAllah peserta rombongan akan check in di hotel ini semasa tiba di Kota Kinabalu. Kebiasaannya check in dilakukan selepas ahli rombongan makan malam di Restoran Tempatan di Kota Kinabalu.

Pasar Filipina

Pasar Filipina seperti jadi kewajiban ketika berkunjung ke Sabah. Pengunjung boleh membeli barangan cenderamata dan juga hasil laut Sabah seperti ikan bilis mata biru dan macam-macam lagi.

Biasanya kunjungan ke sini dilakukan pada hari ke3 iaitu sekembali dari Kundasang atau pada hari terakhir sebelum keberangkatan pulang ke airport.

Rumah Terbalik – Optional

Satu destinasi pilihan untuk peserta rombongan ialah Rumah Terbalik. Pengunjung akan dikenakan caj masuk RM10/seorang. Macam-macam objek terbalik yang boleh diambil gambar sebagai kenangan.

Hari ke-4 Keberangkatan Pulang

Flight kembali ke KLIA2 dijadualkan berlepas pada jam 1.50 tengahari dan dijangka tiba KLIA2 pada jam 4.25 petang.

Pendaftaran

Bagi yang berminat boleh la hubungi saya atau isteri Hjh Norhayati 0193418822. Tempat adalah terhad.