Assalamualaikum wbt dan bertemu kembali.

Oleh kerana iklim Umrah yang semakin dingin disebabkan permasalahan kouta Umrah, maka ada baiknya Ajwa Travel mula fokus untuk mempromosikan Pakej Non Umrah seperti melawat tempat-tempat di negara-negara yang dekat seperti Indonesia, Thailand, Vietnam dan juga Sabah dan Sarawak selain dari negara luar yang jauh seperti Turki, misalnya.

Namun begitu cabaran yang dihadapi ialah untuk setting satu-satu Pakej berkumpulan (bilangan seramai 15 orang ke atas) amat sukar. Jika ada pun ianya datang dari permintaan satu-satu kumpulan syarikat atau organisasi atau keluarga. Sememangnya payah untuk mengumpulkan sejumlah individu yang bersetuju untuk pergi melancung ke sesuatu tempat pada tarikh yang telah ditetapkan oleh Ajwa Travel.

Sememangnya ramai yang bertanyakan Ajwa mengenai lawatan ke tempat-tempat seperti Jakarta, Bandung, Padang Bukit tinggi dan lain-lain tempat di Indonesia tetapi bilangan mereka kecil iaitu kurang dari 10 orang. Atas komitmen yang pelbagai maka sukar untuk mengumpulkan mereka supaya bersetuju untuk mengambil satu pakej pada tarikh yang dipersetujui bersama.

Pakej Free & Easy Jakarta dan Bandung

Pakej ini sememangnya diwujudkan bagi memberi peluang kepada sekumpulan individu (biasanya satu keluarga yang TIDAK RAMAI) untuk melawat tempat-tempat di Jakarta dan/atau Bandung mengikut tarikh yang mereka pilih sendiri.

Pakej Free & Easy ini hanya menyediakan Hotel Penginapan di sana, Transport dan Pemandu sahaja. Manakala tiada makanan selain dari sarapan Pagi di Hotel.

bilik hotel jakarta

Hotel Penginapan 

Hotel Penginapan di Jakarta dan/atau Bandung ialah jenis bilik hotel bertaraf 3 Bintang atau 4 Bintang atau 5 Bintang(mengikut pilihan peserta) dan jenis sebilik berdua. Maknanya jika ada 6 orang maka jumlah bilik mestilah 3 dan tidak boleh kurang dari itu. Kecuali bilangan peserta ganjil, maka akan ada 1 bilik yang bertiga iaitu ada extra bed di bilik yang berkenaan.

bandungbilik

Pengangkutan

Jenis pengangkutan mengikut kesesuaian bilangan peserta dan pilihan peserta. Ada beberapa pilihan kenderaan yang boleh disesuaikan dengan bilangan peserta. Jika kurang dari 5 orang memadai jenis kenderaan seperti Avanza. Kenderaan yang disewa siap dengan Pemandu yang setia menemani kita di sepanjang hari termasuk malam selama berada di sana.

bobby1bobby2

Jika kurang dari 7 orang mungkin jenis MPV seperti Innova sesuai atau Van yang boleh memuatkan 10 orang atau lebih. Cuma harga setiap jenis kenderaan ini tidak sama mengikut jenis kenderaan dan juga lokasi.

IMG-20150315-WA0010

Sebagai contoh, jika peserta ingin ke Bandung tetapi mendarat di Jakarta sudah pasti harga sewaan kenderaan tidak sama dibanding dengan peserta yang ingin melawat Bandung dan mendarat di Airport Bandung. Begitu juga sebaliknya.

IMG-20150315-WA0009Kenderaan yang disewa bersama pemandu ini boleh kita guna sepanjang hari dan bebas untuk pergi ke destinasi yang kita suka pergi. Jangan bimbang dengan bayaran Petrol, Toll dan yuran Parking kerana semuanya sudah termasuk dalam Harga Pakej.

Kelebihan Pakej Free & Easy

Kita bebas untuk bergerak sendiri tanpa terikat dengan Jadual Iternary yang ditetapkan. Mudah bicara ” ikut suka hati kita mana nak pergi” . Mungkin tujuan kita untuk membeli belah sahaja di Bandung. Maka kita boleh meminta pemandu kenderaan yang biasanya orang tempatan yang memang mahir dengan selok belok tempat yang kita lawati membawa kita ke lokasi Kilang Kain yang sebenarnya.

Kita boleh membeli kain di sini pada harga yang jauh lebih murah berbanding di Pasar Baru. Maknanya kita boleh jimatkan masa dan wang.

Begitu juga jika lelaki yang sukakan Jaket Kulit dan mahu menempahnya, maka pastinya Pemandu tahu di mana tempat yang berkenaan. Jaket kulit di Bandung boleh ditempah dan siap dalam tempoh sehari.

Makanan tiada dalam Pakej

Pakej Free & Easy tidak memperuntukan makanan kepada peserta. Jika ada ianya berupa Sarapan Pagi di Hotel Penginapan. Manakala “lunch” dan “dinner” ditanggung oleh peserta sendiri. Ikut peserta jika mahu lebih jimat mereka boleh makan di mana-mana tempat makan yang dirasakan murah dan Halal.

Tiket Penerbangan

Terpulang kepada peserta samada mahu membeli sendiri tiket penerbangan mereka atau mahu supaya Ajwa Travel membeli untuk mereka. Hanya nyatakan tarikh bila mahu berangkat ke destinasi pilihan. Sebenarnya cara ini boleh menjimatkan perbelanjaan kerana AirAsia kerap mempromosi tambang murah mereka mengikut tarikh-tarikh tertentu.

Bilangan Hari ?

Terpulang kepada jemaah untuk menentukan bilangan hari di destinasi yang dituju. Boleh memilih samada 3H/2M Bandung sahaja atau 3H/2M Jakarta sahaja.

Atau 4H/3M iaitu Jakarta 1 malam dan Bandung 2 malam atau Jakarta 2 malam dan Bandung 1 malam.

Atau 5H/4M iaitu Jakarta 2 malam dan Bandung 2 malam.

Aturcara Lawatan

Aturcara lawatan mengikut kehendak kita sendiri. Namun begitu Ajwa boleh memberikan tip atau nasihat mengenai destinasi lawatan di tempat-tempat yang dirasakan menarik untuk dilawati. Entry mengenainya juga ada post yang terdahulu dalam blog ini di bawah tajuk Tempat-tempat Menarik di Jakarta dan Tempat-tempat Menarik di Bandung

Bagi yang berniat untuk membeli belah misalnya, boleh minta Pemandu Transport menunjukkan lokasi tempat yang boleh beri harga murah. Sebenarnya Pemandu ini lebih arif mengenainya daripada kita tercari-cari tempat yang mahu kita tuju.

Kiraan kos Free & Easy

Pengiraan kos bergantung kepada bilangan peserta, bilangan hari, jenis standard hotel pilihan, jenis kenderaan yang disewa dan juga lokasi mendarat peserta. Bagi yang berminat untuk mengetahui anggaran kos melancung ke Jakarta dan/atau Bandung secara Free & Easy boleh “click” di bawah icon yang bertajuk  ” Ketahui Kos Trip Jakarta/Bandung Anda ” di bahagiam bawah akhir entry blog ini dan peserta boleh key in sendiri maklumat mengenainya.

Bakal peserta akan mendapat jawapan kos seorang dan juga kos keseluruhan pakej dengan memberikan butir maklumat seperti bilangan peserta, jenis kenderaan pilihan, jenis standard hotel dan tempoh tinggal di sana. Sebaik mengetahui harga kos Pakej Free & Easy yang pastinya lebih menjimatkan maka peserta boleh set tarikh keberangkatan dan memaklumkan kepada Ajwa mengenainya supaya pihak Ajwa boleh menguruskannya.

Merancang percutian

Sebaiknya bagi yang berminat boleh merancang dari sekarang tarikh dan lokasi percutian. Ini kerana biasanya musim cuti sekolah dan cuti am misalnya banyak hotel-hotel telah sedia ditempah awal. Begitu juga dengan transport yang ditempah awal oleh warga tempatan.

Jika ada merancang untuk ke 2 destinasi ini boleh emel pertanyaan ke emel booking@ajwatravel.net supaya pihak Ajwa dapat membuat tempahan awal untuk hotel dan transport di destinasi di sana pada tarikh dan tempoh sepanjang berada di sana.

Untuk lebih pencerahan boleh hubungi saya 019-3505395 atau isteri saya Hjh Norhayati 0193418822.

Jumpa lagi dan Wassalam.

KETAHUI KOS TRIP JAKARTA/BANDUNG ANDA