Assalamualaikum wbt.

Sungguhpun blog ni banyak fokus mengenai Umrah tetapi tanpa saya sangka entry mengenai Lawatan ke Vietnam iaitu Pengalaman Melawat Ho Chi Minh antara yang sering dikunjungi oleh pembaca.  Saya percaya ramai yang teruja untuk ke sana, maka Ajwa bercadang untuk setting satu Pakej Melawat Ho Chi Minh dengan menaiki Pesawat MAS dari 17hb Disember hingga 20hb Disember 2014. Tempoh perjalanan ialah 4 hari dan 3 malam pada kos seorang hanya RM 1500 sahaja.

Harga Pakej meliputi kos tiket penerbangan MAS kelas ekonomi KUL/Ho Chi Minh/KUL, hotel penginapan sebilik 2 orang (Hotel 3 bintang), makan minum Halal (mengikut Iternary), pengangkutan bas berhawa dingin, lawatan di tempat-tempat menarik di sana beserta seorang Tour Guide yang boleh berbahasa Melayu. Sengaja saya ambil seorang Melayu Champa sebagai Tour Guide bagi memudahkan komunikasi dengan peserta rombongan.

Bagasi yang dibenarkan dalam pesawat MAS ialah 30kg seorang semasa pergi dan balik. Di samping itu makanan juga dihidangkan dalam flight semasa pergi dan balik.

Jadual flight adalah seperti berikut :-

TARIKH SEKTOR NO FLIGHT MASA BERLEPAS MASA KETIBAAN
17 DIS 2014 KUL / HO CHI MINH MH 750 0905 1000
20 DIS 2014 HO CHI MINH / KUL MH 767 1855 2150

Sengaja saya pilih jadual berlepas awal pagi supaya kita dapat mengadakan lawatan pada hari pertama lagi. Dan balik pada lewat petang supaya pada hari terakhir peserta rombongan masih berpeluang untuk menghabiskan masa membeli belah sebelum berangkat ke airport.

reunification palaceReunification Palace

Destinasi Lawatan

Hari pertama, ahli rombongan dikehendaki berada di Airport KLIA pada jam 6.30 pagi untuk urusan “check in” bagasi dan boarding pass. Flight MH 750 akan berlepas ke Ho Chi Minh pada jam 9.05 pagi dan sampai di sana pada jam 10 pagi (waktu tempatan)

Sebaik melepasi Imigresen, ahli rombongan akan disambut oleh Wakil Ajwa di sana iaitu seorang lelaki Melayu Champa yang boleh berbahasa Melayu. Ahli rombongan akan dibawa “check in” hotel terlebih dahulu sebelum dibawa makan tengahari dan juga melawat tempat-tempat bersejarah di Ho Chi Minh seperti Museum Perang, Reunification Palace, Notre Dame dan Pos Office Lama.

pos ofis lama vietnamPos Office Lama di Ho Chi Minh

Pada sebelah petang, ahli rombongan berpeluang untuk membeli belah di Pasar Ben Thanh yang terletak tidak jauh dari kawasan Hotel.

Ben-Thanh-marketPasar Ben Thanh

Untuk makluman, di sepanjang tempoh lawatan, ahli rombongan akan Sarapan Pagi, Makan Tengahari dan Makan Malam di Restoran Muslim yang Halal dan terjamin kebersihannya.

Hari ke 2

Selepas sarapan pagi, ahli rombongan akan dibawa ke My Tho yang terletak di Delta Sungai Mekong. My Tho ialah pusat wilayah Tien Giang yang terkenal dengan keindahan orchid dan sawah padi. Ahli rombongan akan menaiki bot menyusuri Sungai Mekong dan singgah di “Orchard Island” sambil menikmati keenakan buah-buah tempatan di sana.

MyTho

Mengikut iternary yang diberikan kepada saya, antara destinasi lawatan pada hari ke-2 ialah melawat Pagoda Vinh Trang iaitu salah satu pagoda purba yang terdapat di dataran Mekong. Tetapi besar kemungkinan aktiviti lawatan di tempat ini saya kecualikan kerana tempat ini ialah seperti kawasan Kuil Buddha yang tidak sesuai dengan falsafah kewujudan Ajwa Travel sendiri. Begitu juga lawatan ke Temple juga mungkin ditiadakan.

Cu_Chi-TunnelsTerowong Cu Chi

Hari 3

Lawatan ke Ho Chi Minh tidak lengkap tanpa melawat Terowong Cu Chi yang terkenal iaitu Kubu Pertahanan Tentera Viet Cong semasa Perang Vietnam dengan Amerika dahulu. Maklumat mengenainya ada saya muatkan dalam entry saya sebelum ini di bawah tajuk Terowong Cu Chi – Destinasi Terbaik Pengunjung di Vietnam

Sekembali dari lawatan ke Terowong Cu Chi, ahli rombongan akan dibawa kembali ke bandar Ho Chi Minh. Di Bandar Ho Chi Minh antara tempat-tempat menarik yang dibawa nanti antaranya ialah melawat China Town, melawat City Hall atau berbelanja di Ben Thanh Market.

Hari 4

Sementara menunggu masa untuk pulang ke tanah air, ahli rombongan ada banyak masa untuk membeli belah di Ben Thanh Market atau dibawa ke Binh Tay Market atau dibwa ke Pusat Menjual Kasut Sukan jenama Adidas dan Nike. Kita boleh bawa pulang kasut-kasut sukan yang diperolehi pada harga yang jauh lebih murah berbanding di negara kita.

Pendaftaran

Kepada yang berminat menyertai boleh emel dengan segera nama-nama Peserta  ke emel kakyati@ajwatravel.net atau hubungi saya 019-3505395 atau isteri saya Hjh Norhayati 019-3418822. Tempat adalah terhad dan mengikut siapa cepat. Bayaran boleh dibuat ke akaun Maybank Islamic no.5624-6930-9729 atas nama Ajwa Travel & Tours Sdn Bhd,