Assalamualaikum wbt.

Bumi Kashmir sememangnya cantik dan menawan. Sebelum meninggalkan Kashmir, pada hari ke3 di Srinagar kami telahpun check out Houseboat. Kami dijadualkan menuju ke Pahalgam iaitu satu lokasi kawasan lembah dan banjaran gunung di mana di tempat inilah banyak dilakukan penggambaran filem-filem Bollywood. Untungnya semua bagasi kami tidak dibawa bersama dengan MPV yang kami naiki, sebaliknya terus diuruskan oleh wakil Ajwa Travel di sini untuk dibawa terus ke Hotel tempat kami menginap nanti.

Pahalgam

Sebelum berkunjung ke Kashmir saya telah melakukan beberapa “homework” melalui google dan melihat sendiri betapa cantiknya pemandangan bumi Pahalgam. Melalui Youtube dan juga filem-filem Hindustan yang kita tengok semenjak kecil lagi di mana pelakon-pelakonnya menyanyi dan menari sambil asyik tukar-tukar baju tu, kebanyakkannya mengambil latarbelakang pemandangan indah di Pahalgam. Maka perasaan tak sabar untuk menyaksikan sendiri bumi Pahalgam sememangnya ada.

Perjalanan dari Srinagar menuju ke Pahalgam mengambil masa 3 hingga 4 jam tergantung kepada keadaan lalu lintas. Sepanjang perjalanan kami melewati beberapa pekan kecil ala-ala pekan koboi dan jelas kelihatan dari kejauhan banjaran gunung yang memutih diliputi salji di kiri dan kanan kami. Satu pemandangan yang mengasyikkan. Sempat juga kami singgah sebentar di kedai yang menjual Saffron dan juga kekacang. Dikabarkan Saffron Kashmir yang terbaik di dunia dan ladang Saffronnya yang kedua terbesar di dunia selepas Iran.

Dalam perjalanan kami berhenti sebentar di suatu tempat untuk mengambil gambar berlatarbelakang pemandangan ladang tanaman bunga yang berwarna kuning..memang cantik tapi tak sempat tanya nama jenis bunga kepada pemandu kami.

Sebelum sampai di Pahalgam kami singgah dahulu di sebuah restoran Muslim di atas bukit untuk makan tengahari dan Solat Jamak. Semasa di sini rombongan kami bertembung dengan sekumpulan pelancung dari Malaysia yang turut makan tengahari bersama kami. Tetapi rombongan mereka tiba awal dari kami.

Suhu di puncak bukit amat sejuk ditambah dengan tiupan angin yang menyapa kami menambahkan lagi rasa sejuk di badan. Kami boleh memilih samada mahu makan di dalam restoran atau menikmatinya di luar restoran. Oleh kerana cuaca sejuk walaupun dah tengahari maka saya lebih suka makan tengahari di luar restoran sahaja.

Kami bernasib baik kerana Restoran yang terletak di sebuah resort atas bukit ini bermurah hati meminjamkan bilik-bilik yang ada di resort ini untuk rombongan kami melakukan Solat Jamak. Lega apabila kewajiban sudah dilaksanakan sebelum tiba ke destinasi tujuan. Sebelum meninggalkan tempat ini ada juga muncul beberapa orang peniaga jalanan yang menawarkan barang dagangan mereka. Saya lihat ada juga ahli rombongan yang membelinya. Samada beli sebab kesian atau sememangnya suka membeli hanya empunya diri yang tahu.

Tiba di Pahalgam

Kami sampai di Pahalgam tidak lama selepas meninggalkan tempat makan tengahari tadi. Rombongan kami kemudiannya disewakan kenderaan 4×4 untuk menziarahi tempat tumpuan utama. Ada 3 lokasi tumpuan iaitu lembah-lembah banjaran gunung yang boleh dilawati dengan kadar bayaran tertentu.

Semasa sampai di sini, kami diperkenalkan dengan seorang part time Tour Guide local iaitu seorang pemuda yang masih lagi belajar di universiti tempatan. Sememangnya Pahalgam adalah hadiah dari Allah kerana landskap mukabuminya yang amat cantik dan memukau pandangan. Kecantikan banjaran gunung yang menghijau dan salji yang memutih di puncak dengan dihiasi langit yang membiru menyebabkan ia digelar “the little Switzerland”.

Kami diberi masa 1 jam untuk menerokai Lembah yang berkenaan. Maka dalam batasan waktu yang ada, saya dan isteri bersegera mengambil gambar-gambar yang menarik di kawasan ini. Gambar ala-ala filem Bollywood pun ada …ha….ha….ha….

Saya dapati tempat ini sememangnya sesuai untuk percutian keluarga atau bersama pasangan masing-masing untuk “honeymoon”. Bolehlah mencuba pelbagai aksi bintang filem Bollywood yang menari-nari sambil guling-guling kat rumput tu.Oleh kerana harga pakej hanya “cover” untuk melawat satu lokasi sahaja iaitu di Betab Valley dan yang lain kena bayar sendiri maka kesemua ahli rombongan bersetuju untuk melawat tempat yang sudah dimasukkan dalam Iternary sahaja.

Ada rasa kesal juga dalam hati kerana saya tak dapat melawat 2 tempat lain tetapi majoriti ahli rombongan tak mahu, maka sebagai Pengendali Pakej saya harus akur juga. Mungkin masing-masing sudah penat kerana perjalanan yang jauh. Tapi bila dipelawa “shopping” cepat aje jawab “boleh”. Ha….ha…..ha…..Jika ada lebih masa kita boleh menerokai 3 tempat tumpuan pelancung samada dengan menaiki kenderaan 4×4 atau nak lebih “real” boleh menunggang kuda. Pastinya akan banyak pemandangan yang lebih menarik yang boleh dirakam. Sememangnya saya tak puas kerana tak dapat meneroka banyak tempat yang pastinya lebih menarik lagi.Apakan daya disebabkan batasan waktu yang singkat kerana terikat dengan Iternary yang telah lebih awal ditentukan, kami harus kembali semula ke Srinagar sebelum menjelang malam. Kami meninggalkan Pahalgam menuju ke Hotel Royal Batoo pula untuk menginap malam nanti. Keesokkan pagi kami dijadualkan untuk berlepas dengan flight ke New Delhi dan seterusnya ke Agra pula.InsyaAllah kunjungan Ajwa Travel pada Ogos akan datang (semasa cuti Hari Raya Korban) akan memperuntukan masa yang lebih lama di Pahalgam. Terasa kunjungan kali ini tak sampai separuh pun dari tempat yang boleh kami ziarahi di Pahalgam.

Sapa nak join selepas ni?

Kepada yang berminat nak join bolehlah mendaftar segera sementara Harga Pakej belum meningkat lagi. Setakat ni harga ditawarkan ialah RM4380 seorang dan sesiapa yang mendaftar sebelum 1 Syawal 1439H ini diberi diskaun RM200 seorang.

Harga All in meliputi kos tiket penerbangan Air Asia X ke New Delhi (pergi dan balik), bagasi pergi 10kg dan bagasi balik 20kg, makanan dalam flight (pergi dan balik), tiket domestik New Delhi ke Srinagar (termasuk bagasi 15kg untuk kedua2 hala), penginapan sebilik berdua di Houseboat Srinagar dan Hotel di New Delhi dan Agra, makanan 3 kali sehari mengikut Iternary, Yuran masuk tempat lawatan, pengangkutan termasuk Pemandu dan Tour Guide serta Visa India.

Boleh call atau whatsapp di no hp saya 0193505395 atau isteri saya Hjh Norhayati 0193418822.  

Jumpa lagi..insyaAllah dengan cerita mengenai Taj Mahal pula di Agra.

Wassalam.