Cappadocia ke Pamukkale

Hari 4 – Meninggalkan Cappadocia Hati terasa sayu nak meninggalkan Cappadocia. Sebenarnya saya rasa ralat juga kerana tidak menaiki belon udara panas. Oleh kerana rakan-rakan keberatan untuk menaiki belon udara panas, maka saya kena akur. Tak seronok apabila tidak bersama dalam setiap aktiviti.  Dalam hati berdetik untuk mahu datang ke sini lagi dan pastinya lebih […]

Cappadocia Yang Mengkagumkan

Assalamualaikum dan bertemu kembali..sambung cerita lagi mengenai Trip ke Turki. Hari ke 3 – Cappadocia Selepas puas menikmati sarapan pagi bersama rakan-rakan (semua menu yang ada nak dirasa) kami mula bergerak keluar sekitar jam 8 pagi. Mr Sakir (Tour Guide) memberitahu lokasi awal yang diziarahi ialah satu tempat yang terdapat bukit yang berbentuk seakan seekor […]

Catatan Pengalaman Melawat Turki

Assalamualaikum wbt. Hasrat untuk mengunjungi Turki telah lama terpahat di dalam hati. Rasa kagum saya dengan bangsa Turki yang pernah suatu ketika menguasai peradaban Islam selama 1000 tahun sehingga runtuhnya Kesultanan Ottoman membuatkan hati ini berazam menziarahi negara Turki. Selain dari tarikan mukabuminya yang indah dan memukau pandangan, kunjungan akan menjadi lebih bermakna apabila kita […]

Promosi Pakej Banjarmasin 4H/3M – RM 1850/-

Assalamualaikum wbt dan bertemu kembali. Kunjungan ke Banjarmasin sebelum ini banyak menyimpan kenangan manis yang sukar dilupakan. Kehidupan masyarakatnya yang berpegang teguh dengan agama Islam, suasana yang damai dan menyenangkan dan keramahan penduduknya membuatkan hati saya terpaut dan berazam untuk kembali lagi ke sana. Sungguhpun kehidupan kebanyakan penduduknya dilihat seperti berpendapatan di tahap kemiskinan tetapi […]

Bandung – Lokasi Baru Yang Menarik

Assalamualaikum wbt. Destinasi Bandung sebenarnya telah lama popular di kalangan rakyat Malaysia sebagai destinasi percutian keluarga yang menarik. Bagi yang menggemari aktiviti membeli belah, Pasar Baru semestinya tidak boleh terlepas dari jadual lawatan.  Suhu Bandung yang lebih sejuk berbanding dari Jakarta yang selalunya “macet” dengan kenderaan juga menjadikan Bandung lebih digemari untuk dikunjungi berbanding Jakarta […]

Memahami Pakej Ekonomi Ajwa – Musim 1428H

Assalamualaikum wbt dan bertemu kembali. Pakej Ekonomi Ajwa ialah pakej yang menawarkan hotel penginapan bertaraf Ekonomi pada jarak sekitar 200-300 meter ke Masjidil Haram di Makkah. Untuk makluman pembaca, sebolehnya Ajwa akan usahakan untuk mendapatkan hotel penginapan yang tidak terlalu jauh dari Masjidil Haram. Asalkan hotelnya bertaraf ekonomi supaya harga pakej juga bertaraf ekonomi. Cadangan […]

Memahami Pakej Umrah Idaman 2

Assalamualaikum wbt dan bertemu kembali. Sebelum ini saya ada huraikan mengenai Pakej Umrah Idaman 1 dan kali ini saya lanjutkan huraian saya mengenai pakej yang lebih murah sedikit iaitu Pakej Idaman 2.  Apa beza Idaman 1 dan Idaman 2 ? Pakej Idaman ialah pakej yang menempatkan jemaah menginap di hotel bertaraf 5 bintang di Makkah, […]

Memahami Pakej Umrah Idaman 1

Assalamualaikum wbt dan selamat Hari Raya ‘Idil Fitri. Sekembali dari cuti raya, di bulan Syawal ini Ajwa Travel masih belum ada apa-apa aktiviti. Jadi dalam suasana kerja yang belum sibuk ini, ada baiknya saya huraikan secara terperinci mengenai Produk atau Pakej-pakej Umrah yang Ajwa anjurkan. Sememangnya okjektif Ajwa Travel ialah untuk memberikan keselesaan beribadah di […]

Visa Umrah – Apa Yang Perlu Kita Ketahui

Assalamuualaikum wbt. Saban tahun kita membaca di akhbar atau mendengar kisah ramai jemaah yang tidak dapat menunaikan Umrah disebabkan oleh kegagalan memperolehi Visa Umrah. Susah sangat ke nak perolehi Visa Umrah ? Sebelum kita menyalahkan mana-mana pihak kerana kegagalan memperolehi Visa Umrah, maka ada baiknya kita ketahui terlebih dahulu Prosedur dan Peraturan bagi mendapatkan Visa […]

Promosi Umrah November/Disember 2016

Assamualaikum wbt. Syukur alhamdulillah tanpa saya jangka di saat-saat akhir, saya menerima kehadiran jemaah yang mahu menunaikan Umrah bersama Ajwa Travel untuk musim cuti sekolah Mei/Jun 2016 ini. Majoriti darinya datang dari jemaah yang pernah bersama dengan saya pada musim-musim yang lalu. Sebagai membalas kepercayaan mereka, maka saya dan isteri akan bersama dalam rombongan ini […]

Tempah produk beauty umaira sekarang