Assalamualaikum wb.

Pemergian ke Tanah Suci sememangnya saat yang paling mengujakan. Amat malang sekali sekiranya ada yang merasa serik untuk ke Tanah Suci. Memang ada jemaah yang serik lantaran mendapat pengalaman yang pahit semasa di sana. Mungkin kita merasa pelik dan bertanya ada ke orang yang serik untuk pergi ke Tanah Suci lagi ?

Dan tambah malang lagi sekiranya kita yang mampu dari segi kewangan dan kesihatan tetapi langsung tiada keinginan atau takut untuk ke Tanah Suci. Tanyalah kepada mereka yang selalu atau pernah ke sana mengenai pengalaman mereka semasa di Tanah Suci. Ini kerana semua pengalaman yang dihadapi oleh jemaah boleh dijadikan panduan untuk merancang Perjalanan Umrah kita nanti.

MASflight

Bagi yang mementingkan keselesaan beribadah di Tanah Suci, ada beberapa Panduan yang boleh kita ambil sebelum merancang memilih Pakej Umrah yang sesuai dengan budget kita dan keinginan kita. Jangan kita fokus kepada Pakej Umrah yang menawarkan Harga Rendah kerana yang murah itu selalunya akan berakhir dengan kekecewaan. Jangan kita pergi ke sana dalam keadaan gembira tetapi pulang dengan hampa. Pengalaman pertama menunaikan Umrah pasti menjadi sejarah yang tak mungkin kita lupakan sepanjang hayat. Jika ditanya kepada saya, pasti jawapan saya ialah pengalaman pertama menunaikan Umrah lah yang paling menyeronokkan dan terindah dalam hidup.

Pilih Penerbangan yang Terus dan bukan transit

Jika mahu masa perjalanan dari KLIA ke Arab Saudi singkat, mahu tak mahu kita kena ambil jenis sektor Penerbangan yang masuk terus ke Arab Saudi. Tambah baik jika dapat ambil flight yang terus ‘landing’ di airport Madinah. Atau ambil flight yang ‘landing’ Jeddah dan masuk terus ke Makkah manakala balik nanti dari Madinah. Atau sekurang-kurang ambil flight yang direct ke Jeddah dan masuk Madinah dulu kemudian baru ke Makkah dan balik ke tanah air dari Jeddah.

Bayangkan sekiranya kita terbang pada jam 10 pagi dari KLIA dan sampai Madinah pada jam 2 petang (waktu tempatan), kita masih sempat untuk solat Zuhur di Airport Madinah. Dan pada sebelah malamnya kita dapat solat Fardhu berjemaah di Masjid Nabawi. Tambah manis kita sudah boleh memasuki Raudhah pada waktu sebelah malam selepas kita usai Solat Isyak dan Makan Malam. Manakala pada keesokkan harinya selepas Sarapan Pagi sudah boleh dilakukan Aktiviti Ziarah Luar Madinah.

Amat berbeza sekali sekiranya kita mengambil flight Transit.

Mengambil flight transit boleh memenatkan jemaah. Flight Transit ada 2 kategori iaitu yang transit sebentar antara 2 hingga 5 jam di negara ketiga atau mengkehendaki jemaah bermalam di negara ketiga dan terbang semula ke Jeddah pada keesokkan harinya. Biasanya jemaah akan diberi hotel penginapan untuk berehat, tetapi kelazimannya jemaah akan mula memasuki Madinah pada Hari ke 3 perjalanan. Terasa masa banyak terbuang dalam perjalanan.

Yang paling memenatkan sekiranya flight jemaah transit kurang dari 8 jam di negara ketiga. Ini kerana biasanya tiada kemudahan hotel diberikan maka jemaah berkenaan terpaksalah menunggu di airport sahaja. Jika pihak airlines beri makanan OK juga, jika tidak terpaksalah membeli makanan di airport yang harganya memang mahal. Jika sayang nak keluar duit, tahan aje la perut tu.

Untuk makluman, perjalanan dari KLIA ke Madinah atau Jeddah, biasanya akan mengambil masa 8 hingga 9 jam perjalanan. Manakala perjalanan flight transit biasanya akan mengambil masa lebih dari 12 jam (paling singkat) dan ada juga yang lebih dari 24 jam atau 30 jam. Bergantung kepada flight mana yang kita ambil. Jika flight yang berasal dari Negara-negara Teluk seperti Emirates, Qatar Airways, Kuwait Airways, Gulf Air atau dari Singapore dan Brunei, masa transitnya tidak lama.

Tetapi jika ambil flight dari Negara-negara Hindi seperti Biman Airways, GMG, Pakistan Airlines, Air India atau Air Lanka, biasanya masa transit memang lama dan selalu juga jemaah harus menginap di ibu kota negara dari mana flight berasal. Tetapi jika mahu merasa pengalaman baru melihat negara orang mungkin tak kisah ambil flight transit.

Pernah berlaku jemaah yang jenis ikut-ikutan sahaja dan tidak membuat persediaan pakaian semasa transit dan bermalam di negara ketiga. Bagasinya awal lagi sudah masuk dalam kargo dan hanya boleh diperolehi semasa di Jeddah nanti. Maka pakaian yang ia pakai pada Hari Pertama tidak bertukar sehinggalah jemaah sampai di Madinah pada Hari ke 3. Tension nya bukan main. Ketika jemaah lain dapat mandi dan bertukar pakaian di negara ketiga, malah ada buat lawatan lagi, jemaah berkenaan kekal dengan pakaian yang sama.

Musim Sejuk atau Musim Panas ?

Ramai yang suka ke Tanah Suci pada Musim Sejuk berbanding Musim Panas. Untuk makluman, bulan Disember 2013 hingga Mac 2014 ialah Musim Sejuk. Bermula bulan April ke atas ialah Musim Panas. Oleh kerana bulan Disember 2013 ialah musim cuti sekolah, maka sangat sesuai bagi mereka yang ingin manfaatnya dengan menunaikan Umrah di Tanah Suci.

Persoalan yang selalu ditanya ialah Visa Umrah dah buka ke ? Kabar yang sampai ke pengetahuan saya Visa Umrah untuk musim 1435H ini awal dibuka dan kemungkinan Minggu Pertama atau Minggu Kedua bulan Disember 2013.  Oleh yang demikian, jika mahu menunaikan Umrah pada bulan Disember ini masih ada masa untuk mendaftar atau mencari Pakej yang sesuai.

Di pihak Ajwa Travel (setakat hari ini) masih ada kekosongan untuk Trip yang berlepas pada 19hb Disember 2013 dan kembali ke Tanah Air pada 31hb Disember 2013. Masih ada masa 2 hari lagi sebelum buka sekolah musim 2014. Jika mahu bersama saya boleh ikut Trip yang berlepas dengan flight Saudi Airlines pada 23hb Disember 2013 dari KLIA terus ke Madinah. Dan kembali ke Tanah Air pada 4hb Januari 2014. (hari Sabtu). Musim sekolah 2014 baru mula 2 hari. Group ini terhad untuk 45 pax sahaja.

Kepada yang berminat boleh memilih samada Pakej Umrah Idaman atau Pakej Super Ekonomi. Keterangan mengenainya banyak saya ceritakan dalam entry Gambaran Pakej Umrah Ajwa Travel

Untuk makluman, Ajwa telah setting Pakej Umrah untuk musim 2014 setiap bulan bermula dari Januari 2014 hingga Jun 2014. Cuma harga untuk Ramadhan belum berani dikeluarkan lagi kerana belum cukup maklumat mengenai Harga Terkini musim 1435H. Kesemua penerbangan untuk Pakej Umrah Ajwa menggunakan flight MAS Charter samada sektor KLIA terus ke Madinah dan balik dari Jeddah ke KLIA atau KLIA ke Jeddah (masuk Makkah dahulu) dan balik dari Madinah ke KLIA.

Pembaca boleh rujuk entry saya terdahulu di bawah tajuk JADUAL UMRAH AJWA TRAVEL 2014

Bagi yang merancang untuk menunaikan Umrah pada musim cuti sekolah 2014, sebaiknya daftar awal dari sekarang. Mendaftar awal memudahkan pengurusan untuk buat tempahan tiket dan juga bilik-bilik hotel idaman kita. Mendaftar secara last minute boleh menyebabkan hotel yang kita idamkan terlepas ke tangan orang lain. Jangan takut kehilangan deposit kerana boleh jadi ada aral yang menyebabkan kita terpaksa menangguhkan niat kita menunaikan Umrah. Di pihak Ajwa, jika terjadi hal sedemikian semua wang deposit akan dikembalikan sekiranya pembatalan dimaklumkan awal sebelum tiket di issue dan belum lagi membuat permohonan visa.

Jumpa lagi dan Wassalam.