Memperkenalkan Ajwa Travel & Tours Sdn Bhd

Assalamualaikum wbt dan Selamat Menyambut Hari Raya ‘Idil Fitri.

Lama saya tidak menulis dalam blog saya dan tiba-tiba pula muncul satu kejutan. Untuk makluman pembaca, saya kini mengusahakan syarikat travel sendiri yang bernama AJWA TRAVEL & TOURS SDN BHD. InsyaAllah syarikat ini akan mula beroperasi sedikit masa lagi dan dijangka jemaah pertama yang akan ke tanah suci pada Disember 2012 ini, bergantung kepada kelulusan visa ziarah oleh Kerajaan Arab Saudi.

Bagaimana pula dengan DZ Travel ? Saya join DZ Travel dengan iltizam untuk memajukan syarikat tersebut melalui program Umrah yang saya setting mengikut kemahuan dan citarasa yang saya fikirkan sesuai dan baik untuk jemaah. Syukur alhamdulillah, saya anggap usaha saya berjaya melalui Pakej Umrah Idaman yang saya tonjolkan. Ramai jemaah yang menyertai Pakej Umrah Idaman menzahirkan kegembiraan mereka dengan mengucapkan syabas dan tahniah kepada saya sebaik mereka bersalaman dan berpelukan dengan saya semasa selesai mengambil bagasi mereka di KLIA. Dan masing-masing berazam untuk menyertai Umrah bersama saya pada masa-masa akan datang. Dan tidak kurang juga yang berhasrat untuk mempromosikan Pakej Umrah Idaman ini kepada rakan-rakan taulan dan saudara mara mereka.

Tetapi DZ Travel bukan milik saya. Ianya milik Hj Daruzaman dan isterinya Hjh Zawiyah. Untuk memajukan diri saya sendiri, saya harus bermula dengan travel milik saya sendiri. Maka lahir Ajwa Travel & Tours Sdn Bhd. Kenapa nama Ajwa ? Mulanya saya nak daftar nama IQ Travel atau Iqbal Travel atau Idaman Travel, sempena nama saya atau Pakej Umrah Idaman ? Kesemua nama-nama tersebut sudah ada dalam rekod SSM. Maka ketika nama Ajwa dicadangkan, pihak SSM meluluskannya. Nama Ajwa diambil sempena nama kurma yang terbaik iaitu Kurma Nabi. Mudah-mudahan Ajwa Travel menjadi travel yang terbaik menguruskan jemaah Umrah. Tambahan pula nama “Ajwa” mudah untuk disebut dan diingati.

Ramai yang bertanyakan kepada saya melalui kiriman email dan maklum balas dari entry dalam blog saya mengenai Pakej Umrah Idaman untuk tahun 2013. Maafkan saya kerana belum lagi reply pertanyaan mereka. Saya bercadang di tahun 2013 nanti, akan memperkenalkan Pakej Umrah Super Ekonomi pada harga sekitar RM5000 sahaja, selain dari Pakej Umrah Idaman 1 dan 2. Dan saya juga bercadang untuk setting Pakej Umrah melawat Istanbul dan Umrah Mesir pada tahun 2013 ini. Penerangan mengenai cadangan pakej-pakej di atas akan saya post dalam blog ini sedikit masa lagi. Ketika ini saya sedang siapkan pejabat Ajwa Travel yang akan beroperasi di Tingkat 3, Bangunan Lembaga Tabung Haji Klang. Doakan semoga segala usaha saya ini dipermudahkan dan diberkati oleh Allah swt. Dan saya juga mengalu-alukan sesiapa yang berminat untuk menjadi Agen Umrah untuk Ajwa Travel.

Sementara musim Umrah belum lagi bermula, saya suka mempromosi Pakej Melawat Indonesia dan Vietnam untuk bulan September hingga hujung tahun. Saya rasa entry mengenai pakej melawat Jakarta dan Bandung ada pada icon Non Umrah. Jika ada yang berminat, saya boleh berikan detail mengenainya melalui talian saya 019-3505395.

Pada kesempatan ini, saya ingin memohon ribuan ampun dan maaf kepada para pembaca andai ada tulisan saya yang menyinggung perasaan atau menyakiti hati sesiapa. Manusia itu tidak pernah terlepas dari melakukan kesalahan. Tambahan pula memohon maaf adalah satu sifat terpuji, manakala memberi maaf pula adalah satu sifat mulia. Selamat Menyambut Hari Raya ‘Idil Fitri dan Maaf Zahir dan Batin dari saya Hj Iqbal dan keluarga. Jumpa lagi insyaAllah. Wassalam.

Category: Promosi Umrah

  • nor syafiqah por bt abdullah August 31, 2012 at 12:31 am

    syukur alhamdulillah,taniah haji,insyaALLAH ALLAH permudahkan urusan haji.

  • Haji Mohd Naziri Ngah September 3, 2012 at 12:18 am

    Assalamualaikum, Selamat hari raya aidil Fitri Mubarak. Alhamdulillah setiap kali buka laman blog hsji masih yang lama.Bukan apa suka cerita-cerita baru. Tapi hari ini rupa-rupanya memang cerita baru. Syabas dan tahniah ji, mudah2han Allah SWT memberkati usaha yang ji usaha selama ini dan yang akan datang. Walaupun cerita ni ada ana dengar dari ustaz iqmal cuma belum sohih. Ana doakan mudah2an nama dan jenama baru atas usha ji sendiri bertambah keberkatannya dan dapat memberikan kepuasan kepada para jamaah. Insya’Allah jika diberikan peluang dan diizinkan Allah ana akan cuba membantu melalui e-mail dalam UiTM nanti bagi tujuan promosi Insya’Allah.Disamping itu juga ana akan cuba mengikuti perkembangan yang seterusnya daripada ji. Insya’Allah Wassalam.

    • hj. Iqbal September 17, 2012 at 10:26 pm

      InsyaAllah selepas ini saya akan mula aktif menulis apa yang ada dalam minda saya..terima kasih atas minat Tuan Haji

  • Hj.Ismail bin Md. Nor @ Mohd. Nor September 21, 2012 at 10:05 am

    Assalamualaikum,…
    Setelah membaca blog Ajwa Travel … rasanya seya berminat untuk menjadi agen di Melaka, Insya Allah boleh di war-warkan kepada staf Universiti Teknikal Malaysia Melaka bagi tujuan promosi nanti….melalui e-mail dalaman UTeM dan juga email dalaman jabatan kerajaan serta badan berkanun di Melaka

    Sekian, Terima kasih

    Hj Ismail

    • hj. Iqbal September 21, 2012 at 2:24 pm

      waalaikumussalam.
      Dialu-alukan untuk menjadi Agen. Bila lapang boleh ziarah saya di Klang. InsyaAllah pejabat siap sepenuhnya minggu depan.

  • En. Abdul Rahim September 25, 2012 at 10:39 pm

    Tahniah atas siapnya ofis baru tuan: AJWA TRAVEL & TOURS SDN BHD.
    Saya doakan kejayaan tuan dunia dan akhirat. Saya sentiasa memberi sokongan dari PENANG. Moga Allah memberkati usaha tuan yang mulia. Amin

  • HJH RIZA October 6, 2012 at 8:13 am

    Assalamualaikum Tn Hj.

    Saya lihat website hj, teringin juga nak pergi umrah dengan IDAMAN/AJWA TRAVEL. Saya dan family 5 orang bercadang nak pergi Umrah bulan Januari 2013 iaitu pada 25hb. Berapa RM pakejnya. Kalau boleh direct Madinah, kalau tak ada Mekah pun tak apa. Tn Hj tentu dah ada plan thn 2013. Kalau siap nanti maklum saya. Terimakasih…wassalam..

  • En. Abdul Rahim November 4, 2012 at 11:41 am

    Salam tuan Iqbal. Tlg Email fliers & time-table flight UMRAH anda untuk umrah 2013. Saya boleh distribute kat PENANG. TQ

    • hj. Iqbal November 17, 2012 at 7:42 am

      brosur sudah saya hantar ke alamat tuan..terima kasih atas sokongan. semoga Allah membalasnya dgn sebaik2 kebaikan

  • wansharani November 9, 2012 at 6:37 pm

    Assalam. Sy tgh mencari pakej umrah untuk tahun depan dalam bulan 3, boleh tuan emailkan quotation? Terima kasih. Wassalam.

    • hj. Iqbal November 10, 2012 at 12:14 pm

      refer pada entry Promosi Umrah Idaman 2013

    • hj. Iqbal November 10, 2012 at 12:27 pm

      ada. boleh ikut group 10hb mac – 21hb mac 2013. cuba refer pd entry Promosi Umrah Idaman 2013

    • hj. Iqbal November 12, 2012 at 11:49 am

      umrah idaman bulan mac berlepas pada 10hb mac hingga 21hb mac 2013. Harga RM7500 seorang. Saya cuba email detail tetapi di reject..mungkin alamat email salah

    • hj. Iqbal November 17, 2012 at 7:38 am

      saya sudah email kpd tuan ttp reject..mungkin alamat email salah..pakej umrah idaman utk bulan mac berlepas pada 10hb mac 2013. setakat ini sudah ada 20 nama yg mendaftar..jika berminat boleh email nama2 jemaah dan no telefon/handphone utk saya hubungi..

  • ainin SR November 12, 2012 at 12:54 pm

    assalam.pakej umrah untuk sekitar akhir januari 2013 ada tak? mahu pergi satu keluarga dalam 6orang. boleh email pada saya untuk info berkenaan. syukran jazilan!

  • shahreen bt hairi hariharan November 18, 2012 at 6:12 pm

    saya untuk dptkan pakage umrah mac 2013 untuk 2org..terima kasih

    • hj. Iqbal November 24, 2012 at 11:17 am

      daftar pakej 10 mac hingga 21 mac 2012..

  • Rahim hj elias December 5, 2012 at 11:56 pm

    Assalamualikum tuan hj. Saya dr penang dan brminat untuk mengikuti umrah ziarah ke istanbul. Tuan hj adakah membuat pakej seperti ini? Rasanya lebih afdhal kiranya didahulukan ziarah kemudian umrah kerana bagi saya lebih baik kita balik ke malaysia dari tanah suci terus selepas mengerjakan umrah dan bukan sebaliknya. Harap tuan haji faham akan maksud saya. Saya juga besedia menjadi agen di sekitar penang keana saya juga aa mengendalikan sendiri outbound ke negara jiran sekitar malaysia atas nama universal hiliday travel.

  • mahiran abdul rahim December 28, 2012 at 10:06 am

    Saya berminat pakej Umrah Ziarah Istanbul 2013 sekitar Mei. Berapa bayarannya Tn. Hj? Saya mohon nasihat dari Tn. Hj. Insya Allah saya seorang (suami dah meninggal dunia di Mekah 2010) bawa 3 orang anak berumur dari 5, 9 dan 11 tahun. boleh ke pergi umrah ziarah ni? Saya nak bawa anak2 ziarah perkuburan Shara’i tempat persemadian arwah bapa mereka. Mohon nasihat Tn. Hj.

  • Khairul Rozee bin Mohamed January 28, 2013 at 6:55 pm

    Tahniah Tn Hj atas penubuhan travel Ajwa …Alhamdulilah mudah2an dmurahkan rezeki hendakNya. Saya berminat mengikuti umrah tahun 2013. Saya ingin teruskan bimbingan dari pihak tuan berdasarkan pengalaman bersama Tuan Hj yang lepas.

    • hj. Iqbal January 30, 2013 at 5:51 pm

      kata2 tuan menambah semangat kepada saya untuk jadi yang terbaik..Amin

  • Jamaludin Abd Jalil February 10, 2013 at 11:47 am

    Assalamualaikum. Tn Hj. Bolehkan saya dapatkan maklumat sama ada masih ada kekosongan untuk Umrah di musim cuti sekolah Mac 2013 untuk peserta seramai 7 orang? Mohon dapat salurkan maklumat berkaitan pakej, kos dan. lain-lain.

  • isah May 8, 2013 at 4:35 pm

    As salam, ingin tahu ada pakej umrah akhir ramadhan yg berangkat 26 Julai dan berangkat pulang selepas solat raya di Makkah?
    Berikan itinerary dan harga utk 2 org sbilik.
    Ada flight from Spore?

    • hj. Iqbal May 10, 2013 at 10:56 am

      insyaaAllah boleh diuruskan. daftar ke alamat email hjiqbal@ajwatravel.net dan tinggalkan no. handphone utk dihubungi

  • khalid dahalan June 12, 2013 at 11:04 pm

    assalamualaikum..Tuan Haji ,saya berhajat untuk menjadi umrah.harap mendapat maklumat lanjut dari pihak tuan.

    t.kasih

  • Irfan September 8, 2013 at 4:11 pm

    Assalamualaikum. ada ke jemaah umrah dari kelantan? Atau ada agen di kelantan? tk

    • hj. Iqbal September 9, 2013 at 2:11 pm

      Ramai juga jemaah dari Kelantan yang memilih Pakej Umrah Idaman..Ajwa juga ada agen di Kelantan.

  • Emran bin Abd wahid January 7, 2014 at 1:37 pm

    Assalam, famili saya berminat utk menunaikan umrah pada bulan mei utk 10 org. 4 org hotel dekat 6 sederhana. Terimakasih

  • mashud samuri February 22, 2014 at 10:22 pm

    Assalamualaikum Hj Iqbal
    Terima kasih kerana telah mengatur umrah seperti yang saya idamkan. Tempat yang hampir dgn Masjidil Haram memudahkan nak berulang alik ke masjid tiap waktu. Makanan ada pilihan. Tapi biasalah selera berbeza dgn orang Arab, sampai satu tahap tak boleh pergi terutama anak2. Lawatan yang diatur juga menarik di samping penceritaan sejarah yang mengingatkan kita akan sejarah Islam yang kita belajar di sekolah dulu. Ia dikisahkan di atas tempat kejadian. Ia sungguh mengesankan. Kita dapat rasakan kepayahan yang ditanggung oleh junjungan besar kita berdakwah dan mengembangkan ugama yang kita anuti sekarang. Syabbas Ajwa Travel! U yg terbaik yg pernah saya ikuti. Berbading dengan 2 kali perjalanan ke tanah suci sebelum ini. Kalau nak pergi lagi pasti saya cari anda jua. Ikhlas dpd Mashud

  • Pn.Norsiah Hj.Jalar February 26, 2014 at 4:43 pm

    Assalamualaikum…saya nak tanya sekiranya saya mengambil pakej ekonomi apakah nama hotel tempat saya menginap di Madinah dan Makkah?

    • hj. Iqbal February 26, 2014 at 4:53 pm

      Hotel di Madinah ialah Saha Safir atau setaraf. Manakala Hotel di Makkah ialah Broj Jewar atau setaraf. Lokasi hotel ada dlm entry terkini di bawah tajuk Umrah Musim Sejuk Februari 2014

    • hj. Iqbal March 3, 2014 at 12:37 pm

      waalaikum salam. Hotel di Madinah ialah Saha Safir atau setaraf (Fullboard) dan di Makkah ialah Broj Jewar (100m dari Masjidil Haram). Gambar Hotel Broj Jewar ada saya post dlm entry terkini

  • Pn.Norsiah Hj.Jalar February 26, 2014 at 5:22 pm

    Assalamualaikum…kami bercadang untuk megerjakan umrah pada awal tahun hadapan, adakah harga akan berubah untuk tahun hadapan?

    • hj. Iqbal February 26, 2014 at 5:37 pm

      bergantung kepada perubahan harga tiket flight dan perubahan harga bilik hotel

    • hj. Iqbal March 3, 2014 at 12:35 pm

      waalaikum salam. Kami berharap harga tidak berubah. Tetapi jika berubah tidaklah terlalu besar. Segalanya bergantung kepada harga bilik hotel di sana dan juga harga tiket flight. Sebaiknya emel nama-nama yg berhasrat nak pergi supaya mudah bagi kami membuat tempahan dari awal mengenai tiket flight awal dan juga tempahan bilik di sana.

  • jamaludin zakaria May 12, 2014 at 6:48 pm

    Hj Iqbal, saya sekeluarga berhasrat menunaikan umrah pada awal December 2014. Rombongan saya seramai 7 orang. Boleh tolong hantar jadual dan harga pada tarik yg berdekatan pada awal December 2014.

    • hj. Iqbal May 14, 2014 at 11:04 am

      saya balas melalui emel.. boleh refer pd entry terkini dlm blog

  • Azura July 7, 2014 at 11:44 am

    Haji,
    Ayah saya dapat tiket percuma Air Asia X (any destinantion) dan dia pilih untuk ke Jeddah. Boleh ke ayah saya pergi menggunakan tiket pergi balik tersebut ke Jeddah dan travel agensi Haji Iqbal boleh uruskannya?

    • hj. Iqbal July 8, 2014 at 1:16 pm

      tergantung sekiranya ayah saudara satu flight dgn jemaah umrah ajwa travel

Tempah produk beauty umaira sekarang