Assalamualaikum wbt.

Syukur alhamdulillah, untuk musim baru Disember 2014 Ajwa Travel telah menerima banyak pendaftaran Umrah dan juga pertanyaan melalui emel mengenai Pakej Umrah Disember 2014. Sebenarnya masih ramai lagi yang meletakkan faktor harga sebagai pertimbangan utama sebelum memilih Pakej Umrah. Biasa la tu..dan bukannya luar biasa pun.

Tetapi ramai yang telah terjerat kerana memilih faktor harga murah sebagai keutamaan. Sehinggakan pihak berwajib baru-baru telah meletakkan harga siling RM4900 sebagai harga pakej umrah termurah yang boleh diterima. Ertinya jika bawah dari RM4900 maka ianya tidak logik dan berkemungkinan tidak “genuine”.

Ajwa dari awal penubuhan tidak mensasarkan Pakej Umrah Harga Rendah sebagai faktor penarik Jemaah untuk mendaftar dengan Ajwa. Saya tidak mahu mendapat jemaah yang ramai tetapi hotel penginapan yang ditawarkan kepada Jemaah terletak jauh dari Masjid. Pastinya jemaah akan kecewa nanti semasa di Tanah Suci.

Cuba tanya pengalaman mereka yang telah mengambil Pakej Harga Rendah, biasanya kesudahannnya berakhir dengan kekecewaan. Mana mungkin Pakej Harga Rendah meletakkan jemaahnya di Hotel yang berhampiran dengan Masjidil Haram.

Menyedari hakikat bahawa pertimbangan Harga adalah faktor utama, maka Ajwa cuba untuk meminimakan Kos seboleh mungkin agar Jemaah dapat memilih Pakej Umrah Idaman pada harga yang mampu dan berpatutan. Tetapi pengurangan kos akan mengorbankan sedikit keselesaan.

Faktor Penerbangan

Penerbangan terus dari KLIA ke Madinah dan balik melalui Jeddah sentiasa menjadi pilihan utama Jemaah. Begitu juga jenis yang masuk Makkah dahulu (mendarat di Jeddah) dan balik melalui Madinah ke KLIA. Tetapi untuk musim Umrah Disember 2014, sektor penerbangan sedemikian, harga tiket sudah melambung tinggi. Almaklum bulan Disember 2014 ini dianggap “Super Peak Season”.

Sebenarnya harga tiket flight adalah penyumbang terbesar dalam kiraan Kos Umrah. Ianya lebih dari 60% dari Kos Umrah sebenarnya. Jika kita mahu Pakej Umrah Harga Rendah dalam bulan Disember 2014 ini, maka pilihan sektor penerbangan sedemikian kena dilupakan. Kita boleh menjimatkan kos dan dalam masa yang sama dapat menginap di Hotel 5 bintang di Makkah nanti.

Kita berada di Tanah Suci 9-10 malam. Untuk tempoh yang lama ini sewajarnya hotel penginapan dekat dengan Masjid bagi memudahkan kita untuk selalu berulang alik ke Masjid. Yang penting ialah kualiti masa di Tanah Suci dan bukannya faktor Penerbangan.

Jika kita masih berharapkan sektor Penerbangan di atas maka kita kena bersedia dengan Harga Pakej yang lebih tinggi. Mana lebih penting, dapat Hotel selesa yang dekat dengan Masjid atau sektor Penerbangan yang seperti di atas ?

Flight Business Air

Flight ini baru diperkenalkan dalam industri Umrah di negara kita. Mengikut Jadual, ia akan transit 2 jam di Bangkok semasa pergi dan semasa balik 1 jam setengah. Saya berpendapat pilihan ini O.K. Tidak lah terlalu lama. Hanya lebih 2 jam sahaja dari pilihan flight yang terus ke Jeddah.

Sebenarnya sebelum ini saya pernah menaiki flight Saudi yang transit 2 jam juga di Riyad atau Damman, sebelum meneruskan penerbangan ke Jeddah atau Madinah. Penumpang kena kekal di tempat duduk Pesawat kerana ada pertukaran shif Petugas Kabin dan makanan yang baru dibawa masuk. Saya fikir keadaan ini sama sahaja jika kita naik Business Air yang transit 2 jam di Bangkok.

Jika mahu pergi Umrah selepas Disember 2014 iaitu untuk Januari dan seterusnya, saya fikir harga tiket flight Saudi atau yang jenis terus ke Jeddah atau Madinah tidaklah semahal seperti harga tiket untuk Disember ni.

Pakej Umrah Idaman 19 Disember – 30 Disember 2014

Suka saya mengambil peluang untuk mempromosikan Pakej di atas yang diketuai oleh saya sendiri bersama isteri saya Hjh Norhayati yang bertindak sebagai Mutawwif Wanita semasa Program Ziarah Raudhah nanti. Hotel Penginapan di Madinah ialah Hotel Dyar International atau setaraf.

dyar international lokasi

Hotel ini terletak di kawasan belakang Dataran Masjid Nabawi sebelah tengah yang mengadap Supermarket Bin Dawood. Hotel ini bertaraf 4 bintang di Madinah. Lokasinya di baris ke2 barisan hotel bersebelahan Dataran Masjid Nabawi sememangnya dekat dan hampir dengan Masjid Nabawi.

dyar doubleBilik Double Hotel Dyar International

dyar room

dyar triple

Saya galakkan Jemaah mengambil Pakej Sebilik Berdua atau Bertiga kerana faktor harga yang mampu dan berpatutan. Untuk sebilik bertiga hanya RM7400 seorang. Manakala untuk bilik double (biasanya suami isteri) hanya RM7800 seorang. Jika jemaah suami isteri dan ada 2 anak boleh ambil bilik Quad pada harga RM 7100 seorang. Saya kira harga yang ditawarkan munasabah untuk standard hotel di Madinah dan Makkah.

Tempoh Perjalanan Umrah

Tempoh Perjalanan ialah 12 hari dan 10 malam. Jemaah menginap di Madinah selama 4 hari dan 3 malam dan bakinya di Makkah. Semasa di Madinah, aktiviti wajib untuk Jemaah ialah Program Ziarah Dalam (memasuki Raudhah) dan Ziarah Luar Madinah pada hari yang lainnya pula. Selain itu jemaah setiap waktu solat 5 waktu di Masjid Nabawi.

Aktiviti Ziarah di Makkah ialah Ziarah Manasek Haji dan Ziarah Tambahan Hudaibiyah. Manakala jika diizinkan saya ingin belanja jemaah untuk Program Ziarah Jeddah. Maklumat mengenai aktiviti-aktiviti ini ada pada entry saya sebelumnya.

Makanan di Madinah

Jemaah akan makan 3 kali sehari di Dewan Makan Hotel. Sarapan Pagi selepas balik Solat Subuh, Makan Tengahari selepas balik Solat Zuhur. Manakala Makan Malam selepas selesai Solat Isyak.

Saya berpendapat Hotel yang dekat dengan Masjid dan selesa banyak menyumbang kearah keselesaan beribadah di Tanah Suci. Selain kemudahan lif yang banyak dan laju ianya memudahkan jemaah untuk keluar dan masuk hotel. Jika terpaksa menunggu lif dengan lama dalam suasana bersesak-sesak pasti menyulitkan jemaah.

Makanan di Makkah

Hanya Sarapan Pagi dan Makan Tengahari di Hotel dan tiada dinner di Hotel. Maknanya jika jemaah nak Makan Malam kena beli sendiri di Restauran yang banyak terdapat di sini.  Kos makanan Hotel terlalu tinggi dan boleh berlaku pembaziran.

Tambahan pula saya percaya ada di kalangan jemaah yang tidak berapa kisah hal makan. Yang penting dapat selalu ulang alik ke Masjid untuk beribadah kerana faktor hotel yang dekat. Dan saya selalu juga jumpa jemaah yang jenis tidak makan malam.

Malah ada juga bakal jemaah yang bertanyakan supaya ditiadakan makanan di Makkah dan Madinah. Saya jawab ringkas sahaja, kos makan minum di Madinah bukannya tinggi mana pun. Hanya lebih kurang RM100 sahaja. Jadi lebih baik ikut standard Pakej yang Ajwa tawarkan.

Maklumat mengenai Hotel Penginapan di Makkah ada pada entry sebelumnya di bawah tajuk : “Umrah Idaman – Tawaran Murah

Pendaftaran

Masih lagi dibuka kepada yang berminat dan tempat adalah terhad. Boleh emel kepada hjiqbal@ajwatravel.net atau kakyati@ajwatravel.net atau jika mahu lebih pencerahan boleh hubungi saya Hj Iqbal 019-3505395 atau isteri saya Hjh Norhayati di 019-3418822 atau datang sendiri ke Pejabat Ajwa Travel & Tours Sdn Bhd, Lot 304, Tingkat 3, Bangunan Lembaga Tabung Haji, 41400 Klang atau Tel Pejabat di 03-3342 3395.

Bayaran deposit pendaftaran Pakej RM1000 seorang hendaklah di bank in ke akaun Maybank Islamic no.5624-6930-9729 atas nama Ajwa Travel & Tours Sdn Bhd. Selepas itu jangan lupa emel atau “whatapps” salinan bank in slip sebagai bukti pembayaran.

Wassalam.