Assalamualaikum wbt dan selamat Hari Raya ‘Idil Fitri.

Sekembali dari cuti raya, di bulan Syawal ini Ajwa Travel masih belum ada apa-apa aktiviti. Jadi dalam suasana kerja yang belum sibuk ini, ada baiknya saya huraikan secara terperinci mengenai Produk atau Pakej-pakej Umrah yang Ajwa anjurkan. Sememangnya okjektif Ajwa Travel ialah untuk memberikan keselesaan beribadah di Tanah Suci kepada setiap jemaah yang mendaftar dengan Ajwa. Oleh yang demikian, pakej yang ditawarkan mengutamakan jenis hotel penginapan yang hampir dengan Masjidil Haram.

safwah orchid1

Bangunan Hotel Safwah Tower

Pakej Umrah Idaman 1

Pakej Idaman 1, menawarkan Hotel penginapan yang paling hampir dengan Masjidil Haram iaitu Hotel Safwah Orchid. Hotel Safwah Orchid terletak di dalam bangunan Safwah Tower yang di dalamnya turut menempatkan Hotel Dar Eiman di bahagian tengah dan Hotel Ghufran di bahagian hujung atau paling belakang dari Masjidil Haram.

Sengaja Ajwa memilih hotel ini kerana di bangunan Safwah Tower ini sudah cukup lengkap dari segi kemudahan untuk jemaah. Selain hotel ini yang paling hampir dengan Masjidil Haram, di bangunan Safwah ini juga mempunyai banyak outlet atau kedai-kedai untuk jemaah membeli belah. Di bangunan ini juga ada kemudahan Supermarket dan ‘money changer’ untuk memudahkan jemaah menukar wang mereka.

dsaji1

Yang bestnya di bangunan ini juga ada Restoran Melayu milik d’saji Felda. Kesemua jemaah Ajwa Pakej Idaman 1 akan “lunch” dan “dinner” di Restoran d’saji Felda. Jemaah boleh memilih sebarang menu sajian yang ia sukai dan bayarannya ditanggung sepenuhnya oleh Ajwa Travel. Hanya Sarapan Pagi sahaja, jemaah akan makan di Dewan Makan Hotel Safwah Orchid.

safwah makan1

Sarapan Pagi di Safwah Orchid

Kebebasan waktu Makan

Malah jemaah diberi kebebasan untuk “lunch” dan “dinner” pada waktu yang ia sukai dan tidak terikat dengan waktu seperti “lunch” selepas Zuhur dan “dinner’ selepas Isyak. Jika nak makan sebelum waktu solat pun boleh. Semasa di kaunter hanya perlu memperkenalkan diri sebagai jemaah Ajwa Travel dengan menunjukkan Kad Nama Tag Ajwa sahaja. Jika di kawasan makan ramai orang, jemaah Ajwa boleh bawa bungkus dan makan di bilik masing-masing yang terletak di tingkat atas dalam bangunan yang sama.

safwah room2

Kapasiti Sebilik

Menginap di Hotel Safwah, kebiasaannya muatan ialah sebilik berdua atau sebilik bertiga. Jika ada permintaan untuk menginap sebilik berempat, biasanya katil yang ke-4 jenis Katil Tambahan (extra bed) yang saiznya lebih kecil sedikit dari 3 katil yang ada.

safwah room3

Jika jemaah terdiri dari satu keluarga dan mahu menginap sebilik berempat, saya rasa tidak jadi masalah. Katil tambahan (atau katil yang ke-4) boleh diguna oleh anak atau ahli keluarga yang kecil.

Hotel Madinah

Jika di Makkah, hotel penginapan bertaraf 5 bintang. di Madinah pula ialah Hotel yang bertaraf Ekonomi dan hampir dengan Masjid Nabawi. Nama hotel ialah Hotel Saha yang terletak bersebelahan dengan Hotel Bahaudin dan Hotel al-Haram Madinah.

saha hotel

Hotel Saha di Madinah

Jemaah akan makan 3 kali sehari di Hotel ini iaitu sarapan Pagi selepas Subuh, “lunch” selepas Zuhur dan “dinner” selepas Isyak dengan menu sajian dari syarikat Fatani Catering. Sengaja Ajwa memilih hotel ini kerana lokasinya yang dekat dengan Masjid Nabawi dan kemudahan biliknya yang selesa dan juga tempoh menunggu lif yang tidak terlalu lama berbanding dengan hotel yang bersebelahan dengannya.

airbus380 MH

Tarikh keberangkatan ke Tanah Suci

Untuk musim cuti sekolah November/Disember 2016, Ajwa set 2 tarikh keberangkatan dengan menggunakan Pesawat MAS Charter KUL/JEDDAH (Masuk Makkah dahulu) dan balik MEDINA/KUL (balik dari Madinah). Trip awal keberangkatan ialah dari 23 November 2016 hingga 3 Disember 2016.

Untuk Trip yang kedua pula ialah dari 11 Disember 2016 hingga 21 Disember 2016 melalui sektor KUL/JEDDAH(masuk Makkah dahulu) dan MEDINA/KUL.

Manakala untuk tarikh keberangkatan tahun 2017, Jadual Pakej ada satu muatkan dalam website ajwatravel.net. Pembaca boleh rujuk ke website yang berkenaan.

Harga Pakej Idaman 1

Harga bermula dari RM8580 untuk Pakej sebilik berempat. Jika mahu sebilik bertiga harga ialah RM9280 seorang. Dan jika mahu sebilik berdua, harga Pakej ialah RM10,180 seorang.

Harga kanak-kanak tanpa katil pula ialah RM6080 sahaja.

Harga ini sudah termasuk belanja tiket penerbangan kelas ekonomi pergi dan balik (bagasi 20kg masa pergi dan 30kg masa balik dan air zamzam 5 liter), Hotel Safwah Orchid @ setaraf di Makkah, Hotel Saha di Madinah, belanja pengangkutan dan ziarah termasuk Mutawwif, makan dan minum 3 kali sehari di Makkah dan Madinah, belanja pengurusan Visa dan belanja yang berkaitan dengannya.

Pendaftaran

Kepada yang berminat boleh mendaftar dari sekarang dengan emel nama-nama yang menyertai ke emel umrah@ajwatravel.net dan sertakan sekali bayaran deposit RM1000 seorang ke akaun Maybank Islamic no.5624-6930-9729 atas nama Ajwa Travel & Tours Sdn Bhd.

Jangan lupa emel atau whatapps salinan Slip simpanan bank ke no.hp 019-3505395 sebagai bukti pembayaran. Penyertaan setiap Trip terhad kepada 45 orang sahaja. Jika ada pertanyaan lanjut boleh hubungi talian yang diberikan di atas.

InsyaAllah selepas ini saya cerita mengenai Pakej Idaman 2 dan Pakej Ekonomi pula…

bersambung……