Assalamualaikum wbt dan bertemu kembali.

Sebelum ini saya ada huraikan mengenai Pakej Umrah Idaman 1 dan kali ini saya lanjutkan huraian saya mengenai pakej yang lebih murah sedikit iaitu Pakej Idaman 2.  Apa beza Idaman 1 dan Idaman 2 ?

Pakej Idaman ialah pakej yang menempatkan jemaah menginap di hotel bertaraf 5 bintang di Makkah, manakala di Madinah pula menginap di hotel bertaraf Ekonomi. Kenapa tidak 5 bintang di Madinah ? Kerana harga hotel 5 bintang di Madinah amat mahal. Tambahan pula hotel di Madinah kebiasaannya tidak ada masalah dari segi jarak dan kemudahan hotel.

anjum hotel

Perbezaan Pakej Idaman 2

Perbezaan ketara ialah Pakej Idaman 2 menempatkan jemaah di Hotel Anjum Makkah (seperti gambar di atas), sedang Pakej Idaman 1 menempatkan jemaah di Hotel Safwah Orchid. Hotel Anjum Makkah baru sahaja beroperasi dalam 3 tahun kebelakangan ini dan masih ramai yang tidak tahu lokasi Hotel Anjum.  Pengalaman Ajwa menempatkan jemaah di Hotel Anjum dari musim 2014, 2015 dan 2016 amat memuaskan hati.

Hotel Anjum terkini2Sungguhpun Hotel Anjum kelihatan agak jauh sedikit berbanding Hotel Safwah Orchid, tetapi ia mempunyai banyak kelebihan yang tidak ada pada hotel bertaraf 5 bintang yang lain.

Lokasi Strategik

Seperti gambar di atas, Hotel Anjum terletak di kawasan yang tidak padat dengan jemaah. Jemaah masih boleh masuk ke dalam Masjidil Haram walaupun ia keluar bilik agak lewat kerana kawasan Pintu Masuk ke dalam Masjidil Haram tidak pernah ditutup di kawasan berkenaan.

Berbeza jika kita datang dari arah Zamzam Tower atau Misfalah atau Ajyad. Andai kita lewat ke Masjidil Haram, kawasan dataran di depan Masjidil Haram sudah sesak dan padat dengan jemaah. Kebiasaannya kira-kira 1 jam sebelum masuk waktu Solat, Pintu Masjidil Haram di kawasan berkenaan sudah ditutup untuk jemaah masuk . Jika nak masuk ke dalam Masjid kena datang lebih awal dari tempoh 1 jam sebelum Azan. Dan jika hari Jumaat, jemaah kena masuk ke dalam Masjid kira-kira 2 jam sebelum Azan. Jika lewat, alamat duduk di luar sahaja la.

20160603_132959

Hotel Anjum dilihat dari Masjidil Haram

Maknanya walaupun Hotel Anjum lebih jauh berbanding Hotel Safwah Orchid tetapi kelebihannya jemaah yang datang dari arah Hotel Anjum lebih mudah untuk memasuki Masjidil Haram dan tidak perlu risau andai kelewatan untuk ke Masjid. Jemaah yang datang dari Hotel Anjum lebih santai berjalan kaki ke Masjidil Haram kerana kawasannya lapang dan tidak padat dengan jemaah berbanding jika datang dari arah Hotel Safwah Orchid.

Pabila hari Jumaat, kawasan Masjidil Haram yang baru ini akan dibuka untuk jemaah kerana almaklum pada hari Jumaat bilangan jemaah yang Solat Jumaat meningkat berkali ganda berbanding biasa. Dan jemaah yang datang dari Hotel Anjum tidak ada masalah untuk masuk ke dalam Masjid berbanding dengan kawasan yang lainnya.

20160604_065203

Kawasan Dataran Anjum yang luas

Satu lagi kelebihan Hotel Anjum ialah ia mempunyai kawasan dataran yang agak luas. Hotel Anjum mempunyai kawasan parkir bas yang mencukupi. Untuk program Ziarah, bas boleh menunggu jemaah di kawasan parkir yang disediakan.

20160604_065217

Berbeza dengan Hotel 5 bintang yang lain yang tidak mempunyai tempat parkir bagi bas. Jika nak buat program Ziarah, harus dikumpulkan terlebih dahulu semua jemaah baru boleh panggil bas untuk datang. Ini kerana bas tidak boleh menunggu lama dan jika lama ia boleh disaman oleh Polis Trafik yang bertugas. Tetapi di Hotel Anjum, jemaah boleh santai menunggu bas di kawasan dataran yang lapang atau ada masanya bas yang sampai dahulu ketika jemaah masih lagi belum cukup

20160531_065541

Sajian Makanan Yang Mewah dan Menyelerakan

Pengalaman saya menginap di Hotel Anjum bersama jemaah Ajwa, sajian menu di Hotel Anjum adalah yang terbaik dan amat menyelerakan sekali. Hotel Anjum mempunyai seorang Chef dari Malaysia yang tugasnya untuk menyediakan Sajian Makanan mengikut citarasa jemaah Malaysia dan Asia Tenggara.

20160602_133755

Jemaah akan makan 3 kali di Hotel Anjum dan waktu makan juga agak lama berbanding Hotel Ekonomi. Kebiasaannya waktu Sarapan Pagi dari jam 6 pagi hingga 10 pagi. Jadi Jemaah Ajwa tidak perlu tergesa-gesa balik ke Hotel selepas Solat kerana bimbang kehabisan makanan. Perkara sebegini tidak berlaku di Hotel Anjum. Sajian makanan sentiasa mencukupi dan yang penting ianya sedap.

anjum restoran

Malah saya berani katakan sajian menu di Hotel Anjum paling sedap dan menyelerakan berbanding dengan Hotel bertaraf 5 bintang di Makkah. Dan yang penting sajian yang disediakan mengikut selera kita jemaah Malaysia dan bukan sajian menu ala-Arab yang belum tentu dapat memenuhi selera kita orang Malaysia.

Waktu “lunch” antara jam 12 tengahari hingga 2.30 petang dan waktu “dinner” antara jam 7 malam hingga 10 malam. Jemaah boleh mengambil segala macam juadah hidangan yang disediakan.

Kemudahan lif yang banyak

Hotel Anjum mempunyai bilangan lif yang amat banyak. Tak silap saya ada lebih dari 30 lif. Jadi jemaah tidak perlu menunggu lama untuk mendapatkan lif samada waktu naik ataupun turun ataupun pada waktu puncak.

anjum lif

Room Services

Sepanjang pengalaman menginap di Hotel Anjum, “room services” Hotel Anjum antara yang terbaik yang pernah saya dapat. Setiap hari bilik kita akan diketuk oleh Petugas Hotel yang mahu memberikan “room services”.

anjum room

Jemaah boleh mendapatkan atau menukar Tuala Mandi setiap hari, boleh meminta supaya bilik dibersihkan setiap hari dan boleh mendapatkan bekalan air mineral dan bahan minuman seperti Teh, Nescafe dan Gula setiap hari.

Program Ziarah Jeddah

Untuk makluman, program Ziarah di Makkah dan Madinah untuk kesemua Pakej Umrah anjuran Ajwa Travel adalah sama. Di Makkah ada 2 program Ziarah iaitu Ziarah Manasek Haji dan juga Ziarah Tambahan Hudaibiyah.

Manakala di Madinah pula ada program Ziarah Luar Madinah dan Program Ziarah Dalam. Keterangan mengenai setiap program Ziarah ini ada pada entry terdahulu dalam blog ini. Pembaca boleh dapatkan dengan carian dalam blog ini dan taip program Ziarah Makkah atau program Ziarah Madinah sahaja

20160601_163905

Gambar Kenangan di Masjid Qisas, Jeddah

Ajwa Travel juga menghadiahkan jemaah dengan Program Tambahan iaitu Ziarah Jeddah secara percuma sahaja dan jemaah tidak perlu membuat sebarang bayaran tambahan mengenainya. Program Ziarah Jeddah ini bermula selepas Makan Tengahari dan berakhir selepas Isyak.

Jemaah akan dibawa melawat Masjid Qisas di Jeddah (jemaah solat Asar di sini), Makam Hawa, Komplek Membelibelah Corniche dan juga kawasan Perniagaan Balad. Program di akhiri dengan jemaah berrehlah di kawasan pesisir Pantai Laut Merah sambil makan malam di sana.

saudi flight

Pemilihan Penerbangan

Untuk musim Umrah Disember 2016, Ajwa cenderung memilih Penerbangan Saudi Airlines. Ada 2 pilihan tarikh penerbangan iaitu dari 4 Disember 2016 mengikut sektor KUL/Jeddah (Masuk Makkah dahulu) dan balik pada 14 Disember 2016 dari Madinah ke KLIA dan sampai Malaysia pada 15 Disember 2016.

Pilihan kedua ialah dari 18 Disember 2016 dengan menaiki Saudi Airlines mengikut sektor KUL/Jeddah (masuk Makkah dahulu) dan balik pada 28 Disember 2016 dari Madinah dan dijangka sampai di KLIA pada 29 Disember 2016. 

Tempoh Perjalanan ialah 12 hari dan 10 malam.

Harga Pakej Idaman 2

Harga Pakej Idaman 2 untuk penginapan sebilik 4 orang ialah RM7980 seorang. Manakala untuk sebilik bertiga ialah RM8480 dan sebilik berdua ialah RM9280 seorang.

anjum room 2

Harga Pakej sudah merangkumi semua iaitu harga tiket penerbangan pergi dan balik, penginapan di Hotel Anjum Fullboard di Makkah, penginapan Hotel Saha @ setaraf di Madinah, belanja pengangkutan dan ziarah termasuk Mutawif, makan minum di Tanah Suci (sehari 3 kali), belanja pengurusan Umrah termasuk Visa Umrah.

Pendaftaran

Kepada yang berminat menyertai Pakej Idaman 2 ini, boleh emel nama-nama ke emel umrah@ajwatravel.net dan buat bayaran deposit RM1000/seorang ke akaun Maybank Islamic no.5624-6930-9729 atas nama Ajwa Travel & Tours Sdn Bhd.

Jangan lupa emel atau whatapps slip bayaran bank ke no 019-350 5395.

Sebarang pertanyaan boleh berhubung terus dengan saya di 018-2242611 atau isteri saya Hjh Norhayati 019-3418822 atau datang sendiri ke Pejabat Ajwa Travel di Tingkat 3, Bangunan Lembaga Tabung Haji Klang.

20160603_172529

Wassalam.