Assalamualaikum wbt dan bertemu kembali.

Pakej Ekonomi Ajwa ialah pakej yang menawarkan hotel penginapan bertaraf Ekonomi pada jarak sekitar 200-300 meter ke Masjidil Haram di Makkah. Untuk makluman pembaca, sebolehnya Ajwa akan usahakan untuk mendapatkan hotel penginapan yang tidak terlalu jauh dari Masjidil Haram. Asalkan hotelnya bertaraf ekonomi supaya harga pakej juga bertaraf ekonomi.

Cadangan tarikh penerbangan

Untuk Pakej Ekonomi, Ajwa bercadang untuk set 2 tarikh iaitu ;-

Trip 1 dari 7hb Disember 2016 sektor Kuala Lumpur ke Jeddah (masuk Makkah dahulu) dan balik pada 18hb Disember 2016 dari Madinah ke KLIA dan dijangka sampai KLIA pada 19hb Disember 2016.

Trip ke-2 dari 14hb Disember 2016 – 25hb Disember 2016 juga menggunakan sektor yang sama iaitu KUL/Jeddah dan Medina/KUL.

Tempoh perjalanan ialah 12 hari dan 10 malam.

Penerbangan

Bagi musim Umrah Disember 2016, Ajwa Travel cenderung memilih Penerbangan Saudi Airlines dan sektor penerbangannya ialah jenis terus iaitu KUL/Jeddah & Madinah/KUL ..

Manakala untuk tahun 2017, Pakej Ekonomi juga akan menggunakan Penerbangan Saudi Airlines, insyaAllah.

saudi flight

Sebelum ini Ajwa bercadang menggunakan Pesawat Airasia tetapi menukar fikiran apabila menyedari hakikat bahawasanya ramai yang lebih suka menggunakan Pesawat Saudi atau MH Charter berbanding yang lain.

Hotel Penginapan di Makkah

Ajwa bercadang untuk menempatkan jemaah Pakej Ekonomi di Hotel Jawad al Taj, di kawasan Ajyad. Jarak hotel ini ke Masjidil Haram sekitar 250-300 meter sahaja.

jawad altaj2Jemaah boleh memilih untuk mengambil pakej jenis sebilik berdua, atau bertiga atau berempat, tergantung kepada ahli keluarga yang turut sama menyertai.

Program Ziarah di Tanah Suci

Sama seperti yang lain iaitu di Madinah ada program Ziarah Luar Madinah dan Ziarah Dalam. Manakala di Makkah ada program Ziarah Manasek dan Ziarah Tambahan Hudaibiyah.

Dan biasanya Ajwa akan tambah satu lagi aktiviti iaitu Ziarah Jeddah secara percuma. Pembaca boleh mendapatkan info mengenainya dalam entry saya yang terdahulu.

Kursus Umrah

Untuk makluman pembaca, Kursus Umrah akan diberikan sebelum jemaah berangkat ke Tanah Suci. Biasanya diadakan pada hari Sabtu bermula jam 9 pagi hingga 1 tengah hari di Masjid Bandar Diraja Klang. Tarikh akan dimaklumkan kemudian.

masjid klang

Harga Pakej

Harga untuk pakej sebilik berempat ialah RM6580, sebilik bertiga ialah RM6980/seorang dan sebilik berdua ialah RM7580/seorang

Harga Pakej ini meliputi kos tiket penerbangan pergi dan balik Saudi Airlines, hotel penginapan Makkah dan Madinah, makanan 3 kali sehari di Makkah dan Madinah, belanja pengangkutan bas dan ziarah termasuk Mutawwif, belanja pengurusan Visa Umrah dan hal yang berkaitan dengannya.

Tiada tambahan kos semasa di Tanah Suci.

Pendaftaran dan Pertanyaan Lanjut

Kepada yang berminat menyertai boleh emel nama-nama ke emel umrah@ajwatravel.net atau whatapps ke no.hp 019-350 5395 atau hubungi Hjh Norhayati 019-341 8822 untuk pertanyaan lanjut. Atau boleh juga hubungi saya di talian baru saya 018-224 2611.

Nota – Ajwa Travel juga mengalu-alukan pembaca yang mahu menjadi Agen Umrah Ajwa.

Wassalam.