Assalamualaikum wbt.

Syukur alhamdulillah, Pakej Umrah Idaman dan juga Pakej Umrah Super Ekonomi yang saya promosi dalam blog ini mendapat sambutan menggalakkan dari bakal Jemaah. Dan trend permintaan Umrah kepada Ajwa Travel ialah lebih ramai yang memohon Umrah Idaman berbanding Super Ekonomi. Walaupun harga Umrah Idaman lebih tinggi berbeza RM 1500 dari Super Ekonomi, tetapi wang ringgit bukan ukuran. Yang penting nak ke Masjidil Haram mudah dan tidak jauh. Sememangnya kita harus membayar lebih untuk dapatkan yang terbaik.

Kita hanya merancang tetapi Allah yang menentukan. Pakej Umrah Idaman menaiki flight Saudi dari KLIA terus ke Madinah berubah tarikhnya dari berlepas pada 22hb Februari 2013 kepada 23hb Februari 2013. Lewat 1 hari dari yang dirancang.Tempoh perjalanan masih sama. Maknanya jemaah juga akan pulang lewat 1 hari dari tarikh sebelumnya.

Manakala bagi Pakej Umrah Super Ekonomi menaiki flight MAS Charter juga turut mengalami perubahan tarikh. Malah flight MAS Charter ini juga mengalami perubahan sektor penerbangan. Mengikut jadual, flight MAS Charter ini berlepas dari KLIA ke Madinah pada 22hb Februari 2013. Tetapi kini telah ditukar jadualnya kepada 24hb Februari 2013 dari KLIA ke Jeddah pula. Masuk Makkah dahulu dan balik dari Madinah ke KLIA. Setakat hari ini masih ada 4 lagi kekosongan.

Atas permintaan yang mahukan saya setting lebih awal Pakej Umrah maka saya lancarkan satu lagi Pakej yang awal iaitu berlepas pada 13hb Februari 2013 menaiki flight MAS Charter. Flight ini akan berlepas dari KLIA terus ke Madinah dan balik pada 25hb Februari 2013 dari Jeddah ke KLIA. Awalnya saya merancang Trip Umrah ini untuk Pakej Umrah Idaman pada harga RM7500 seorang. Tiba-tiba ada jemaah yang menalipon saya mengkehendaki supaya diwujudkan Pakej Super Ekonomi bagi trip 13hb Feb 2013 ini pada harga RM6,000 seorang. Maknanya Trip Umrah 13 Feb 2013 ini digabungkan Pakej Umrah Idaman dan Super Ekonomi. Boleh ke ?

Hotel Ansar Golden di Madinah

Saya rasa jika digabungkan tiada masalah. Pertama kerana samada Umrah Idaman atau Super Ekononi, kedua jenis Pakej ini akan menginap di hotel yang sama iaitu Hotel Ansar Golden di Madinah. Semua aktiviti program dan Ziarah di tempat-tempat bersejarah di Madinah akan dilakukan serentak. Kedua pakej ini juga akan menginap pada tempoh yang sama iaitu 4 hari dan 3 malam di Madinah. Masing-masing juga akan menaiki bas yang sama dari Madinah ke Makkah.

Cuma semasa di Makkah, kumpulan Umrah Idaman akan menginap di Hotel Safwah Royal Orchid atau setaraf. Manakala jemaah Umrah Super Ekonomi akan menginap di hotel Qasr Qamar yang lokasinya tidaklah terlalu jauh dari Hotel Safwah. Bezanya Hotel Safwah di depan laman Masjidil Haram, manakala hotel Qasr Qamar pada jarak 150 meter ke Masjidil Haram. Semua aktiviti program di Makkah juga akan dijalankan serentak.

Kumpulan Trip 13hb Februari 2013 ini akan dipimpin oleh seorang Mutawwif dari Malaysia yang turut sama dalam rombongan. Mutawwif ini seorang Ustaz muda yang sudah berpengalaman menguruskan jemaah Umrah di Tanah suci. Walaupun trip ini jenis flight direct ke Madinah, saya tetap akan masukkan seorang Petugas atau Ketua Rombongan bersama-sama jemaah. Biasanya jenis flight direct ini tanpa Ketua Rombongan pun tidak jadi masalah besar. Ini kerana rombongan ini boleh disambut di Madinah dan Ketua Rombongan boleh bermula dari sana. Tetapi bagi saya langkah terbaik ialah Ketua Rombongan bermula dari airport KLIA lagi. Dan Ketua Rombongan ini akan bersama-sama jemaah di sepanjang perjalanan ke tanah suci hingga pulang ke tanah air.

Kepada yang berminat join Trip ini, boleh lah menghantar nama penuh ke alamat email saya yang baru iaitu hjiqbal@ajwatravel.net. Alamat email hjiqbal.safwan@gmail.com boleh juga cuma alamat ini sudah terlalu banyak di Inbox. Jumpa lagi dan Wassalam.