Assalamualaikum wbt.

Menguruskan Perkhidmatan Pakej Umrah memang mengundang risiko yang tinggi. Segala perancangan awal yang dilakukan (seperti mendapatkan Penerbangan yang terus ke Madinah, mendapatkan Hotel yang berhampiran dengan Masjid) tidak ada maknanya apabila Visa Umrah gagal diperolehi. Dan yang sedihnya kegagalan ini bukan atas kesilapan agensi tetapi dek kerana Kouta Umrah yang semakin terhad. Dan itulah yang dialami oleh banyak agensi travel dewasa ini.

Kegagalan memperolehi Visa memang amat mendukacitakan. Dan selalunya beban kesalahan tetap ditujukan kepada Penganjur Pakej. Sedangkan ikut logik akal mana ada agensi yang buat Pakej Umrah yang nak rugi. Tiket penerbangan sudah dibeli, manakala hotel di Tanah Suci juga sudah ditempah, dan Kursus Umrah juga sudah dibuat, tiba-tiba bila nak proses Visa Umrah ada masalah berkenaan kouta Umrah. Saya percaya sesiapa yang terlibat dalam hal ini tak nyenyak tidur dibuatnya.

keratan akhbar

Malah di dada akhbar sudah tersiar berita bahawa kira-kira 15100 jemaah Umrah yang masih belum mendapat Visa Umrah untuk ke Tanah Suci. Di akhbar STAR pula melaporkan MATTA memberitahu hanya 10% dari 26000 permohonan Visa yang diluluskan pada bulan ini.  Sedihnya..

Ramai rakan-rakan Travel yang menunda tarikh penerbangan Umrah Cuti Sekolah kepada tarikh di awal Jun kerana mengharapkan Visa Umrah diperolehi jua di saat-saat akhir. Di ketika ini kebanyakkan Travel, masing-masing mengalami masalah yang sama iaitu tidak memperolehi Visa Umrah untuk jemaah mereka pada musim Cuti Sekolah ini.

matta news

Syukur alhamdulillah, sungguhpun jemaah Ajwa tidak seramai mana, tetapi mendapat Visa Umrah di saat sukar begini memang amat melegakan. Segala-galanya atas pertolongan Allah jua. Sememangnya saya amat bersimpati dengan rakan-rakan yang masih belum mendapat Visa.

seatsaudilengang

Baru-baru ini jemaah Ajwa yang sudah selamat sampai di Madinah ” berwhatapps ” dengan saya dengan menghantar gambar dalam flight yang sememangnya lengang. Sehinggakan kata jemaah saya, dia ambil 4 seat untuk dia seorang. Senang untuk dia tidur berbaring dalam flight. Malah makan pun boleh bersila katanya kerana tak ramai penumpang dalam flight.

rahimmakan

Tetapi saya yakin masalah ini bersifat sementara. Ada yang menjangkakan pada bulan Jun nanti, masalah ini akan terlerai apabila kouta Umrah ditambahkan. Oleh yang demikian, saya ingin war-warkan mengenai Pakej Umrah Menyambut Ramadhan bagi yang berminat ingin menyertainya.

index

Dari 26 Jun hingga 7 Julai 2014 bersamaan 28 Syaaban – 9 Ramadhan 1435H

Kali ini saya mahu mencuba Penerbangan FlyNas mengikut sektor Kuala Lumpur ke Jeddah dan balik dari Jeddah ke Kuala Lumpur. Tarikh berlepas mengikut Jadual di bawah :-

TABLE

 

 

 

Sampai KLIA pada 7hb Julai 2014, jam 10.30 pagi. Tempoh Perjalanan ialah 12 Hari dan 10 Malam.  Jemaah menginap 3 malam di Madinah dan 7 malam di Makkah. Jemaah akan mula berpuasa semasa di Makkah nanti, insyaAllah. Aturcara Perjalanan hanya akan diberi kepada jemaah yang sudah mendaftar.

Harga Pakej ?

Pakej menyambut Ramadhan ini bermula pda harga RM7800 seorang untuk sebilik berempat. Mungkin ada yang bertanya kenapa harga agak tinggi ? Sebenarnya sebab utama ialah kerana harga bilik di Hotel yang berhampiran dengan Masjidil Haram meningkat berkali ganda sempena bulan Ramadhan ini. Dan untuk makluman, harga pemprosesan Visa juga sudah meningkat naik dek kerana masalah kekurangan Kouta Umrah dewasa ini.

Kepada yang nak join saya boleh emel nama-nama dan juga salinan Pasport untuk saya mohon Visa lebih awal lagi di emel hjiqbal@ajwatravel.net atau kakyati@ajwatravel.net atau hubungi saya di talian yang tertera di atas.

Jumpa lagi dan Wassalam.