Assalamualaikum dan bertemu kembali.

20151104_102926

Kunjungan ke Amsterdam tidak lengkap jika tidak mengunjungi suatu tempat yang dinamakan Zaanse Schans. Nak nyebut pun payah. Ianya satu kawasan yang luas dimana setiap bangunan rumah di sini mempamirkan dan menjual segala macam produk tradisional Belanda seperti kasut kayu, keju atau “cheese”, barangan cenderahati dan sebagainya.

20151104_104430

Mesin membuat Kasut Kayu

Memang mengujakan kerana kami dapat melawat suatu tempat yang sememangnya berbeza dengan apa yang pernah kita lihat sebelum ini. Lokasi rumah pertama ialah barang pameran dan jualan produk kasut yang diperbuat dari kayu atau “clog shoes”. Terdetik di hati saya “ada ke orang yang masih pakai kasut kayu?”. Tetapi yang menariknya kami dipertontonkan demontrasi secara live cara mereka membuat kasut kayu.

20151104_105724

Sememangnya masyarakat Belanda pada zaman dahulu memakai kasut kayu semasa bekerja di ladang. Kita aje yang tak tahu. Ingatkan kasut kayu ni berat, rupanya ringan aje. Ia diperbuat dari sejenis kayu yang unik. Tak tahu pulak apa nama kayu tu, tetapi ianya kayu lembut dan agak lembab. Bila dah siap jadi kasut, ia akan dijemur atau dipanaskan sehingga betul-betul kering sebelum boleh diguna.

20151104_103423

Di kawasan ini kami temui ramai pelancung asing seperti kami yang melawat kawasan ini. Terasa seonok pula bila dapat berjumpa atau bertembung dengan pengunjung asing dari merata benua. Macam-macam gelagat manusia boleh kita saksikan. Antaranya dari negara China, India, Amerika Latin seperti Brazil dan USA pun ada.

20151104_110028

Agak lama juga kami berada di kawasan ini. Nak jalan kaki melawat kesemua rumah yang ada di kawasan ini memang tak larat. Terlalu luas macam satu kampong. Tambah lagi dengan suhu sejuk di sini. Memang tak tahan dengan kulit kita orang Khatulistiwa ni.

20151103_142458

Canal Cruise

Menaiki Canal Cruise sememangnya mengujakan. Kami dibawa mengelilingi Kota Amsterdam ikut jalan air iaitu melalui banyak terusan yang terdapat di kota ini. Sambil itu kami diberi penerangan mengenai sejarah bangunan atau tempat yang kami lewati di kiri dan kanan Cruise yang kami naiki oleh Kapten Cruise ini yang fasih berbahasa Inggeris. Terasa macam tersusun aje penerangan yang disampaikan. Apapun saya kagum dengan beliau kerana ia seorang diri aje “handle” Canal Cruise yang ia bawa sambil memberi penerangan.

20151103_141930

Rupa-rupanya masih ada lagi penduduk yang menginap di rumah atas air seperti gambar di atas. Kami dimaklumkan dahulu banyak terdapat rumah-rumah orang Belanda di atas air kerana kekurangan tanah dan sehingga kini mereka masih mengekalkan tradisi ini.

20151103_142343

Di samping itu kami juga dibekalkan dengan alat pendengaran “sound speaker” yang boleh dihubungkan dengan alat yang telah tersedia di atas meja jika mahu mendengar rakaman penerangan mengenai tempat-tempat yang di lalui sepanjang tempoh kita berada di dalam Cruise yang berkenaan. Kita hanya perlu memilih bahasa apa yang kita mahu dengar. Pastinya saya pilih bahasa Indonesia kerana lebih mudah difahami.

20151103_143710

Terasa berbaloi naik Canal Cruise ni. Sapa yang tak suka naik bot ? Pengalaman menyusuri setiap terusan di Kota Amsterdam amat menyeronokkan. Terasa macam dalam cerita “James Bond” pun ada, macam ada adegan kejar mengejar antara penjahat dan James Bond. Bezanya kami kat dalam Cruise santai aje duduk sambil memerhati persekitaran di kiri dan kanan pabila ditunjuk sesuatu oleh Kapten cruise merangkap Pemandu Pelancung.

20151103_123725

Kilang Membuat Diamond

Satu lagi aktiviti lawatan ialah kami dibawa melawat Kilang membuat Diamond. Belanda amat terkenal dengan pembuatan Diamond yang bermutu tinggi dan mahal harganya. Kami diberi penerangan oleh petugas mengenai kriteria yang menjadikan sebuah Diamond itu dinilai tinggi berbanding yang lain. Terasa macam mendengar kuliah pula.

20151103_123649

20151103_125659

Kawalan keselamatan di tempat ini amat ketat sekali. Almaklum siapa yang nak bertanggungjawab jika satu Diamond itu hilang ? Ada Diamond yang dinilai sehingga 400 ribu Euro. Saya rasa tak berbaloi beli “diamond’ harga mahal macam tu. Dapat melawat tempat ini setidak-tidaknya membuka minda saya mengenai ‘diamond’. Cuma di lain masa saya rasa saya kena cari alternatif tempat ziarah yang lain. Pada saya orang kita ni kurang minat dengan “diamond’

20151104_111411

Kilang membuat keju

Kami sempat dibawa melawat Kilang Membuat Keju atau ‘cheese”. Belanda ni memang kaya dengan perusahaan atau ternakan lembu susu. Sepanjang perjalanan sememangnya kita akan jumpa dengan ladang yang terbentang luas dan juga lembu-lembu yang segar bugar. Sempat juga beli satu ‘cheese’ yang berharga 10 Euro sebagai ole-oleh balik nanti.

20151104_141440

Sebenarnya ada pelbagai lagi tempat tarikan yang menarik di Amsterdam ini dan kebanyakkannya berbayar seperti pada gambar di atas. Disebabkan oleh batasan waktu banyak lagi tempat yang tidak sempat kami ziarahi. Di samping itu ada juga tempat yang tidak sesuai untuk kita ziarah. Almaklum kota Amsterdam ini kota orang Barat. Ada tempat yang menawarkan perkhidmatan ayam-ayam segar. Yang tu tak payah la ditunjukkan kepada jemaah.

InsyaAllah untuk Trip akan datang, saya cuba untuk melawat tempat-tempat tarikan yang tak sempat kami singgah dahulu seperti Madam Tussaud dan aktiviti Hop on Hop off. Pasti ada beza Madam Tussaud di kota London dan Amsterdam.

20151104_104735_007Sampai di sini dahulu, InsyaAllah saya akan cerita untuk lawatan seterusnya ke Jerman, Switzerland dan kota Paris.