20151105_135715Assalamualaikum dan bertemu kembali

Tak lama lagi insyaAllah 29 Mei ini saya akan pergi umrah bersama jemaah Ajwa yang akan menginap di Hotel Anjum di Makkah. Jadi mood nak tulis blog merosot sedikit sebab asyik teringatkan Makkah aje. Apa pun mungkin kali ini saya akan post banyak gambar semasa kembara saya di Eropah. Biar gambar yang bercerita…

Setelah berada di Amsterdam selama 4 hari dan 3 malam, maka perjalanan dengan bas diteruskan ke destinasi seterusnya iaitu Jerman. Tempat yang bakal disinggahi ialah Cologne dan Frankfrut. Perjalanan yang lama dengan bas sememangnya memenatkan tetapi menyeronokkan. Ini kerana kita boleh saksikan pemandangan alam semulajadi benua Eropah yang cantik dan berbeza dari tempat kita. SubhanaAllah, sungguh indah alam ciptaan Ilahi.

20151105_141814

Perjalanan dari Amsterdam menuju ke Franfrut mengambil masa yang agak lama juga. Kami singgah terlebih dahulu di Cologne untuk melihat suasana bandarnya yang kelihatan agak bersih. Cuma yang buat hati saya sakit apabila melihat satu bangunan gereja yang agak besar dan tinggi di kawasan yang saya lalui. Saya cuma bayangkan alangkah damainya hati jika bangunan berkenaan ialah masjid. Masyarakat barat sememangnya begitu menjaga kebersihan, cuma sayang akidah mereka sahaja yang batil. Jika mereka Islam alangkah baiknya.

20151105_142254

Turun dari bas, saya ronda-ronda di kawasan sekitar dan tiba-tiba perhatian saya tertumpu kepada barisan orang ramai yang sedang berkumpul di luar bangunan hotel. Seolah-olah ada benda penting yang berlaku di kawasan tersebut. Sampai di kawasan berkenaan baru saya menyedari rupa-rupanya artis terkenal Madonna baru sahaja “check in” di hotel berkenaan. Rupanya Madonna nak buat konsert di bandaraya ini.

20151105_144401

Kami singgah di Cologne tak lama. Selepas itu perjalanan diteruskan lagi melalui kawasan bukit bukau dan ladang-ladang yang memukau pandangan mata. Kami singgah di suatu kawasan peranginan yang agak menarik juga. Nama tempat tak ingat. Tetapi ada banyak bangunan hotel dan resort di kawasan tasik ini. Kami bila turun bas aje terus ambil gambar.

20151106_141537

Suhu di kawasan ini amat sejuk bagi saya. Tetapi peniaga kedai Cenderamata yang saya singgah memberitahu saya cuaca ketika itu bukannya sejuk tetapi tidak panas mengikut istilah mereka. Pada beliau cuaca sejuk tu bila musim salji turun. Dia gelakkan saya kerana saya asyik sorok tangan saya dalam kocek baju kerana tak tahan dengan suhu sejuk di sini. Dalam dok boring kat sini, saya pekena kopi panas.

20151106_141528

Kami singgah di kawasan tasik ini tak lama. Sekitar 1 jam jalan-jalan kawasan ini dan ambil gambar, kemudian kami pun meneruskan perjalanan menuju ke Franfrut untuk bermalam. Dalam perjalanan kami dibawa ke tempat tumpuan pelancungan di sini yang ada air terjun. Sayang kami sampai di sini sudah menjelang senja. Andai kami sampai di sini tengahari, pemandangannya pasti lebih cantik lagi.

 

20151106_170800

Selepas ambil gambar kenangan di kawasan ini, perjalanan diteruskan semula. Kami sampai di Franfrut pada sebelah malam. Jadi Solat Jamak Maghrib dan Isyak kami di hotel saje. Hotel yang kami singgah agak kedekut sikit. Nak guna Wifi pun kena bayar. Tak macam hotel di Amsterdam yang kami diami, Wifi percuma dan berkelajuan tinggi.

Rasa trip akan datang saya akan kecualikan lawatan di Cologne dan Franfrut. Saya rancang nak naik train atau flight aje dari Amsterdam ke Switzerland untuk menjimatkan masa.

Switzerland yang memukau

Perjalanan dari Franfrut ke Switzerland dengan bas juga mengambil masa yang lama. Kami sampai di Zurich pada waktu menjelang Maghrib. Dah gelap. Jadi selepas makan malam di Restoran Tempatan yang Halal kami pun check in hotel.

20151107_100328

Keesokkan paginya baru kami melakukan Tour di Switzerland. Memang mengkagumkan keindahan alam semulajadi mukabumi Switzerland. Syukur pada Allah atas nikmat yang diberikan kepada saya sehingga saya dapat melihat sendiri keindahan alam ciptaan Allah di bumi Switzerland ini. Memang mengasyikkan.

20151107_100333

20151107_100330

Kami tidak berpeluang untuk menaiki Kereta Kabel di atas puncak banjaran gunung kerana kabarnya ia dihentikan sementara kerana ada kerja-kerja “construction”. Tak da rezeki nak naik ke puncak.

20151107_102251

Bersama Pemandu Bas kami

InsyaAllah kunjungan akan datang pada Ogos nanti, saya berazam untuk bawa jemaah ke kawasan ini dan dapat melihat sendiri keindahan alam ciptaan Ilahi.  Kira-kira 1 jam di kawasan ini, kami pun beredar menuju ke kota Zurich. Kota yang terkenal dengan buatan jam bermutu tinggi dan berjenama terkenal di dunia.

20151107_131714

Kota Zurich

Kami sampai di kota ini menjelang tengahari. Kami habiskan masa bersiar-siar di kota ini sambil melihat-lihat suasana sekeliling. Pastinya lokasi yang dituju ialah kedai jam berjenama yang ada dalam satu bangunan seperti gambar di atas.

20151107_131624

20151107_124735

Saya fikir di mana-mana negara Eropah, masyarakatnya ramai yang gemar menunggang basikal. Ini kerana baik di kota London, Amsterdam dan juga di Zurich, kita boleh saksikan pemandangan penggunaan basikal di mana-mana.

20151107_124555

20151107_134148

Di kota Zurich ini juga terdapat tasik yang sering dikunjungi oleh ramai pelancung dan kami juga tidak lepaskan peluang untuk mengambil gambar pemandangan di kawasan ini. Dan menariknya kita boleh saksikan banyak burung Swan di tasik ini.

Kami habiskan masa di sini sehingga petang dan selepas itu kami kembali semula ke hotel. Dan esoknya kami akan ke Paris pula.

Sekian dulu..Wassalam.