Assalamualaikum wbt dan bertemu kembali.

20151109_095328

Kami hanya menginap 2 malam sahaja di kota Zurich di Switzerland. Kami bergerak meninggalkan Zurich untuk ke Paris selepas selesai bersarapan pagi di hotel. Hanya roti sahaja yang kami jamah kerana bimbang makanan yang lain tidak halal dimakan. Yang penting perut kenyang. Perjalanan dengan bas menuju ke Paris sememangnya mengambil masa yang lama. Jarak perjalanan dianggarkan 600km lebih.

Semasa kembara menjelajah beberapa negara Eropah, rupa-rupanya kita tidak perlu melewati pemeriksaan Imigresen di setiap sempadan negara berkenaan. Terasa macam kita melintasi antara Selangor dengan Perak aje. Tak perlu cop Pasport.

Sepanjang perjalanan kami tak ingat berapa kali kami berhenti sebentar di beberapa stesen minyak untuk membuang air kecil. Almaklum, ahli rombongan kebanyakkannya warga emas dan cuaca pula sejuk. Untuk masuk ke tandas yang terdapat di stesen minyak Shell, kami kena masukkan syiling 50 sen Euro ke dalam mesin, kemudian baru besi penghalang boleh dibuka. Mahalnya nak buang air kecil, duit kita dekat RM2.50 tu. Jika Shell di Malaysia, nak guna tandas percuma sahaja.

Kami sampai Paris ketika sudah menjelang malam. Solat Maghrib dan Isyak kami lakukan secara jama’ sahaja di hotel. Perjalanan menjadi lebih lama apabila kami terpaksa mencari lokasi Restoran yang halal di sini. Datang ke Eropah sememangnya agak sulit sedikit untuk mencari Restoran Halal. Kena guna google juga.

Seronoknya di Paris. 

Kota Paris ketika kami sampai lebih sejuk berbanding yang lain. Saya terpaksa menggunakan Heater yang ada di dalam bilik. Jika di tempat kita, aircond digunakan untuk sejukkan bilik, tetapi di sini kita nak bilik kita panas pula. Jika buka tingkap bilik, angin sejuk yang bertiup menyebabkan saya menggigil kesejukan. Nak tidur pun kena guna sarung kaki 3 lapis kerana dah terasa ngilu di tulang anak kaki saya.

20151109_094556

Selepas sarapan, lokasi yang semestinya dituju ialah Eiffel Tower. Bangunan yang menjadi mercu tanda kota Paris. Sampai di sini, kami disapa oleh beberapa pemuda negro yang menjual cenderahati berupa replika Eiffel Tower ….ada yang size kecil dan ada yang saiz besar. Saya beli juga sebagai tanda kenang-kenangan yang saya dah sampai Paris. Yang lucunya, pemuda-pemuda negro ini boleh pula berbahasa Melayu walaupun tidak fasih.

20151109_131752

Ketika tiba di Eiffel Tower, kami lihat begitu ramai pengunjung yang datang ke sini dan masing-masing berbaris untuk membeli tiket untuk naik ke tingkat atas Eiffel Tower ini. Untungnya kami kerana kami tidak perlu beratur panjang kerana tiket dibeli secara berkumpulan. Dan semasa kami naik ke bangunan ini juga, kami diberi keutamaan kerana datang secara berkumpulan. Terasa macam VIP pulak.

20151109_120206

Sampai di tingkat pertengahan Eiffel Tower, kami pun keluar lif dan dapat menikmati pemandangan menarik panorama kota Paris yang dilihat dari atas. Angin yang bertiup kencang ketika kami berada di atas bangunan amat sejuk sekali. Banyak juga kami ambil gambar-gambar menarik di sekeliling Eiffel Tower ni.

20151109_120209

20151109_120204

Kemudian kami dibawa ke tingkat yang lebih atas pula. Dari bahagian paling atas, kami saksikan pemandangan kota Paris yang amat cantik sekali. Kami habiskan masa hampir 1 jam juga di atas Eiffel Tower.

20151109_125003

Di kawasan ini saya dapati ada juga rakyat tempatan yang menawarkan perkhidmatan membawa pengunjung bersiar-siar dengan menggunakan basikal roda tiga atau beca. Ada juga yang mengambil kesempatan dengan mengutip derma, kononnya untuk tabung kebajikan. Macam-macam cara orang cari duit. Dan jaga-jaga, kabarnya di kawasan Eiffel Tower ini juga ada penyeluk saku.

20151109_154000

Membeli belah di kota Paris

Kota Paris ialah kota fesyen. Di Paris inilah tempat orang kaki “shopping” untuk cari beg kulit jenama terkenal seperti LV, pakaian berjenama, minyak wangi jenama terkenal, kasut, barangan sukan dan pelbagai barangan yang lain.

20151109_150426

Kami sempat singgah di satu kawasan membeli belah yang mempunyai banyak bangunan dan setiap bangunan hanya menjual barangan tertentu sahaja. Jika kita mahu mencari beg tangan wanita yang berjenama, kita hanya perlu masuk ke dalam sebuah bangunan yang dipanggil “Longchamp” (seperti gambar di atas) dan kita boleh pilih beg tangan mengikut kesukaan kita. Cuma harganya sudah pasti mahal.

20151109_153716

 

Kami habiskan masa di kawasan membeli belah ini sehingga senja. Melihat kepada harga barangan di sini dan dibandingkan pula dengan duit kita, akhirnya tiada apa pun yang saya beli di sini. Tengok-tengok aje la untuk habiskan masa sementara menunggu agenda lawatan sebelah malam yang lebih happening.

20151109_174643

Sebelah malam kami dibawa menaiki Cruise dan dibawa menyusuri sungai di Paris. Lokasi Cruise tidak jauh dari Eiffel Tower yang kami ziarahi siang tadi. Dalam Cruise kami diberi penerangan mengenai sejarah sesuatu lokasi yang dilawati.

20151109_181556

Tour Paris kami berakhir selepas selesai kami menjelajah kota Paris dengan Cruise. Dalam Cruise ada petugas yang mengambil gambar para pengunjung termasuk kami semua. Selepas kami keluar dari Cruise, kami ditawarkan untuk membeli gambar kami yang diambil semasa dalam Cruise tadi. Tetapi oleh kerana harga yang dijual agak mahal, rasa tak berbaloi pula untuk saya membelinya. Tambahan pula saya memang dah banyak ambil gambar masa dalam Cruise.

Keberangkatan pulang ke Malaysia

Keesokkan pagi, kami meninggalkan kota Paris dengan menaiki flight Singapore Airlines. Kami tiba di airport Changi menjelang waktu Subuh. Kami transit tak lama di sini. Kira-kira 2 jam selepas itu kami menaiki semula flight Singapore dan tiba di KLIA jam 10 pagi.

Syukur alhamdulillah, selama 12 hari dalam perjalanan terlalu banyak kenangan manis buat saya dan ahli rombongan yang lain. InsyaAllah untuk Trip Kembara Eropah akan datang, saya bercadang untuk masuk Paris dulu, kemudiannya Switzerland, Amsterdam dan akhir sekali kota London. Saya akan kecualikan Belgium dan Jerman.

Dan saya merancang Trip akan datang, pergerakan antara negara menggunakan Train ataupun Kapalterbang dan bukan jalan darat dengan bas seperti yang saya tempuhi. Perjalanan dengan bas mengambil masa yang lama sehingga terasa banyak masa dihabiskan dalam perjalanan sahaja.

InsyaAllah ada kesempatan, saya akan ceritakan Modus Operandi Trip Kembara Eropah yang saya rancangkan pada pertengahan Ogos 2016 (lepas Raya Syawal) nanti. Harga Pakej dalam anggaran RM8980 sahaja seorang.

20151109_074305Hotel Penginapan kami di Paris

Jika ada yang berminat nak join Trip akan datang ini, boleh emel nama-nama ke emel booking@ajwatravel.net. Ini bagi memudahkan saya untuk membuat tempahan jumlah “seat” yang diperlukan nanti.

Jumpa lagi dan Wassalam.