Assalamualaikum wbt. dan bertemu kembali.

Belum puas berada di Kota London, rombongan terpaksa meninggalkannya kerana mengikut jadual kami harus bergerak menuju ke Belgium pula. Kami bergerak seawal pagi selepas sarapan pagi di hotel. Hujan gerimis yang turun sepanjang perjalanan menambahkan lagi suhu sejuk di sini.

20151101_101929

Kami bergerak menaiki bas yang sama dan sememangnya bas inilah yang kami guna sepanjang perjalanan merentasi 6 negara di Eropah. Perjalanan dari hotel menuju ke pelabuhan mengambil masa 3 hingga 4 jam. Kami sampai di dermaga sekitar jam 11 pagi dan bas yang kami naiki ikut sekali menaiki feri yang dilihat amat besar dan canggih. Kami duduk di tingkat 7 feri yang berkenaan.

Saya jelajah setiap tingkat untuk melihat keadaan persekitaran feri ini. Memang canggih. Di setiap tingkat feri ini disediakan kemudahan restoran untuk penumpang. Terasa seperti berada di bangunan Shopping Mall kerana di dalam feri ini juga ada disediakan Supermarket, kedai permainan Video dan macam-macam lagi outlet. Saya langsung tidak terasa pergerakan feri yang sudah bergerak lama meninggalkan pelabuhan. Tahu-tahu dah setengah perjalanan.

20151101_152359

Selepas sampai ke daratan, bas yang kami naiki bergerak menuju ke Brussel. Kami hanya sempat singgah sementara sahaja di bandarnya yang agak sunyi tidak seperti bandar besar yang lain. Susahnya mencari Restoran Halal di sini. Nasib baik kami bawa bekalan makanan dari London, jadi dapatlah mengalas perut yang lapar.

20151102_085430

Hotel di Brussel

Kami ‘check in’ hotel ketika menjelang waktu Maghrib di sini. Setelah mendapat bilik masing-masing kami istirehat kerana letih sepanjang hari menempuh perjalanan yang panjang. Esok pagi pula selepas sarapan, kami harus bergerak menuju ke Amsterdam pula.

20151102_114320

Untuk Trip Menjelajah Eropah pada Ogos nanti, saya merancang untuk terus naik flight dari London menuju ke Amsterdam. Ini kerana saya lebih tertarik dengan keindahan kota Amsterdam berbanding Brussel yang kami hanya singgah untuk bermalam sahaja.

20151102_115626

 

Kota Amsterdam

Perjalanan dari Brussel menuju ke Amsterdam mengambil masa lebih kurang 3 -4 jam perjalanan dengan bas. Sebaik sahaja kami sampai di Amsterdam, hati menjadi begitu takjub pabila melihat keindahan alam semulajadi di sini di samping binaan rumahnya yang cantik sekali.

20151103_121712

Kota Amsterdam ialah kota di bawah laut. Kota Amsterdam dilihat seperti kota yang dikelilingi oleh air. Kemana pun kita berjalan di kota ini, kita akan dapati banyak terusan air dan ianya ternyata menyumbang kepada keindahan kota ini. Masih banyak bangunan lama yang dikekalkan sebagai kota tarikan pelancung.

20151103_100944

20151103_101010

Sesampai di Amsterdam, mula yang dicari ialah Masjid. Dianggarkan 12% dari populasi penduduk Amsterdam ialah Muslim dan kebanyakkannya ialah Imigran dari Turki dan Morocco. Sempat kami Solat Jamak Taqdim di Masjid sini.

masjid belanda

Kebanyakkan penduduk Amsterdam menggunakan basikal sebagai pengangkutan utama untuk ke mana-mana. Agak terkejut juga dan kagum kerana tanpa mengira usia muda atau tua. lelaki atau perempuan hingga mereka yang berpakaian kemas seperti boss besar (pakai baju kot dan bertali leher) atau orang biasa selamba aje kayuh basikal kemana ikut arah tujuan mereka. Sebab itu susah nak jumpa mereka yang berbadan gempal di sini. Boleh jadi cara hidup mereka yang berbasikal setiap hari menyebabkan tubuh badan mereka kelihatan sihat dan cergas.

 

20151102_131903

Lalulintas di kota ini juga tidak terlalu sibuk. Sama seperti kota London, di sini mereka lebih sukar menggunakan pengangkutan awam dan juga berbasikal. Dianggarkan ada lebih sejuta basikal di Amsterdam dan tak kira di sudut jalan mana pun kita lalui pasti kita akan jumpa deretan basikal yang banyak parkir di tempat yang dikhaskan.

20151102_132631

20151102_133431

Hari pertama di Amsterdam kami habiskan masa dengan meninjau keadaan sekeliling sambil berjalan kaki “window shopping”. Dan pastinya sasaran utama ialah mencari tempat makan yang halal di sini.

20151102_135242

Tidak sukar untuk mencari restoran halal di Amsterdam. Ada beberapa buah restoran yang kami jumpa milik orang Turki yang menjual Kebab dan makanan ala Arab. Maka kami makan aje la ikut menu yang di’order’ dan pembayaran menggunakan matawang Euro. Harga makanan dalam 10 euro, kami bayar aje tanpa banyak soal. Jangan banding dengan Ringgit Malaysia, alamat kebulur la jawabnya.

20151102_140547

Setelah puas berjalan kaki ronda-ronda menyusuri jalan di kota Amsterdam, maka kami pun menuju ke hotel penginapan kami yang terletak di pinggir bandar. Hotel penginapan kami terletak di satu perkampungan nelayan di pinggir laut. Dalam perjalanan ke sini kami saksikan begitu indah sekali pemandangan rumah-rumah orang Belanda.

20151103_082211_001

Di hotel (seperti gambar di atas) kami tinggal di Amsterdam. Bilik-bilik yang mengadap laut. Suhu di sini amat sejuk bagi saya. Pabila berada di bilik dan mengadap ke luar, terasa betul-betul dalam suasana percutian.

20151103_074420

Sampai di sini dulu..selepas ini cerita mengenai lawatan-lawatan selanjutnya di kota Amsterdam. Jumpa lagi dan wassalam.