Assalamualaikum wbt. Bertemu kembali.

Kali ni saya nak mempelawa sesiapa yang berminat menyertai saya untuk melawat Kota Banjarmasin di Kalimantan Selatan Indonesia. Ketika saya di Tanah Suci saya dapati antara Imigran yang paling ramai ialah datangnya dari Indonesia. Yang membuat saya kagum ialah Imigran Indonesia di Tanah Suci yang sering saya jumpa datangnya dari Daerah Banjarmasin. Sehinggakan saya selalu berseloroh dengan mereka dengan menyebut “kulaan” yang bermaksud saudara dalam bahasa Banjar.

Di negara kita juga ramai masyarakat Banjar khususnya yang tinggal di kawasan Pantai Barat Semenanjung seperti di Tanjung Karang, Sekinchan dan Sungai Besar Selangor.

Untuk makluman, Pakej Melawat Banjarmasin ini ialah 4 hari dan 3 malam. Kos seorang ialah RM2000 yang meliputi kos tiket Penerbangan pergi dan balik, hotel penginapan di sana, makan minum mengikut Iternary, pengangkutan dan lawatan di tempat-tempat yang menarik di sana. Kos ini tidak termasuk Cukai Airport di Indonesia. Berikut ialah Jadual Flight ke Banjarmasin iaitu :

TARIKH SEKTOR NO FLIGHT BERLEPAS KETIBAAN
24 AUG 2017 KLIA/Jakarta JT287 0740 0840
24 AUG 2017 Jakarta/Banjarmasin JT324 1120 1405
27 AUG 2017 Banjarmasin/Jakarta JT525 1705 1750
27 AUG 2017 Jakarta/KLIA JT286 2100 2355

 

Melawat Makam Ulama’ di Bandar Martapura

Peserta akan berlepas dengan menaiki Pesawat Lion Air JT 287 pada jam 7.40 pagi, 24 Ogos 2017. Sebaiknya peserta harus berada di KLIA kira-kira 3 jam sebelum waktu berlepas. Transit sebentar di Jakarta kerana tiada flight yang “direct” dari KLIA ke Banjarmasin.  Pesawat Lion Air JT324 akan berlepas pada jam 11.20 pagi (waktu tempatan) dan tiba di Bandara Syamsuddin Noor Airport di Banjarmasin pada jam 2.05 petang. Sebaik tiba peserta akan disambut oleh wakil Ajwa di sana dan terus dibawa ke Hotel untuk “check in”

Bandar atau Kota Martapura terletak di tepi Sungai Martapura merupakan Ibu Kota Kesultanan Banjar suatu ketika dahulu. Kota ini terkenal sebagai Pusat Pendidikan Islam sejak dahulu lagi sehingga pernah digelar sebagai Serambi Makkah. Kota Martapura ini juga telah melahirkan ramai Ulamak Besar yang terkenal antaranya ialah Syeikh Muhammad Arsyad al-Banjari, penulis Kitab Sabilal Muhtadin yang sering dijadikan rujukan oleh para ilmuan. InsyaAllah mengikut program peserta akan dibawa melawat Makam Kiai Arsyad ini.

Arsyad_Albanjari_Museum_Lambung_MangkuratSyeikh Muhammad Arsyad al-Banjar

Latarbelakang Syeikh Muhamad Arsyad al-Banjari

Beliau lahir di Lok Gabang pada 17 Mac 1710 dan meninggal dunia pada 3 Oktober 1812 pada usia 102 tahun. Beliau merupakan Ulamak Fiqh bermazhab Syafi’i yang berasal dari Kota Martapura di Tanah Banjar. Mendapat pendidikan awal di kawasan Istana sehingga berusia 30 tahun.

Kemudiannya beliau ke Makkah untuk mendalami ilmu agama sehinggalah beliau kembali semula ke tempat asalnya lalu mendirikan tempat pengajian bernama Dalam Pagar. Tempat pengajian ini lama-kelamaan menjadi sebuah kampung dek kerana ramainya bilangan orang yang datang untuk menuntut ilmu di Dalam Pagar. Melalui “Dalam Pagar” ini lahir ramai Ulama-ulama terkenal di seluruh Kerajaan Banjar.

Kitab karya Syeikh Muhammad Arsyad yang paling terkenal ialah Kitab Sabilal Muhtadin atau yang membawa maksud “Jalan bagi orang yang mendapat Petunjuk”. Kitab Sabilal Muhtadin merupakan Kitab Hukum Fiqh dan menjadi kitab pegangan pada ketika itu, bukan sahaja di seluruh Kerajaan Banjar tetapi sehingga ke seluruh Nusantara. Malah Kitab Sabilal Muhtadin ini dijadikan Dasar Negara Brunai Darussalam.

masjid sabilalMasjid Raya Sabilal Muhtadin, Banjarmasin juga insyaAllah akan dilawati

Besarnya jasa Kiyai Arsyad al-banjari ini sehinggakan Pihak Pemerintahan mendirikan satu Masjid Raya yang diberi nama Masjid Sabilal Muhtadin sempena karangan Kitab Fiqh beliau yang masyhur itu.

Melawat Makam Kiyai Haji Muhammad Zaini Abdul Ghani

Salah seorang Ulamak Tersohor dari Banjarmasin ialah Kyai Haji Muhammad Zaini Abdul Ghani atau terkenal dengan gelaran Abah Guru Sekumpul atau Tuan Guru Ijai. Beliau dilahirkan pada 11 Februari 1942 di desa Dalam Pagar dan meninggal dunia pada 9 Ogos 2005 pada usia 63 tahun. Beliau merupakan keturunan ke-8 dari Ulama Besar Banjar Maulana Syeikh Muhammad Arsyad al-Banjari.

Ketika berusia 7 tahun, beliau sudah hafal 30 juzuk al-Quran dan ketika berusia 9 tahun sudah hafal Kitab Tafsir Jalalain. Dan ketika berusia 10 tahun telah terjadi satu peristiwa besar pada dirinya. Beliau dianugerahi Allah kebolehan berupa Kasyaf Hissi iaitu mampu melihat dan mendengar apa yang tersembunyi dari pandangan pancaindera.

Ketika zaman kanak-kanak pada malam Jumaat, beliau pernah bermimpi melihat sebuah kapal besar turun dari langit.Di depan Pintu Kapal berdiri seorang Penjaga yang berjubah Putih dan di muka Pintu tertulis “Sapinah al-Auliya”. Beliau ingin masuk tetapi dihalau oleh Penjaga sehingga jatuh tersungkur. Lantas beliau tersedar dari mimpinya. Pada malam Jumaat berikutnya, mimpi yang serupa datang dalam tidurnya. Dan berulang sehingga malam Jumaat yang ketiga. Tetapi kali ini beliau dipersilakan masuk ke dalam Kapal Besar itu dan disambut oleh salah seorang Syeikh. Dan ketika beliau ke Tanah Jawa, tanpa disangka orang yang pertama kali menyambutnya dan menjadi Guru ialah orang yang menyambutnya dalam mimpi tersebut.

http://upload.wikimedia.org/wikipedia/id/e/ed/Wafat-guruijai2.jpg

Ribuan warga Kota Martapura dan sekitarnya berduyun-duyun menuju ke lokasi Guru Sekumpul dimakamkan.

Pusat Pendulangan Intan Permata

Kota ini juga terkenal kerana menjadi Pusat Pendulangan Intan dan Permata dan dianggap terbesar di daerah Kalimantan Selatan. Peserta akan dibawa melawat Pusat Penjualan Intan dan Permata di kawasan sini.

.-Aktiviti Mendulang Intan dan Permata

Pada Hari ke-3, peserta juga dibawa melawat Pasar Terapung yang terletak di Sungai Barito. Dan mengikut Program peserta juga akan dibawa menaiki Bot menyusuri Sungai Barito dan melawat satu Pulau yang dinamakan Pulau Kembang yang dihuni ratusan ekor Monyet dan Kera. Pulau Kembang ini ialah satu pulau yang berada di tengah Perairan sungai.

PASAR TERAPUNGPasar Terapung

Di samping itu peserta juga dibawa melawat Masjid Sabilal Muhtadin, Pusat Pembuatan dan Penjualan Kain Khas Kalimantan SASIRANGAN dan juga melawat Pusat Kerajinan Rotan dan banyak lagi.

Sebenarnya banyak maklumat mengenai Banjarmasin yang saya kongsi dalam blog ini. Pembaca boleh rujuk pada entry mengenainya.

Kepada yang berminat nak join saya dan isteri boleh emel atau call saya untuk mendapat Iternary Program di sana nanti. Pendaftaran adalah terhad mengikut siapa cepat.

Hubungi saya atau whatapps di talian 019-350 5395 atau 018-224 2611 atau isteri saya Hjh Norhayati 0193418822 atau emel ke booking@ajwatravel.net atau emel isteri kakyati@ajwatravel.net.

Wassalam.