Assalamualaikum wbt.

Syukur alhamdulillah atas maklum balas dan minat bakal-bakal jemaah untuk bersama Ajwa Travel bagi Umrah musim yang datang ini khususnya Disember 2014. Setelah membuat pertimbangan dan post mortem mengenai Umrah Disember 2013 yang lepas, maka kini Ajwa Travel telah membuat ketetapan untuk memilih syarikat Penerbangan AirAsia X dan Flynas bagi Umrah Musim Disember 2014 nanti.

Mengapa Air Asia X dan Flynas ?

Sebelum ini saya selalu nyatakan bahawa sektor Penerbangan Kuala Lumpur terus ke Madinah atau Masuk Makkah dan Balik Melalui Madinah sering menjadi kegemaran jemaah. Dan syarikat penerbangan yang menawarkan sektor destinasi berkenaan hanyalah Saudi Airlines dan juga MAS Charter. Tetapi saya perlu realistik. Seperti yang berlaku pada musim Disember yang lalu di mana booking Ajwa dibatalkan di saat-saat akhir kerana memberi laluan kepada syarikat besar, maka kali ini biarlah Ajwa beralah. Saya tidak mahu dianggap “cakap tak serupa bikin”, janji lain tetapi yang dapat lain.

seat ekonomi airasiaSeat Ekonomi Air Asia X

Untuk makluman seat untuk destinasi pilihan KUL/MED dan JED/KUL atau KUL/JED dan MED/KUL sudah dirembat awal oleh Travel Agensi yang besar dan sudah ada nama. Jika Ajwa nak dapatkan tiket pun mesti harganya sudah melambung tinggi. Almaklum bulan Disember 2014 ini ialah musim cuti sekolah dan Visa Umrah juga dijangka sudah dibuka. Ia dianggap “Super Peak Season” dan pastinya syarikat penerbangan akan ambil kesempatan untuk menaikkan harga tiket.

seat ekonomi flynasSeat Ekonomi Flynas

Maka alternatif terbaik ialah Air Asia X dan Flynas yang menawarkan penerbangan terus dari KLIA ke Jeddah dan Jeddah ke Kuala Lumpur. Ini bagi mengelakkan Penerbangan Transit yang pasti meletihkan dan lama dalam perjalanan. Mengapa tak naik MAS ? Harga tiket MAS juga mahal sama seperti tiket Saudi.

Fokus pada Penempatan di Makkah

Jadi lebih baik saya jimatkan kos tiket penerbangan dan memberi penumpuan kepada Hotel Penginapan yang dekat dengan Masjidil Haram. Tak da maknanya dapat flight cantik direct Madinah tetapi Hotel Penginapan jauh dari Masjidil Haram. Yang lebih utama ialah dapat Hotel yang dekat Masjid supaya mudah untuk kita ulang alik beribadah ke Masjid.

Jadual Umrah Disember 2014

1. Trip 1 (Flight Flynas) berlepas dari 11 Disember hingga 22hb Disember 2014.

2. Trip 2 (Flight Airasia X) berlepas dari 14 Disember hingga 25 Disember 2014.

3. Trip 3 (Flight Flynas) berlepas dari 18 Disember hingga 29 Disember 2014.

Kesemua Trip di atas dalam tempoh 12 hari dan 10 malam dan masing-masing ada Tour Leader atau Mutawwif yang mengiringi bersama-sama Jemaah dalam Flight.

 

Persamaan dan Perbezaan Flynas dan AirAsia X ?

Kedua-duanya ialah “Low Cost Carrier” yang menggunakan Pesawat jenis Airbus 330-300. Jumlah seat Air Asia X keseluruhan ada 377 seat. Manakala Flynas pula hanya ada 315 seat. Saiz Pesawat lebih kurang sama. Kedua-duanya  juga memberikan makanan 2 kali dalam Pesawat. Berat bagasi penumpang juga sama iaitu masa pergi 20kg dan masa balik 30kg bersama Air Zam Zam.

Petugas Kabin AirAsia X ialah rakyat Malaysia. Jadi mungkin kelihatan lebih mesra pelanggan dan mudah untuk jemaah berinteraksi dengan mereka. Sebelum ini Petugas Kabin Flynas orang Portugal, tetapi kabarnya bulan Disember nanti Flynas nak guna petugas kabin rakyat Malaysia..jadi sama-sama la kita tunggu dan lihat samada benar atau tidak.

Cuma kelebihan Flynas ialah ia menawarkan 40 seat Premium Ekonomi (ala business class) dengan tambahan RM800/perseat untuk pergi dan balik. Jadi bagi jemaah yang nak merasa lebih selesa sedikit di dalam pesawat boleh lah buat tempahan seat yang berkenaan. Berbeza dengan Seat Premium AirAsia X (ala First Class) yang cuma ada 12 sahaja yang perlu penambahan RM1000/perseat. Oleh kerana bilangan seat Premium tak banyak, maka siapa cepat dia dapat.

Sungguhpun penambahan kos dibuat bagi seat Premium di kedua-dua flight (AirAsia dan Flynas) tetapi makanan yang diberikan sama sahaja dengan jemaah seat Ekonomi. Tetapi saya anggap penambahan kos untuk seat Premium ini masih murah berbanding dengan Syarikat Penerbangan Umrah yang lain.

Bagaimana dengan Harga Pakej ?

Sebelum ini Ajwa ada Promosi Pakej Umrah Disember 2014 dengan memberi diskaun RM500 untuk sesiapa yang mendaftar sebelum atau pada 1 Ramadhan.

Sempena Bulan Syawal yang bakal menjelang, Ajwa Travel ingin membuat Promosi Syawal iaitu sesiapa yang mendaftar sebelum atau pada 30 Syawal 1435H akan diberi diskaun RM200 seorang bagi setiap Pilihan Jenis Pakej yang disertainya:-

Harga Pakej Ekonomi – RM 5800/pax

Untuk muatan sebilik berempat, harga asal RM 6000 diberi diskaun RM200, maka Harga Selepas Diskaun ialah RM 5800 seorang. Jika jenis sebilik bertiga, maka tambahan RM200 seorang dari RM5800. Jika mahu sebilik berdua, maka tambahan RM500 seorang dari RM5800.

jarak hotelHotel Penginapan di Makkah pada jarak 200 meter ke Masjidil Haram

Harga Pakej Super Ekonomi – RM 6300/pax

Untuk sebilik berempat, harga asal ialah RM6500 diberi diskaun RM200, maka Harga selepas Diskaun ialah RM 6300 seorang. Jika ambil jenis sebilik bertiga, tambahan RM300 seorang dari RM6300. Manakala jika mahu sebilik berdua, tambahan RM 700 seorang dari RM6300.

 

jewarHotel Broj Jewar (di tengah foto). Gambar diambil dari Pintu 1 Masjidil Haram

Hotel Penginapan ialah di Broj Jewar pada jarak 100 meter ke Masjidil Haram dan bersebelahan dengan Hotel Safwah Tower.

Harga Pakej Idaman 2 – RM 7300/pax

Sebelum ini saya cuba promote Hotel Anjum pada harga RM7000 tanpa lunch dan Dinner di Makkah. Tetapi kunjungan saya pada awal Ramadhan yang lepas mendapati kedudukan Hotel Anjum kurang sesuai untuk mereka yang mahu Hotel yang dekat dengan Masjidil Haram. Sememangnya jarak Hotel Anjum dengan Masjidil Haram dekat, tetapi untuk jemaah sampai ke Dataran Kaabah agak jauh juga.

Oleh yang demikian, saya ambil keputusan untuk meletakkan jemaah di Hotel Safwah Orchid yang sememangnya hampir dengan Masjidil Haram pada jarak 50 meter sahaja.

safwah1Hotel Safwah Royal Orchid paling hampir dengan Masjidil Haram

Tetapi harga Hotel Safwah sememangnya mahal. Dan Harga yang ditawarkan sebelum Diskaun Promosi Syawal ialah RM7500 seorang tanpa “Lunch” dan “Dinner” di Makkah. Selepas diskaun RM200 maka Harga untuk sebilik berempat ialah RM7300 seorang. Jika sebilik bertiga maka tambahan RM500 seorang dari RM7300. Manakala untuk sebilik berdua, tambahan RM1200 dari RM7300.

Nota

Harga Pakej yang ditawarkan meliputi Kos Tiket Penerbangan Kelas Ekonomi Pergi dan Balik, Hotel Penginapan ( 3 malam di Madinah dan 7 malam di Makkah), bas Eksklusif termasuk lawatan di Madinah dan Makkah, Makan Minum mengikut Iternary Perjalanan di Tanah Suci dan khidmat Pengurusan Umrah termasuk belanja Visa Umrah. Tidak ada penambahan kos yang lain kecuali jika ada jemaah yang memohon untuk di “upgrade” seat mereka dari seat Ekonomi kepada seat Premium Ekonomi.

Lawatan ke Jeddah secara Percuma

InsyaAllah seperti di tahun-tahun lepas, Ajwa Travel merancang untuk mengadakan Lawatan ke Jeddah secara Percuma kepada Jemaah Ajwa. Antara tempat menarik yang dilawati ialah Makam Hawa, Masjid Qisas, membeli-belah di Kompleks Corniche dan juga Balad, menyusuri Pantai Laut Merah sambil menikmati keindahan Bandar Jeddah  dan di akhiri dengan makan malam di kawasan Air Pancut yang tertinggi di dunia.

cornicheKompleks Corniche di Jeddah

Pendaftaran

Ajwa Travel mengalu-alukan pendaftaran awal jemaah sempena Promosi Syawal ini. Harga akan kembali kepada asal selepas Promosi Syawal tamat. Emel nama-nama jemaah kepada emel hjiqbal@ajwatravel.net atau emel isteri saya kakyati@ajwatravel.net. Bayaran deposit RM1000/pax  boleh di bank-in ke akaun Maybank Islamic atas nama Ajwa Travel & Tours Sdn Bhd di no. 5624-6930-9729 dan selepas bank in jangan lupa emel salinan slip bank sebagai bukti pembayaran.

Jika ada pertanyaan lanjut atau jika ada sesiapa yang berminat untuk menjadi Agen Umrah Ajwa Travel, boleh hubungi saya di 019-350 5395 atau 011-2200 7695 atau no. handphone isteri saya Kak Yati di 019-341 8822.

Selamat Menunaikan Ibadah Puasa dan Selamat Menyambut Hari Raya “Idil Fitri yang bakal menjelang.