Assalamualaikum wbt.

tawaf1

Syukur alhamdulillah, promosi Umrah Ajwa untuk bulan Disember 2015 menampakkan hasilnya. Kesemua Trip menggunakan flight Airasia X terus ke Jeddah, dan masih ada kekosongan lagi untuk Trip Pakej Ekonomi yang berlepas pada 9 Disember 2015. Manakala Trip Pakej Idaman yang berlepas pada 15 Disember 2015 dan Pakej Ekonomi yang berlepas pada 21hb Disember 2015 telah pun penuh.

Kepada yang ingin menyertai Umrah bersama Ajwa pada Disember 2015 ini, bolehlah ambil PakejTrip 9 Disember 2015 yang akan diketuai oleh saya sendiri bersama isteri saya Hjh Norhayati. Isteri saya akan berperanan sebagai Mutawif wanita ketika program Ziarah Dalam di Madinah nanti. Beliau akan memimpin jemaah wanita ketika memasuki Raudhah, insyaAllah.

Untuk makluman, mengikut perancangan saya dan isteri akan berada di Tanah Suci bermula pada 9 Disember 2015 (bersama Kumpulan Awal) hingga keberangkatan pulang Kumpulan yang terakhir pada 30hb Disember 2015 nanti. InsyaAllah untuk program Ziarah Manasek Haji dan Ziarah Tambahan  di Makkah dan Kumpulan Jemaah Ajwa akan diketuai oleh saya sendiri.

Malaysia_Airlines_B777-200ER

Jadual Umrah Ajwa Musim 2016

Untuk musim Umrah 2016, saya bercadang untuk menggunakan Penerbangan MAS Charter (sewa khas) yang mengambil pendekatan sektor Kuala Lumpur ke Madinah dan balik Jeddah ke KLIA atau KLIA ke Jeddah (masuk Makkah dahulu) dan balik dari Madinah ke KLIA. Saya percaya ramai yang menggemari Penerbangan Terus ke Madinah ataupun yang jenis terus ke Jeddah dan balik melalui Madinah.

Jadual Umrah yang menggunakan Penerbangan MAS Charter ini akan bermula pada bulan Januari dan seterusnya. Untuk bulan Disember 2015, Ajwa tidak mengambil penerbangan MAS Charter kerana faktor harganya yang tinggi berbanding flight Airasia X. Almaklum bulan Disember 2015 ialah musim “Super Peak Season” di mana rata-rata harga tiket flight sememangnya dijual pada harga yang amat tinggi.

Berikut ialah maklumat mengenai Jadual Umrah Ajwa musim 2016 yang menggunakan Penerbangan MAS Charter.

Presentation1

Harga Pakej Idaman musim 2016

Untuk Pakej Idaman 2 (hotel 5 bintang di Makkah), harga bermula dari RM7800 (sebilik 4 orang), RM8400 (sebilik 3 orang) dan RM9400 (sebilik 2 orang). Maklumat mengenai Hotel Anjum ada pada entry sebelumnya.

Jemaah akan menginap di Hotel Anjum di Makkah dan Hotel Ansar Golden di Madinah. Di Makkah, jemaah akan disediakan kemudahan makan 2 kali iaitu ketika sarapan pagi dan makan malam. Manakala di Madinah, jemaah makan 3 kali sehari di Hotel Ansar Golden.

Bagi Pakej Idaman 1 yang menginap di Hotel Safwah Orchid, harga Pakej ialah RM8500 (sebilik 4 orang), RM9200 (sebilik 3 orang) dan RM10200 (sebilik 2 orang). Di Madinah, jemaah menginap di Hotel Ansar Golden.

Harga Pakej Ekonomi musim 2016

Harga bermula dari RM6800 (sebilik 4 orang), RM7200 (sebilik 3 orang) dan RM7700 (sebilik 2 orang). Harga yang diberikan meliputi kos tiket penerbangan, hotel penginapan di Makkah dan Madinah, makanan mengikut Iternary, perkhidmatan Mutawif dan pengurusan Umrah, pengangkutan bas berhawa dingin termasuk Program Ziarah di Makkah dan Madinah.

Hotel Penginapan Pakej Ekonomi

Jemaah akan menginap di Hotel Jawad al-Taj di Makkah pada jarak sekitar 200 meter ke Masjidil Haram. Manakala di Madinah, jemaah menginap di Hotel Rehanah Mubarak (150 meter ke Masjid Nabawi)

Makanan di Tanah Suci

Jemaah disediakan makanan 3 kali sehari di Makkah dan Madinah. Sarapan Pagi selepas solat Subuh, waktu Makan Tengahari selepas Zuhur dan waktu makan Malam selepas Solat Isyak.

Program Ziarah di Tanah Suci

Aktiviti program seperti Ziarah di Makkah dan Madinah adalah seperti biasa. Pembaca boleh rujuk pada entry terdahulu di bawah tajuk Ziarah Dalam Masjid Nabawi , Ziarah Luar Madinah, dan Ziarah Wajib – Manasek Haji.

Ada satu lagi program Ziarah Tambahan iaitu jemaah dibawa melawat Muzium Haramain sebelum mengambil Miqat Umrah di Masjid Hudaibiyah. Untuk makluman penganjur Pakej Umrah telah dilarang untuk membawa jemaah melawat Ladang Unta atas langkah pencegahan dari jangkitan virus Merckovi.

Pendaftaran Umrah

Kepada yang merancang untuk menunaikan Umrah bersama Ajwa Travel atau mahu mengetahui dengan lebih detail Pakej Umrah yang ditawarkan oleh Ajwa Travel, boleh call saya 019-3505395 atau isteri Hjh Norhayati di 019-3418822 atau emel maklumat nama-nama jemaah kepada umrah@ajwatravel.net.

Untuk makluman, mengikut perancangan saya akan membawa Group Umrah musim 2016 yang berlepas pada 10 Februari 2016 mengikut Pakej Umrah Idaman 2.