Assalamualaikum wb.

Syukur alhamdulillah, jemaah Ajwa untuk bulan Disember yang lalu telah selamat pergi dan balik dari Tanah Suci di kala terdapat beberapa agensi yang mengalami masalah mendapatkan Tiket Penerbangan sungguhpun telah memperolehi Visa. Sekembalinya saya dari Tanah Suci, kabar yang didengar ialah jemaah Umrah semakin bertambah ramai di sana dan masalah mendapatkan bilik Hotel bertaraf bintang masih lagi berlaku seperti yang dialami pada bulan Disember yang lalu.

flight saudiUntuk Jadual Umrah Musim Baru 2014 ini, saya cuba berusaha untuk mendapatkan flight yang terus masuk ke Madinah. Ini kerana saya percaya ramai bakal jemaah yang suka memilih sektor KUL/Madinah berbanding sektor KUL/Jeddah atau terpaksa transit di Negara Ketiga. Pada awalnya, saya ditawarkan oleh sebuah agensi untuk mengambil Penerbangan MAS Charter, sungguhpun Jadualnya agak pelik sedikit kerana tempoh Perjalanannya ada yang 9 hari sahaja, ada yang 11 hari dan ada yang 12 hari.  Tetapi rupa-rupanya syarikat yang membuat tawaran kepada saya sendiri menarik diri dari memajak Penerbangan MAS Charter ini.

Maka pilihan yang ada kini ialah Penerbangan Saudi Charter mengikut sektor Kuala Lumpur terus ke Madinah dan balik melalui Jeddah. Oleh yang demikian entry terdahulu terpaksa saya keluarkan dari blog ini bagi mengelakkan kekeliruan. Sekiranya penerbanagn Saudi Charter ini telah “fully booked” maka alternatif lain ialah mengambil flight Saudi Commercial yang terus ke Madinah atau balik melalui Madinah

Saya juga tidak ada masalah untuk menggunakan Penerbangan AirAsia X kerana faktor harga tiket yang rendah berbanding yang lain. Yang penting sektor Penerbangan terus ke Jeddah dan tidak transit di negara ketiga.

Perubahan Harga Hotel di Makkah dan Madinah

Musim baru ini menyaksikan sikap Pengusaha Hotel di Makkah dan Madinah yang sesuka hati menaikkan harga bilik atas alasan mereka menanggung kerugian pada bulan Ramadhan yang lalu kerana kurangnya jemaah yang menginap di Hotel mereka. Untuk makluman bulan Ramadhan yang lalu memang Visa Umrah seolah-olah disekat dan ramai yang tak dapat pergi Umrah. Apabila bermula musim baru dan ditambah dengan kehadiran jemaah Umrah yang bertambah ramai, maka mereka mengambil kesempatan untuk menaikkan harga bilik.

Sebenarnya ramai manusia di luar sana yang tergamak melakukan sesuatu yang berlawanan dengan nilai-nilai murni demi mengejar keuntungan. Bayangkan mereka sanggup membatalkan Tempahan Bilik di hotel bertaraf bintang apabila ada jemaah Arab yang “walk in” dan menawarkan harga bilik yang lebih tinggi dari tempahan sebelumnya. Sedihnya dah ada Tag Line “itu lah orang Arab”,

Di bawah ini ialah Cadangan Jadual Umrah untuk Ajwa Travel bagi musim 2014.

Bulan Mac 2014

TARIKH

SEKTOR

NO FLIGHT

BERLEPAS

KETIBAAN

SUPER EKONOMI (RM)

UMRAH IDAMAN (RM)

BIL HARI

08 MAC14

19 MAC 14

KUL/MED

JED/KUL

SV 2799

SV 2796

1855

0301

2230

1655

6300

8200

12H/11M

19 MAC 14

29 MAC 14

KUL/MED

JED/KUL

SV 2799

SV 2798

1855

0301

2330

1655

6800

8700

11H/10M

29 MAC 14

9 APR 14

KUL/MED

JED/KUL

SV 2799

SV 2796

1855

0301

2230

1655

6500

8500

12H/11M

Bagi tarikh 8hb Mac 2014, kepada yang berminat boleh bersegera menyerahkan semua dokumen untuk tujuan pemprosesan Visa Umrah.

Bulan April 2014

TARIKH

SEKTOR

NO FLIGHT

BERLEPAS

KETIBAAN

SUPER EKONOMI (RM)

UMRAH IDAMAN (RM)

BIL HARI

5 APR 14

16 APR 14

KUL/MED

JED/KUL

SV 2799

SV 2796

1855

0301

2230

1655

6500

8500

12H/11M

16 APR 14

26 APR 14

KUL/MED

JED/KUL

SV 2799

SV 2798

1855

0301

2230

1655

6300

8200

11H/10M

Bulan Mei 2014

TARIKH

SEKTOR

NO FLIGHT

BERLEPAS

KETIBAAN

SUPER EKONOMI (RM)

UMRAH IDAMAN (RM)

BIL HARI

14 MEI 14

24 MEI 14

KUL/MED

JED/KUL

SV 2799

SV 2798

1855

0301

2230

1655

6300

8200

11H/10M

21 MEI 14

31 MEI 14

KUL/MED

JED/KUL

SV 2799

SV 2798

1855

0301

2230

1655

6300

8200

11H/10M

28 MEI 14

07 JUN 14

KUL/MED

JED/KUL

SV 2799

SV 2798

1855

0301

2230

1655

6800

8700

11H/9M

31 MEI 14

11 JUN 14

KUL/MED

JED/KUL

SV 2799

SV 2796

1855

0301

2230

1655

7000

9000

12H/11M

 

Bulan Jun 2014

TARIKH

SEKTOR

NO FLIGHT

BERLEPAS

KETIBAAN

SUPER EKONOMI (RM)

UMRAH IDAMAN (RM)

BIL HARI

07 JUN 14

18 JUN 14

KUL/MED

JED/KUL

SV 2799

SV 2796

1855

0301

2230

1655

7000

9000

12H/11M

Harga Mengikut Muatan Bilik

Bagi Pakej Super Ekonomi, harga yang dipamir di atas ialah untuk sebilik berempat. Bagi Pakej Super Ekonomi untuk tambahan RM300 untuk sebilik bertiga. Dan tambahan RM800 seorang dari Harga Pakej untuk sebilik berdua.

Manakala Pakej Idaman, harga yang di atas ialah untuk sebilik berdua. Tambahan RM500 untuk sebilik bertiga dan tambahan RM1200 seorang untuk  sebilik berdua.

Kenaikan Harga Pakej memang tidak boleh dielakkan kerana perubahan Harga Bilik Hotel di Makkah dan Madinah. Memang ada hotel yang lebih murah, tetapi saya tidak mahu meletakkan Jemaah Ajwa di lokasi yang jauh dari Masjid.

Hotel Penginapan di Madinah

alharam madinahHotel Al-Haram Madinah

Bagi kedua-dua standard Pakej Idaman dan Super Ekonomi, jemaah akan menginap di Hotel Al-Haram Madinah (Fullboard). Jemaah akan makan 3 kali sehari di Hotel berkenaan dengan menggunakan Catering Hotel Al-Haram sendiri. Saya memilih Hotel ini kerana pasarananya yang menambat hati saya.

Selain dekat dengan Masjid Nabawi (khususnya bagi jemaah wanita memasuki Raudhah), hotel ini juga mempunyai lebih dari 10 lif yang bersaiz besar. Jemaah tidak perlu berebut-rebut untuk mendapatkan lif untuk naik memasuki bilik. Di samping itu kemudahan Dewan Makan yang luas membuatkan jemaah tiada masalah untuk mendapatkan meja dan kerusi untuk makan berbanding hotel-hotel bersebelahan.

Hotel Penginapan di Makkah

Bagi jemaah Pakej Super Ekonomi, hotel penginapan ialah di Broj Jewar kira-kira 100 meter berjalan kaki ke Masjidil Haram. Kedudukannya terletak di jalan belakang Istana Raja bersebelahan Hotel al-Massa dan juga bersebelahan dengan Safwah Tower.

Manakala bagi Pakej Idaman pula, hotel penginapan ialah di Hotel bertaraf bintang iaitu di Hotel yang terletak di Safwah Tower  atau setaraf dengannya.

Barangan Hadiah dari Ajwa

Kepada jemaah yang sudah mendaftar, antara barangan hadiah yang diberikan kepada jemaah ialah Beg Troly Ajwa, Beg Sandang Ajwa, Telekung Ajwa (jemaah wanita), T’shirt Ekskusif Ajwa (jemaah lelaki), Uncang Kasut Ajwa, Buku Panduan Umrah (terbitan sendiri) dan juga Air Zamzam 10 liter (diberikan di Tanah Suci). Manakala Kursus Umrah diberi secara percuma samada diadakan di Masjid Negeri Selangor di Shah Alam. Atau boleh juga diadakan di tempat jemaah sekiranya ramai.

Kepada yang berminat untuk mendaftar, boleh emel kepada hjiqbal@ajwatravel.net atau kakyati@ajwatravel.net atau hubungi saya di no talian yang tertera di penjuru atas blog ini. Wassalam.