Assalamualaikum wbt.

Syukur alhamdulillah semakin ramai yang bertanya kepada saya bila Pakej Umrah Ajwa akan bermula hujung tahun ini. Mereka mahu melihat Jadual Keberangkatan kerana mahu merancang perjalanan. Ini kerana ada yang menunggu anak habis periksa SPM, ada yang mahu menunggu Jadual Universiti anak-anak dan juga hal-hal lain. Sememangnya pergi Umrah bersama keluarga (anak-anak) adalah antara saat yang terindah dan manis dalam hidup.

Seperti juga saya, pergi seorang diri menjaga jemaah tidak sama jika pergi bersama isteri dan anak-anak. Sementelah anak-anak sudah semakin besar dan meningkat remaja maka pemergian dengan mereka pasti lebih bermakna kerana mereka sudah dapat menghayati ibadah Umrah yang sebenarnya. Bukan seperti masa kecil dahulu, mereka hanya tahu main-main sahaja.

Seperti yang dimaklumkan dalam entry yang lepas, Ajwa akan setting Pakej Umrah Idaman 1, Idaman 2 dan Ekonomi bagi memenuhi impian jemaah menunaikan Umrah sesuai dengan budget masing-masing.

AirAsia_X_Airbus_A330-300

Penerbangan Air Asia X

Ajwa mengambil keputusan untuk menggunakan Flight Air Asia X sektor Kuala Lumpur ke Jeddah dan Jeddah ke Kuala Lumpur untuk semua Pakej Umrah Ajwa samada Pakej Ekonomi, Pakej Idaman 1 dan Idaman 2.

Tempoh Perjalanan pergi hingga balik ialah 12 Hari dan 10 Malam. Untuk semua jenis Pakej, di Madinah menginap 3 malam dan di Makkah menginap 7 malam.

seat ekonomi airasia

 

2015-06-21 07_01_20-Jadual Umrah Disember 2015 - Microsoft Word

Nota : Tiba di KLIA2 pada 20 Disember 2015, jam 8.30 pagi.

Pilihan Tarikh Yang Lain

2015-06-21 07_01_34-Jadual Umrah Disember 2015 - Microsoft Word

Nota : Tiba di KLIA 2 pada 23 Disember 2015, pada jam 8.30 pagi

2015-07-31 09_59_27-Jadual Umrah - Microsoft Word

Nota : Tiba di KLIA 2 pada 27 Disember 2015, pada jam 8.30 pagi

2015-06-21 07_03_00-Jadual Umrah Disember 2015 - Microsoft Word
Nota : Tiba di KLIA 2 pada 1 Januari 2016, pada jam 8.30 pagi

Mengapa Flight AirAsia X ?

Sebab utama Ajwa memilih flight AirAsia X ini kerana faktur harga tiket yang murah berbanding dengan penerbangan yang lain. Jika perbezaan harga antara flight ada yang sehingga RM500 dan ke atas, maka lebih ekonomik dan menjimatkan kita menggunakan AirAsia X sahaja. Dapat jimatkan kos tiket dan boleh diberi nilai tambah pada Hotel Penginapan dan juga servis.

Tambahan pula flight AirAsia X ini juga direct ke Jeddah dari KLIA2 dan tiada transit. Perjalanan ke Arab Saudi mengambil masa 9 jam sahaja. Berbeza jika mengambil flight Transit yang pastinya lebih lama lagi untuk sampai.

Harga Pakej Ekonomi

Harga Anggaran untuk sebilik berempat ialah RM 6500 seorang. Bilik bertiga ialah RM 6800 seorang, manakala sebilik berdua ialah RM 7200 seorang.

Hotel di Madinah ialah Hotel Rehanah Mubarak pada jarak 150 meter ke Masjid Nabawi. Manakala hotel di Makkah ialah Hotel Jawad al Taj pada jarak 200 meter ke Masjidil Haram.

Pakej Idaman 1 dan 2

Perbezaan Pakej Idaman ialah Ajwa menempatkan jemaah di Hotel bertaraf bintang dan dekat dengan Masjidil Haram. Manakala di Madinah pula hotelnya juga paling hampir dengan Masjid Nabawi iaitu Hotel Ansar Golden.

Perancangan awal Ajwa ingin memilih Penerbangan Emirates bagi flight Pakej Idaman. Akan tetapi harga yang baru dikeluarkan amat mengejutkan saya. Terlalu mahal. Jadi lebih baik saya menggabungkan sahaja Pakej Idaman 1 dan 2 ini dengan Pakej Ekonomi pada flight AirAsia X.

Secara lebih mudah, maklumat mengenai Pakej Umrah Idaman ialah seperti berikut :-

2015-05-29 19_10_38-New Microsoft Word Document - Microsoft Word

Untuk makluman, bagi Pakej Idaman 1 hanya akan dibuat pada awal bulan Disember 2015 dan tidak pada minggu akhir bulan Disember 2015.

Kelebihan Lokasi Anjum

Melihat kepada senario yang berlaku di Masjidil Haram, untuk bulan Disember nanti keadaan pasti terlalu sesak dan padat dengan jemaah di kawasan sekitar depan Safwah dan bangunan Zamzam Tower. Ini kerana jemaah datang dari 3 penjuru iaitu dari arah Ajyad, arah Zamzam Tower dan dari arah Misfalah.

Satu-satunya laluan yang paling tidak sibuk ialah datangnya dari arah Hotel Anjum. Ini kerana hanya ada 2 hotel utama yang datang dari arah Jabal Kaabah iaitu Hotel Anjum dan Hotel Kenzi. Jemaah yang datang dari arah Hotel Anjum sememangnya santai dan tidak perlu bersesak-sesak untuk masuk ke Masjidil Haram. Kabarnya bangunan tambahan Masjidil Haram baru sahaja siap dan ini menjadikan jarak Hotel Anjum ke Haram amat dekat sekali.

Pendaftaran

Kepada yang berminat, sila daftar awal. Ini kerana setiap Group hanya terhad 40 orang sahaja dengan seorang Tour Leader. Jika ada lebihan, maka ia akan dimasukkan dalam Group yang berlepas kemudian.

Bakal jemaah boleh emel nama-nama yang ingin menyertai ke alamat emel umrah@ajwatravel.net atau emel kakyati@ajwatravel.net. Jangan lupa beri juga no. handphone untuk dihubungi.  Boleh juga whatapps ke no. handphone saya 019-3505395 atau no.handphone Hjh Norhayati 019-3418822. Jika ingin lebih pencerahan boleh hubungi kedua-dua no. handphone berkenaan.

Selepas itu tuan/puan bakal jemaah boleh bank-in deposit RM 1000/ seorang ke akaun Maybank Islamic no.5624-6930-9729 atas nama Ajwa Travel & Tours Sdn Bhd. Kemudian boleh hantar salinan bank in slip sebagai bukti bayaran samada melalui whatapps atau emel.

Hanya yang membayar deposit sahaja yang Ajwa anggap serius untuk menunaikan Umrah bersama Ajwa. Maknanya nama-nama yang diemel hanya akan dikira daftar setelah pembayaran deposit dibuat.

Ajwa akan memberikan maklumat terkini dari masa ke semasa melalui emel atau whalapps mengenai keperluan dokumen umrah, tarikh kursus umrah, pengambilan barang hadiah dan hal-hal yang berkaitan dengannya.

Sekian dan Wassalam