Assalamualaikum wbt dan bertemu kembali.

20161015_092648

Pagi hari di Istanbul begitu mendinginkan sekali. Rasa hati tidak sabar untuk meneroka khazanah sejarah yang ada di Kota Istanbul. Kami dimaklumkan lokasi pertama yang akan dilawati ialah Hagia Sophia iaitu satu bangunan yang suatu ketika dahulu Gereja, kemudiannya menjadi Masjid dan akhirnya dijadikan Muzium oleh Kamal Ataturk.

20161015_093148

Ketika sampai di sini suasana agak lengang. Samada kami yang awal sampai atau iklim industri pelancungan di Turki yang benar-benar merosot hingga 80% seperti kata Mr Sakir. Dari kejauhan kami dapat lihat bangunan Hagia Sophia yang tersergam indah. Kami tidak perlu beratur panjang untuk memasuki kawasan Hagia Sophia. Terima kasih kepada Mr Sakir yang begitu cekap menguruskan rombongan kami sehingga kami tidak perlu menunggu lama untuk mendapatkan tiket masuk ke Hagia Sophia.

20161015_094012

Hagia Sophia atau dalam bahasa Turki Kebijaksanaan Suci ialah satu bangunan megah yang menjadi mercu tanda Istanbul. Keistimewaaan bangunan ini terletak kepada seni bina yang begitu mengkagumkan kerana ianya dibina sekitar 1400 tahun lampau. Hagia Sophia yang kubahnya yang sebegitu tinggi dengan jendela-jendela di atasnya menumpahkan cahaya keemasan ketika memasuki ke dalamnya. Timbul rasa kagum di dalam hati betapa bangunan secantik ini boleh dibina pada zaman 1400 tahun lampau.

20161015_095443

Saya seperti melihat satu hadiah hasil karya seni orang-orang terdahulu. Jelas kelihatan di langit-langit atau kubah sebelah atas bangunan lukisan imej-imej Kristian hasil dari gabungan susunan mozek. Betapa sukarnya untuk menghasilkan seni lukisan sedemikian kerana ianya kekal dilihat sehingga sekarang. Tak terucap dengan kata-kata betapa kagumnya saya dengan kecantikan seni bina dan hiasan dalaman Hagia Sophia.

20161015_095456

20161015_101303_001

20161015_102121

Kemudian kelihatan juga tulisan kaligrafi jawi kalimah Allah, Nabi Muhammad saw dan juga nama-nama sahabat di langit-langit bangunan Hagia Sophia yang dibangunkan setelah penaklukan Empayar Ottoman kemudiannya. Saya juga melihat susunan solat jemaah juga agak senget sedikit menunjukkan bangunan ini sememangnya gereja dan apabila dijadikan Masjid kedudukan arah kiblat senget sedikit ke kanan dan bukannya “center” seperti masjid-masjid yang ada sekarang.

20161015_095629

20161015_100105

Sayang sekali ketika kunjungan saya ke sini sebahagian Hagia Sophia dalam kerja pembaikan sehingga saya tidak dapat merakamkan gambar keseluruhan isi dalam bangunan kerana terlindung atau ditutupi dengan besi-besi yang bersambung-sambungan.

20161015_101553

Saya menaiki tangga untuk pergi ke tingkat atas bangunan. Di bangunan tingkat atas saya lihat banyak imej lukisan Kristian seperti lukisan imej kononnya ia Nabi Isa as, ibunya Mariam dan imej Kristian yang lain.

20161015_101611

20161015_101216

Untuk memahami Hagia Sophia ini ada baiknya kita imbau kembali sejarah silamnya..kerana dengan mengetahui sejarah lawatan kita di sesuatu tempat akan lebih bermakna.

20161015_101417

Sejarah Hagia Sophia sebagai Gereja

Kota Konstantinopel nama sebelum ditukar kepada Istanbul dibangunkan ribuan tahun yang lalu oleh seorang Pahlawan Lagenda Yunani bernama Byzas sehingga disebut Empayar Byzantium. Kaisar Konstantin memindahkan ibukota Rom Timur ke kota ini dan semenjak itu kota ini dikenali kepada Konstantinopel  dan negaranya disebut Byzantium.

20161015_100830

Kaisar Byzantium banyak mendirikan gereja dan yang paling mewah ialah Hagia Sophia hingga dianggap Holy Wisdom Church. Hagia Sophia ini dibina dalam jangka waktu 6 tahun dan siap pada tahun 537 Masihi. Ketika itu belum ada bangunan yang mampu menyaingi  luas dan tinggi kubahnya sehingga abad 16 ketika Sultan membangunkan Blue Mosque.

Hagia Sophia menjadi gereja selama 916 tahun sebelum ianya bertukar menjadi Masjid.

20161015_095418

Hagia Sophia sebagai Masjid

Atas kemenangan Sultan Mehmed II atau Muhammad al-Fatih menakhluki kota Konstantinopel maka ia menukar nama kota ini kepada Istanbul yang bermaksud Kota Islam. Di bawah kekuasaan Empayar Ottoman, Sultan memutuskan agar Hagia Sophia dijadikan Masjid Kota dan azan mulai dikumandangkan di langit Hagia Sophia sejak dari itu.

Setiap lukisan yang berimej Kristian di dindingnya ditutup dan diberi hiasan ayat-ayat al-Quran, simbol Kristian dan patung-patung berimej makhluk hidup dipadamkan dan dibersihkan. Dan pada hari Jumaat 1 Jun 1453 didirikan Solat Jumaat yang pertama di Hagia Sophia.

Hagia Sophia menjadi sebuah masjid selama 482 tahun sebelum diubah menjadi Muzium oleh Kamal Atartuk.

20161015_101127

Hagia Sophia sebagai Muzium

Ketika Turki menjadi Republik dan tumbangnya Kekuasaan Empayar Islam Ottoman pada tahun 1935, presiden Kamal Ataturk memerintahkan diubah Hagia Sophia menjadi Muzium. Bermula dari itu Hagia Sophia dibongkar sejarah silamnya dengan menampakkan kembali simbol lukisan imej Kristian seperti yang kita dapat lihat sekarang iaitu ada dua simbol imej agama iaitu Islam dan Kristian.

20161015_101518

Melihat kepada keindahan Hagia Sophia hati jadi terharu mengenangkan zaman keagungan Islam yang direbut oleh puak sekular Kamal Ataturk. Saya dapati sebahagian besar rakyat Turki masih mengkagumi Kamal Ataturk sebagai seorang Tokoh Negawan unggul. Buktinya di mana-mana hotel atau restoran yang kami singgah masih tergantung lagi gambar Kamal Ataturk di dinding-dinding premis mereka. Begitu kuat pengaruh sekular walaupun Turki kini di bawah kekuasaan Parti Islam kepimpinan Erdogan.

20161015_100849

Saya berdoa semoga Turki terus unggul di bawah kepimpinan Erdogan sehingga negara Turki kembali ke zaman kegemilangan Islam seperti yang pernah dilalui sebelumnya.

bersambung…cerita mengenai Istana Top Kapi pula..