Assalamualaikum wbt.

Seperti yang selalu diutarakan, Pakej Umrah Idaman di setting bagi memberi perkhidmatan yang terbaik demi kepuasan jemaah. Oleh yang demikian, permasalahan utama jemaah Umrah di tanah suci akan cuba diminimakan demi memastikan jemaah kekal fokus dalam ibadah. Kehendak jemaah yang inginkan penerbangan direct terus ke Madinah dan juga penginapan yang hampir dengan masjid menjadi keutamaan. Namun jemaah harus bersedia untuk membayar lebih bagi mendapatkan yang terbaik. Lebih pun tak banyak, anggaran kasar lebih RM1000 – RM2000 aje berbanding pakej ekonomi yang hotel penginapannya jauh dari masjid.

Madinah al Munawarrah

Hotel penginapan di Madinah terletak di sebelah kiri belakang Masjid Nabawi. Samada hotel Ansar Golden, Dallah Taibah, Bahaudin atau Mubarak Madinah, lokasinya berdekatan dengan deretan kedai yang menjual pelbagai Makanan dan “money changer” selain kedai farmasi.

Bangunan hotel yang dimaksudkan diambil dari Pintu Pagar Masjid Nabawi

Kesemua hotel yang dimaksudkan berstandard ekonomi. Kami tidak mensyorkan hotel bertaraf 5 bintang seperti Oberoi ataupun Hilton Madinah kerana kosnya amat tinggi sekali. Kecuali jemaah berkehendak.

Gambar-gambar Hotel Ansar Golden di Madinah

Kawasan Lobi Hotel Ansar GoldenDewan Makan

 Jarak Hotel ke Masjid Nabawi

Makkah al-Mukaramah

Hotel Penginapan di Makkah semestinya yang berhampiran dengan Masjidil Haram dan bertaraf 5 bintang. Samada hotel-hotel yang terdapat di dalam Safwah Tower seperti Safwah Royale Ochid, Dar Eiman atau al-Ghufran. Atau hotel-hotel yang terdapat dalam bangunan ZamZam Tower seperti Retaj al-bayts, Movenpick, Rayhan by Rotanna, Raffles atau Zamzam Tower.

Penginapan hotel di Makkah untuk Pakej Umrah Idaman

Untuk bulan Ramadhan ini, harga hotel-hotel yang terdapat pada gambar di atas meningkat dengan begitu drastik sekali. Tetapi jika berkemampuan apa salahnya. Wang yang dibelanjakan untuk mendapat keredhaan Allah, pasti Allah akan ganti dengan ganjaran yang berlipat kali ganda.

Cuma jika pembaca berhasrat menginap di hotel-hotel yang berkenaan, boleh pergi Umrah di awal musim iaitu pada bulan Februari 2013 nanti iaitu selepas visa Umrah dibuka semula selepas selesai musim Haji. Ketika itu harga hotel-hotel yang berkenaan tidaklah terlalu mahal seperti bulan Ramadhan ini.

Bilik Tidur di Safwah Royale Orchid

Untuk musim umrah 2013, saya akan setting 2 standard Pakej Umrah Idaman iaitu Idaman 1 dan Idaman 2. Untuk Idaman 1, penginapan di hotel Retaj al-bayts atau Movenpick dalam bangunan Zamzam Tower. Atau penginapan di dalam Safwah Tower seperti Safwah Royale Orchid atau Dar Eiman.

Bilik di Retaj al-bayt ada 2 tingkat

Manakala Idaman 2 pula akan menginap di hotel Fairmont, iaitu bilik hotel di bawah Jam Besar Zamzam Tower. Dari segi harga, Idaman 1 lebih tinggi sedikit dari Idaman 2 atas faktor harga bilik penginapan.

Sajian Makanan di Makkah

Jemaah akan bersarapan pagi di hotel penginapan, manakala makan tengahari dan makan malam di Restoran d’saji Felda yang terletak di Tingkat 2 bangunan Safwah Tower.  Untuk makluman hotel-hotel 5 bintang di Makkah tidak membenarkan catering luar dibawa masuk. Tambahan pula, menu makanan di hotel diyakini tidak memenuhi selera jemaah Malaysia kerana menu makanan ala Arab dan Western. Jemaah boleh memilih menu makanan Melayu di Restoran d’saji Felda dan Ajwa Travel yang akan membayarnya dan bukan jemaah.

Penerbangan Pakej Umrah Idaman

Flight yang dipilih ialah samada Saudi atau MAS mengikut sektor Kuala Lumpur direct ke Madinah. Atau boleh juga flight Emerites transit sebentar di Dubai dan terus ke Madinah. Dan boleh juga ikut sektor Kuala Lumpur terus ke Jeddah dan masuk Makkah dahulu. Balik dari Madinah terus ke KLIA.

Pendaftaran

Kepada yang berminat untuk menyertai Pakej Umrah Idaman 1 atau Idaman 2 ini boleh terus mendaftar di Ajwa Travel & Tours Sdn Bhd, Lot 304, Tingkat 3, Bangunan Lembaga Tabung Haji Klang, 41400 Klang atau hubungi talian pejabat Ajwa di 03-3342 3395, 03-3342 4395.

Atau hubungi saya sendiri, Hj Iqbal Safwan 019 350 5395  atau isteri saya Hjh Norkhayati Mohd Yusoff di 019 341 8822. Saya bersedia untuk datang berjumpa tuan/puan di tempat yang dipersetujui untuk menerangkan lebih terperinci mengenai Pakej Idaman ini. Dan saya juga bersedia untuk memberi ceramah atau penerangan mengenai Pakej Umrah Idaman di pejabat, masjid dan surau dan tempat yang difikirkan sesuai secara percuma.

Atau sekiranya jauh dari tempat kediaman tuan/puan, Ajwa Travel juga ada wakil di :-

Melaka iaitu Hj Azman Abdullah di talian 012 266 0631,

Pahang iaitu Hj Yusoff Subadidi talian 019-2590933.

Pulau Pinang iaitu Dr Abdul Rahim di talian 019 512 6699.

Klang iaitu Hj Rahman Shaari 019 337 2100 dan Khairul Anuar 012-3401368

Kepada yang berminat untuk menjadi agen, bolehlah hubungi saya atau datang sendiri ke pejabat Ajwa Travel mengikut alamat yang diberi di atas untuk diberi maklumat lengkap beserta syarat-syarat untuk menjadi Agen.

 Jumpa lagi, insyaAllah.