Assalamualaikum wbt dan Selamat Menjalani Ibadah Puasa di bulan Ramadhan al-Mubarak.

Ramai yang emel kepada saya bertanyakan mengenai Gambaran Sebenar mengenai Pakej Umrah Idaman dan juga aturcara Perjalanan untuk Pakej yang berkenaan. Sebenarnya keterangan mengenainya banyak diceritakan dalam entry di blog ini di bawah tajuk Umrah Idaman. Kemungkinan kerana yang bertanya belum pernah menunaikan Umrah menyebabkan ia masih lagi kurang jelas mengenainya.

Ada baiknya saya list satu persatu ciri-ciri Pakej Umrah Ajwa Travel mengikut kronologi Aturcara Perjalanan supaya lebih jelas lagi.

Jenis Penerbangan ?

Keutamaan akan diberi kepada Jenis Penerbangan terus samada menggunakan flight Saudi Airlines atau MAS Charter ataupun Air Asia X (yang mana available). Kebiasaannya flight Saudi dan MAS Charter menawarkan sektor dari KLIA ke Madinah dan balik dari Jeddah ke KLIA. Ada juga sektor KLIA ke Jeddah (masuk Makkah dahulu) dan balik dari Madinah ke KLIA.

MAS

Manakala flight Air Asia X pula menawarkan penerbangan dari KLIA ke Jeddah dan balik dari Jeddah terus ke KLIA. Maknanya jemaah akan menaiki bas menuju ke Madinah dahulu sebelum memasuki Makkah. Sebenarnya jika ada pilihan saya lebih berminat dengan MAS Charter. Tetapi untuk Pakej Umrah musim baru 1435H ini, saya belum lagi membuat keputusan flight mana yang mahu diambil.

Tempoh Perjalanan ?

Tempoh perjalanan bergantung kepada Jadual Flight yang diterima. Boleh jadi 13 hari 11 malam atau 12 hari 10 malam. Dan ada yang 11 hari 9 malam. Bagi yang memohon tempoh yang lebih lama (15 hari misalnya) memang sukar untuk dibuat. Ini kerana di bawah Peraturan Baru, Visa Umrah yang dibenarkan untuk berada di Tanah Suci ialah 14 hari sahaja. Sebelum ini tempoh visa ialah 30 hari.

Jemaah akan menginap selama 4 hari dan 3 malam di Madinah. Ada 2 aktiviti utama semasa di Madinah iaitu Ziarah Dalam Masjid Nabawi dan Ziarah Luar Madinah.

gambar note2 1263Lawatan ke Muzium Madinah

Selain itu Ajwa Travel akan cuba untuk mendapatkan permit kebenaran untuk Melawat Muzium Madinah yang berada di tingkat bawah Masjid Nabawi. Pada 2 tahun lepas, kami pernah berjaya membawa rombongan Jemaah melawat tempat ini.

Hotel di Madinah ?

Penempatan Hotel di Madinah ialah di kawasan belakang Masjid Nabawi. Ada beberapa pilihan Hotel antaranya Hotel Dallah Taibah, Bahaudin, Mubarak Madinah dan banyak lagi hotel yang setaraf yang lokasinya bersebelahan antara satu sama yang lain. Hotel Ansar Golden yang menjadi pilihan sebelum ini terpaksa diketepikan kerana bangunan ini pernah terbakar baru-baru ini. Tambahan pula di Hotel Ansar Golden, bilik jenis Quad (4 katil dalam satu bilik) amat terhad.

Untuk makluman, jemaah Pakej Umrah dan Super Ekonomi akan menginap di Hotel yang sama di Madinah, menjalani program yang sama dan makan menu sajian yang sama. Tidak ada bezanya. Perbezaannya ialah Hotel Penginapan di Makkah sahaja.

gambar note2 1277

Jenis Bas Persiaran

Ajwa Travel akan mengambil Bas Eksklusif atau Bas VIP untuk membawa rombongan Jemaah di sepanjang berada di tanah suci. Bas canggih ini diambil khusus untuk memberi keselesaan kepada jemaah sepanjang perjalanan terutama yang melibatkan jarak yang jauh seperti dari Madinah ke Makkah.

Makanan di Madinah ?

Ajwa Travel akan mengambil Catering Patani yang sememangnya diketahui menyediakan menu sajian ala Malaysia yang menyelerakan. Jemaah akan menikmati sajian makanan 3 kali dalam sehari iaitu Sarapan Pagi (selepas Solat Subuh), Makan Tengahari (selepas Solat Zuhur) dan Makan Malam (selepas Solat Isyak)

Selepas berada di Madinah selama 4 hari dan 3 malam, maka pada hari ke 4, Rombongan Jemaah akan dibawa menaiki bas menuju ke Makkah al-Mukarramah. Singgah sebentar di Masjid Bir Ali untuk berniat Umrah dan Berihram dengannya. Perjalanan dengan bas biasanya akan mengambil masa 6 jam dan ada yang lebih dari itu. Dalam perjalanan akan singgah di R & R untuk melakukan Solat Jamak dan juga mengisi perut.

Sampai di Makkah ?

Jemaah akan ditempatkan di Hotel Penginapan mengikut pilihan Pakej masing-masing.

Pakej Umrah Idaman

gambar note2 1885Hotel Safwah Orchid ialah bangunan yang paling rendah berbanding hotel-hotel lain

Hotel yang dicadangkan ialah Safwah Royal Orchid (bertaraf 5 bintang) yang lokasinya betul-betul di depan laman Masjidil Haram. Hotel ini sangat sesuai untuk jemaah kerana selain lokasinya yang paling hampir dengan Masjidil Haram, di dalam bangunan hotel ini juga ada banyak kedai-kedai yang menjual pelbagai jenis barangan (memudahkan jemaah untuk bmembeli-belah). Di tingkat 2 bangunan Safwah ini juga ada banyak Restauran Makan termasuk Restoran D’saji Felda. Malah Hospital juga terdapat di bangunan Safwan ini.

sarapan di safwahSarapan Pagi di Hotel Safwah Orchid

Jemaah akan bersarapan pagi di Hotel Safwah. Manakala untuk makan tengahari dan makan malam, jemaah akan makan di Restoran D’saji Felda yang menyediakan menu sajian ala Malaysia. Jemaah dibenarkan untuk menikmati apa saja menu di Restoran ini dan pihak Ajwa Travel yang akan membayarnya.

gambar umrah 2012 216Bilik Penginapan di Hotel Safwah Orchid

Hotel ini mempunyai 18 tingkat dan setiap tingkat dianggarkan ada 40 bilik yang terdiri dari beberapa kategori seperti Non-view, City View, Haram View dan Kaabah View. Jika bernasib baik dapatlah bilik Kaabah View. Melalui bilik ini, jemaah boleh melihat aktiviti jemaah sedang bertawaf mengelilingi Kaabah.

Pakej Umrah Super Ekonomi

Hotel cadangan ialah Hotel Broj Jewar yang lokasinya pada anggaran 150 meter dari Masjidil Haram. Hotel ini dipilih kerana faktor jarak dan juga harga sewaan yang munasabah. Sebenarnya ada banyak hotel ekonomi di Makkah tetapi lokasinya agak jauh dari Masjidil Haram.

Jemaah akan menikmati sajian 3 kali sehari di Hotel ini. Sajian makanan disediakan oleh syarikat Wafa Catering yang berpengalaman menyediakan sajian makanan kepada jemaah Malaysia.

Khidmat Mutawif ?

Sesampai di Hotel Makkah, jemaah akan diberikan bilik masing-masing dan diberi masa selama 1 jam untuk membuat persiapan bagi meneruskan ibadah Umrahnya. Jemaah akan diminta berkumpul di lobi Hotel pada masa yang dijanjikan dan seorang Mutawif akan bersedia untuk memimpin jemaah bagi meneruskan ibadah Tawaf dan Saie sehingga selesai.

Untuk makluman, bagi setiap rombongan Umrah Ajwa Travel akan diketahui oleh seorang Ketua Rombongan bagi setiap bas. Sebagai contoh sekiranya dalam Kumpulan ada 100 orang jemaah, maka akan ada 2 Petugas yang turut serta dalam rombongan tersebut.

Ketua Rombongan terdiri dari saya sendiri atau Petugas Ajwa iaitu Ustaz-ustaz muda yang berpengalaman dan Ustaz-ustaz muda ini juga akan bertindak sebagai Mutawif semasa Umrah yang pertama. Ustaz-ustaz muda ini juga boleh bertindak sebagai Mutawif semasa program Ziarah nanti.

Program Ziarah di Makkah

Ada 2 program Ziarah di Makkah dan keterangan mengenainya ada pada entry terdahulu di bawah tajuk Ziarah Wajib (Manasek Haji) dan juga Ziarah Tambahan di Tanah Suci. Kebiasaannya 2 program ini dilakukan pada hari yang berbeza.

Bilangan Hari di Makkah ?

Bergantung kepada jadual penerbangan. Sekiranya tempoh perjalanan ialah 12 hari 10 malam, maka jemaah akan menginap di Makkah selama 8 hari dan 7 malam. Ini kerana tempoh menginap di Madinah ialah 4 hari 3 malam. Jika jadualnya 13 hari 11 malam, maka tambahan 1 malam lagi di Makkah.

Bagi hari-hari yang tiada aktiviti Ziarah, jemaah bebas untuk melakukan aktiviti Tawaf Sunat ataupun Umrah Sunat. Dan jika ada permintaan dari jemaah boleh juga diadakan Program Lawatan ke Jeddah.

Bila mula Umrah ?

Ada kabar yang menyatakan untuk musim 1435H ini, visa Umrah dijangka keluar pada  15hb Disember 2013 ini. Jika benar alhamdulillah kerana ramai yang berpeluang untuk menunaikan Umrah pada musim cuti sekolah Disember ini.

Bagi yang berhajat untuk mengikuti Pakej Umrah Ajwa Travel digalakkan emel nama-nama penuh jemaah, no handphone ke hjiqbal@ajwatravel.net atau emel isteri saya kakyati@ajwatravel.net. Atau jika mahu lebih pencerahan boleh hubungi saya di no handphone yang tertera di atas.

Jumpa lagi dan Selamat Berpuasa.