Assalamualaikum wbt.

Syukur alhamdulillah setelah berdebar-debar dalam tempoh 2 minggu mengenangkan Permasalahan Visa samada diperolehi ataupun tidak sehingga nak makan pun tak da selera, akhirnya pada 22hb Disember 2014 yang lalu, rombongan Jemaah Umrah kami telah selamat berlepas ke Tanah Suci dengan menaiki Pesawat Singapore Airlines. Hanya Allah sahaja yang tahu betapa resahnya kami suami isteri.

Ketika jemaah bertanyakan perkembangan Visa, saya jawab terus terang “belum dapat lagi”, “masih dalam proses”, dan mengajak jemaah supaya turut sama berdoa semoga Visa berjaya diperolehi.  Saya percaya para jemaah juga sudah mendengar kabar mengenai sahabat dan rakan taulan mereka yang tertangguh pemergian mereka ke Tanah Suci kerana tidak memperolehi Visa.

Tujuan saya berterus terang kepada jemaah apabila ditanya selain kerana tidak mahu menyembunyikan fakta sebenar mengenai perkembangan semasa ialah supaya para jemaah sendiri turut sama berusaha dan berikhtiar dengan melakukan Solat Hajat dan berdoa di tengah malam memohon semoga terpilih sebagai Tetamu Allah. Segala-galanya atas ketentuan Allah jua.

Untuk makluman, flight Singapore Airlines yang kami naiki akan berlepas pada jam 8.30 malam. Pasport keluar dari Embassy jam 4 petang pada hari yang sama. Maknanya kami tidak punyai banyak masa untuk urusan “check in”. Dan sebaik mengetahui Pasport sudah keluar dari Embassy dan dibawa terus ke KLIA, maka kami mengarahkan para jemaah supaya menyusun bagasi mereka di Kaunter yang berkenaan. “Standby” supaya apabila pasport telah sampai di KLIA, urusan mendapatkan “boarding pass” dan “check in” bagasi berjalan dengan lancar dan cepat kerana faktor kesuntukan masa. boarding pass spore Setelah “boarding pass” diperolehi kami tidak punya banyak masa untuk sessi Taklimat. Setelah diserahkan Pasport dan “boarding Pass” terus masing-masing diminta untuk turun melalui Proses Imigresen, menaiki Aerotrain dan ke Pintu C3 untuk menaiki Pesawat. Terpancar kegembiraan di wajah para jemaah kerana hasrat menunaikan Umrah dikabulkan oleh Allah.

Tambahan pula majoriti jemaah ialah yang pertama kali dan pastinya teruja untuk menjejakkan ke ke Tanah Suci. Kebanyakkan dari mereka mendaftar secara “online” sahaja terutama yang datang dari luar Selangor seperti Sabah, Johor dan utara Semenanjung..

Transit di Singapura

Kami transit tidak lama lebih kurang 3 jam sahaja. Perkara pertama yang kami lakukan ialah mencari Tempat Solat kerana kami perlu melakukan Solat Jamak Takhir. Di airport KLIA kami tak sempat untuk Solat Maghrib kerana harus memasuki Pesawat dengan segera.

Oleh kerana kami tidak sempat makan malam kerana sibuk di KLIA sebentar tadi, maka sampai di Changi Airport perut terasa lapar. Mujur ada Kedai Makan Melayu yang menjual makanan Halal. Kami terus order Nasi Lemak berlaukkan ayam. Sememangnya Airport Changi memang canggih. Kami dikehendaki berpindah di Terminal Dua dengan menaiki Aerotrain yang berulang-alik selang 2 minit untuk menukar Pesawat yang akan berlepas ke Jeddah.

Pengalaman di Madinah

Sebaik sampai di Jeddah pada jam 9 pagi (waktu tempatan) selepas melalui pemeriksaan Imigresen, kami terus dibawa ke Madinah dengan menaiki Bas yang berhawa dingin. Dalam bas baru saya boleh memberikan Taklimat mengenai Program dan Aturcara Perjalanan selama di Tanah Suci. Kami singgah sebentar di kawasan RNR untuk solat Jamak Takdim dan menjamu selera kerana sememangnya perut pun dah lapar. Menu makanan untuk jemaah ialah Nasi Arab bersama ayam panggang yang ditaja sepenuhnya oleh Ajwa Travel. anjum makanrnr Seronok rasa hati apabila jemaah yang saya bawa masing-masing mempamirkan ketinggian akhlak sebagai Tetamu Allah. Tiada yang jenis “suka mencetuskan masalah”. Sungguhpun ada di kalangan jemaah yang bertaraf Doktor Falsafah, ada yang pegang jawatan penting dalam sektor swasta, ada juga usahawan yang kaya tetapi sikap ramah mesra dan baik budi menambat hati saya. Masing-masing patuh tentang arahan masa semasa dalam program Ziarah Dalam dan juga Ziarah Luar Madinah.

Dalam program Ziarah Luar di Madinah, jemaah sentiasa mematuhi arahan ketepatan masa. Sebelum program bermula jemaah sudah sedia menanti di Lobi Hotel. Yang tak mahu join program Ziarah (kerana dah banyak datang ke sini) pun maklum awal kepada saya akan ketidakhadiran mereka. Mudah bicara, segala-galanya berjalan dengan lancar dan dapat menziarahi kesemua tempat ziarah termasuk ke Pasar Tamar sebelum kembali ke Hotel sebelum waktu Zuhur.

Seronoknya jemaah kerana dapat membeli Kurma Nabi Ajwa pada harga SR 50 sekilo selepas saya berjaya memujuk Tuan Punya Kedai kerana memaklumkan kepadanya bahawa saya bawa 1 bas rombongan Jemaah yang hanya akan “membeli” di Kedainya sahaja. Untuk makluman, kurma Ajwa yang dijual di Kedai di Kebun Tamar berharga mahal dan ada yang mencecah sehingga SR 120 sekilo.

Ziarah Dalam Madinah

Alhamdulillah jemaah Wanita Ajwa mendapat bimbingan khusus dari isteri saya yang suka dipanggil Kak Yati sahaja. Gembiranya jemaah kerana dipimpin secara khusus ketika memasuki kawasan Raudhah dalam Masjid Nabawi. Sebelum bergerak, jemaah wanita diberi Taklimat mengenai Tip semasa memasuki Raudhah.

Dan di sepanjang waktu di Madinah pada sebelah malamnya Kak Yati offer kepada jemaah wanita untuk ke Raudhah untuk kali kedua dan seterusnya. Malah ada jemaah wanita Ajwa yang ikut Umrah bersama Ajwa kali ini kerana tertarik dengan bimbingan yang diperolehi oleh jemaah wanita Ajwa semasa di Raudhah pada musim yang lepas. Syukur alhamdulillah.

Bagi jemaah lelaki Ziarah Dalam (kawasan Raudhah) tidak sesukar jemaah wanita yang terikat dengan Zon Masa Lawatan. Cuma Ziarah Dalam (untuk lelaki) terpaksa ditunda dari selepas Isyak kepada keesokkannya jam 2.30 pagi kerana keadaan Raudhah yang begitu padat dengan jemaah. Tambahan pula pada waktu tersebut kawasan Raudhah (untuk lelaki) sudah semakin mengecil kerana memberi ruang kepada jemaah wanita untuk memasukinya.

Pengalaman di Makkah

Pengalaman Disember 2013 dijadikan pengajaran oleh Ajwa supaya tidak memilih Hotel Safwah Royale Orchid untuk jemaahnya. Hotel Safwah Orchid dan di sekitarnya pastinya sekali lagi dimonopoli oleh jemaah dari negara Arab yang sedia membayar walau pada berapa harga yang ditawarkan. Syukur alhamdulillah, kesemua jemaah Ajwa dalam rombongan yang saya bawa menginap di Hotel Anjum (bertaraf 5 bintang), cuma 1 keluarga sahaja yang meminta Hotel Safwah tetapi hanya mendapat Hotel Movenpick (hotel 5 bintang juga) kerana Hotel Safwah telah “fully booked” pada masa yang berkenaan.

Sungguhpun Hotel Anjum agak jauh sedikit berbanding Hotel Safwah, tetapi kedudukannya yang hampir dengan Dataran Masjid tidak memberi masalah kepada jemaah untuk berulang alik ke Masjid. Dan laluan ke Masjid juga tidak padat seperti di kawasan antara Hotel Hilton dan “Clock Tower” iaitu laluan ke kawasan Misfalah. HARAM BARUTambahan pula, Pintu Masuk Masjid  (kawasan berwarna Hijau) yang menghadap ke kawasan Hotel Anjum memudahkan Jemaah untuk mendapatkan tempat di dalam Masjid atau menuju ke Dataran Kaabah atau Mataf. Untuk makluman, kawasan Pintu 1 King Malek Abdul Aziz menuju ke kawasan Saie telah ditutup kepada Jemaah kerana ada kerja-kerja Pengubahsuaian (kawasan berwarna Merah). Dan kawasan yang berwarna Kuning iaitu kawasan Masjid yang telah siap juga ditutup sementara kepada Jemaah. Maknanya hanya kawasan Hijau di atas yang dibuka untuk Jemaah. anjum hotel Pasarana Hotel Anjum

Sebaik tiba di Hotel Anjum (almaklum saya pun pertama kali menginap di sini), saya sudah jatuh cinta pandang pertama di Hotel ini. Hotel Anjum terletak di Jabal Kaabah, hanya 20 meter sahaja dengan Masjidil Haram apabila binaan Masjid yang baru siap. Sementara bangunan Masjid belum siap sepenuhnya maka jemaah harus berjalan kaki melalui Dataran Masjid yang panjang. bas anjumHotel ini menyediakan kawasan Parkir bas (dalam kawasan Hotel yang berpagar) untuk menyambut ketibaan Tetamunya dan bas tidak perlu tergesa-gesa meninggalkan Hotel (seperti yang selalu terjadi di Hotel 5 bintang yang lain) .Kawasan Parkir untuk bas yang tersedia dan juga kawasan istirehat yang lapang di hadapan bangunan Hotel memudahkan jemaah untuk menunggu ketibaan bas dalam Program Ziarah. Dan jemaah juga boleh bersandai di luar bangunan Hotel kerana tersedia kerusi dan meja untuk jemaah. anjum santai Laluan Ke Masjidil Haram

Untuk ke Masjidil Haram, jemaah harus turun ke Escalator yang tersedia (di kawasan berbumbung ikut gambar di atas) dan melalui kawasan bawah hotel yang ada ‘aircond”. Sebaik keluar dari bangunan Hotel jemaah tidak perlu melintas jalan raya, cuma perlu berjalan kaki di kawasan Dataran Masjid yang panjang. anjum escalator

Laluan Hotel Anjum menuju ke Masjidil Haram

anjum ke masjid Alhamdulillah tidak ada jemaah yang merungut mengenai jarak Hotel ke Masjidil Haram. Malah masing-masing rasa syukur dan berterima kasih kerana berjaya mendapatkan Hotel Anjum. Sebaik selesai menunaikan Umrah pada sebelah malam hingga ke pagi dan sesudah usai Solat Subuh di Masjidil Haram, jemaah pun memasuki kawasan Makan di Tingkat F Hotel Anjum. anjum makan Punya la luas kawasan Makan dan menu sarapan pagi yang mewah membuatkan jemaah sentiasa melafazkan rasa syukur. Jemaah makan sehingga kenyang dan ada yang bawa bekal roti dan jem ke bilik sebagai persediaan makan tengahari. Ini kerana Pakej ini tidak mengambil Makan Tengahari di Hotel kerana faktor harga yang mahal. Ada juga jemaah yang bagitahu saya, tak da makan tengahari pun tak apa sebab kenyang “breakfast” boleh membawa sehingga ke malam. anjum makan1 Sewaktu makan malam, sekali lagi saya terpegun dengan Menu sajian yang dihidangkan..fuh..terlalu banyak. Nasi Mandy dengan potongan daging kambing boleh dikatakan dihidang setiap malam. Malah Nasi Biasa dengan lauk pauk yang banyak membuatkan jemaah ingin mencuba dari satu menu ke satu menu yang lain. Nak kisah apa…semuanya dan masuk dalam Harga Pakej. Jemu di Tingkat F, saya turun di Tingkat B1 yang menyediakan Menu Makanan ala Indonesia pula..

anjum muzium

Secara keseluruhan saya amat bersyukur ke hadrat Allah kerana berjaya merealisasikan impian jemaah untuk menunaikan Umrah dan juga boleh dikatakan bermula dari awal perjalanan dari KLIA ke Singapura untuk transit dan kemudiannya menaiki bas pula ke Madinah dari Jeddah, sepanjang tempoh berada di Madinah dan juga Makkah kesemuanya Allah permudahkan dan berjalan dengan lancar.

Sesungguhnya nikmat menunaikan Umrah dengan membawa jemaah yang sungguh baik, mesra seperti satu keluarga amat saya syukuri. Dan sekembali ke Tanah Air terus saya buka Group Whatapps khusus untuk Jemaah Umrah Ajwa sebagai medan untuk terus mengekalkan hubungan Silaturrahim. Dan alhamdulillah salah seorang Jemaah telahpun menghantar undangan Perkahwinan anaknya dalam Group Whatapps yang saya ujudkan.

Syukur alhamdulillah padaMu Ya Allah atas nikmat yang tidak terhingga ini. Wassalam.

anjum singapore