Assalamualaikum wbt. dan bertemu kembali.

Menginap di hotel Safwah Royale Orchid sememangnya mengujakan. Rasa syukur saya panjatkan ke hadrat Allah s.w.t kerana berjaya menempatkan jemaah menginap di hotel ini. Rupa-rupanya setiap jenis bilik di hotel ini mempunyai harga sewa yang berbeza. Ada bilik kategori non-view,  city-view,  Haram-view dan ada yang Kaabah-view. Pastinya harga bilik Kaabah-view yang paling mahal di antara kategori yang berkenaan. Sebenarnya saya sudah tidak fikirkan kos, yang penting kesemua jemaah Ajwa Pakej Idaman dapat ditempatkan di hotel ini.

Cuma yang agak boring ialah jemaah terpaksa menerima menu sarapan pagi yang sama setiap hari. Apa nak buat, makan aje la apa yang ada. Yang penting perut kenyang. Lagipun bukan soal makan yang diutamakan. Yang lebih utama ialah menginap di hotel ini jemaah dapat berulang alik ke Masjidil Haram dengan mudah dan selesa. Tidak perlu berjalan kaki jauh.

Masih ada yang tertipu dengan Tawaran Pakej yang tidak munasabah

Semasa “lunch” dan “dinner” di Restoran d’saji Felda, kami dapat berjumpa dengan ramai rakan jemaah Malaysia yang turut sama makan di sini. Pelbagai cerita-cerita menarik dan sedih dapat diketahui apabila berjumpa dengan rakan-rakan jemaah. Antaranya ada jiran kepada jemaah yang tidak terbang-terbang lagi lantaran mengambil Pakej Umrah Harga Rendah. Mana logik jika harga Pakej yang ditawarkan berharga RM3500 sahaja. Kos tiket flight lepas la. Masih ada lagi yang terpedaya dengan tawaran harga yang tidak munasabah sebegini. Kasihan..pelbagai alasan diberikan oleh agensi berkenaan. Visa Umrah tak keluar2 la dan pelbagai alasan lagi kata jemaah berkenaan.

Ada juga rakan yang rasa ralat kerana tidak ikut Pakej Idaman Ajwa yang menginap di Hotel Safwah dan makan lunch dan dinner di Restoran d’saji. Katanya rakan sebelah bilik sampai menangis mengadu kepada ibunya yang sudah uzur mengenai ketidakmampuannya menolak Kerusi Roda untuk membawa ibunya ke Masjid setiap kali waktu solat. Jarak hotelnya lebih kurang 800 meter dari Masjid. Agensi kabar hotel dekat dengan Haram. Saya katakan kepadanya kerana itu saya tidak mahu setting Pakej Harga Rendah kerana tak sampai hati melihat jemaah berjalan kaki ke Masjid setiap kali waktu solat. Tambah lagi jika jemaah itu sebaya dengan ibu dan ayah saya yang sudah berumur 70 tahun ke atas. Biarlah jemaah Ajwa cukup 1 bas bagi setiap trip, asalkan saya dapat menguruskannya dengan baik.

Kabarnya ada agensi yang jemaahnya ramai sehingga 6 bas bagi satu trip rombongan Umrah. Tapi jemaah agensi berkenaan jarang kelihatan di dalam Haram. Kita boleh kenal jemaah berdasarkan beg sandang yang dibawa ketika ke mana-mana atau ke masjid. Rupa-rupanya mereka tinggal di Hotel yang begitu jauh dengan Haram dan terpaksa menaiki teksi untuk ke Masjid. Orang yang berusia jika ikut logik akal kita, mana berani nak ke Masjid dengan terpaksa menaiki teksi. Nak berkomunikasi dengan pemandu teksi Arab mana la pandai. Kasihannya.

safwah1Hotel Safwah Royale Orchid yang hampir dengan Masjidil Haram

Apa kan daya Pakej Harga Rendah memang tidak berdaya menawarkan hotel yang hampir dengan Haram. Untuk makluman, harga hotel di Makkah telah meningkat melebihi 50% berbanding harga tahun lepas. Jika ada agensi yang menawarkan harga Pakej kurang dari RM5000 maknanya pasti hotel penginapannya tambah jauh dengan Masjidil Haram. Harga standard Pakej Umrah Sederhana yang jarak hotelnya sekitar 200-300 meter lebih kurang RM6000 ke atas. Jika nak yang lebih dekat, harus bersedia dengan harga Pakej yang lebih tinggi.

Tetapi sebenarnya jemaah mampu, cuma ramai yang beri sebab nak berjimat katanya. Cuma dalam soal Umrah ini, jika punya kemampuan adalah lebih baik memilih Pakej yang menawarkan hotel penginapan yang selesa dan dekat dengan Haram. Wang ringgit boleh dicari. Pergi pun bukannya selalu. Biarlah pemergian kita ke tanah suci bermula dengan ceria dan berakhir dengan ceria juga. Pulang dengan membawa pengalaman manis yang sukar dilupakan. Moga-moga Allah menerima segala amal kebajikan kita selama beribadah di tanah suci.

Al-Fatihah untuk Allahyarham Noor Anuar bin Abdul Manaf

Tanpa disangka salah seorang jemaah Ajwa telah kembali ke rahmahtullah selepas 3 hari kami kembali ke tanah air. Arwah bersama adik beradik dan anggota keluarga yang lain seramai 10 orang mengikut Pakej Umrah Idaman. Saya amat kagum dengan kekuatan ikatan persaudaraan sesama adik beradik. Begitu rapat dan erat perhubungan mereka. Sebelum ke sini, memang mereka mencari Pakej yang menawarkan hotel yang dekat dengan Masjid kerana ada ahli keluarga yang tidak berapa sihat. 3 hari sebelum berangkat pulang, tiba-tiba saya mendengar berita yang arwah telah dimasukkan ke Hospital Ajyad yang terletak di Tingkat Bawah, bangunan Safwah Tower.

Selesai program Ziarah Hudaibiyah saya dan isteri terus melawat arwah di Hospital. Tidak lama selepas itu, arwah dibenarkan keluar Wad dan terus masuk ke bilik penginapan semula. Saya lawat sekali lagi arwah keesokkan paginya dan bercakap-cakap dengan arwah yang ketika itu seorang diri di dalam bilik kerana ahli keluarga yang lain keluar ke Masjid. Tiba-tiba sebelah petangnya dikabarkan arwah sekali lagi dimasukkan ke Hospital dan tidak sedarkan diri.

Maka anggota bermesyuarat dan sepakat memutuskan 3 orang ahli keluarga tinggal di Makkah dan tidak pulang bersama jemaah. Nasib baik arwah ada saudara mara di sini. Maka melalui Ustaz Zul Ehsan, 3 adik beradik ini dicarikan hotel gantian yang murah kerana semua ahli rombongan telahpun meninggalkan Makkah untuk kembali ke tanah air. Tak lama selang 3 hari selepas kami pulang, dimaklumkan bahawa arwah telah kembali ke rahmahtullah. Ustaz Zul ehsan yang banyak membantu urusan pengurusan jenazah seperti disolatkan di Masjidil Haram selepas Solat Suboh hingga ke pengkebumiannya.

Semoga Allah menempatkan Arwah di kalangan orang-orang soleh. Meninggal di tanah suci samada Makkah atau Madinah memang dihajati oleh ramai orang. Hanya Allah sahaja yang boleh memilih hambaNya. Beruntung orang yang meninggal di tanah suci kerana sabda Nabi s.a.w yang bermaksud ; “barangsiapa yang keluar dari rumahnya untuk mengerjakan Haji atau Umrah, kemudian dia mati, nescaya Allah memberikannya pahala orang yang mengerjakan Haji dan Umrah, hingga Hari Kiamat; dan barang siapa yang mati di salah satu Tanah Haram (Makkah atau Madinah), dia tidak akan diperiksa dan dihisab, bahkan dikatakan kepadanya “Masuklah ke dalam Syurga.”

Al-Fatihah untuk Arwah.

Jumpa lagi..wassalam.