Assalamualaikum wbt.

Seperti yang pernah saya nyatakan terdahulu, kualiti perkhidmatan sesuatu pakej Umrah dinilai dari segi Jenis Penerbangan yang diambil, Standard Hotel dan jaraknya dengan masjid, Khidmat Sajian di tanah suci dan juga aspek Bimbingan sebelum dan semasa berada di tanah suci. Ramai bakal-bakal jemaah Umrah lebih suka memilih nak ikut ustaz mana berbanding nak ikut travel mana. Justeru, bagi memastikan jemaah DZ Travel mendapat bimbingan yang sebaiknya, kami harus memilih barisan Ustaz pembimbing yang boleh memberikan impak maksima kepada jemaah.

Semasa saya menyatakan hasrat saya kepada Ustaz Iqmal untuk mencari Ustaz atau Pembimbing Jemaah di tanah suci, beliau telah mencadangkan kepada saya untuk berjumpa dengan 2 tokoh Ulamak di kawasan Jerantut iaitu Maulana Johari dan Maulana Helmi. Dan semasa kunjungan saya ke Jerantut baru-baru ini saya telah berpeluang bertemu sendiri dengan Maulana Helmi yang diperkenalkan oleh Ustaz Iqmal. Maulana Johari saya tidak sempat jumpa atas hal-hal yang tidak dapat dielakkan. Sungguhpun begitu, saya cukup kagum dengan Maulana Helmi yang pada usia muda tetapi sudah memimpin 2 Madrasah Tahfiz di Jerantut iaitu di Maahad Tahfiz al Husainiyya dan Madrasah Arabiyyah Muslim Yunus di Pulau Tawar. Dalam hati saya berkata-kata, alangkah beruntungnya kedua-dua ibubapanya yang mendapat seorang anak yang Hafaz al-Quran dan hidupnya berbakti kepada agama dengan mengajar Tahfiz al-Quran kepada anak-anak muda. Saya dapati ramai kanak-kanak yang berumur di peringkat sekolah rendah hingga belasan tahun dihantar oleh ibubapa mereka belajar di Madrasah beliau.

Berkenalan dengan Maulana Helmi

Maulana Helmi bersama Ustaz Iqmal Vijay Abdullah

Maulana Helmi yang fasih berbahasa Arab, Urdu dan English selain bahasa ibunda ini baru berumur 34 tahun. Beliau mula menghafal al-Quran pada pada usia 10 tahun dan tamat hafazan di usia 14 tahun di Madraatul Quran di Kubang Buruk, Kuala Trengganu. Yang ironinya, pada seawal usia 10 tahun, bapanya pernah menghantar beliau selama setahun ke Pakistan untuk mendalami ilmu bacaan al-Quran. Saya sendiri sebagai seorang bapa pun belum lagi sanggup melepaskan anak sekecil itu untuk mendalami ilmu agama di negara yang asing seperti Pakistan.

Selepas beliau menjadi seorang Hafiz al-Quran, bapanya telah menghantar beliau ke Madrasah An Nur di Yala pada usia 16 tahun untuk mendalami ilmu Pengajian Islam peringkat Ibtidai selama 4 tahun. Kemudian beliau sekali lagi ke Pakistan mengambil Pengajian Islam Peringkat Thanawiyyah di Jamiatul Uloom Islamiyyah Karachi, selama 5 tahun bermula dari tahun 1988 hingga 1992. Menariknya Maulana Helmi juga pernah ke Afrika Selatan mendalami Pengajian bahagian Ilmu Hadis (Sahih as Sittah) dan tamat pengajian di Darul Uloom, Zakariya di Johannesburg Afrika Selatan selama 2 tahun.

Sekembali Maulana Helmi ke tanah air pada 2003, beliau telah mengambil Diploma Syariah di Akademi Pengajian Islam dan Dakwah di Manjung, Perak selama 6 bulan dan kemudian melanjutkan pengajian di Fakulti Syariah dan Undang-undang di Universitas Islam Negeri, Syarif Hidadayatullah Jakarta selama 2 tahun.

Pada masa kini selain menguruskan 2 madrasah Tahfiz al-Quran, Maulana Helmi giat memberikan ceramah di masjid-masjid sekitar Pahang khususnya kawasan Jerantut dan juga memberikan ceramah motivasi di kawasan setempat. Beliau juga turut memberikan Kuliah Mingguan di Bank Rakyat, Jerantut.

Maulana Helmi juga pernah dijemput menjadi Imam di Masjid Fuji, Jepun selama 3 bulan pada tahun 2006 dan sekali lagi dijemput menjadi Imam di Masjid Ichikawa, Jepun pada tahun 2008 selama  1 bulan.

Atas pengalaman dan ilmu yang ada pada Maulana Helmi, saya berhasrat untuk memberi peluang kepada beliau untuk menjadi Mutawwif DZ Travel untuk Umrah Menjelang Ramadhan ini. Kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai bolehlah berhubung terus dengan saya di talian 019-350 5395. Atau boleh menghantar email ke alamat hjiqbal.safwan@gmail.com

Atau sekiranya tempat tinggal tuan/puan jauh dari kawasan Lembah Klang, pembaca boleh menghubungi Agen-agen Umrah DZ Travel dan maklumat mereka ada saya post dalam tajuk Gambaran Pakej Umrah Idaman sebelum ini.